nuffnang

Jumaat, 5 Disember 2014

Kunyit.... Again...

Hurm..  Ini budak nama Aniq ni memang suka buat mummy dia jadi naga..  Nak sembur² api je memanjang.. Saya ni kalau dah geram, sekali warning tak jalan, 2 kali warning pun tak jalan, memang siaplah.. Naga ni pakai kuasa veto seorang mak la..  Denda sama dia..

Semalam geram betul.. Tengah kita nak masak, dia datang ke dapur.  Kalau dulu, ada pagar yang menghalang dia dari datang dapur,.  Sekarang pagar pun dah tak ada, kena langgar dek gajah² dalam rumah ni.. Jadi, Aniq mudah nak bermaharajalela kat dapur. 


Tengoklah lantai.. Kuning kena kunyit ni bukan senang nak hilang. Berminggu baru hilang. Itu pun lepas dah kena sental berulang- ulang kali.. Baru hilang.. 

Saya punya lah geram.. Angkat si budak kuning ni..  Basuh badan dia, lepas tu tinggal dia dalam bilik. Haa.. Nangis kau.. Tak lama lps tu saya keluarkan dia.. Punya lah suka, dia pergi balik kat tempat kunyit tadi, duduk atas kunyit &  bergembira.. Siap lompat² lagi atas kunyit tu.. 

Adoi.. Saya dah tak tau nak kata apa.  Nak marah pun rasa tak jadi.  Kesian pulak tengok dia. Bukan tak ada mainan,  tapi dapur inilah yang paling dia suka. Sebabkan macam tu lah hubby saya nak belikan dia satu tent untuk dia main dalam tu.  Tapi rumah kami ni kecik, mana muat masuk tent bagai.. 

Selalu macam ni lah keadaan saya kat rumah. Kecoh dengan Aniq saja. Tu belum lagi dengan pakcik² Aniq yang sentiasa nak  dimarah. Mana tak nya, semua akak yang nak kena pantau. Campur dengan  abah Aniq lagi, cukup lah saya jadi ibu beranak 5.. Semua lelaki.. 

Huarrghhh.. Letih badan, letih otak.. So. Macam mana nak update blog? Dah penat, daku tau nak tido je.. Hehhe

2 ulasan :

ziezah.com berkata...

alamakkkk kalau jijah pon mengamuk kot.. lepas marah baru pujuk balik.. kesian kan kat dia.. hakimi pon gitu la suka main kat dapur.. ada mainan tp itu juga dia nak pegi.haihh

QasehnyaRania berkata...

sabaq je la.
aniq tgh nk mmbesar so nak meneroka alam baru layan kan aja la mak brranak 5 hihi