nuffnang

Sabtu, 20 Disember 2014

Awet muda~

Hi.. Tak tau nak kata apa ye.. Senyum sampai ke telinga saya ni.. Hehe.. Baru lepas kena puji.. Eh.. Puji ke?  Ala.. Saya anggap pujian lah tu..

Korang mesti tertanya -  tanya kan, apa yang dok puji² dari tadi ni.. Ni ha ceritanya, saya &  hubby singgah Petronas nak cari barang sikit. Kitorang memang nak cepat, langsung tak kisah sekeliling. Terus cari apa yang perlu &  bayar.

Balik kat rumah, kawan hubby call.. Ajak jumpa. Ok lah, saya pun dah tak ada apa² ni bolehlah hubby nak keluar. Lebih kurang sejam lepas tu hubby balik. Masa sembang², hubby saya tanya "masa kat Petronas tadi ada nampak kawan abang?"  saya cakap tak nampak pun. Kebetulan saya tak pakai contact lens. Mana nak nampak jauh. Hubby cerita kawan dia ada dalam Petronas masa kitorang kat sana.. Tapi malas nak tegur sebab nampak tergesa-gesa. So, apa yang pujian nya? Hehe.. Kawan hubby kata, kitorang berdua ni berjalan tak nampak macam husband &  wife pun. Nampak macam abang &  adik.. Hahaha..

Hubby bengang la.. Apahal gitu.. Nak kata saya ni awet muda lah tu.. Hehe.. Jeles sudah itu orang.. Saya ni dulu ² sebelum ada Aniq ada juga yang cakap macam tu. Tapi sejak ada Aniq ni dah tak dengar lagi. So, bila ada yang cakap, owh my, happy giler.. Awet muda kau... My hubby jeles..

Tapi, tak nak lah tepek gambar kitorang kat sini. Malu I.. Hehe.. Lagi pun rasanya tak ada dah gambar berdua dalam handphone. Semua dah kena transfer dalam lappy.. Ala, Korang bayangkan ajela.. Ketinggian saya cuma 145cm..ketinggian hubby 180cm..jauh beza tu. Mana tak orang cakap macam adik abang je.

Kira ok la tu, dulu orang mengorat saya depan hubby sebab ingatkan saya ni budak lagi. Budak² pun nak mengorat saya. Punya lah saya geram.. Kalau budak tu dah melebih sangat lah. Saya sound terus je budak tu.. Hehe.. Garang I ni.. Kecik² pun garang..

Ni bukan entry nak puji diri sendiri.. Tapi nampak macam puji diri sendiri je kan? Haha.. Sorry lah, sesekali dapat pujian macam ni, siapa tak happy.. Wajiblah tulis dalam blog. Nanti Aniq dah besar, barulah dia tau, dari mana dia dapat kecomelan tu. Hahaha..  *sabar semua ye, jangan ada yang muntah pulak... Kikiki*


P/s: saya makan femme vita catalyst, dah tentulah awet muda.  Penjagaan dalaman wanita tu penting,  bila dalaman cun, keserian pun terserlah lah..  :) 

5 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

suka ayat last tu
betul
adik abg pon boleh la
janji kita tahu kan :D

Unknown berkata...

Cik su..kena rajin jaga dalaman kan.. Mkn supplement selalu.. Barulah cun mcm cik su juga.. Hehhe

Puan Kutu berkata...

haha syaz ni kecik molek je orangya.mmg org kecik molek ni nampak muda sokmo..

Maria Firdz berkata...

hehe.. kecik molek orgnya... hehe.. mau tak jeles, takut org ngorat bini dia...

Unknown berkata...

sya kecik molek orangnya tu sbb org xnampak mcm mama org...best jadi org kcik2 ni..awet muda