nuffnang

Memaparkan catatan dengan label catalyst nutraceutical. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catalyst nutraceutical. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2015

Vco untuk anak yang demam.

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tahu saya ni pengguna setia VCO a.k.a minyak kelapa dara kan? Saya mula amalkan vco ni dari umur belasan tahun lagi. Dari vco ni dalam bentuk liquid yang susahnya nak telan tu. Errkk... Rasa makan minyak!

vco liquid


Dulu masa umy saya suruh makan, saya memang nak elak saje. Iyela, masa tu mana terdedah lagi pada 1001 khasiat vco ni. Sekarang dah tau, jadi berhantu pulak. Dok pi mana pun usung la botol vco tu. Sekarang pun dah tak takut nak makan yang liquid. haaaa... Panjang bebenor mukaddimah nya yek?hehe. 

ok.. Saje la kan hari ni saya nak share apa la kita boleh buat dengan vco tu bila anak demam. Haa... Serius ramai tak tahu. Saya pun dulu tak tahu, tapi doktor yang bagi tau saya baru-baru ni. Tak sangka doktor pun ambil tahu tentang khasiat vco. Sampaikan doktor & nurse kat klinik pun sokong untuk amalkan vco.

Masa Aniq demam, dah jadi kebiasaan saya untuk pantau dulu suhu badan dia, lap badan dengan air tapi tak bagi ubat. Bukan sebab saje ke apa, tapi doktor bagi tau yang demam bukanlah penyakit tapi petanda kepada akan sakit. So, tak perlu tergesa-gesa bagi ubat kecuali bila kita dah nampak anak sakit apa. Atau bila suhu anak dah terlalu tinggi.  Masa Aniq demam baru ni, doktor nasihatkan supaya sapu minyak zaitun pada sendi badan anak. Tapi kat rumah dah kehabisan minyak zaitun, so saya gantikan dengan vco. Rupanya, dengan vco pun boleh bantu turunkan suhu demam anak! Wah... bagus la kan? 

Jadi, saya dengan cepatnya sapu vco pada sendi anak soleh saya ni, sambil tu juga lap badan dia dengan air yang dah dicampur dengan beberapa titik vco. Alhamdulillah, sangat mujarab. Malam tu juga demam anak soleh saya ni dah ok. Syukur! Panas sikit je, bawah pada 37.5.. Esoknya baik terus dari demam.

Betullah vco ni 1001 khasiat. Saya tak rasa rugi langsung keluar sikit duit demi kesihatan family. Yup, satu family boleh guna. Dari anak kecik sampai lah ke orang tua. Macam saya, nak jaga hb masa mengandung pun makan vco. Berat terlebih naik pun telan vco jugak. Bagi rawatan untuk rambut,kulit semua pun dengan vco. Nak hilangkan parut pun sapu vco jugak. Ya Allah, banyak sungguh manfaat vco ni. Saya ni memang suggest pada setiap family guna lah vco ni, jadikan supplement tetap sekeluarga. Insya Allah, rasa berbaloi-baloi sangat.


iklan:
Sesiapa yang nak dapatkan vco, boleh try contact saya di 013- 985 5875. Atau, boleh terus ke page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop/ . Saya agen sah Catalyst Nutraceutical.

Facebook page: Syaz Health and Beauty

Sabtu, 2 Mei 2015

tentang supplement

Salam.. hi semua..


Rasanya ramai yang tahu saya ni ada jual supplement kan. Buat masa sekarang saya cuma jual produk catalyst je. Jualan saya ok je. Nak kata sale laju pun tak juga. Nak kata tak jalan pun tak juga. Sekadar biasa bagi orang yang tak rajin and tak pandai promote produk.. Hehe

Tapi walaupun sale tak kencang macam stokis lain, saya tetap ada jumpa banyak customer yang sangat tak faham tentang supplement. Selalu orang ingat, produk catalyst ni bekerja macam ubat. Maksud saya, bila sakit baru makan, lepas makan terus sihat. No no no. Sangat salah tu ye. Supplement ni cuma makanan tambahan. Untuk jaga badan kita agar sihat. Tak mudah datang penyakit. Sama juga lah yang untuk skin apa semua. Contoh kalau kita dah berjerawat, nak sapu atau makan vco untuk kurangkan jerawat. Memang boleh. Tapi patutnya kena mula dari awallah. Dari jerawat masih sikit. Jadi,jerawat cepat hilang,insya Allah lepas tu dah tak naik. Kalau dah memang ada jerawat tu pun memang la boleh. Tapi produk natural kerja dia slow². Dia rawat situ sikit,sini sikit. Rawat dalaman tu dulu baru dia rawat luaran. Tapi dah nama bukan ubat,kesan tu tak la cepat macam ubat. Kalau yang cepat nampak hasil tu mungkin jenis badan dia serasi. Baguslah kan.. syukur Alhamdulillah..

Kalau macam saya dulu berbulan baru nampak hasil luaran yang sangat bagus. Masa awal tu just naikkan HB je masa mengandung and bagi tak mudah letih.  Sama macam adik saya, berbulan makan baru nampak kesan luaran. Ramai tegur kata dia nampak makin cerah . Adik saya ni kulit agak gelap berbanding saya.

Ada customer yang nak kulit cantik, dalaman cantik. Segalanya cantik lah. Tapi nak kesan cepat. Awal² lagi saya dah bagi tahu catalyst tak sama macam lain² produk yang dia makan sebelum ni. 2,3 hari dah ada kesan. Mula² ok la. Tapi lepas tu, dia makan pun skip². Bila tak ada perubahan, mula lah pandang kita macam apa je. Sabar aje la. 

Padahal lah kita dah terangkan, yang ini bukan ubat. Betul lah kata stokis saya dulu. Kita jual supplement ni bukan sekadar jual. Kita juga nak educate customer Dan juga orang lain sama. Mula² saya tak faham, sekarang baru lah saya faham. Nak kena ajar customer bagaimana cara supplement bekerja, apa kandungan dalam tu,masa paling terbaik untuk ambil supplement. Semua th kena ajar. Sambil tu kita ni.pun belajar sekali.

Tapi biasalah,kadang² ada anak murid derhaka sikit..hegeh..kasar ayat eh.. sorry.. bukan derhaka la, kita panggil tak dengar kata. Kita kata supplement bukan ubat tapi lepas tu datang kat kita kata tak ada kesan pun akak.. Ish².  Ada juga aku telan budak ni kang..haha.. tp biasanya saya tetap explain Kat customer tu apa punca yang biasa bila kita rasa supplement tu tak belerja. Kalau diorang terima ok la. Tak nak saya tak boleh paksa.

Apa pun terima kasih kepada customer saya yang tak putus² membeli dengan saya. Saya tak anggap sangat semua tu semata untuk keuntungan sebab kadang banyak diskaun saya bagi. Saya lebih suka nak share kebaikan dari apa yang saya tau bagus. Itu saje.

Sabtu, 1 November 2014

MEGA SALE BERMULA SEKARANG!!

Salam semua!! Sya nak buat spa pengumuman ni. Bermula hari ni, dah bermula MEGA SALE CATALYST ESSENTIAL tau.. Bagi yang belum tau apa produk yang terlibat dalam sale kali ni, jom tengok² dalam poster kat bawah ni k!

Pilihlah apa yang korang berminat nak cuba, Bagi tau Sya untuk Sya proceed nanti..




Pada yang belum tahu pasal catalyst essential ni, sya terangkan sikit ye.. Catalyst essential ni adalah anak syarikat dibawah catalyst nutraceutical. Dibawah catalyst essential ni adalah terdiri dari produk cosmetic contohnya lip gloss,eye liner dan lain² macam yang korang boleh tengok dalam posterlah. Catalyst nutraceutical pulak lebih kepada supplement yang menjaga kecantikan & kesihatan dalaman.

Sekarang dah tau, jom cepat2 kita mula ber'catalyst' hari ni.. Jangan lupa nombor sya ye.. 013-9855875.. Boleh pm/wechat/whatsapp.. <3

Jumaat, 31 Oktober 2014

selfie with catalyst

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Salam semua.. Hari ni buat apa? Saya sekarang ni kebosanan.  Nak tidur,  tapi tak lelap lagi. Jadi sementara tu update instagram sekejap. Upload gambar2 flash card Catalyst Nutraceutical.

Sekali ternampak nad zainal duta catalyst  dok buat iklan. Ni iklan saje2 je. Ajak ramai2 selfie dgn produk catalyst, lepas tu upload &  tag @catalystforever &  @nad.zainal kat ig.  Saya pun nak join juga. Haha. Tp dengan muka penat + mengantuk ni, tak terlayanlah. Hehe.
Jadi, kita layan gambar nad ajelah ye.  Testimoni nad ni dia lepas pakai collagen,  colla c &  vco. Memang nampak kulit dia lagi ok la kan..



Saya pernah makan collagen tapi sikit je. Sekadar rasa2. Nak beli belum ada kemampuan lagi. Tapi insya allah lepas ni bolehlah try collagen pulak. Ramai yang suka dengan collagen perimeum catalyst ni. Sebab dah namanya collagen kan, antara yang nampak hasilnya dah mestilah kulit.  My MIL pun makan collagen perimeum catalyst. Hari tu berhenti sekejap,  sekarang dah.makan balik. Tapi kali ni saya ganti vco dengan vco delima. Vco delima ni bukan setakat bagus untuk wanita hamil je, tapi bagus juga untuk warga emas.

Sesiapa yang rajin tu bolehlah follow IG saya  Sya_catalyst. Kat sana ada saya letak info2 untuk memudahkan korang tengok tentang catalyst. Kalau rasa susah, boleh bukan Facebook page syaz health and beauty. Kat page ni lagi banyak lah sebab dah lama. Yang ig tu baru je lagi..

Isnin, 16 Jun 2014

Sampai sudah...

Alhamdulillah.. Seronoknya... gambar-gambar produk catalyst dah sampai. Cantik-cantik gambarnya, siap ada watermark and logo group lagi..

Lama sangat dah saya menunggu gambar-gambar ni.. Bukan tak boleh nak ambil sendiri, tapi handphone saya ni cap ayam je.. Gambar jadi tak cantik sangat. Lagi pulak  sekarang dah ada sistem reward, so bila customer tengok gambar yang ada logo group  ni, mudah dia tau dari siapa dia beli and mudah nak kumpul point.. Tu pun sebab penting kenapa nak ada logo group tu..

Bila dah ada gambar-gambar yang cantik-cantik ni, semangat makin berkobar-kobar lah... haha...hurmm.. Page saya tu dah lama juga tak update, sama macam blog ni.. Kesian  sangat.. Terperuk aje.. Mujur juga walau tak update, tapi customer masih ada.. tak putus-putus order.. terutamanya vco.. Alhamdulillah. Sayang sangat dengan catalyst.. Meh, saya bagi korang tengok sikit gambar yang saya dapat.. Kalau dah tengok, rasa tergoda nak try, boleh aje calling2 saya.. Kita boleh deal harga best punya untuk kawan-kawan.. macam selalu orang cakap, harga kasih sayang.. Cewahh... hehehe


Mexorea... Khusus untuk menjaga dalaman wanita ketika datang bulan & berpantang..  nak info lebih pasal mexorea boleh contact saya..


Femme Vita juga penjagaan untuk dalaman wanita sewaktu diluar waktu period..  Rasa yang sangat2 sedap, ini supplement wajib saya tiap2 bulan selain vco.. menang terbaik.. Harga pun murah..!!

Khamis, 24 April 2014

Aku Tergoda~

Betul.. Saya tak tipu, saya  dah lama rasa tergoda. Nak gapai, tak mampu, hanya pandang dari jauh aje la.  Tapi pandang dari jauh pun, dalam hati memanggil-manggil untuk memiliki. Tapi apakan daya, masih ada yang perlu dijaga dan diutamakan. Jadi.. Sabarlah wahai hati... Sob..sob..sob..

Saya ni sebenarnya tergoda sangat2 dengan segala produk charme yang catalyst keluarkan tu. Dari skincare nya sampailah ke barang make up. Semua saya berminat. Warnanya...uihh... cantik2..Mengoda dan tergoda. Sudahlah dari packaging dia pun  dah buat kita rasa menarik nak beli, tapi hasil dari pemakaian tu pun buat kita rasa nakkkkkk sangat2..


Ni la charme skin care yang catalyst keluarkan. Ada 6 produk. harganya saya tak begitu pasti. tapi set ni dalam harga Rm178 tak salah saya. Agak mahal kan?? Tapi mengikut kata sepupu saya yang dah pakai lebih dari 2 set, walaupun harga nampak mahal. sebenarnya harga ni sama je macam harga produk2 lain. Sebab 1 set ni tahan 3 bulan lebih jugalah. Ohh... dengar macam tu, saya semangat nak beli, tapi fikir2kan balik, pencuci muka pun saya malas nak pakai, apatah lagi banyak2 ni. Terpakai ke saya?? Macam tak aje.. So, tangguhkan niat nak beli sampai ke satu masa saya pasti saya boleh istiqomah nak pakai semua.

Ada lagi produk charme ni yang saya berminat. Ia adalah....... taraaa... 


Ini dia lip gloss dari charme catalyst. Warnanya...mengancam.. Cantik sangat.. Ada satu lagi warna ni, tapi puas dah saya google tak jumpa2. Jumpa satu ni je. Bolehlakan dari tak ada langsung. Saya memang dah lama nak lip gloss ni, tapi harganya..hmm..terkedu jap.. Rm55 tak salah saya. memandangkan cousin saya dah try semua produk charme, so, dia satu2nya manusia yang akan saya rujuk untuk produk2 ni. Dia cakap, semua produk charme memang agak mahal. Bukan sebab saje2 mahal, tapi sebab kualitinya. Kalau kita biasa pakai yang macam simplysity apa semua tu kan, kita boleh tau yang charme ni kualiti dia sama. Sebab apa? Sebab charme ni datang dari korea jugak. Menggunakan teknologi kosmetik korea yang paling maju buat masa ni..

Lagi apa produk charme yang saya suka? Semua saya suka, saya berminat.. Antaranya.. Ini..

3D mask.. 

Harga 3D mask ni Rm12 sekeping.. Tapi kalau beli kat wisma Catalyst, di shah alam. dapatlah harga diskaun yang best gilerr.. semua guna natural ingredients. Ada labu,kiwi,mangga,strawberi dan lobak. Bukan mask biasa ni, dia 3D so pakai tu memang cover habislah muka. Senang cakap perfect la.


Shaping Boom.. 

Shaping boom ni pun produk catalyst bawah label charme. Semua yang duduk bawah label charme ni memang guna teknologi termaju korea untuk segala kosmetik. Jadi, dari korea diterbangkan mousse pemecah lemak yang dinamakan shaping boom. Ada 2 jenis ni, satu yang cool, satu yang heat. Nak sapu bawah dagu takkan nak yang panaskan.. Mesti tak selesa. So, boleh pakai yang cool. Ala... walaupun cool, tapi kesannya sama je macam yang heat punya. Berkesan nak fight lemak2 degil selulit2 yang bersarang sekian lama kat badan tau. 

Satu lagi produk charme yang tak ada gambarnya ialah set make up. Ada berapa pun saya tak berapa pasti. Saya pernah nampak sekali je dorang up gambar tu,,lepas tu cari2 tak jumpa dah. Maybe yang ni dorang jual kat wisma aje. Maybelah, saya pun tak berapa pasti. Ape pun yang penting, saya nak juga try semua ni. Menarik sungguh. 

Walaupun saya belum try semua ni, tapi jangan risau ye pada sesiapa yang nak try. Testimoni dah banyak, termasuk akk sepupu saya yang sangat saya kasihi. Memang saya dok perati aje dia. Makin lama makin cun, makin slim melim. Jeles i tau. hee

Last sekali, sesiapa yang nak try, boleh saje pm saya kat Facebook atau page saya ye.. Saya sedia menerima  order korang bila2 masa pun, insya Allah. tapi janganlah harap saya jawab pm pukul 2,3 pagi ye..hee.. saya sedang berehat time tu..