nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Femme vita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Femme vita. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Sampai sudah...

Alhamdulillah.. Seronoknya... gambar-gambar produk catalyst dah sampai. Cantik-cantik gambarnya, siap ada watermark and logo group lagi..

Lama sangat dah saya menunggu gambar-gambar ni.. Bukan tak boleh nak ambil sendiri, tapi handphone saya ni cap ayam je.. Gambar jadi tak cantik sangat. Lagi pulak  sekarang dah ada sistem reward, so bila customer tengok gambar yang ada logo group  ni, mudah dia tau dari siapa dia beli and mudah nak kumpul point.. Tu pun sebab penting kenapa nak ada logo group tu..

Bila dah ada gambar-gambar yang cantik-cantik ni, semangat makin berkobar-kobar lah... haha...hurmm.. Page saya tu dah lama juga tak update, sama macam blog ni.. Kesian  sangat.. Terperuk aje.. Mujur juga walau tak update, tapi customer masih ada.. tak putus-putus order.. terutamanya vco.. Alhamdulillah. Sayang sangat dengan catalyst.. Meh, saya bagi korang tengok sikit gambar yang saya dapat.. Kalau dah tengok, rasa tergoda nak try, boleh aje calling2 saya.. Kita boleh deal harga best punya untuk kawan-kawan.. macam selalu orang cakap, harga kasih sayang.. Cewahh... hehehe


Mexorea... Khusus untuk menjaga dalaman wanita ketika datang bulan & berpantang..  nak info lebih pasal mexorea boleh contact saya..


Femme Vita juga penjagaan untuk dalaman wanita sewaktu diluar waktu period..  Rasa yang sangat2 sedap, ini supplement wajib saya tiap2 bulan selain vco.. menang terbaik.. Harga pun murah..!!

Isnin, 17 Februari 2014

Set Berpantang 'Jamuless'

Rasanya sebelum ni macam ada saya buat entry pasal set berpantang dari catalyst. Tapi pelik la, cari-cari tak jumpa pulak. Tersangkut kat mana-mana ke? Memandangkan saya tak jumpa yang lama tu, saya nak tulislah yang baru punya. Sebab ada lagi yang belum tahu pasal set berpantang dari CATALYST ni. So, entry kali ni, saya nak cerita dengan lebih jelas pasal set-set ni.. Barapa harga dan sebagainya.. Oh..sebelum terlupa, entry ni saya copy dari sepupu saya.


Set ni saya sediakan mengikut bajet pengguna juga. Saya juga akan terangkan fungsi2 setiap produk, mengapa dan bila ia perlu di ambil. Set ini juga merupakan antara set yang LARIS bagi mereka2 yang TIDAK mengamalkan jamu semasa berpantang tetapi ingin menjaga kesihatan rahim dan membersihkan sisa2 darah nifas di dalam rahim disamping dapat badan yang sihat dan bertenaga sepanjang tempoh tersebut.

Hal ini biasa di hadapi oleh ibu2 yang anaknya ada masalah jaundis dan prolong jaundis di mana penggunaan jamu memang TIDAK BOLEH DI AMBIL sepanjang tempoh tersebut. Akibatnya:

  • badan terasa tersangat penat, 
  • kelancaran pengeluaran darah nifas menjadi tergendala, 
  • pengeluaran susu terganggu (kerana badan n mental yang letih), 
  • seram sejuk badan (hormon tidak stabil), 
  • mudah mendapat sakit kepala/ pening2
  • badan mudah di jangkiti virus dan kuman

Di sini saya senaraikan dahulu beberapa set mengikut keperluan dan juga berdasarkan bajet pengguna. Antaranya:




SET ASAS 1 (30 hari penggunaan)

1. VCO Softgel    1 botol ( 60 softgel)
2. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
3. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)

RM 125 termasuk pos


SET ASAS 2 (30 hari penggunaan)

1. VCO Softgel    1 botol ( 60 softgel)
2. VCO Cecair    1 botol (150ml)
3. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
4. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)

RM 165 termasuk pos


SET PREMIUM (60 hari penggunaan) 
# recomended set

1. VCO Softgel    2 botol ( 120 softgel)
2. VCO Cecair    1 botol (150ml)
3. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
4. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)
5. Ambience        1 kotak (25 sachet)

RM 364 termasuk pos (Automatik menjadi Ahli Catalyst sepanjang hidup  ♡♡)


FUNGSI SETIAP PRODUK DALAM TEMPOH BERPANTANG



1. VCO Softgel berfungsi untuk:


* Penambah tenaga semasa dalam tempoh berpantang

* Memudahkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit


* Sebagai 'Milk Booster' yang sangat berkesan dan selamat


* Mempercepatkan proses penyembukan luka2 bersalin (jahitan & luka ceaser)


* Melancarkan peredaran darah


* Menstabilkan metabolisme badan sepanjang tempoh berpantang


* Mengurangkan kadar allergi terhadap makanan


* Membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman



Cara Pengambilan: Kunyah/telan 1 biji pagi dan 1 biji malam setiap hari



2. VCO Cecair berfungsi untuk:


* Meredakan ruam lampin, ruam2  pada bayi, gatal2 pada bayi


* Menghilangkan masalah kupimg2 di kepala bayi


* Mempercepatkan penumbuhan rambut2 bayi - menguatkan akar rambut & melebatkan rambut


* Melembapkan kulit bayi dan ibu yang kering (menggantikan losyen bayi)


* Membersihkan kawasan pusat bayi


* Menyembuhkan masalah tiroid pada bayi (bg minum dalam stgh sudu kecil setiap sehari atau 2 hari)


* Melegakan batuk & asma pada bayi (bg minum dalam stgh sudu kecil setiap hari)

Cara Pengambilan: Sapu pada bahagian yang di kehendaki sekerapnya. 




3. Mexorea berfungsi untuk:


* Melancarkan perjalanan pengeluaran darah nifas dari rahim


* Mencuci dinding rahim


* Memulihkan sistem peranakan


* Menstabilkan hormon wanita


* Menghilangkan masalah bau badan sepanjang tempoh berpantang


* Menyingkirkan toksid2 dalam badan


* Menguatkan kembali otot2 vagina


*Menyempitkan vagina


* Mencegah bakteria dan menghilangkan bau vagina


* Menegangkan payudara dan mencantikkan kulit



Cara Pengambilan: Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 2 minggu selepas bersalin pada sebelah pagi (perisa peach).
Bahan2: Pueraria Mirifica, Sireh, Nenas, Asam Jawa, Kunyit




4. Femme Vita berfungsi untuk:


* Mengecutkan peranakan


* Membantu merawat luka dalam perut selepas bersalin dan selepas pembedahan


* Membina kembali dan menguatkan otot2 vagina


* Merapatkan kembali vagina selepas proses bersalin


* Menegangkan payudara kerana penyusuan bayi


* Melancarkan peredaran darah


* Memulihkan sistem pelinciran vagina


* Mencantikkan kulit


* Menaikkan kembali seri wajah


* Menghilangkan bau badan dan vagina


* Melegakan panas badan akibat ketidakstabilan hormon



Cara Pengambilan: Di sambung selepas habis MEXOREA. Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 2 minggu  pada sebelah pagi. (perisa berry).
Bahan2: Kacip Fatimah, Sireh, Temulawak, Pueraria Mirifica, Epimidium, Mucuna Pruriens, Goji





5. Ambience berfungsi untuk:


* Membekalkan kembali kolagen2 pada sel2 badan


* Membantu merawat luka2 dalaman selepas bersalin

* Elok untuk kesihatan rahim dan keseluruhan badan (luar dalam)

* Membekalkan kembali badan dengan nutrien2 penting badan

* Merawat, Memulih dan Memperbaharui sel2 badan

* Mengembalikan tenaga  dan kesihatan pada badan

* Mengembalikan keserian wajah

* Menguatkan fungsi kekuatan tulang dan sendi

* Meningkatkan kelembapan/kelembutan semulajadi kulit dan mengelakkan kekeringan kulit (hidrasi)

* Bersifat anti kanser dan meningkatkan sistem imun badan

* Mempercepatkan pembaharuan sel2 kulit dan meningkatkan kekuatan tulang/otot/rawan

* Meremajakan kembali kulit, mengurangkan kedutan2 dan menegangkan kulit badan

* Mengurangkan keradangan kulit


Cara Pengambilan: Di sambung selepas habis FEMME VITA. Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 25 hari berikutnya, pada sebelah pagi. (perisa epal sour).
Bahan2: Phytocelltec Malus Domestica (Apple Stemcell), Astaxanthin, Coenzyme Q10, Maqui berry, Acai Berry, Pine Bark, Acerolla Cherry, Grapeseed, Collagen, Aprikot, Agaricus Blazei Murril, Aloevera, Gamat, L-Gluthathione


Jadi, set mana yang ingin di ambil adalah bergantung kepada KEPERLUAN dan BAJET pengguna. InsyaAllah, set ini AMAT SESUAI untuk mereka2 yang alah dengan 'kepanasan' jamu2. Tapi bukan lah bermakna saya nafikan jamu, cuma lepas ni ibu2 dah tak perlu risau, dah boleh jaga kesihatan semasa tempoh berpantang, luar dan dalam walaupun TIDAK dapat mengamalkan jamu.

** Mexorea n Femme Vita = Jamu Moden 
  ♡♡
** VCO memang WAJIB ambil 
  ♡♡

Kesemua ini adalah persediaan bagi menggantikan pengambilan jamu oral. Untuk sapuan luaran yang lain seperti bertungku, barut/berbengkung, amalan menyapu minyak2 panas, penggunaan pilis dan amalan param masih boleh di amalkan.

Selasa, 17 Disember 2013

Femme bantu masalah wanita



Sukanya...Femme Vita dah berwajah baru..Kali ni warna macam gegurl gitu.. Khasiatnya dah tentulah untuk orang perempuan Sebelum ni saya ada buat entry pasal Femme.Yang tu testimoni dari saya sendiri. Nak baca klik Sini.

Banyak sebenarnya masalah orang perempuan yang boleh diselesaikan dengan Femme Vita ni. Antara masalah tu ialah:

  • keputihan
  • Miss V berbau
  • gatal di miss v
  •  sengugut
  • kesuburan
  • kurang pelincir ketika bersama
  • kulit kusam
  • rahim lemah
  • Badan berbau
Ramai yang bermasalah, tapi  malu & biarkan masalah berlarutan. Jangan biarkan, cubalah cari jalan penyelesaiannya. Insya Allah ada jalannya. Lepas usaha barulah bertawakal..

Disebabkan saya dah buat entry tentang testimoni saya sendiri, kali ni saya letak testimoni orang lain pulak.. Kawan saya semangat dengar sepupu saya dah mengandung lepas cuba Femme Vita ni. Dia pun nak juga cuba.. Saya memang sentiasa makan Femme ni, sebab sedap & sebab kulit kering saya dah  tak ade. hehehe..



Update
Kawan saya dah pun preggy...Baru tadi dia bagitau dah 6 minggu... :)
Nampaknya dia cuma boleh makan vco je sekarang..

Selasa, 3 Disember 2013

Pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah Catalyst dah semakin berjaya. Langkah demi langkah kejayaan yang Catalyst capai buat kami semua berasa sangat bangga.

Baru2 ini, satu lagi pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri . Ini adalah anugerah usahawan cemerlang 2013 sempena SDSI ( satu daerah satu industri ) kat Melaka baru2 ni. Pengiktirafan ini membuktikan Catalyst diiktiraf kualiti produknya di pasaran.

Kami sebagai pengguna yang setia dengan catalyst, memang rasa bangga sangat dengan kejayaan catalyst. walaupun slow2 berjalan, tapi kejayaan ni membuktikan segala usaha dan penat lelah tak sia2. Saya yang mengguna produk ni pun rasa tak sia2 setia dengan Catalyst walaupun banyak lambakan produk dipasaran.

Ramai yang belum kenal dengan catalyst ni, tapi sebenarnya siapa yang dah pernah cuba, mesti jatuh cinta dengan produknya. saya pun dari mula2 makan vco je, dah mula ambil Mexorea. lepas tu ambil pula femme vita. Sekarang dah makan Collagen and Fibre Drink.

Yang teringin nak cuba or nak tahu pasal produk2 catalyst, klik SINI ye. Jangan risau Catalyst ni halal, berkualiti, berkesan, tak ada kesan sampingan walau ambil dalam masa yang panjang.