nuffnang

Memaparkan catatan dengan label awet muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awet muda. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Disember 2014

Awet muda~

Hi.. Tak tau nak kata apa ye.. Senyum sampai ke telinga saya ni.. Hehe.. Baru lepas kena puji.. Eh.. Puji ke?  Ala.. Saya anggap pujian lah tu..

Korang mesti tertanya -  tanya kan, apa yang dok puji² dari tadi ni.. Ni ha ceritanya, saya &  hubby singgah Petronas nak cari barang sikit. Kitorang memang nak cepat, langsung tak kisah sekeliling. Terus cari apa yang perlu &  bayar.

Balik kat rumah, kawan hubby call.. Ajak jumpa. Ok lah, saya pun dah tak ada apa² ni bolehlah hubby nak keluar. Lebih kurang sejam lepas tu hubby balik. Masa sembang², hubby saya tanya "masa kat Petronas tadi ada nampak kawan abang?"  saya cakap tak nampak pun. Kebetulan saya tak pakai contact lens. Mana nak nampak jauh. Hubby cerita kawan dia ada dalam Petronas masa kitorang kat sana.. Tapi malas nak tegur sebab nampak tergesa-gesa. So, apa yang pujian nya? Hehe.. Kawan hubby kata, kitorang berdua ni berjalan tak nampak macam husband &  wife pun. Nampak macam abang &  adik.. Hahaha..

Hubby bengang la.. Apahal gitu.. Nak kata saya ni awet muda lah tu.. Hehe.. Jeles sudah itu orang.. Saya ni dulu ² sebelum ada Aniq ada juga yang cakap macam tu. Tapi sejak ada Aniq ni dah tak dengar lagi. So, bila ada yang cakap, owh my, happy giler.. Awet muda kau... My hubby jeles..

Tapi, tak nak lah tepek gambar kitorang kat sini. Malu I.. Hehe.. Lagi pun rasanya tak ada dah gambar berdua dalam handphone. Semua dah kena transfer dalam lappy.. Ala, Korang bayangkan ajela.. Ketinggian saya cuma 145cm..ketinggian hubby 180cm..jauh beza tu. Mana tak orang cakap macam adik abang je.

Kira ok la tu, dulu orang mengorat saya depan hubby sebab ingatkan saya ni budak lagi. Budak² pun nak mengorat saya. Punya lah saya geram.. Kalau budak tu dah melebih sangat lah. Saya sound terus je budak tu.. Hehe.. Garang I ni.. Kecik² pun garang..

Ni bukan entry nak puji diri sendiri.. Tapi nampak macam puji diri sendiri je kan? Haha.. Sorry lah, sesekali dapat pujian macam ni, siapa tak happy.. Wajiblah tulis dalam blog. Nanti Aniq dah besar, barulah dia tau, dari mana dia dapat kecomelan tu. Hahaha..  *sabar semua ye, jangan ada yang muntah pulak... Kikiki*


P/s: saya makan femme vita catalyst, dah tentulah awet muda.  Penjagaan dalaman wanita tu penting,  bila dalaman cun, keserian pun terserlah lah..  :) 

Khamis, 6 November 2014

Catalyst Ambience



Ambience adalah produk hebat yang dikeluarkan catalyst nutraseutikal.  Ia sangat sesuai bagi semua orang yang mahukan penjagaan kecantikan &  kesihatan dalam satu langkah sahaja.  Ia adalah penjagaan yang sesuai bagi warga masa kini yang sentiasa sibuk tetapi mahukan yang terbaik untuk tubuh luaran &  dalaman.

Ambience memiliki kelebihan 6x ganda kebaikan collagen yang terdapat di pasaran. Bukan 2 atau 3 kali ganda,  tetapi 6X GANDA!  Ia diperkaya dengan pelbagai ekstra yang benar² berkualiti supaya menjadikan ambience satu²nya yang produk yang mewah dengan pelbagai kebaikan.  Cuma 1 sachet sehari, mampu menjadikan tubuh lebih sihat bertenaga, kecantikan &  keserian wajah juga bertambah.

Menggunakan kaedah pengeluaran berteraskan teknologi Nano serta formulasi PhythoCellTec Malus Domestica (Stem-cell), ditambah pula dengan bahan Glutathione serta Coenzyme Q10, ia menjadikan Ambience produk pemakanan kesihatan terkini yang mampu memberi impak/kesan SEAWAL 2 MINGGU PERTAMA PENGAMBILAN!! Pengguna dapat merasai perbezaan dan keberkesanannya dalam menjadikan struktur kulit lebih halus, cerah, anjal dan sihat dalam masa lebih singkat. InsyaAllah, Ambience adalah produk makanan tambahan yang selamat sepertimana produk2 lain keluaran Catalyst. Ia amat di syorkan untuk mereka yang berusia bermula 30 tahun ke atas kerana ketika ini badan sudah mula memerlukan vitamin yang boleh merawat sendi2 dan tulang rawan badan selain atas faktor kecantikan.

Ambience adalah pilihan bagi mereka yang ingin merawat masalah kulit dari dalam seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tidak sekata, kendur, tidak bermaya (pucat), liang pori terbuka, kasar dan ingin memerangi tanda2 penuaan dari awal agar kulit kelihatan lebih muda remaja dari usia sebenar. Dengan Ambience,  tidak perlu lagi melakukan suntikan atau pembedahan kosmetik untuk kelihatan awet muda. Pengambilan Ambience juga membantu menangani masalah jantung, masalah sendi2 & tulang rawan. Ia akan merawat dan memulih dan memelihara dari dalam
.


Antara kandungan dalam Ambience adalah..

*Astaxanthin - mengurangi garis halus serta tanda2 awal penuaan, bahan UTAMA yg amat bagus
* Apple Stem Cell - memperbaiki, merawat dan memulihara kesihatan sel2 badan
* Coenzyme Q10 - untuk kesihatan jantung secara menyeluruh
*L-Glutathione - mencerah dan memutihkan kulit
*Maqui Berry - menguatkan fungsi kekuatan tulang dan sendi (bagus untuk pesakit artritis/gout)
*Acai Berry - membantu mengurangi kedutan dan anti-penuaan
*Pine Bark - memperbaiki, menganjal dan menjadikan kulit lebih halus/gebu
*Acerola Cherry - mengurangi keradangan kulit
*Grape seed - melambatkan proses penuaan awal
*Collagen (bovine) - mengukuhkan kesihatan sendi tulang dan tisu rawan juga menganjalkan kulit, mengurangkan alahan
*Apricot - meratakan tona warna kulit dan menegangkan kulit
*Aloe Vera - meningkatkan kelembapan/kelembutan semulajadi kulit dan mengelakkan kekeringan kulit (hidrasi)
*Agaricus Blazie Murril - bersifat anti-kanser dan meningkatkan sistem imun/antibodi badan
*Sea Cucumber - mempercepatkan pembaharuan sel2 kulit dan meningkatkan kekuatan tulang/otot/rawan


Cara pengambilan Ambience 

-Buka dan tuang 1 sachet terus ke dalam mulut dan hisap perlahan2 setengah jam sebelum sarapan atau sebelum tidur, diikuti dengan segelas air masak/suam.
-Rasa yang enak dan lazat, perisa epal hijau yang segar.
-wanita hamil atau sedang haid dilarang mengambil produk ini.


Kesemua produk catalyst telah diiktiraf halal oleh jakim &  selamat oleh KKM. Untuk dapatkan produk,  pm/wechat/WhatsApp sya 013-985 5875. Bagi sekitar Muadzam Shah &  keratong, boleh dapatkan by hand kat tempat² yang dijanjikan nanti. Bagi sekitar Temerloh juga boleh dapatkan by hand jika Sya ada kesana.

Selasa, 18 Februari 2014

Bengkung Tanamera

Nak tergelak aje rasa.. Nak pakai bengkung pun kena rujuk kat youtube.haha.. bengkung ni saya beli masa mengandungkan Aniq dulu. Tapi sebab saya bersalin caesar, so, xdapat la nak pakai masa berpantang. Kebetulan pulak masa berpantang tu saya duduk di rumah MIL.  Bengkung tertinggal kat rumah saya. Dah tak ada tu malas la nak beli yang lain. Sedangkan yang ada pun belum pakai.

credit to tanamera


Baru2 ni saya teringatkan bengkung yang belum pernah pun saya cuba pakai. Punca teringat tu sebab adik saya minta poskan barang baby dia. Selongkar-selongkar jumpa la bengkung ni. Rasa sayang sangat kalau tak pakai. tapi nak pakai sendiri tak pandai, saya minta hubby tolong lilitkan untuk saya.  Alahh..orang lelaki bukan reti juga pun. Saya cakap, lilit je macam mana pun janji lilit..hahaa

Lepas dah pakai beberapa minit, rasa tak selesa, saya buka balik. Saya cuba pula lilit sendiri. tapi sama juga rasa semacam je. rasa tak kena. Akhirnya saya buka youtube. Search cara pakai bengkung. Mujur ada. Rupanya saya pakai tu terbalik. Orang mula ikat dari bawah. Saya ikat dari atas. Patut la kain tu tertarik makin keatas.. * heee...baru tau..*

Dan...sekarang dengan jayanya saya berjaya ikat bengkung ni sendiri. Mula2 tu ikat ketat sangat sampai nak duduk pun tak boleh. Punyalah lemasnya. Bila dah faham, barulah saya longgarkan sikit.. Agak susah jugalah nak duduk. tapi masih ok banding dengan yang mula2 tadi..

Insya Allah, lepas ni saya nak rajin2kan diri pakai bengkung. Nak jaga badan weyhh.. Bukan untuk orang lain, untuk suami jugak kan.. saya buat ni sebab saya nak tiru macam mama * mak angkat* saya. Dia memang jaga badan since muda lagi. Dari umur belasan tahun. Sekarang dah berumur, masih lagi nampak awet muda. Slim melim mengalahkan saya..haha.. Nak tengok gambar mama saya?? hehe..tak boleh la..Saya belum minta izin lagi nak letak kat sini.. Nanti kalau mama saya bagi, saya letak la.. nak suruh korang treka umur mama. memang korang pun tak kan caya punya umur sebenar dia..