nuffnang

Memaparkan catatan dengan label agen catalyst muadzam shah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agen catalyst muadzam shah. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2015

catalyst kekal harga lama.. tak ada GST

Salam..hi..

Masa 1 hb April hari tu semua orang dah pening sebab gst kan. Mana² orang yang ambil supplement pun pening jugalah sebab barang kena gst. Walaupun ada company yang kekalkan harga diorang, tapi gst tetap kena bayar. Jadi,pembeli atau pengguna lah yang kena tanggung.



Tapi Alhamdulillah , catalyst ambil langkah untuk kekal dengan harga asal, dan yang best customer tak kena gst.. Kalau kena salah satu pun customer pening,kalau dua ² lagilah Sakit kepala kan..

sekarang ni saya pun tak adalah aktif sangat nak promote barang. tak daya lah nak menghadap handphone, menghadap pc. dalam masa yang sama nak jaga anak soleh saya si aniq ni, buat lagi kerja rumah. sakit kepala sakit mata. tapi alhamdulillah, customer tak putus2 datang membeli sebab dah yakin dengan vco. lagi2 pulak vco  &, semua produk ni tak ada gst.. harga pun masih pakai harga lama..huhu..
Dari kiri, vco delima,vco argan ,vco apricot


so, sesape yang nak try produk catalyst, contact saya ye..  barang insya  allah sentiasa ada, kecuali colla c dengan collagen. yang ni stok payah sikit sebab permintaan terlampau banyak. kita nak rebut-rebut pun kadang dah tak sempat. sebab tu ramai yang sanggup bayar dulu and kena menunggu sikit.  mujur saya tak makan collagen. cuma colla c tu aje lah. tapi tak ada colla c pun tak apa pada sya, cukup vco argan atau pun pure vco sekali dengan femme vita. ok dah tu. luaran terjaga, dalaman pun terjaga.. iye la, semua orang tau kan, argan untuk kecantikan kulit, mahal sikit pun, berbaloi.. rm65 je sebotol. kalau femme tu kan ada segala bahan herba yang tok nenek kita buat jamu tu, untuk penjagaan dalaman perempuan. cuma ni dari bahan herba diformulasikan jadi jamu moden yang sedap nak makan, badan pun tak panas kalau yang susukan baby tu. baby memang tak ada effect buruk.. dalam pantang boleh amalkan jamu moden  catalyst ni ye..

p/s: pada yang nak respon cepat, silakan wassap saya ye.. wechat pun boleh..tak kisah mana-mana.. ni nombor saya 013-9855875 .. nama saya Sya..  :)

Tak rugi try vco, nak kata customer Sya semalam.  VCO TERBAIK!!!

Jumaat, 7 November 2014

Catalyst vs _______________

ok.. tajuk kat atas tu agak berdebar sikit ye.. jangan risau kawan2.. Sya bukan nak kondem produk lain ye..tiap2 produk ada kehebatan tersendiri. kita kena akui tu. bukan hanya ada satu produk yang bagus kat dunia ni. ada banyak. cuma yang paling bagus tu tak tahulah kan..tak  boleh nak kata sebab ada sesetengahnya memang serasi dengan kita, ada juga produk yang kurang sersasi. tapi bukanlah bila tak serasi maknanya brand tu semua tak bagus..

sambung lagi. ramai customer yang tanya sya , apa beza catalyst dengan produk lain? sya pun selalu tertanya-tanya juga. apa beza? catalyst ni sama je ke macam produk lain kat pasaran? lepas dah sembang-sembang dengan stokis ida hana, barulah sya nampak apa yang bezanya. meh sini kita baca. sya listkan sikit ye..

1. catalyst ni target utama dia bukan untuk kecantikan. yelah, kalau korang perasan, banyak lambakan produk putih sana sini kat internet. ramai orang kejar nak putih. yang dah putih pun nak putih lagi. sampai nama produk pun ada kaitan dengan putih-putih. ehh..jangan salah faham. bukan sya kata yang putih2 semua tu tak bagus. bagus tak bagus kena tengok ingeridient dia k..catalyst  tak sama macam ni semua. sya tanya kak ida, kenapa produk catalyst tak ada yang utamakan nak putih segala. paling kuat pun, cerah & nampak pinkish macam tu.. dia kata, bos kata dia buat lebih pada nak jaga kesihatan. bila badan sihat, automatik kulit kita pun cantik, berseri. bukanlah sebab putih semata. nanti putih2 pun pucat aje tak cantiklah kan?? yang catalyst ada untuk jaga kecantikan kulit, supaya halus mulus,cerah sekata. kata doktor, pencerahan yang selamat adalah yang hanya naik 2 step dari warna kulit asal. kalau lebih, dah tak selamat. maknanya produk tu dah boleh pi buang.mesti ada kandungan bahaya.

yang no 2 pula yang membezakan catalyst dengan produk lain ialah, setiap set yang kita nak tu tak sebanyak macam set brand lain. kalau yang lain tu untuk tulang satu, untuk kulit satu,vitamin sekian lain,untuk itu lain, ini lain. sekali kira dah berapa kat situ. lagi pun , berapa orang yang mampu nak makan sebanyak-banyak tu? yang rajin, baguslah.yang tak rajin? rugi.. kesian tau..walaupn tak mahal mana setiap satu, tapi kalau dah sampai 6 item sekali jalan, banyak juga nak keluar duit. tak termakan pulak, lagilah sayangnya. beza dengan catalyst, set yang paling banyak pun, set skincare dengan set berpantang 'jamuless'. set skincare ni ada 6 ietm. biasalah, kalau skincare memang banyak stepnya. tapi dengan set ni yang tahan 3 bulan, tak adalah terasa apa sangat pun. kira sama harga je dengan skincare yang kat pasaran. kualiti pun bagus.yang set berpantang, tu bukanlah set yang sebenar-benar yang catalyst keluarkan untuk tu. tapi boleh guna dalam pantang untuk orang yang prefer jamu less. takut baby panas ke apa kan..set yg ni paling banyak pun 5 item je.itu pun sebab ada vco liquid & vco softgel. kalau softgel saja, atau liquid saja, jadi ada 4 jela dalam set tu. kalau nak basic ada 3 je.. punyalah sikit set dia. tapi kalau orang yang kurang rajin nak makan itu ini sampai 5-6 item, sesuai sangat lah set  ni.

perbezaan no 3 ialah harga adalah mengikut kemampuan. contohnya, vco asli dengan vco argan,delima aprikot harga adalah berbeza. vco asli baru rm40. yang argan ,delima, aprikot rm65. so, ikutlah kemampuan. semuanya pun jaga kesihatan dalaman & luaran. dari hujung rambut sampai hujung kaki. cuma apa bezanya, apa yang kita nak fokus.macam argan fokus pada kulit. argan semua orang tau untuk kecantikan kulit..yang delima bagus untuk warga emas atau ibu mengandung. aprikot bagi yang nak jaga kesihatan, elak kanser dan sebagainya. sama juga dengan item yang untuk kulit. ada colla c, collagen, ambience. pelik kan? kenapa ada 3 benda sama? semua untuk kulit. tapi yang bezanya adalah harga.. colla c baru rm59.90, yang collagen primeum rm119.80 yang ambience rm259.00.. colla c adik beradik collagen. tapi dia kurang sikitlah dari collagen. sesuai sangat bagi yang nak jaga kulit, tapi dalam bajet yang agak simple gitu.. collagen ni standart..harga pun agak2 sedang2.tak murah sangat, tak mahal sangat. yang ambience harganya memang agak mahal. tapi kandungan dia super power.. 6X GANDA dari kandungan collagen biasa. yang ni warga emas sesuai sangatlah. hilang sakit lutut,sendi semua. yang ambience betul2 super power.

yang ni antara 2 perbezaan yang ketara pada catalyst dengan produk lain. setiap satu tu sebenarnya dah complete set. contohnya vco. kalau ambik vco argan ke vco delima ke semua dah ada situ. untuk kesihatan, untuk kulit. complete. dah tak payah pening nak ambik untuk kulit lagi. tapi kalau ada bajet lebih, nak yang penjagaan khusus untuk kulit, silakan lah pilih nak colla c ke collagen ke, ambience ke.. tiga2 untuk kulit.kasi kulit cerah, halus, pinkish gitu. yang beza dari segi ingridient dgn harga jela.ikut kemampuan.

sekarangdah nampak kan apa bezanya catalyst dengan yang lain? kalau dulu rasa sama je dengan lain2 tu. orang buat produk kecantikan , kita pun nak buat..kan???tiru la tu..sebenarnya tak.. catalyst tak tiru pun..ok..dah puas menaip ni.. nak rehat pulak. hari ni 1st day train Aniq untuk free diapers. penatttt...tapi setakat ni kesabaran tinggi lagi..haha..nanti kita cerita lain ye yg ni..

sesiapa yang nak dapatkan produk catalyst, silalah pm/wechat/whtaspp sya kat 013-985 5875 ye.. kawan2 area keratong , muadzam shah semua, boleh dapatkan by hand. kita c.o.d je.. senang tak payah pos dah..  nak cari kat fb pun boleh.. klik sini ye....pm je, nanti sya balas k..bye2 cayang semua..mmmuahh..

Rabu, 8 Oktober 2014

Vco Seribu Guna.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم




Minyak seribu guna dari pokok seribu guna. Minyak apa lagi, minyak kelapa dara a.k.a vco lah.. Minyak untuk semua dalam satu. Khasiat dia dah ramai yang tahu.  100% datangnya dari buah kelapa yang diketahui ramai ada banyak manfaatnya.

Kat Malaysia setiap tahun kita tuai lebih 200 juta biji buah kelapa.  Fakta ni saya dapat masa tengok Discovery Science semalam. Dalam jumlah sebanyak tu ada sebahagian yang digunakan dalam industri kosmetik & Nutraceutical. Salah satu produk hebat yang kita tau, inilah dia vco ni.

Saya kalau cakap pasal vco, memang tersangat excited. Kenapa? Sebabnya saya kenal vco dari awal bertahun sebelum vco ni popular. Masa tu cuma ada yang liquid, tak ada softgel lagi. Umy cakap ni bagus untuk kesihatan. Nak jaga badan, jaga kulit. Tapi kalau dulu umy saya suruh makan vco, memang mengelat saja. Kata dah makan, padahal tak makan pun. Ewww.. Rasa minyak kot!  Lagi pun saya tak percaya pun vco ni banyak khasiat. Nampak macam sama je dengan minyak kelapa yang umy buat.. Tapi bila dah tau khasiatnya, sayalah antara yang hebat nak cerita & sebar tentang vco.

Walaupun orang kata, "alah rasa minyak kelapa je, macam makan biskut kelapa". Saya tetap tak suka, sebab saya tak makan apa2 berkaitan kelapa termasuk santan. Tapi isi &  air kelapa saya suka.. Haha. Dulu masa umy bagi tahu, vco ni beribu khasiat, saya tak percaya. Saya fikir, umy terpengaruh je oleh kawan dia sebab kawan dia yang jual vco ni. (kawan umy tu proses sendiri vco dia)

Sekarang, saya sendiri yang jual. Sebelum saya yakin, berjuta keraguan dalam hati saya pasal vco. Betul ke fakta2 pasal vco yang orang bagi pada saya? Betul ke minyak ni beribu khasiat & kegunaannya? Haa.. Jangan ingat saya main hentam je tau! Saya bukan jenis yang asal orang cakap, terus nak percaya. Mula dari tu, saya siasat hari2 fakta pasal vco. Apa saya tak tahu, saya tanya pada yang lebih arif. Sekarang ni, saya betul2 puas hati dengan segala fakta yang saya dapat. Keyakinan saya dengan vco dah kuat.

Asal mula saya jual vco, memang lah untuk dapat untung, tapi sekarang dah berubah. Saya jual untuk sebarkan manfaat vco pada yang belum pernah rasa kebaikan & khasiat seribu gunanya. Vco ni boleh digunakan dalam berbagai cara. Ada orang suka makan, ada orang suka sapu, ada juga suka letak dalam makanan. Semua ni dengan tujuan nak jaga kesihatan atau kecantikan.




Saya bagi contoh apa yang kita boleh buat dengan vco. Kalau macam saya, vco ni saya gunakan untuk buat skrub, buat mask, buat ubat sapu luka, suplemen, minyak rambut, pelembap kulit, penguat kuku, melebat rambut &  macam2 lagi. Apa saja yang saya nak buat, saya tengok boleh tak guna vco. Kalau boleh, saya guna. Macam dalam makanan saya letak, tapi bukan makanan yang panas. Sebab kepanasan boleh rosak kan khasiat vco. Letak dalam nasi yang dah agak sejuk sebelum makan. Ataupun letak dalam salad, campur dengan voo (virgin olive oil a.k.a minyak zaitun).

Sekarang dalam handbag saya wajib ada sebotol vco liquid. Sangat penting untuk saya bila muka terasa kering atau sebagai base bila nak mula make up. Kalau untuk Aniq, saya bawa sebotol vco softgel. Sebagai ganti snek @ jajan dia. Lagipun budak, mudah sangat luka, jadi penting untuk simpan sebotol dalam beg, boleh guna untuk sakit2. Setakat ni, saya dah tak guna minyak gamat ke apa. Vco je dah cukup, sapu je kat luka, insya Allah, berhenti terus darah. Luka pun cepat baik &  tak ada parut.

Order vco anda SEKARANG!

Isnin, 16 Jun 2014

Sampai sudah...

Alhamdulillah.. Seronoknya... gambar-gambar produk catalyst dah sampai. Cantik-cantik gambarnya, siap ada watermark and logo group lagi..

Lama sangat dah saya menunggu gambar-gambar ni.. Bukan tak boleh nak ambil sendiri, tapi handphone saya ni cap ayam je.. Gambar jadi tak cantik sangat. Lagi pulak  sekarang dah ada sistem reward, so bila customer tengok gambar yang ada logo group  ni, mudah dia tau dari siapa dia beli and mudah nak kumpul point.. Tu pun sebab penting kenapa nak ada logo group tu..

Bila dah ada gambar-gambar yang cantik-cantik ni, semangat makin berkobar-kobar lah... haha...hurmm.. Page saya tu dah lama juga tak update, sama macam blog ni.. Kesian  sangat.. Terperuk aje.. Mujur juga walau tak update, tapi customer masih ada.. tak putus-putus order.. terutamanya vco.. Alhamdulillah. Sayang sangat dengan catalyst.. Meh, saya bagi korang tengok sikit gambar yang saya dapat.. Kalau dah tengok, rasa tergoda nak try, boleh aje calling2 saya.. Kita boleh deal harga best punya untuk kawan-kawan.. macam selalu orang cakap, harga kasih sayang.. Cewahh... hehehe


Mexorea... Khusus untuk menjaga dalaman wanita ketika datang bulan & berpantang..  nak info lebih pasal mexorea boleh contact saya..


Femme Vita juga penjagaan untuk dalaman wanita sewaktu diluar waktu period..  Rasa yang sangat2 sedap, ini supplement wajib saya tiap2 bulan selain vco.. menang terbaik.. Harga pun murah..!!

Sabtu, 18 Januari 2014

Duta CATALYST NUTRACEUTICAL





Taraaaa..... Inilah dia duta Catalyst.!!  Nad Zainal yang comeyy...!!

Saya tak tahu tarikh rasminya bila dorang sign contract, tapi yang pastinya gambar ni saya baru dapat tadi. Copy dari page my cousin.

Nak cerita lah kan.. Dulu sebelum cik kak ni popular, saya memang friend dengan dia kat facebook.. Sebabnya nama kitorang hampir sama. NADIA..hehe.. Tapi masa tu dia baru-baru jadi artis. Orang ramai tak kenal dia lagi. Saya suka-suka friend dengan orang yang sama nama dengan saya masa tu. Tapi dah lam-lama  saya malas nak semakkan facebook dengan orang saya tak kenal, saya unfriend dia nih. Eehhh...dia femes pulok sekarang. Hurmm..nak add balik rasa macam tak mungkin je. haha

Sekarang dia dah popular, dah jadi DUTA catalyst pun. Saya yang tak minat ni jadi sukalah pulok kat dia. haha. *Sengal* Nad Zainal dah makan produk CATALSYT sebelum dia jadi duta lagi. Dia rasa ok, tu yang dia sign contract tu jadi duta. Sekarang CATALYST ada sistem reward pulak bagi ahli yang sampai target jualan. Adoii..dia pun nak jugak..haha Tengok..!! Sabor ajela.. * gurau aje yek!*



 Baguslah mempopularkan lagi CATALYST ni. Kami pun dapat tempiasnya sama. Jom-jom..siapa lagi nak jadi ahli? Boleh dapat banyak reward. Ada percutian, ada duit bonus, ada barang best-best. hehe. Cepat-cepat masuk dalam group kitorang okeyh!

Hurmm..penat dah membebel dipetang hari. nak off pulak, jap lagi nak balik kampung jumpa bonda mertua yang tercinta. Tata~ Doakan perjalanan kami selamat ye. *nabi mendoakan sahabat yang akan berpergian supaya selamat pergi & selamat kembali..jom hidupkan sunnah bersama* saya dapat ni dari seorang ustaz, lupa dah namanya. Andai kata saya salah, tolong betulkan ye..





Selasa, 7 Januari 2014

1001 khasiat & manfaat VCO



" Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan didunia" Dr. Bruce Fife. Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.



Berikut adalah khasiat dan manfaat luar biasa vco bagi kesihatan & kecantikan. VCO mengandungi asid laurik yg mempunyai pelbagai manfaat dlm penjagaan kesihatan. Susu ibu juga adalah salah satu sumber asid laurik.

1. Memelihara kesihatan kulit dan rambut.


- Ia mempercepat penggantian sel2 kulit yang mati dengan sel baru. Ia juga melindungi kulit dari sinaran UV. Ia juga membantu memelihara kelembapan kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat,mengembalikan keanjalan & kelembutan kulit. Sel2 rambut pula mendapat zat yang cukup untuk tumbuh sihat dan kuat. Ia tak mudah gugur,malah kulit kepala lebih bersih tanpa kelemumur.

2. Anti kuman


- disebabkan vco mempunyai asid laurik yg tinggi, vco memiliki sifat anti kulat, anti virus dan anti bakteria. ia membunuh virus seperti herpes, hepatitis c, selesema, dan lain2. Dikatakan juga boleh memperlambat virus HIV. Ia juga membunuh bakteria penyebab pneumonia, jangkitan salur kencing,jangkitan kulat, yis, ruam lampin dan banyak lagi. Ia juga merawat masalah keputihan yang teruk.

3. Meningkatkan imunisasi


- Asid laurik dalam vco yg sama seperti dalam susu ibu juga membantu menjaga sistem ketahanan badan. Ia dapat melindungi tubuh dari terdedah kepada penyakit.

4.Menurunkan kolestrol


- Vco dapat menurunkan paras kolestrol jahat dan membantu meningkatkan kolestrol baik atau HDL. Kajian telah dilakukan sejak tahun 1930-an oleh pakar2 negara barat, ia terbukti membantu mengekalkan kesihatan menyeluruh pada manusia.

5. Khasiat pada ibu mengandung & menyusukan anak.


- vco memberi tenaga segera pada ibu2 hamil & membantu meningkatkan imunisasi ibu dan bayi. Juga akan memudahkan proses kelahiran, mengatasi keputihan, mengurangkan loya, alahan,bagi zat tambahan pada baby dan ibu, memperbanyak dan mempertingkatkan kualiti susu ibu. 
. Ibu yang mengambil vco sepanjang hamil, bukan je menguatkan ketahanan bayi,malah ketika lahir, bayi lebih bersih dan sihat. Boleh juga disapu bagi mengurangkan strechmark ,malah kesan2 alahan kulit yang terjadi masa mengandung pun boleh hilang.


6. Mengawal jantung,darah tinggi, kencing manis..


- Bagi pesakit kencing manis, pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin dan sel bekerja lebih cekap dengan mengambil gula cukup sekadar keperluannya. Bagi pesakit jantung dan darah tinggi, ia menarik keluar lemak2 terkumpul dalam salur darah dan membawanya keluar dari tubuh. Mengamalkan vco, dapat mencegah pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi punca serangan jantung.

7. mencegah osteoporosis


- Anti oksida semulajadi dalam vco adalah penghalang pembentukan radikal bebas. ia dapat menjaga tulang dari rosak. Ia juga membantu penyerapan mineral2 penting bagi tulang iaitu kalsium dan magnesium.

8. merawat hepatitis


- Asid laurik dapat membunuh virus penyebab hepatitis. Ia juga mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas yang disebabkan oleh ubat, virus atau alkohol kerana terdapat anti oksida semulajadi didalamnya.

9. Mencegah kasner


- Minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu, sel darah putih mampu bertindak secara maksimum memusnahkan sel kanser.

10. Mengurangkan Berat Badan


- Vco dapat terus masuk kedalam salur darah dan terus digunakan, jadi ia tidak disimpan dalam badan. Semasa asid laurik dugunakan, ia turut membakar lemak2 tak perlu yang menimbun dalam badan. Ia juga membantu memberi rasa kenyang dan tak mudah rasa lapar. Ia akan meningkatkan metabolisma dan akhirnya badan jadi lebih ringan. 


11. Tenaga segera

 - Seperti yang saya nyatakan diatas, vco mudah larut dalam air liur dan oleh kerana vco adalah dari jenis Medium Chain Triglycerides ( MCT) ia mudah diserap oleh kapilari darah bawah lidah. Ia terus dihantar kehati untuk terus digunakan. Jadi ia terus digunakan, ditukarkan menjadi tenaga yang diperlukan.

12. Memperbaiki masalah pencernaan

 - Vco memperbaiki masalah pencernaan dan membantu penyerapan vitamin dan khasiat2 ari makanan dengan lebih baik. Kerana ini jugalah, setiap produk catalyst, disarankan ambil bersama vco.

13. Ekzema
 - eczema adalah masalah kulit yang selalu menjangkiti bayi dan kadang kala boleh membawa hingga dewasa. Walaupun eczema bukanlah penyakit berjangkit. Vco dapat membantu mengatasi masalah eczema yang sering meresahkan bayi dan juga ibu bapa.

14. Pelembab kulit

 - Vco dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Sapu pada kulit setiap malam, dan rasakan betapa lembutnya kulit keesokan pagi. Boleh juga disapukan pada kulit sebagai pelembap sebelum bermake up, hasilnya make up akan lebih tahan lama.

15. Menghilangkan dengkur

 - 
Banyak lagi khasiat VCO dalam membantu kita mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Dengn harga cuma RM 46.00 ( termasuk pos) ia menjaga kesihatan kita dari rambut hingga ke kaki, dari dalam hingga keluar. Tak rugi melabur sedikit wang, agar kesihatan lebih terjaga. Bukan ke mencegah tu lebih baik dari merawat?? 

Selasa, 3 Disember 2013

Pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah Catalyst dah semakin berjaya. Langkah demi langkah kejayaan yang Catalyst capai buat kami semua berasa sangat bangga.

Baru2 ini, satu lagi pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri . Ini adalah anugerah usahawan cemerlang 2013 sempena SDSI ( satu daerah satu industri ) kat Melaka baru2 ni. Pengiktirafan ini membuktikan Catalyst diiktiraf kualiti produknya di pasaran.

Kami sebagai pengguna yang setia dengan catalyst, memang rasa bangga sangat dengan kejayaan catalyst. walaupun slow2 berjalan, tapi kejayaan ni membuktikan segala usaha dan penat lelah tak sia2. Saya yang mengguna produk ni pun rasa tak sia2 setia dengan Catalyst walaupun banyak lambakan produk dipasaran.

Ramai yang belum kenal dengan catalyst ni, tapi sebenarnya siapa yang dah pernah cuba, mesti jatuh cinta dengan produknya. saya pun dari mula2 makan vco je, dah mula ambil Mexorea. lepas tu ambil pula femme vita. Sekarang dah makan Collagen and Fibre Drink.

Yang teringin nak cuba or nak tahu pasal produk2 catalyst, klik SINI ye. Jangan risau Catalyst ni halal, berkualiti, berkesan, tak ada kesan sampingan walau ambil dalam masa yang panjang.