nuffnang

Isnin, 1 Disember 2014

Kemaskini BR1M

Siapa ada mohon untuk BR1M? hari tu kan dah keluar yang kena update sebelum 31 Disember kan..  Ramai yang cepat² nak update. Tapi masalahnya sebelum 1 Disember, kita tak boleh nak update pun. Ramai yang marah² pasal tak boleh nak kemaskini borang BR1M.. Tu pasal tak baca betul ² lah..

Ok, sekarang dah 1 Disember, dah boleh dah nak update.. Cepatlah update sementara ada masa lagi. Jangan lengah ². Sebab yang kali ni memang sekejap aje masa dia bagi untuk kemaskini.. Kalau terlepas rasanya tak dapat dah. Tak tahulah kalau boleh buat rayuan.


Credit to e-br1m

Bagi yang nak update tu boleh klik Sini.. BR1M kali ni untuk 2015 ni pembayaran dia pun dah lain. Pembayaran BR1M kali ni ada 3 kali. Ada diorang bagi tahu bulan berapa nak buat pembayaran, cuma saya dah lupa.. Jangan lupa semak betul² alamat, nombor telefon. Dan isi sekali maklumat waris untuk khairat kematian.. Lagi satu, rasanya agak susah nak update menggunakan handphone. Jadi, nasihat saya, guna lah pc ye.. Saya dah try dah guna handphone, tapi tak keluar apa pun. Tapi kalau yang guna handphone canggih tu bolehlah cuba. Mana tau handphone cap ayam macam saya ni je yang tak boleh... Hehehe

Ok lah..  Ohh.. Sebelum terlupa, hari ini birthday cousin saya.  Apis namanya.  Kitorang sebaya. Tapi dia ni lahir kemudian, so, dia adik.. Hahaha.. Wish sikit untuk mamat ni.. Semoga diberkati &  dipermudah rezeki, keberkatan ilmu, umur.  Di beri jodoh yang baik juga.. Insya Allah.. Amiinn...


Happy birthday Apis! 

2 ulasan :

Puan Kutu berkata...

kena ingatkan en suami untuk update..:)

Unknown berkata...

Alhamdulillah pagi2 1hb dah buat permohonan baru..hehe