nuffnang

Memaparkan catatan dengan label testimoni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label testimoni. Papar semua catatan

Rabu, 10 Disember 2014

Kak hani, nad zainal & catalyst

Masih ingat tak sya ada cerita pasal testimoni catalyst yang namanya kak hanita tu..  Ramai yang tak percaya rupanya. Sebenarnya saya masa awal dulu pun tak percaya. Sebab ketara betul muka dia dari dulu dengan sekarang ni.

So saya buka balik instagram, cari balik gambar kak hani yang saya dah share dulu. Memang ada. Ni ha dia..

Tu saya repost dr stokis sy, Ida Hana, Yg dia pun repost dr do kitorang kak hanita..


Kak hani ni memang semua orang tahu kulit muka asalnya macam mana. Dah banyak produk yang dia guna termasuk yang mahal pun. Tapi tak serasi dengan dia. Bila dia serasi dengan catalyst, ramai nak join catalyst sebab nampak perbezaan ketara. So, dengan mudahnya dah jd DC sekarang. Kiranya dah tinggi lah pangkat dia ni. Semua agen rujuk dengan dia.

Saya ingat nak minta dia cakap sikit pasal catalyst ni dari mulut dia sendiri. Tapi dia sendiri tengah berpantang anak kedua. Jadi, tak berani nak kacau.

Masa awal mengandung dulu saya dapat tahu yang kak hani ada fibroid. Dia amalkan vco delima je. Alhamdulillah kecut fibroid dia.. Ni nanti saya detail kan ceritanya  lain kali.

Kak hanita, masa dia nak pulihkan muka dia tu, dia amalkan vco dengan collagen je dulu. Masa tu vco asli je yang ada.. Harga vco ni baru rm39.90, collagen pulak baru rm59.90 sekotak. Ambil 2 kotak baru rm119.80.. Kira senang kira dalam rm160 ajela nak maintain cun. Bukan setakat kulit dia je jadi licin tu, kesihatan dia pun jadi lebih baik sebab amalkan vco tu kan.. Vco tu kan fungsinya baiki sistem badan.I

Lepas muka kak hani makin ok, dia amalkan colla C pulak. Sekali dengan vco argan. Yang dua ni lagi murah kosnya.. Baru rm125.00.. Muka pun bukan setakat lembut, sihat, tapi juga pinkish je.. Comel sangat..

Sekarang kak hani maintain dengan argan dengan colla C je. Sesekali top up dengan collagen. Sama juga macam nad zainal. Awal² dia makan vco &  collagen, sekarang nak maintain dia makan colla C &  vco je..

Nad zainal..  Kiri gambar baru, kanan gambar lama


Nad ni pun ramai yang tanya dia makan apa. Sampai customer cari saya siap dengan gambar dia ni. Katanya nad makan apa, kulit dia nampak sangat beza. Biasalah, peminat tegar kan. Nampak saja perubahan pada muka artis kesayangan dia. Siap ada Yg seorang tu datang pada stokis saya nak cari yang nad makan. Dia pengikut dari dulu, masa nad baru² berlakon muka lain katanya, sekarang lain.. Padahal dia ni pengguna 1 produk MLM yg terkenal kat Malaysia ni. Sekarang dah jadi agen catalyst pulak.. Alhamdulillah.. Maknanya orang nampak la bagusnya catalyst ni..

Nak tengok apa kata kak hanita pasal catalyst,  jenguk lah blog dia..tp org busy, lama dah dia tak update blog.. Klik sini untuk pergi ke blog kak hani ye.. 

Isnin, 24 November 2014

Testimoni VCO Catalyst

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Hari ni nak share kat kawan² semua cerita pasal testimoni customer saya dengan catalyst. Ramai juga dah bagi positif feedback sebenarnya cuma sya tak yakin lagi sebelum ni. Sebab, semua yg bagi ni adalah dari orang² yang rapat dengan saya. Jadi setakat dari mulut diorang aje lah.  Apa pun, saya berterima kasih kat diorang sebab sudi berkongsi testimoni.. Sayang korang mmuahh muahhh muahhh..




Ok.. Testimoni pertama datang dari kawan umy saya. Acik ni namanya Rozita. Kitorang panggil Cik Rozi  je. Dia amalkan vco asli selama 2 bulan untuk masalah sakit sendi dia. And dia pun ada masalah kulit yang super sensitif. Sebulan dia amalkan, dia kata sakit badan dia hilang. Memang dia suka sangat. Saya pun happy juga sebab tau lama dah pasal sakit belakang dia tu, sakit sendi lagi. Anak² dia pun mudah sakit, lepas makan vco, dia cakap alhamdulillah dah tak selalu demam. Anak dia cerdik, harapan sekolah. Tapi selalu demam. Kalau selalu demam, payahlah nak ke sekolah kan.. Takut nanti menurun prestasi. Masalah kulit Cik Rozi pun dah makin ok. Sekarang dah berbulan repeat order untuk family dia juga.

Testimoni kedua datangnya dari umy saya sendiri. Awal² makan vco, umy cakap tak ada apa pun. saya tak pelik, sebab saya masa awal-awal kan pun tak rasa apa-apa. rasa macam biasa je. umy teruskan juga makan sampailah ada sekali umy bagi tahu yang kalau umy demam atau sakit kepala, dah tak payah cari panadol. makan je 2 biji vco lepas tu rehat. bangun nanti insya allah dah ok. happy saya dengar, bukan apa, saya tahu umy saya ni selalu sangat demam & sakit kepala. banyak sangat makan ubat nanti tak elok untuk badan. testimoni kedua dari umy ialah masa umy baru balik dari hospital. masa tu umy kena cek tekanan darah, kolestrol dll.. umy memang wajib kehospital setiap bulan sebab ada darah tinggi & jantung. and bila demam, kencing manis pulak muncul. tapi baru-baru ni cek semuanya normal. tak ada darah tinggi, gula ok, kolestrol, pun ok.. semuanya normal. Alhamdulillah berkat amalkan vco tak putus-putus. umy saya memang amalkan vco semata, tak ada makan benda lain.

testimoni lain antaranya, kawan saya. dia ni terpaksa bekerja lebih masa sebab ayah dia sakit. so nak cari duit lebih. kesian sangat dengan dia. so dia nak try vco untuk tambah tenaga. 2 bulan dia amal, sekali saya terlupa nak order vco dia. yang pada saya semua dah habis stock. terputus sekejap vco dia. bila saya jumpa dia nampak terlampau letih, tak bermaya. dia kata dengan saya, selama ni amalkn vco adalah dapat top up tenaga dengan vco. sekarang dah terputus, jadi mudah letih. kalau selalu, dia kurang tidur pun , masih lagi semangat nak bekerja, tapi masa tu dia  nampak sangat keletihan. kesian pulak saya tengoknya. rasa bersalah!

ada beberapa lagi testimoni yang saya tak dapat nak upload kat sini. kang panjang lagi ceritanya. antaranya adik saya, yang makan vco untuk tambah susu badan. yeap!! memang berkesan. Sepupu saya bagi husband dia makan vco untuk berhenti merokok pun dah stop merokok pun sekarang. yang ada masalah eczema pun dah tak ada dah masalah kulit tu. total bersih. tak muncul-muncul dah walaupun kadang-kadang kulit kering sangat.

macam saya sendiri pun banyak testimoni diri sendiri.. cuma tak terupdate kat blog.Nantilah, insya Allah satu hari nanti. hari tu pun dah terstop makan vco sebab kekurangan bajet hari tu. sekarang dah ada vco balik, asyik lupa nak makan. bila tak makan tu, kita boleh beza kesan makan dengan tak makan. sebab apa yang kita makan hari ni dah banyak yang tak bagus untuk kesihatan. kalau kita tak top up dengan supplement, kita akan mudah letih,mudah sakit,nak buat apa-apa pun rasa malas yang teramat sangat.sebab tak ada tenaga. ni nak mulakan balik konsisten makan vco. tak boleh nak tinggal lagi dah. saya ni dah memang manusia jenis yang lemah antibodi . mudah sangat sakit.

Khamis, 6 November 2014

Collagen Primeum Catalyst Nutraceutikal



Ramai yang sangka collagen adalah semata-mata untuk kecantikan. Tapi berapa ramai yang tahu, hakikat sebenarnya kerja collagen adalah lebih dari tu.  Collagen juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ia adalah manfaat semula jadi yang hebat khasiatnya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Badan kita boleh hasilkan collagen sendiri dengan bantuan vitamin c yang kita dapat dari makanan lain seperti buah buahan. Tapi bila usia meningkat, collagen yang terhasil adalah sangat sedikit. Dan kadang-kala tak cukup untuk keperluan badan. Jadi kita kena top up dengan pengambilan collagen dari sumber lain.

Saya bagi tahu tadi yang collagen membantu dalam penjagaan kesihatan badan.  Ok,  kenapa?  Apa sebenarnya fungsi collagen, selain dari kecantikan ?  Ramai nak tahu kan?

Collagen adalah protein yang berfungsi sebagai:

-perekat  dalam badan
-memberi struktur badan, melindungi tisu² lembut yang memegang otot dan tulang.  Senang kata, seperti gam dalam badan yang sambungkan otot dan tulang.
-memperbaiki kedutan² halus agar menegang kembali
-menjaga kulit agar tidak mudah sensitif, lembut, lembab, anjal
-menjaga kesihatan rambut, kuku dan juga tulang.

Antara kerja collagen adalah mengangkut toksin yang terdapat dalam badan, dihantar ke limfa  untuk dikeluarkan dari badan. Patutlah orang yang makan collagen ni  nampak berseri-seri dan sihat.  Rupanya collagen memang membantu dalam penjagaan kesihatan dalaman. Selalu kita dengar makan collagen untuk cantik je, padahal bukan tu saja. Cuma mungkin orang lebih suka cerita hasil luaran berbanding dalaman. Betul kan?

Apa yang terdapat dalam collagen primeum catalyst  ni?  Ok, sebab namanya pun dah primeum.  Bahannya mestilah primeum juga. Catalyst sangat menjaga kualiti produk yang dikeluarkan. Jadi, hanya yang terbaik digunakan. Antaranya ekstrak tomato, ekstrak delima, ekstrak blueberry, ekstrak aloe vera  dan collagen bovine.  Collagen bovine ni adalah satu sumber collagen dari lembu yang telah dibersihkan &  di ekstrak untuk menggantikan collagen manusia. Collagen bovine adalah SANGAT MIRIP dengan collagen manusia. Catalyst juga memilih collagen bovine kerana peratus alahan bila mengamalkan collagen ini adalah sangat kurang berbanding marin collagen &  sebagainya.

Kesan pengambilan collagen ni,  dah boleh nampak seawal 2 minggu pengambilan. Kulit akan terasa lembut, lembab, berseri.  Rambut juga kelihatan bersinar. Kedalaman kedutan dapat dikurangkan.  Tak ada lagi tumit merekah, kuku pun kembali berseri pinkish.  Metabolisme bekerja dengan sangat cekap mengangkut toksin untuk dibuang. Badan terasa lebih segar &  bertenaga.

Banyak manfaat dari pengambilan collagen  dalam hidup kita. Jom mulakan hari ini untuk kekal sihat &  awet muda selalu. Jangan risau kawan2, collagen perimeum catalyst  ni dah diiktiraf halal oleh jakim. Catalyst dah banyak tahun terlibat dalam halfest (halal festival).  Ia juga selamat dan diiktiraf KKM. Boleh tengok pada kotak tu nanti ada logo MeSTi  yang wajib diletak oleh supplement yang telah diiktiraf.





Testimoni hari ni adalah kitorang punya DC Kak Hanita. Kak hani ada masalah kulit yang teruk sangat. Dah macam² dia guna. Tapi akhirnya catalyst  juga yang serasi. Sekarang kalau tengok dia, memang kita tak sangka yang dulu kulitnya seteruk ni.

Untuk order, pm/wechat/WhatsApp sya 013-985 5875.  Bagi warga Pahang, terutama sekitar muadzam Shah, keratong, ataupun yang sekitar Temerloh nak dapatkan produk catalyst  dari sya sendiri pun boleh.  Kita COD (cash on delivery) kat tempat yang kita janji nak jumpa nanti ye..

*Wanita hamil &  menyusukan boleh mengambil produk ini.  Mengikut kepada kesesuaian, dapatkan nasihat penjual.