nuffnang

Memaparkan catatan dengan label supplement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label supplement. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Catalyst vs _______________

ok.. tajuk kat atas tu agak berdebar sikit ye.. jangan risau kawan2.. Sya bukan nak kondem produk lain ye..tiap2 produk ada kehebatan tersendiri. kita kena akui tu. bukan hanya ada satu produk yang bagus kat dunia ni. ada banyak. cuma yang paling bagus tu tak tahulah kan..tak  boleh nak kata sebab ada sesetengahnya memang serasi dengan kita, ada juga produk yang kurang sersasi. tapi bukanlah bila tak serasi maknanya brand tu semua tak bagus..

sambung lagi. ramai customer yang tanya sya , apa beza catalyst dengan produk lain? sya pun selalu tertanya-tanya juga. apa beza? catalyst ni sama je ke macam produk lain kat pasaran? lepas dah sembang-sembang dengan stokis ida hana, barulah sya nampak apa yang bezanya. meh sini kita baca. sya listkan sikit ye..

1. catalyst ni target utama dia bukan untuk kecantikan. yelah, kalau korang perasan, banyak lambakan produk putih sana sini kat internet. ramai orang kejar nak putih. yang dah putih pun nak putih lagi. sampai nama produk pun ada kaitan dengan putih-putih. ehh..jangan salah faham. bukan sya kata yang putih2 semua tu tak bagus. bagus tak bagus kena tengok ingeridient dia k..catalyst  tak sama macam ni semua. sya tanya kak ida, kenapa produk catalyst tak ada yang utamakan nak putih segala. paling kuat pun, cerah & nampak pinkish macam tu.. dia kata, bos kata dia buat lebih pada nak jaga kesihatan. bila badan sihat, automatik kulit kita pun cantik, berseri. bukanlah sebab putih semata. nanti putih2 pun pucat aje tak cantiklah kan?? yang catalyst ada untuk jaga kecantikan kulit, supaya halus mulus,cerah sekata. kata doktor, pencerahan yang selamat adalah yang hanya naik 2 step dari warna kulit asal. kalau lebih, dah tak selamat. maknanya produk tu dah boleh pi buang.mesti ada kandungan bahaya.

yang no 2 pula yang membezakan catalyst dengan produk lain ialah, setiap set yang kita nak tu tak sebanyak macam set brand lain. kalau yang lain tu untuk tulang satu, untuk kulit satu,vitamin sekian lain,untuk itu lain, ini lain. sekali kira dah berapa kat situ. lagi pun , berapa orang yang mampu nak makan sebanyak-banyak tu? yang rajin, baguslah.yang tak rajin? rugi.. kesian tau..walaupn tak mahal mana setiap satu, tapi kalau dah sampai 6 item sekali jalan, banyak juga nak keluar duit. tak termakan pulak, lagilah sayangnya. beza dengan catalyst, set yang paling banyak pun, set skincare dengan set berpantang 'jamuless'. set skincare ni ada 6 ietm. biasalah, kalau skincare memang banyak stepnya. tapi dengan set ni yang tahan 3 bulan, tak adalah terasa apa sangat pun. kira sama harga je dengan skincare yang kat pasaran. kualiti pun bagus.yang set berpantang, tu bukanlah set yang sebenar-benar yang catalyst keluarkan untuk tu. tapi boleh guna dalam pantang untuk orang yang prefer jamu less. takut baby panas ke apa kan..set yg ni paling banyak pun 5 item je.itu pun sebab ada vco liquid & vco softgel. kalau softgel saja, atau liquid saja, jadi ada 4 jela dalam set tu. kalau nak basic ada 3 je.. punyalah sikit set dia. tapi kalau orang yang kurang rajin nak makan itu ini sampai 5-6 item, sesuai sangat lah set  ni.

perbezaan no 3 ialah harga adalah mengikut kemampuan. contohnya, vco asli dengan vco argan,delima aprikot harga adalah berbeza. vco asli baru rm40. yang argan ,delima, aprikot rm65. so, ikutlah kemampuan. semuanya pun jaga kesihatan dalaman & luaran. dari hujung rambut sampai hujung kaki. cuma apa bezanya, apa yang kita nak fokus.macam argan fokus pada kulit. argan semua orang tau untuk kecantikan kulit..yang delima bagus untuk warga emas atau ibu mengandung. aprikot bagi yang nak jaga kesihatan, elak kanser dan sebagainya. sama juga dengan item yang untuk kulit. ada colla c, collagen, ambience. pelik kan? kenapa ada 3 benda sama? semua untuk kulit. tapi yang bezanya adalah harga.. colla c baru rm59.90, yang collagen primeum rm119.80 yang ambience rm259.00.. colla c adik beradik collagen. tapi dia kurang sikitlah dari collagen. sesuai sangat bagi yang nak jaga kulit, tapi dalam bajet yang agak simple gitu.. collagen ni standart..harga pun agak2 sedang2.tak murah sangat, tak mahal sangat. yang ambience harganya memang agak mahal. tapi kandungan dia super power.. 6X GANDA dari kandungan collagen biasa. yang ni warga emas sesuai sangatlah. hilang sakit lutut,sendi semua. yang ambience betul2 super power.

yang ni antara 2 perbezaan yang ketara pada catalyst dengan produk lain. setiap satu tu sebenarnya dah complete set. contohnya vco. kalau ambik vco argan ke vco delima ke semua dah ada situ. untuk kesihatan, untuk kulit. complete. dah tak payah pening nak ambik untuk kulit lagi. tapi kalau ada bajet lebih, nak yang penjagaan khusus untuk kulit, silakan lah pilih nak colla c ke collagen ke, ambience ke.. tiga2 untuk kulit.kasi kulit cerah, halus, pinkish gitu. yang beza dari segi ingridient dgn harga jela.ikut kemampuan.

sekarangdah nampak kan apa bezanya catalyst dengan yang lain? kalau dulu rasa sama je dengan lain2 tu. orang buat produk kecantikan , kita pun nak buat..kan???tiru la tu..sebenarnya tak.. catalyst tak tiru pun..ok..dah puas menaip ni.. nak rehat pulak. hari ni 1st day train Aniq untuk free diapers. penatttt...tapi setakat ni kesabaran tinggi lagi..haha..nanti kita cerita lain ye yg ni..

sesiapa yang nak dapatkan produk catalyst, silalah pm/wechat/whtaspp sya kat 013-985 5875 ye.. kawan2 area keratong , muadzam shah semua, boleh dapatkan by hand. kita c.o.d je.. senang tak payah pos dah..  nak cari kat fb pun boleh.. klik sini ye....pm je, nanti sya balas k..bye2 cayang semua..mmmuahh..

Isnin, 13 Oktober 2014

Jawapan pada supplement yang tak berkesan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Kenapa bila kita makan vco atau lain2 supplement, rasa macam tak jadi atau macam tak ada apa2?

Jawapannya mungkin pada cara kita amalkan supplement tu yang tak betul. Supplement ni makanan tambahan. Dia cuma membantu, ia bukan ubat. Jadi, sangat penting bagi kita yang nak amalkan supplement ni ikut cara yang betul. Kalau tak ikut caranya, kita juga yang rugi sebab keluarkan duit, tapi hasilnya tak ada ataupun tak sebagus yang sepatutnya. Betul tak? Kita tak nak lah macam tu. Bayar bukan sikit. Rugi pula dapat. Lainlah kalau kita dapat free atapun sebab kita orang kaya.  Kan?

Jadi, cara apa yang sepatutnya kita buat?  1st bila agak2 cara kita tu salah, refer balik pada org yang kita beli supplement tu dulu. Tanya dia betul2 cara makan yang sebenar. Ada supplement memang boleh dimakan ikut suka. Tapi kalau nak dapat best result mesti ada  cara yang betul nak dapatkannya. Jadi, tanya penjual.

Kebanyakan supplement sama je. Maksud saya sama tu ialah kena minum banyak air. Kena elakkan kafein. Jangan campur dengan ubat hospital atau supplement lain. Ini penting.  Kenapa? Sebab kebanyakan supplement adalah dari produk natural. Ia bukan dadah. Jadi, minum air adalah cara terbaik nak bagi khasiat supplement yang kita makan tu bergerak lancar dalam badan. Toksin dapat dibuang, khasiat dari supplement pun elok berfungsi.  Air sangat2 penting bagi orang yang makan supplement. Ada sesetengah orang, walau kurang minum air,hasil memang ok. Tapi tak superb lah hasil macam orang yang banyak minum air. Tak percaya, cuba korang buat. Makan supplement tapi tak nak minum air.

Bagi sesetengah supplement yang lain, kena elakkan kafein. Bagi yang tak kena elakkan  tu selamatlah. Tapi elakkan tu lagi bagus. Sebab kafein pun memang diketahui tak berapa elok untuk badan kan? Sebaiknya kita elakkan ye.. Kenapa kena elak kafein?  Sebabnya, kafein ni merosakkan khasiat yang terkandung dalam supplement yang kita makan tu. Kalau nak ambil juga, jarakkan masa pengambilan. Jarak lah 2,3 jam ke.

Bagi orang yang kena berpantang makan tu ikutlah kata seller produk korang. Kang korang nak kurus. Beli supplement untuk kurus. Tapi dibantai makan lagi banyak pulak.  Alamak, macam mana ni? Kalau cara tu korang buat, tapi korang tetap kurus, baguslah. Tapi kalau tak kurus, janganlah korang blame supplement tu pulak. Kata tak ok lah. Apa lah, begitu, begini. Hakikatnya sendiri yang tak disiplin.

Apa pun, pilih supplement yang natural. Lambat sikit tak apa. Kena berpantang sikit pun tak apa. Asalkan hasilnya tu nanti meletop letop. Haha. Tak rugi korang keluarkan duit tau.. Jangan sebab nak kurus cepat, korang bantai supplement yang meragukan. Tak ada pun kkm pd produk tu. Ataupun diragui status halalnya. Bukan tak ada kat pasaran, ubat kurus ada dadah dalam tu. Udah la bahaya dari segi kesihatan, haram pula tu. Kan mendapat 2 sekali tu.  Hati2 ye semua.

Last sekali kan.. Kita konsisten lah amalkan supplement tu. Teruskan, amalkan jangan skip2 ataupun tukar2 dengan supplement lain. Macam mana nak nampak kesan. Belum pun 2 minggu pakai, dah tinggal yang ni nak try yang lain pula. Kena istiqomah. Bagi pada badan kita sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Kalau lebih baik, 6-9 bulan. Ini nasihat doktor lah. Haa.. Jangan tak tahu, doktor pun makan supplement tau. Sebabnya mencegah tu lebih baik dari merawat.. Kena ingat tu tau. So, pada yang tak nak makan supplement ni jangan kutuk2 orang yang makan supplement pula. Kata mengada je makan supplement. Macam lah orang kaya. Sebab MENCEGAH TU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.. OK? HEHE. (bukan tak de orang macam ni, ada.. Sebab tu saya cakap)

P/s: pesanan khidmat masyarakat ni dibawakan bukan untuk kata kat orang lain. Sebenarnya nak mengata ke diri sendiri. Payah no nak minum air. Payah no nak disiplin. Tapi mujur sedar diri. Tak blame produk. Dah alang2 tu, share2 ilmu supaya orang lain pun tau sama kenapa supplement yang dimakan, tak berkesan.. Sekian...