nuffnang

Memaparkan catatan dengan label vco argan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vco argan. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Catalyst vs _______________

ok.. tajuk kat atas tu agak berdebar sikit ye.. jangan risau kawan2.. Sya bukan nak kondem produk lain ye..tiap2 produk ada kehebatan tersendiri. kita kena akui tu. bukan hanya ada satu produk yang bagus kat dunia ni. ada banyak. cuma yang paling bagus tu tak tahulah kan..tak  boleh nak kata sebab ada sesetengahnya memang serasi dengan kita, ada juga produk yang kurang sersasi. tapi bukanlah bila tak serasi maknanya brand tu semua tak bagus..

sambung lagi. ramai customer yang tanya sya , apa beza catalyst dengan produk lain? sya pun selalu tertanya-tanya juga. apa beza? catalyst ni sama je ke macam produk lain kat pasaran? lepas dah sembang-sembang dengan stokis ida hana, barulah sya nampak apa yang bezanya. meh sini kita baca. sya listkan sikit ye..

1. catalyst ni target utama dia bukan untuk kecantikan. yelah, kalau korang perasan, banyak lambakan produk putih sana sini kat internet. ramai orang kejar nak putih. yang dah putih pun nak putih lagi. sampai nama produk pun ada kaitan dengan putih-putih. ehh..jangan salah faham. bukan sya kata yang putih2 semua tu tak bagus. bagus tak bagus kena tengok ingeridient dia k..catalyst  tak sama macam ni semua. sya tanya kak ida, kenapa produk catalyst tak ada yang utamakan nak putih segala. paling kuat pun, cerah & nampak pinkish macam tu.. dia kata, bos kata dia buat lebih pada nak jaga kesihatan. bila badan sihat, automatik kulit kita pun cantik, berseri. bukanlah sebab putih semata. nanti putih2 pun pucat aje tak cantiklah kan?? yang catalyst ada untuk jaga kecantikan kulit, supaya halus mulus,cerah sekata. kata doktor, pencerahan yang selamat adalah yang hanya naik 2 step dari warna kulit asal. kalau lebih, dah tak selamat. maknanya produk tu dah boleh pi buang.mesti ada kandungan bahaya.

yang no 2 pula yang membezakan catalyst dengan produk lain ialah, setiap set yang kita nak tu tak sebanyak macam set brand lain. kalau yang lain tu untuk tulang satu, untuk kulit satu,vitamin sekian lain,untuk itu lain, ini lain. sekali kira dah berapa kat situ. lagi pun , berapa orang yang mampu nak makan sebanyak-banyak tu? yang rajin, baguslah.yang tak rajin? rugi.. kesian tau..walaupn tak mahal mana setiap satu, tapi kalau dah sampai 6 item sekali jalan, banyak juga nak keluar duit. tak termakan pulak, lagilah sayangnya. beza dengan catalyst, set yang paling banyak pun, set skincare dengan set berpantang 'jamuless'. set skincare ni ada 6 ietm. biasalah, kalau skincare memang banyak stepnya. tapi dengan set ni yang tahan 3 bulan, tak adalah terasa apa sangat pun. kira sama harga je dengan skincare yang kat pasaran. kualiti pun bagus.yang set berpantang, tu bukanlah set yang sebenar-benar yang catalyst keluarkan untuk tu. tapi boleh guna dalam pantang untuk orang yang prefer jamu less. takut baby panas ke apa kan..set yg ni paling banyak pun 5 item je.itu pun sebab ada vco liquid & vco softgel. kalau softgel saja, atau liquid saja, jadi ada 4 jela dalam set tu. kalau nak basic ada 3 je.. punyalah sikit set dia. tapi kalau orang yang kurang rajin nak makan itu ini sampai 5-6 item, sesuai sangat lah set  ni.

perbezaan no 3 ialah harga adalah mengikut kemampuan. contohnya, vco asli dengan vco argan,delima aprikot harga adalah berbeza. vco asli baru rm40. yang argan ,delima, aprikot rm65. so, ikutlah kemampuan. semuanya pun jaga kesihatan dalaman & luaran. dari hujung rambut sampai hujung kaki. cuma apa bezanya, apa yang kita nak fokus.macam argan fokus pada kulit. argan semua orang tau untuk kecantikan kulit..yang delima bagus untuk warga emas atau ibu mengandung. aprikot bagi yang nak jaga kesihatan, elak kanser dan sebagainya. sama juga dengan item yang untuk kulit. ada colla c, collagen, ambience. pelik kan? kenapa ada 3 benda sama? semua untuk kulit. tapi yang bezanya adalah harga.. colla c baru rm59.90, yang collagen primeum rm119.80 yang ambience rm259.00.. colla c adik beradik collagen. tapi dia kurang sikitlah dari collagen. sesuai sangat bagi yang nak jaga kulit, tapi dalam bajet yang agak simple gitu.. collagen ni standart..harga pun agak2 sedang2.tak murah sangat, tak mahal sangat. yang ambience harganya memang agak mahal. tapi kandungan dia super power.. 6X GANDA dari kandungan collagen biasa. yang ni warga emas sesuai sangatlah. hilang sakit lutut,sendi semua. yang ambience betul2 super power.

yang ni antara 2 perbezaan yang ketara pada catalyst dengan produk lain. setiap satu tu sebenarnya dah complete set. contohnya vco. kalau ambik vco argan ke vco delima ke semua dah ada situ. untuk kesihatan, untuk kulit. complete. dah tak payah pening nak ambik untuk kulit lagi. tapi kalau ada bajet lebih, nak yang penjagaan khusus untuk kulit, silakan lah pilih nak colla c ke collagen ke, ambience ke.. tiga2 untuk kulit.kasi kulit cerah, halus, pinkish gitu. yang beza dari segi ingridient dgn harga jela.ikut kemampuan.

sekarangdah nampak kan apa bezanya catalyst dengan yang lain? kalau dulu rasa sama je dengan lain2 tu. orang buat produk kecantikan , kita pun nak buat..kan???tiru la tu..sebenarnya tak.. catalyst tak tiru pun..ok..dah puas menaip ni.. nak rehat pulak. hari ni 1st day train Aniq untuk free diapers. penatttt...tapi setakat ni kesabaran tinggi lagi..haha..nanti kita cerita lain ye yg ni..

sesiapa yang nak dapatkan produk catalyst, silalah pm/wechat/whtaspp sya kat 013-985 5875 ye.. kawan2 area keratong , muadzam shah semua, boleh dapatkan by hand. kita c.o.d je.. senang tak payah pos dah..  nak cari kat fb pun boleh.. klik sini ye....pm je, nanti sya balas k..bye2 cayang semua..mmmuahh..

Selasa, 22 April 2014

Virgin Cocont Oil yang Hebat!!

Hari ni nak ulangkaji pasal minyak kelapa dara a.ka. virgin coconut oil a.k.a VCO. Sebelum nak mula, nak bagi sikit penerangan pasal vco ni. OK, pada yang belum tahu, vco ni adalah minyak dari buah kelapa yang terpilih di proses dengan cara cold-press. Ia tak sama dengan cara minyak kelapa tanak macam nenek2 kat kampung buat tu tau..Ia makanan tambahan bagi penduduk dikepulauan pasifik yang rata2nya sihat walaupun berusia lanjut. Menurut kajian, vco ni mempunyai satu kandungan lemak tepu yang memberi banyak manfaat positif pada yang mengamalkannya.

Nak cerita pulak kelebihan vco ni. Mengikut kajian, vco ni teramatlah banyak khasiatnya. Manfaat dari khasiat ni, bukan saje orang dewasa je yang boleh guna, baby pun boleh guna. Sebab tu seorang pakar berkata "vco adalah minyak yang paling berkhasiat didunia". Saya tak tahulah pasal ni, saya tak kaji. Tapi macam itulah yang dikata. Ikut pengalaman saya memang betulla tu sebab vco ni walau kita sakit apa pun, dia akan bantu untuk stabilkan semula tubuh dan bantu menentang penyakit.

Kebelakangan ni ramai mommies yang tanya saya, makan apa waktu mengandung, anak nampak sihat aktif,kulit putih bersih dan paling penting tak ada demam kuning? Saya jawab, saya cuma makan vco. Sebab vco ni orang dah kaji, memang bagus untuk ibu-ibu hamil. Selain bantu tambah kesihatan ibu, dia bantu menambah kesihatan baby dalam perut jugak. Walaupun ada yang tak berapa pun nak percaya saya cakap, saya ok je. Saya bukan nak paksa orang beli pun. Orang tanya, saya jawab. Cam tu je.. :)

Lagi, soalan yang paling banyak orang tanya saya. Macam mana saya jaga muka, licin aje, tak ada jerawat ke parut ke. Jawapan  saya, syukur alhamdulillah, saya ni dikurniakan kulit yang sangat2 jarang bermasalah. Naik jerawat sebiji dua tu biasalah. Saya memang tak ada penjagaan khusus untk kulit. Saya tak rajin pun. Tapi kalau ada jerawat, rawatan terbaik saya adalah dengan sapu vco. Just sapu je. *yang makan tu tetaplah makan* Jerawat ni sapu je dengan vco,biarkan semalaman, tengoklah esok, mesti dah kecut. Lepas tu tak ada dah parut hitam. *yang ni saya dah try sapu kat muka hubby, dia suka picit jerawat* Memang tak ada parut tau. Trust me.. Elok juga untuk orang yang berjeragat. Dengan kesabaran, insya Allah, jeragat yang susah nak hilang tu akan hilang selam-lamanya. *yang penting kena sabar ye, sebulan dua treatment memang tak hilang terus jeragat tu sebab dia dari dalam*

Disebabkan saya ni pemalas nak jaga muka, kadang2 kulit nampak kusam macam tu. Bila nampak macam dah agak kronik, barulah saya terhegeh2 mencari facial wash.*bukan saya punya, saya pakai hubby punya je..hehe..Sharing is caring kan..hehe* Dah siap cuci muka tu, memang rasa kering giler la kulit *pakai pencuci muka lelaki kan..memanglah macam tu* Cepat2 saya sapu dengan vco. Sapu rata2 kat kulit sampai meresap. Fuuhh... Kulit nampak cun je.. *perasan..hehe..sorry la yek..*

Kalau Aniq pulak, saya memang akan sapu kat badan dia selepas mandi. Si kecil ni ada part badan dia yang berlipat. Kawasan tu mudah jadi luka sebab bergeser. So, sapu vco, sapu satu badan, dari kepala sampai kaki. Siap, dah tak payah nak beli minyak rambut, losyen bagai. Semua dalam satu,jimat. Dan yang paling penting, selamat kalau2 baby pegang rambut, lepas tu masuk pulak tangan dalam mulut.

 Aniq bila dia nak mengamuk ke apa, saya umpan dengan vco. Setakat ni dia tak pernah menolak. Memang tak jadi nangis punya dapat sebiji vco. Saya tak pecahkan pun, bagi sebiji tu,lama2 softgel tu lembut,pecah dalam mulut. Aniq memang suka sangat. Dah jadi macam snek pulak. Doktor pun tanya saya bagi Aniq makan apa, aktif bukan main. Bila saya bagi tahu vco, dia lagi galakkan saya. Walaupun ada yang tak berapa setuju bagi pada baby, tapi saya lebih percayakan saintis yang dah buat kajian. Bukti2 dah ada yang mengatakan baby memang boleh ambil vco. Tak ada mudarat pun. So, saya teruskan aje. Biarkan kata2 orang.

Macam saya, tiap kali rasa tak sedap badan, rasa weak je, saya makan 2 biji vco sekaligus. Rehat dalam 20 minit, lepas tu insya Allah rasa ok semula. Kadang2 bukan apa, kita tak jaga sangat pun badan kita kan. Makan ikut suka je. Waktu makan pun tak jaga. Main hentam je nak makan waktu bila pun,jadi badan makin lemah. So, sebelum badan tu jadi makin teruk, amalkan makan vco 2 biji sehari. Bagus untuk kuatkan imunisasi badan. Bantu tambahkan tenaga. Vco juga bantu cuci darah. Bagi yang banyak kolestrol tu kan, vco ni akan tarik semua lemak2 tu keluar agar tak sumbat pembuluh darah. Kalau tak, itulah penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Vco ni bukan minyak macam yang kita selalu faham tu. Dia bukan lemak yang akan bagi kita sakit, tapi lemak yang akan bantu jaga kesihatan badan kita. Sebab itulah para doktor sarankan makan vco. Apatah lagi bagi ibu2 hamil, orang2 tua yang banyak penyakit, anak2 pun elok makan vco. Baru2 ni saya terbaca dalam 1 page dia bagi tahu, vco ni sangat bagus untuk orang2 yang sedang berusaha untuk hamil. Sebab vco yang berkualiti akan bantu meningkatkan kesuburan suami dan isteri. *dua2 kena makan, bukan isteri je* Saya memang percaya apa yang page ni tulis sebab saya banyak dah jumpa testimoni yang berjaya hamil lepas 5-6 bulan treatment dengan vco. *nak melencong jap* Kalau nak lebih baik, tambah lagi dengan femme vita untuk isteri, men vita untk suami. Teruskan makan sekurang-kurangnya 6 bulan. Insya Allah..

Kalau ikutkan nak cerita, tak tahulah bila nak selesainya pasal vco ni. Banyak sungguh kehebatan vco samada kita dah pernah tau atau belum. Tapi sebelum saya tutup entry kali ni, saya nak bagi tahu satu rahsia.. Haa.. rahsia la sangat kan.. Rahsianya ialah.. Cara nak tahu vco tu berkualiti ke tidak. Sebab vco pun ada gred. Kalau yang betul2 berkualiti tu, 1 liter boleh capai harga ratus2 tau. Nak tahu vco tu berkualiti, tengok pada warna dia. Kalau jernih sangat, maknanya kurang kualiti dia. Minyak yang berkulaliti warnanya agak kuning sedikit. Itu tanda kualiti vco.

Last sekali, sesiapa yang nak tahu lagi pasal vco, ada lagi 3 jenis vco baru iaitu vco antioxcidant. Ada vco delima, vco apricot dan vco argan. Ketiga2 jenis vco ni pun banyak kesan positif yang hebat untuk kita. Nak tahu lagi boleh terus pm saya kat facebook atau page saya ye..