nuffnang

Selasa, 16 Disember 2014

Vco dalam susu anak

Saya rasa ramai yang dah tahu pasal Aniq ada masalah berat badan. Kalau ikut pada bmi, semuanya ok, cun..  Tapi bila tengok graf normal, Aniq ni kira group underweight. Dari lahir sampailah sekarang ni.

Dah beberapa kali saya kena bawa aniq jumpa doktor untuk bincang masalah ni. Tapi sampai sekarang belum juga settle. Berat masih kat bawah garisan kuning tu. So, dah sampai masa kena jumpa pakar pemakanan. Masa tu doktor suggest la makan sekian &  sekian.. Kena lebihkan kalori dalam makanan anak supaya berat dia bertambah.

Dah alang² saya jumpa pakar, saya tanyakan sekali pasal vco untuk anak. Especially untuk anak yang tak cukup berat ni. Doktor cakap vco memang bagus untuk anak. Terutama untuk tambah berat badan. Rupanya, kat Jerantut dah lama kementerian sana amalkan untuk anak orang asli yang tak cukup khasiat ni. Tambahkan sesudu minyak kelapa dara dalam makanan &  minuman diorang.



2 biji sehari campur dalam susu &  makanan


Wah.. Memang saya tak jangka lah.. Saya tanya tu sebab ada orang kata jangan campur dengan susu, nanti rosak khasiat dia. Rupanya silap, doktor kata memang boleh campur. Selain tambah berat, vco juga bantu optimum kan kesihatan anak kita. Jadi, tak de lah dia mudah sakit,. Demam sikit² biasalah, tapi nak kerap tu insya Allah tak..

Saya dah buat macam yang doktor suruh, campur dalam susu. Alhamdulillah, selera makan Aniq dah bertambah. Berat pun dah makin naik. Haih.. Kenapalah dengar cakap orang dulu kan.. Baik tanya pada yang arif.. Memanglah bukan semua kata doktor tu betul sebab doktor bukan tuhan, tapi Allah dah salur ilmu- Nya melalui doktor kenalah kita terima &  ikut.. Betul tak?

Bagi bonda² yang selama ni dok risaukan masalah berat badan anak, dah tak payah risau ye.. Amalkan je vco ni.. Nak lagi baik, jadikan makanan tambahan untuk family.. Khasiatnya terlalu banyak &  sangat baik untuk badan. Apa pun, vco ni BUKAN UBAT.. diulangi..  BUKAN UBAT.. Supplement ni bantu nak sihat, cegah penyakit. Bukan  rawat Segera masalah kita bagi sihat.. NO NO NO.. JANGAN SALAH FAHAM YE SAYANG² SEMUA..  Kita memang amalkan nutraceutical tapi kita juga tak tolak farmaceutical. Dua² ni berjalan seiring. Cuma farmaceutical yang dah sinonim dengan dadah (ubat)  ni kita nak elak ambil selalu sebab boleh mudaratkan kesihatan.

Bagi yang nak bertanya atau nak order vco sama ada untuk anak, suami, atau diri sendiri boleh pm/wechat/WhatsApp sya 013-985 5875..  Pergi kat page pun boleh.. Klik sini

5 ulasan :

Puan Kutu berkata...

woo rupanya boleh campur dlm susu,kira macam vitamin bagi anak lalu mkn pastu antibodi kuat.bagus2 moga aniq terus membesar bagaikan juara.hehe

Unknown berkata...

aminn....amiinn... mmg doktor kata dah tak payah bagi vitamin lain kalau dah makan vco..hah..jimat duit mummy.. :)

Aisy Nasiha berkata...

Menarik fakta ni.. saya pun beli juga vco sekali sekala tapi tak pernah kongsi dgn anak.. baru tahu ni

Unknown berkata...

Kena share kak.. 1 family pun elok mkn mcm kitorang.. Ala.. Xkisah pun kan vco jenama apa, asalkan mmg 100% vco.. :)

Unknown berkata...

menarik! kalau doktor daah kata gitu boleh la try kan sya