nuffnang

Sabtu, 12 Disember 2015

Pembedahan Ditangguh..

Assalamualikum..

Semalam satu hari suntuk saya di hospital, tunggu adik saya Asyraf yang menunggu turn untuk masuk ke dewan bedah. Dia dah start  puasa dari tengah malam, sampai ke petang tapi dewan masih belum panggil sebab mulanya doktor pakar belum sampai. Ada 2 orang doktor, seorang dari Kuantan, seorang lagi dari Seremban. Jadi, sementara menunggu, dah ada pesakit yang dah masuk.

Ahkirnya lebih kurang pukul 2 petang, nurse datang, tukarkan pakaian dan terus ke wad bedah. Fuhh..penat saya kejar-kejar time ni. Dengan dukung anak soleh ,Aniq,sambil jalan laju-laju nak kejar nurse. Laju betul diorang jalan.. 😊.. Semuanya kena cepat kan..Biasalah tu.. Saya memahami..

masa persediaan nak ke dewan bedah


Tapi lebih kurang setengah jam, adik saya kat dalam, dah kena keluar. Rupanya salah panggil. Orang yang masuk mula-mula tu, belum keluar lagi.. Allahu Akbar.. Sedihnya rasa hati saya.  Nak buat macam mana, kenalah ikut. Kata nurse, mungkin kena tunggu 2 atau 3 jam lagi. 



Masuk semula ke wad, adik saya ni dah mengadu kelaparan sangat. Puncanya, semalam tu dia tak ada selera makan, Dia tak makan, kiranya dah lebih 24 jam dia tak makan. Si abang yang tak tahu tak boleh makan, suapkan adik saya ni buah anggur dgn delima. Tak banyak, tapi kan dah memang tak boleh. Dia makan 3 biji tak silap saya. Delima pun makan 3,4 butir aje gitu.

Tapi rupanya itulah punca tangguh pembedahan. Allah... Benda dah jadi, tak boleh nak buat apa. Sedih sangat saya. Masa tu barulah saya tahu, rupanya sebab makanan tu, bius yang nak dimasukkan tu tak lepas. Dah banyak kali cuba pun, tak lepas. Last doktor tanya ada makan ke?  Bila dah tau punca, terpaksalah tangguh bedah ke satu tarikh yang belum pasti lagi. 

Masalahnya, doktor yang nak buat bedah ni sangatlah busy. Nak dapat tarikh yang kosong bukanlah senang. Allah...Besar sungguh ujian. Tak apalah, kami redha + belajar dari kesilapan.  

Harapan saya, dapatlah adik saya ni bedah sebelum habis tahun ni. Tak sanggup tengok dia terbaring tak boleh buat apa-apa tu. Besi yang terpasang tu pun dah start menanah. Nurse terlampau sibuk, nurse pelatih dah bercuti, kadang-kadang diorang terlupa nak cuci. Jadi, sebagai nak memudahkan, saya cadangkan pada umy saya untuk belajar cara cuci dari nurse. Lepas ni, kami dah boleh buat sendiri. Bila dalam keadaan macam ni, pentingnya family untuk belajar buat sesuatu, jangan harapkan nurse. Hospital besar macam Kuantan ni, ramai pesakit. Kadang tak terlayan.

Sebelum balik, saya cuma pesan pada adik yang dia kena banyak sabar, istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Doa tu penting, supaya Allah permudahkan segala urusan. Tak ada apa boleh buat pun sekarang ni, selain dari menunggu.. Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi kesabaran buat family saya dalam menghadapi ujian ni.. Amiinn..

5 ulasan :

IntaNBerliaN berkata...

AllahuAkbar... kesiannya...

Ingat adik akak aritu pun lapar jugak, memang dajh ebih dari 24 jam la kan... tapi tak boleh buat apa.. redha je la dia menahan lapar...

InsyaAllah adik sya kuat... keluarga memang sangat2 penting masa ni... adik perlukan sokongan sya & family...

Sya Nadia berkata...

@IntaNBerliaN betul tu kak.. sya faham sekarang yg betapa penting nya sokongan dari org terdekat terutama family.. masa kita down la kita nak support dari family...kami pun kadang down, tapi sama-sama pesan berpesan, gagah kan diri menghadapi ujian...

iryanty ahamad berkata...

kesiannya..memang tak boleh operet kalau dah makan....melibatkan nyawa...

moga dipermudahkan..amin

azizah green line berkata...

Alahai nape makan.. mmg xleh makan apa2 kalau da start suh puasa. Mmg akan ada efek nanti. Xde rezeki. Harap2 dapat bedah cepat mungkin

The Kehalusan Kelembutan berkata...

Salam , moga dipermudahkan Allah degala urusan Aamiin