nuffnang

Memaparkan catatan dengan label anak 2 tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak 2 tahun. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2018

hampir 2 tahun

Kali ini pecah rekod paling lama tak update blog. 2 tahun dah. last entry yang saya update, bulan 5 tahun 2016. masa tu cerita pasal pengalam saya bersalin kan 2nd baby saya, Nur Sarra Kayyisa. entry yang saya janji nak cerita pasal bersalin tu pun masih tertangguh. segala benda bahan yang saya nak letak dalam entry pun banyak dah hilang..aduduh, sedih pulak rasanya.

Alhamdulillah Sarra pun dah 2 tahun. orang nya suka makan, tapi badan kecil sangat. berat pun statik sahaja. sama la dengan aniq,dulu.  actually target saya nak kembali merapu kat blog start awal tahun 2018 ni, tapi sebab malas nya lahai nak berebut lappy dengan anak dara, azam tinggal azam.  now, slowly saya akan start menulis balik. slowly..tak tahu la slow  tu tahap macam mana kan...hehehe. mungkin sebulan sekali je update.

apa pun, minta sokongan kawan-kawan semua. bagi yang dah kenal, baru kenal atau baru nak berkenalan. saya nak meriahkan balik blog saya yang dah lama sunyi ni.

sambung nanti pulak la ye..

miss you all ☺


aniq & sarra. ntah apa yang sarra sedih kan tu.. 





model sugarbelle sangat anak dara ni...

inilah dia nur sarra kayyisa, gambar ni je yang saya ada dalam laptop. masa ni baru umur 1 tahun lebih. now dah besar.rambut pun dah panjang. ☺


Nota: lama dah tak buka blog, sampai saya dah lupa cara nak buka ..kikiki..

Rabu, 18 November 2015

Aniq dah berhenti susu.

Assalamualaikum..

Dulu saya pernah bagi tau yang anak soleh saya iaitu Aniq ni minum susu Enfalac A+ kan ? Tapi lepas tu saya dah tak cerita apa- apa lagi dah pasal susu.  Sebenarnya lepas beberapa bulan dengan susu Enfalac,saya tukar lagi susu dia. Kali ni susu pediasure. Pediasure ni up lagi dari enfa. Mahal. Susu Aniq 2 tin besar 1 bulan, kos nya lebih kurang rm300++. Itu harga yang paling murah saya dapat Kat tunas manja. Rm150 1.2kg. Kat the store tak salah saya rm160 macam tu.

sumber


Aniq ni masalah dia tak nak makan. Puas saya pujuk, tetap tak nak makan. So, doktor suruh kekal dengan pediasure sampailah Aniq boleh dapat berat yang cun. Tapi, kalau bergantung dengan susu semata, manalah boleh naik berat. Anak soleh saya ni dah 2 tahun lebih, berat masih tak sampai 10kg.  Saya rasa saya kena usahakan sesuatu.

Start pada bulan 10 hari tu, saya dah niat nak stop kan susu Aniq. Saya nak dia lupakan susu and makan macam orang lain makan. Lama saya fikir nak buat atau tak. Akhirnya, minggu lepas saya mula.

Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar. Saya sorok botol susu and bagi tau botol hilang. Saya minta dia cari sendiri. Bila tak jumpa, dia terpaksa redha la tak dapat susu. Tapi malam tu dia tak boleh tidur. Menangis minta susu. Dengan saya sekali menangis. Siapa tak sedih tengok anak macam tu. Saya pujuk bagi air masak, mula- mula je nak, lepas tu dia tak nak. Dah nak pagi baru dia tidur. Sedih! Serious sedih saya tengok dia. Rasa kejam nya lahai. Tapi fikirkan niat asal, saya kuatkan semangat.

Bangun dari tidur, anak soleh saya ni lapar. Cepat- cepat saya mandikan, bagi dia nasi. Ya Allah! Dia makan tak banyak kerenah. Menangis dalam hati saya tengok. 1st time saya tengok Aniq makan banyak and berselera. Gembira tak terkata saya.  Tak sia-sia usaha. Tapi saya tak leka,tu baru hari pertama.

Sepanjang hari Anakanda soleh saya ni lupa pada susu sebab dia kenyang makan . Malam dia minta susu lagi and Kali ni saya bagi tau,abah dah tak beli susu. Dia nampak pasrah aje. Tapi ok, dia tidur awal la juga.

Setakat sampai hari ni, Aniq masih cari susu. Kebetulan semalam masa kemas barang, anak soleh ni jumpa botol susu dia. Cepat- cepat saya sorok semula. Ok.. dia lupa balik. Masa kitorang balik kampung hubby, dia makin kerap sebut nak susu. Saya gantikan dia dengan Milo sementara saya nak usahakan susu lembu segar. Susah dia nak terima,saya pun sama. Tapi demi kebaikan dia, saya kena kuat semangat. 

Aniq dah 2 tahun lebih, dah tak sepatutnya bergantung dengan susu. Dia boleh dapat zat dari makanan lain.  Harapnya lepas ni anak soleh saya ni boleh terus lupa kan susu tepung sampai bila- bila. Susu pun tinggi kandungan gula, so saya tak kesal stop susu tepung untuk Aniq.


Lepas ni nak usahakan dia free diapers pulak. Saya nampak dia pun dah tak selesa, tapi saya pulak lah yang tak larat dah sekarang ni. Slow-slow saya akan buat juga.insya Allah.. 

Doakan Kami ye semua.. 😊

Catatan: hari ni dah seminggu (tak salah saya) anak soleh saya ni stop susu. Dia masih mencari. Tapi bila ingatkan dia yang dia dah tak boleh minum susu, Alhamdulillah dia sangat ok.  Harap tak lama lagi boleh lupa terus..