nuffnang

Jumaat, 4 Disember 2015

Salam Jumaat, Jom Bercuti!

Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi :).. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hidup sampai ke hari ni.  Baru hari ni jugalah boleh buka laptop, nak merapu-rapu kat blog. Dah banyak hari laptop buat hal. Geram, rasa nak pulang balik je kat kedai hari tu.  Baru sebulan pakai dah macam-macam hal. Padahal bukan selalu guna pun.

Hari ni tak ada apa nak story sangat. Just nak ambik mood berblog semula je. Busy yang amat sangat hari ni sebab nya dah start nak bercuti. Yeay!  Kita nak pergi Gold Coast!!!  Bukan gold Coast ,Australia ye.. Kat Sepang aje..kikiki..  ok la kan, daripada tak berjalan langsung. Nampak sangat menipunya kan? Padahal minggu lepas baru je lepas lepak kat Hotel Maluri,Cheras 3 hari..heheehe... (tak ada gambar sebab malas nak bergambar.. boleh gitu pulak kan?) iyela, kalau dah malas tu, tak dapat nak buat apa lah.. Sendiri rugi tak ada gambar kenangan.

by the way, apa aktiviti hujung minggu korang? Bercuti? Kerja? Ke ada yang nak kahwin? Apa-apa pun semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar lah ye. Saya ni banyak aje benda nak story dengan korang, tapi bukan sekarang. Ada hal nak kena urus sebelum bercuti ni..Hubby pun busy kat office, so terpaksalah ibu mengandung ni ambik alih segala tugas dia contohnya servis kereta,cuci kereta,hantar segala baju nak cuci ke dobi.

ok semua.. Nanti dah free kita sambung lagi.   Orang-orang dari negeri yang dah bercuti ni selamat bercuti ye!! Jaga diri,jaga kesihatan. Jangan lupa, kalau nak keluar dari rumah lama, pesan pada jiran minta tengokkan rumah. kat kawasan rumah saya ni, baru je 2 hari lepas kena rompak! Serius menakutkan.  

2 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Selamat bercutilah ya.. kat gold coast sepang pun dah seronok sangat tu.. sukala budak kecil tu nanti ya.. aktif nampaknya ibu mengandung ni ya.. macam2 dibuatnya

azizah green line berkata...

bestnya bercuti! jijah pun xsampai situ lagi..hehe