nuffnang

Memaparkan catatan dengan label colla C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label colla C. Papar semua catatan

Rabu, 10 Disember 2014

Kak hani, nad zainal & catalyst

Masih ingat tak sya ada cerita pasal testimoni catalyst yang namanya kak hanita tu..  Ramai yang tak percaya rupanya. Sebenarnya saya masa awal dulu pun tak percaya. Sebab ketara betul muka dia dari dulu dengan sekarang ni.

So saya buka balik instagram, cari balik gambar kak hani yang saya dah share dulu. Memang ada. Ni ha dia..

Tu saya repost dr stokis sy, Ida Hana, Yg dia pun repost dr do kitorang kak hanita..


Kak hani ni memang semua orang tahu kulit muka asalnya macam mana. Dah banyak produk yang dia guna termasuk yang mahal pun. Tapi tak serasi dengan dia. Bila dia serasi dengan catalyst, ramai nak join catalyst sebab nampak perbezaan ketara. So, dengan mudahnya dah jd DC sekarang. Kiranya dah tinggi lah pangkat dia ni. Semua agen rujuk dengan dia.

Saya ingat nak minta dia cakap sikit pasal catalyst ni dari mulut dia sendiri. Tapi dia sendiri tengah berpantang anak kedua. Jadi, tak berani nak kacau.

Masa awal mengandung dulu saya dapat tahu yang kak hani ada fibroid. Dia amalkan vco delima je. Alhamdulillah kecut fibroid dia.. Ni nanti saya detail kan ceritanya  lain kali.

Kak hanita, masa dia nak pulihkan muka dia tu, dia amalkan vco dengan collagen je dulu. Masa tu vco asli je yang ada.. Harga vco ni baru rm39.90, collagen pulak baru rm59.90 sekotak. Ambil 2 kotak baru rm119.80.. Kira senang kira dalam rm160 ajela nak maintain cun. Bukan setakat kulit dia je jadi licin tu, kesihatan dia pun jadi lebih baik sebab amalkan vco tu kan.. Vco tu kan fungsinya baiki sistem badan.I

Lepas muka kak hani makin ok, dia amalkan colla C pulak. Sekali dengan vco argan. Yang dua ni lagi murah kosnya.. Baru rm125.00.. Muka pun bukan setakat lembut, sihat, tapi juga pinkish je.. Comel sangat..

Sekarang kak hani maintain dengan argan dengan colla C je. Sesekali top up dengan collagen. Sama juga macam nad zainal. Awal² dia makan vco &  collagen, sekarang nak maintain dia makan colla C &  vco je..

Nad zainal..  Kiri gambar baru, kanan gambar lama


Nad ni pun ramai yang tanya dia makan apa. Sampai customer cari saya siap dengan gambar dia ni. Katanya nad makan apa, kulit dia nampak sangat beza. Biasalah, peminat tegar kan. Nampak saja perubahan pada muka artis kesayangan dia. Siap ada Yg seorang tu datang pada stokis saya nak cari yang nad makan. Dia pengikut dari dulu, masa nad baru² berlakon muka lain katanya, sekarang lain.. Padahal dia ni pengguna 1 produk MLM yg terkenal kat Malaysia ni. Sekarang dah jadi agen catalyst pulak.. Alhamdulillah.. Maknanya orang nampak la bagusnya catalyst ni..

Nak tengok apa kata kak hanita pasal catalyst,  jenguk lah blog dia..tp org busy, lama dah dia tak update blog.. Klik sini untuk pergi ke blog kak hani ye.. 

Jumaat, 7 November 2014

Catalyst vs _______________

ok.. tajuk kat atas tu agak berdebar sikit ye.. jangan risau kawan2.. Sya bukan nak kondem produk lain ye..tiap2 produk ada kehebatan tersendiri. kita kena akui tu. bukan hanya ada satu produk yang bagus kat dunia ni. ada banyak. cuma yang paling bagus tu tak tahulah kan..tak  boleh nak kata sebab ada sesetengahnya memang serasi dengan kita, ada juga produk yang kurang sersasi. tapi bukanlah bila tak serasi maknanya brand tu semua tak bagus..

sambung lagi. ramai customer yang tanya sya , apa beza catalyst dengan produk lain? sya pun selalu tertanya-tanya juga. apa beza? catalyst ni sama je ke macam produk lain kat pasaran? lepas dah sembang-sembang dengan stokis ida hana, barulah sya nampak apa yang bezanya. meh sini kita baca. sya listkan sikit ye..

1. catalyst ni target utama dia bukan untuk kecantikan. yelah, kalau korang perasan, banyak lambakan produk putih sana sini kat internet. ramai orang kejar nak putih. yang dah putih pun nak putih lagi. sampai nama produk pun ada kaitan dengan putih-putih. ehh..jangan salah faham. bukan sya kata yang putih2 semua tu tak bagus. bagus tak bagus kena tengok ingeridient dia k..catalyst  tak sama macam ni semua. sya tanya kak ida, kenapa produk catalyst tak ada yang utamakan nak putih segala. paling kuat pun, cerah & nampak pinkish macam tu.. dia kata, bos kata dia buat lebih pada nak jaga kesihatan. bila badan sihat, automatik kulit kita pun cantik, berseri. bukanlah sebab putih semata. nanti putih2 pun pucat aje tak cantiklah kan?? yang catalyst ada untuk jaga kecantikan kulit, supaya halus mulus,cerah sekata. kata doktor, pencerahan yang selamat adalah yang hanya naik 2 step dari warna kulit asal. kalau lebih, dah tak selamat. maknanya produk tu dah boleh pi buang.mesti ada kandungan bahaya.

yang no 2 pula yang membezakan catalyst dengan produk lain ialah, setiap set yang kita nak tu tak sebanyak macam set brand lain. kalau yang lain tu untuk tulang satu, untuk kulit satu,vitamin sekian lain,untuk itu lain, ini lain. sekali kira dah berapa kat situ. lagi pun , berapa orang yang mampu nak makan sebanyak-banyak tu? yang rajin, baguslah.yang tak rajin? rugi.. kesian tau..walaupn tak mahal mana setiap satu, tapi kalau dah sampai 6 item sekali jalan, banyak juga nak keluar duit. tak termakan pulak, lagilah sayangnya. beza dengan catalyst, set yang paling banyak pun, set skincare dengan set berpantang 'jamuless'. set skincare ni ada 6 ietm. biasalah, kalau skincare memang banyak stepnya. tapi dengan set ni yang tahan 3 bulan, tak adalah terasa apa sangat pun. kira sama harga je dengan skincare yang kat pasaran. kualiti pun bagus.yang set berpantang, tu bukanlah set yang sebenar-benar yang catalyst keluarkan untuk tu. tapi boleh guna dalam pantang untuk orang yang prefer jamu less. takut baby panas ke apa kan..set yg ni paling banyak pun 5 item je.itu pun sebab ada vco liquid & vco softgel. kalau softgel saja, atau liquid saja, jadi ada 4 jela dalam set tu. kalau nak basic ada 3 je.. punyalah sikit set dia. tapi kalau orang yang kurang rajin nak makan itu ini sampai 5-6 item, sesuai sangat lah set  ni.

perbezaan no 3 ialah harga adalah mengikut kemampuan. contohnya, vco asli dengan vco argan,delima aprikot harga adalah berbeza. vco asli baru rm40. yang argan ,delima, aprikot rm65. so, ikutlah kemampuan. semuanya pun jaga kesihatan dalaman & luaran. dari hujung rambut sampai hujung kaki. cuma apa bezanya, apa yang kita nak fokus.macam argan fokus pada kulit. argan semua orang tau untuk kecantikan kulit..yang delima bagus untuk warga emas atau ibu mengandung. aprikot bagi yang nak jaga kesihatan, elak kanser dan sebagainya. sama juga dengan item yang untuk kulit. ada colla c, collagen, ambience. pelik kan? kenapa ada 3 benda sama? semua untuk kulit. tapi yang bezanya adalah harga.. colla c baru rm59.90, yang collagen primeum rm119.80 yang ambience rm259.00.. colla c adik beradik collagen. tapi dia kurang sikitlah dari collagen. sesuai sangat bagi yang nak jaga kulit, tapi dalam bajet yang agak simple gitu.. collagen ni standart..harga pun agak2 sedang2.tak murah sangat, tak mahal sangat. yang ambience harganya memang agak mahal. tapi kandungan dia super power.. 6X GANDA dari kandungan collagen biasa. yang ni warga emas sesuai sangatlah. hilang sakit lutut,sendi semua. yang ambience betul2 super power.

yang ni antara 2 perbezaan yang ketara pada catalyst dengan produk lain. setiap satu tu sebenarnya dah complete set. contohnya vco. kalau ambik vco argan ke vco delima ke semua dah ada situ. untuk kesihatan, untuk kulit. complete. dah tak payah pening nak ambik untuk kulit lagi. tapi kalau ada bajet lebih, nak yang penjagaan khusus untuk kulit, silakan lah pilih nak colla c ke collagen ke, ambience ke.. tiga2 untuk kulit.kasi kulit cerah, halus, pinkish gitu. yang beza dari segi ingridient dgn harga jela.ikut kemampuan.

sekarangdah nampak kan apa bezanya catalyst dengan yang lain? kalau dulu rasa sama je dengan lain2 tu. orang buat produk kecantikan , kita pun nak buat..kan???tiru la tu..sebenarnya tak.. catalyst tak tiru pun..ok..dah puas menaip ni.. nak rehat pulak. hari ni 1st day train Aniq untuk free diapers. penatttt...tapi setakat ni kesabaran tinggi lagi..haha..nanti kita cerita lain ye yg ni..

sesiapa yang nak dapatkan produk catalyst, silalah pm/wechat/whtaspp sya kat 013-985 5875 ye.. kawan2 area keratong , muadzam shah semua, boleh dapatkan by hand. kita c.o.d je.. senang tak payah pos dah..  nak cari kat fb pun boleh.. klik sini ye....pm je, nanti sya balas k..bye2 cayang semua..mmmuahh..

Jumaat, 31 Oktober 2014

selfie with catalyst

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Salam semua.. Hari ni buat apa? Saya sekarang ni kebosanan.  Nak tidur,  tapi tak lelap lagi. Jadi sementara tu update instagram sekejap. Upload gambar2 flash card Catalyst Nutraceutical.

Sekali ternampak nad zainal duta catalyst  dok buat iklan. Ni iklan saje2 je. Ajak ramai2 selfie dgn produk catalyst, lepas tu upload &  tag @catalystforever &  @nad.zainal kat ig.  Saya pun nak join juga. Haha. Tp dengan muka penat + mengantuk ni, tak terlayanlah. Hehe.
Jadi, kita layan gambar nad ajelah ye.  Testimoni nad ni dia lepas pakai collagen,  colla c &  vco. Memang nampak kulit dia lagi ok la kan..



Saya pernah makan collagen tapi sikit je. Sekadar rasa2. Nak beli belum ada kemampuan lagi. Tapi insya allah lepas ni bolehlah try collagen pulak. Ramai yang suka dengan collagen perimeum catalyst ni. Sebab dah namanya collagen kan, antara yang nampak hasilnya dah mestilah kulit.  My MIL pun makan collagen perimeum catalyst. Hari tu berhenti sekejap,  sekarang dah.makan balik. Tapi kali ni saya ganti vco dengan vco delima. Vco delima ni bukan setakat bagus untuk wanita hamil je, tapi bagus juga untuk warga emas.

Sesiapa yang rajin tu bolehlah follow IG saya  Sya_catalyst. Kat sana ada saya letak info2 untuk memudahkan korang tengok tentang catalyst. Kalau rasa susah, boleh bukan Facebook page syaz health and beauty. Kat page ni lagi banyak lah sebab dah lama. Yang ig tu baru je lagi..

Sabtu, 28 Disember 2013

6 produk kebaboom~

Seperti yang dijanjikan, saya nak cerita sikit tentang 6 produk baru Catalyst yang tengah hangat sekarang ni. Alhamdulillah, semua stokis bagi tau yang produk ni sangat2 HOT. Baru je buka jualan, dah kena restok. feed back pun sangat bagus.. Alhamdulillah..syukur2.. Terima kasih pada semua pembeli ye..


Pada yang belum tahu, inilah dia 6 produk baru tu. Ada Colla c, Vc Plus, Enzyline, C-zyme, C pressi, C Flexia. Saya terangkan satu persatu semua produk ni ye.

Yang 1st sekali,ni produk paling HOT dalam yang 6 ni. Colla c adalah produk yang khusus pada korang2 yang nak fokus pada kulit cantik. Colla c juga untuk menguatkan tulang dan gigi. Colla c juga sesuai untuk LELAKI juga ye..Bukan perempuan je kena jaga kesihatan dan tubuh badan.Lelaki pun sama. Bila badan sihat,mudah kita nak beribadah, betul tak??Sebab tu Prof Dr Muhaya cakap zaman sekarang, makanan dah banyak tercemar.So, supplement jadi penting.


Vc Plus pula mengandungi omega 3 dan Lutein yang sangat baik untuk penjagaan mata. Lutein ni di ekstrak dari bunga magnolia yang terbukti berkesan dalam menangani masalah mata. Malah banyak digunakan dalam produk2 panjagaan mata seluruh dunia. Bagi yang banyak mengadap laptop, komputer, handphone,membaca ke apa2 yang menggunakan mata, inilah produk terbaik untuk penjagaan kesihatan mata. Ingat ye, mata kita ni salah satu deria yang penting. Jadi jagalah elok2. Dah rosak nanti, bukan senang2 nak tukar ganti. Melabur sikit tak pe, asalkan kesihatan mata yang berharga ni terjaga.

Enzyline pula diformulasikan khas untuk korang2 yang fokus nak kurus, ramping. Ia membantu meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak. Haa..ni kalau ambik dengan Cur :V , hasilya memang kebaboom...Tak percaya???..meh cuba dulu..

C-Zyme ni memang sangat bagus bagi sape2 yang menghadapi masalah jantung. Ia membantu mengawal rentak jantung, agar jantung tak mengepam darah dengan terlalu laju atau terlampau perlahan. Jadi, C- Zyme bukan je supplement untuk orang yang bermasalah jantung, tapi juga untuk orang yang menghadapi masalah darah tinggi. darah tinggi pun bahaya oo...

C Pressi. Ini adalah untuk korang2 yang  selalu merasa tertekan. Kadang2 dengan masalah anak, masalah rumahtangga, jiran,family, tempat kerja. Semua ni menyumbang pada tekanan, lama2 boleh mereng dibuatnya. Tu yang koje nak marah je. Pantang anak salah, asyik kena marah.Kesian kat anak. Kalau korang ada rasa macam tu, try makan C pressi ni. Duduk diam2 hisap c pressi macam makan gula2. Sedap tau ni. Orang2 yang kemurungan pun boleh makan ni. Insya Allah boleh membantu meredakan tekanan atau stress melampau.



Last sekali adalah C Flexia. Yang ini dirumus khas untuk yang menghadapi masalah sendi, atau gout. Ia merangsang penghasilan collagen dan proteoglycon yang membantu dalam menjaga kesihatan tulang dan sendi. So, kalau korang tengok mak abah korang ada masalah sakit2 sendi ke gout ke, boleh try bagi C Flexia ni. Kesian kat dorang nak bangun , nak solat pun payah. Kalau korang bagi C flexia ni, dan dorang sembuh dari masalah, mudah nak solat, insya Allah, ada pahala untuk korang dan saya. Kita sama2 sebarkan kebaikan, mungkin kat dunia ni kita tak nampak, tapi kat akhirat esok ada saham untuk kita.

Kesemua produk kat atas ni eloklah diambil bersama dengan vco. Ada yang tanya KENAPA?? 

  Ok, sebabnya, vco ni membantu dalam pembaikan sel2 kita. Asid laurik yang terkandung dalam vco ni akan larut dalam air liur, diserap oleh kapilari darah bawah lidah dan terus dibawa kehati untuk digunakan. Ia tak perlu dah nak proses kat dalam perut sebab proses tu lambat. Jadi tak perlu dah nak menanggung masalah atau sakit tu lama2.

 Lagi pun kesemua supplement ni dihisap, so, kapilari darah bawah lidah dah serap khasiat2nya. Tak perlu dah nak makan pil, minum supplement.Semua tu berkesan, tapi agak lambat sebab masuk dalam perut, lepas tu kena tunggu perut proses dulu. Kalau dah masuk dalam darah, kan lebih CEPAT?? Itulah sebab kenapa produk Catalyst kebanyakannya semua jenis serbuk yang just letak bawah lidah, hisap atau gigit je. Nak mudahkan penyerapan. Jadi kuranglah pembaziran sebab bila masuk dalam perut,mungkin ada sebahagian yang terbuang bersama pembuangan kita nanti.Rugilah dah bayar mahal2 kan??

Ada juga yang bagus diambil bersama dengan produk catalyst yang lain.. KENAPA??? Sebenarnya tak perlu pun tak apa, tapi kalau nak lebih kebabooom lagi hasilnya, gabungkanlah kedua-duanya. Insya Allah, korang akan dapat hasil yang terbaik. 

Last sekali, semua produk2 Catalyst dah diuji yang mengikut pakar2 ia membantu dalam penyembuhan macam yang saya terangkan kat atas tadi tu. Ia bukanlah ubat, ia adalah pemakanan yang membantu menyumbang pada kesihatan badan.Badan sihat, mudah nak beribadah. Itu yang penting. Bukan semata nak cantik je. Cantik tak salah, Islam pun galakkan kita bercantik2.

Yang penting, kita semua berusaha jaga kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat kan??  Lepas usaha,sandarkanlah usaha itu pada Yang Maha Esa, Dialah yang menyakitkan , Dia lah yang menyembuhkan. Usaha kita tu tanda kita tak sewenang-wenangnya melepaskan segala masalah kepada takdir semata. Wallahualam...


Sabtu, 7 Disember 2013

Collagen Premium + Colla C Bergabung


Colla C


Collagen Premium


COLLAGEN PREMIUN & COLLA-C COLLA-C sangat sesuai diambil bersama-sama. Kesannya sangat KEBABOOM tau.. Acerolla cherry yang terdapat dalam Colla C mempunyai kandungan vitamin C yang paling tinggi. Sebab tu bila digabung dengan Collagen hasilnya lagi masyukk...

Macam dalam entry sebelum ni , saya ada sebutkan tentang acerolla cherry. Boleh baca kat Sini. Bukan saja baik untuk kulit, kedua-dua produk Catalyst ni juga boleh membantu kita dapatkan badan yang sihat. Colla C sangat bagus untuk korang yang fokus nak CANTIKKAN KULIT.  
ACEROLA CHERRY JUGA BOLEH MENGURANGKAN BERAT BADAN SELAIN DARI ANTI PENUAAN

KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Collagen Catalyst  + Colla C.

* Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan 
* Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit 
* Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit 
* Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut 
* Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap & mudah patah 
* Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau 
* Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima 
* Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat 
* Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik 
* Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar 
* Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga 
* kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering 
* dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang) 
* dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada di kulit 
* kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik


So, kalau korang yang nak sangat kulit cantik berseri, try dulu Collagen + Colla C ni. Sure tak menyesal. Harganya yang sangat mampu milik tak setanding dengan kualiti bahan dalam kedua-dua produk ni.  Pulak sekarang dengan YEAR END SALE CATALYST, korang akan dapat potongan harga sebanyak 10%. Rugi kalau tak grab sekarang. Berbaloi-baloi..

Yang duduk area MUADZAM SHAH, korang boleh minta saya COD. Sambil tu kita boleh sembang-sembang kalau korang nak tau apa kelebihan produk catalyst yang lain. Boleh klik SINI untuk order dan pertanyaan. Insya Allah saya akan cuba balas dengan secepatnya ye.. Pada yang dah pernah order, saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab dah membeli dengan saya. Sudi2 lah bagi testimoni lepas ni ya.. Selamat 'berSUPPLEMENT'..*suka 2 buat perkataan sendiri..hahaha*