nuffnang

Memaparkan catatan dengan label supplement diiktiraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label supplement diiktiraf. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2014

Jawapan pada supplement yang tak berkesan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Kenapa bila kita makan vco atau lain2 supplement, rasa macam tak jadi atau macam tak ada apa2?

Jawapannya mungkin pada cara kita amalkan supplement tu yang tak betul. Supplement ni makanan tambahan. Dia cuma membantu, ia bukan ubat. Jadi, sangat penting bagi kita yang nak amalkan supplement ni ikut cara yang betul. Kalau tak ikut caranya, kita juga yang rugi sebab keluarkan duit, tapi hasilnya tak ada ataupun tak sebagus yang sepatutnya. Betul tak? Kita tak nak lah macam tu. Bayar bukan sikit. Rugi pula dapat. Lainlah kalau kita dapat free atapun sebab kita orang kaya.  Kan?

Jadi, cara apa yang sepatutnya kita buat?  1st bila agak2 cara kita tu salah, refer balik pada org yang kita beli supplement tu dulu. Tanya dia betul2 cara makan yang sebenar. Ada supplement memang boleh dimakan ikut suka. Tapi kalau nak dapat best result mesti ada  cara yang betul nak dapatkannya. Jadi, tanya penjual.

Kebanyakan supplement sama je. Maksud saya sama tu ialah kena minum banyak air. Kena elakkan kafein. Jangan campur dengan ubat hospital atau supplement lain. Ini penting.  Kenapa? Sebab kebanyakan supplement adalah dari produk natural. Ia bukan dadah. Jadi, minum air adalah cara terbaik nak bagi khasiat supplement yang kita makan tu bergerak lancar dalam badan. Toksin dapat dibuang, khasiat dari supplement pun elok berfungsi.  Air sangat2 penting bagi orang yang makan supplement. Ada sesetengah orang, walau kurang minum air,hasil memang ok. Tapi tak superb lah hasil macam orang yang banyak minum air. Tak percaya, cuba korang buat. Makan supplement tapi tak nak minum air.

Bagi sesetengah supplement yang lain, kena elakkan kafein. Bagi yang tak kena elakkan  tu selamatlah. Tapi elakkan tu lagi bagus. Sebab kafein pun memang diketahui tak berapa elok untuk badan kan? Sebaiknya kita elakkan ye.. Kenapa kena elak kafein?  Sebabnya, kafein ni merosakkan khasiat yang terkandung dalam supplement yang kita makan tu. Kalau nak ambil juga, jarakkan masa pengambilan. Jarak lah 2,3 jam ke.

Bagi orang yang kena berpantang makan tu ikutlah kata seller produk korang. Kang korang nak kurus. Beli supplement untuk kurus. Tapi dibantai makan lagi banyak pulak.  Alamak, macam mana ni? Kalau cara tu korang buat, tapi korang tetap kurus, baguslah. Tapi kalau tak kurus, janganlah korang blame supplement tu pulak. Kata tak ok lah. Apa lah, begitu, begini. Hakikatnya sendiri yang tak disiplin.

Apa pun, pilih supplement yang natural. Lambat sikit tak apa. Kena berpantang sikit pun tak apa. Asalkan hasilnya tu nanti meletop letop. Haha. Tak rugi korang keluarkan duit tau.. Jangan sebab nak kurus cepat, korang bantai supplement yang meragukan. Tak ada pun kkm pd produk tu. Ataupun diragui status halalnya. Bukan tak ada kat pasaran, ubat kurus ada dadah dalam tu. Udah la bahaya dari segi kesihatan, haram pula tu. Kan mendapat 2 sekali tu.  Hati2 ye semua.

Last sekali kan.. Kita konsisten lah amalkan supplement tu. Teruskan, amalkan jangan skip2 ataupun tukar2 dengan supplement lain. Macam mana nak nampak kesan. Belum pun 2 minggu pakai, dah tinggal yang ni nak try yang lain pula. Kena istiqomah. Bagi pada badan kita sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Kalau lebih baik, 6-9 bulan. Ini nasihat doktor lah. Haa.. Jangan tak tahu, doktor pun makan supplement tau. Sebabnya mencegah tu lebih baik dari merawat.. Kena ingat tu tau. So, pada yang tak nak makan supplement ni jangan kutuk2 orang yang makan supplement pula. Kata mengada je makan supplement. Macam lah orang kaya. Sebab MENCEGAH TU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.. OK? HEHE. (bukan tak de orang macam ni, ada.. Sebab tu saya cakap)

P/s: pesanan khidmat masyarakat ni dibawakan bukan untuk kata kat orang lain. Sebenarnya nak mengata ke diri sendiri. Payah no nak minum air. Payah no nak disiplin. Tapi mujur sedar diri. Tak blame produk. Dah alang2 tu, share2 ilmu supaya orang lain pun tau sama kenapa supplement yang dimakan, tak berkesan.. Sekian... 

Rabu, 8 Oktober 2014

Vco Seribu Guna.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم




Minyak seribu guna dari pokok seribu guna. Minyak apa lagi, minyak kelapa dara a.k.a vco lah.. Minyak untuk semua dalam satu. Khasiat dia dah ramai yang tahu.  100% datangnya dari buah kelapa yang diketahui ramai ada banyak manfaatnya.

Kat Malaysia setiap tahun kita tuai lebih 200 juta biji buah kelapa.  Fakta ni saya dapat masa tengok Discovery Science semalam. Dalam jumlah sebanyak tu ada sebahagian yang digunakan dalam industri kosmetik & Nutraceutical. Salah satu produk hebat yang kita tau, inilah dia vco ni.

Saya kalau cakap pasal vco, memang tersangat excited. Kenapa? Sebabnya saya kenal vco dari awal bertahun sebelum vco ni popular. Masa tu cuma ada yang liquid, tak ada softgel lagi. Umy cakap ni bagus untuk kesihatan. Nak jaga badan, jaga kulit. Tapi kalau dulu umy saya suruh makan vco, memang mengelat saja. Kata dah makan, padahal tak makan pun. Ewww.. Rasa minyak kot!  Lagi pun saya tak percaya pun vco ni banyak khasiat. Nampak macam sama je dengan minyak kelapa yang umy buat.. Tapi bila dah tau khasiatnya, sayalah antara yang hebat nak cerita & sebar tentang vco.

Walaupun orang kata, "alah rasa minyak kelapa je, macam makan biskut kelapa". Saya tetap tak suka, sebab saya tak makan apa2 berkaitan kelapa termasuk santan. Tapi isi &  air kelapa saya suka.. Haha. Dulu masa umy bagi tahu, vco ni beribu khasiat, saya tak percaya. Saya fikir, umy terpengaruh je oleh kawan dia sebab kawan dia yang jual vco ni. (kawan umy tu proses sendiri vco dia)

Sekarang, saya sendiri yang jual. Sebelum saya yakin, berjuta keraguan dalam hati saya pasal vco. Betul ke fakta2 pasal vco yang orang bagi pada saya? Betul ke minyak ni beribu khasiat & kegunaannya? Haa.. Jangan ingat saya main hentam je tau! Saya bukan jenis yang asal orang cakap, terus nak percaya. Mula dari tu, saya siasat hari2 fakta pasal vco. Apa saya tak tahu, saya tanya pada yang lebih arif. Sekarang ni, saya betul2 puas hati dengan segala fakta yang saya dapat. Keyakinan saya dengan vco dah kuat.

Asal mula saya jual vco, memang lah untuk dapat untung, tapi sekarang dah berubah. Saya jual untuk sebarkan manfaat vco pada yang belum pernah rasa kebaikan & khasiat seribu gunanya. Vco ni boleh digunakan dalam berbagai cara. Ada orang suka makan, ada orang suka sapu, ada juga suka letak dalam makanan. Semua ni dengan tujuan nak jaga kesihatan atau kecantikan.




Saya bagi contoh apa yang kita boleh buat dengan vco. Kalau macam saya, vco ni saya gunakan untuk buat skrub, buat mask, buat ubat sapu luka, suplemen, minyak rambut, pelembap kulit, penguat kuku, melebat rambut &  macam2 lagi. Apa saja yang saya nak buat, saya tengok boleh tak guna vco. Kalau boleh, saya guna. Macam dalam makanan saya letak, tapi bukan makanan yang panas. Sebab kepanasan boleh rosak kan khasiat vco. Letak dalam nasi yang dah agak sejuk sebelum makan. Ataupun letak dalam salad, campur dengan voo (virgin olive oil a.k.a minyak zaitun).

Sekarang dalam handbag saya wajib ada sebotol vco liquid. Sangat penting untuk saya bila muka terasa kering atau sebagai base bila nak mula make up. Kalau untuk Aniq, saya bawa sebotol vco softgel. Sebagai ganti snek @ jajan dia. Lagipun budak, mudah sangat luka, jadi penting untuk simpan sebotol dalam beg, boleh guna untuk sakit2. Setakat ni, saya dah tak guna minyak gamat ke apa. Vco je dah cukup, sapu je kat luka, insya Allah, berhenti terus darah. Luka pun cepat baik &  tak ada parut.

Order vco anda SEKARANG!

Jumaat, 27 Disember 2013

Harian Metro

Yeay....Alhamdulillah.... Berita gembira di hari jumaat.. Catalyst keluar dalam paper lagi. Sebelum ni dah keluar dalam berita harian. Syukur2, semakin orang buka mata tentang produk hebat yang dah diiktiraf ni.
Tak tergambar perasaannya masa buka facebook pagi tadi. Happy sangat2. Terus minta hubby belikan paper. Kali ni keluar pasal 6 produk baru tu.
Saya akan buat satu entry lain tentang 6 produk baru ni. Kegunaan untuk apa, berapa harga dan sebagainya. Sekarang update blog guna handphone tak se'best' guna pc.
Tunggu masa lapang sikit, boleh la nk blogwalking sekali..