nuffnang

Memaparkan catatan dengan label shaping boom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaping boom. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

Aku Tergoda~

Betul.. Saya tak tipu, saya  dah lama rasa tergoda. Nak gapai, tak mampu, hanya pandang dari jauh aje la.  Tapi pandang dari jauh pun, dalam hati memanggil-manggil untuk memiliki. Tapi apakan daya, masih ada yang perlu dijaga dan diutamakan. Jadi.. Sabarlah wahai hati... Sob..sob..sob..

Saya ni sebenarnya tergoda sangat2 dengan segala produk charme yang catalyst keluarkan tu. Dari skincare nya sampailah ke barang make up. Semua saya berminat. Warnanya...uihh... cantik2..Mengoda dan tergoda. Sudahlah dari packaging dia pun  dah buat kita rasa menarik nak beli, tapi hasil dari pemakaian tu pun buat kita rasa nakkkkkk sangat2..


Ni la charme skin care yang catalyst keluarkan. Ada 6 produk. harganya saya tak begitu pasti. tapi set ni dalam harga Rm178 tak salah saya. Agak mahal kan?? Tapi mengikut kata sepupu saya yang dah pakai lebih dari 2 set, walaupun harga nampak mahal. sebenarnya harga ni sama je macam harga produk2 lain. Sebab 1 set ni tahan 3 bulan lebih jugalah. Ohh... dengar macam tu, saya semangat nak beli, tapi fikir2kan balik, pencuci muka pun saya malas nak pakai, apatah lagi banyak2 ni. Terpakai ke saya?? Macam tak aje.. So, tangguhkan niat nak beli sampai ke satu masa saya pasti saya boleh istiqomah nak pakai semua.

Ada lagi produk charme ni yang saya berminat. Ia adalah....... taraaa... 


Ini dia lip gloss dari charme catalyst. Warnanya...mengancam.. Cantik sangat.. Ada satu lagi warna ni, tapi puas dah saya google tak jumpa2. Jumpa satu ni je. Bolehlakan dari tak ada langsung. Saya memang dah lama nak lip gloss ni, tapi harganya..hmm..terkedu jap.. Rm55 tak salah saya. memandangkan cousin saya dah try semua produk charme, so, dia satu2nya manusia yang akan saya rujuk untuk produk2 ni. Dia cakap, semua produk charme memang agak mahal. Bukan sebab saje2 mahal, tapi sebab kualitinya. Kalau kita biasa pakai yang macam simplysity apa semua tu kan, kita boleh tau yang charme ni kualiti dia sama. Sebab apa? Sebab charme ni datang dari korea jugak. Menggunakan teknologi kosmetik korea yang paling maju buat masa ni..

Lagi apa produk charme yang saya suka? Semua saya suka, saya berminat.. Antaranya.. Ini..

3D mask.. 

Harga 3D mask ni Rm12 sekeping.. Tapi kalau beli kat wisma Catalyst, di shah alam. dapatlah harga diskaun yang best gilerr.. semua guna natural ingredients. Ada labu,kiwi,mangga,strawberi dan lobak. Bukan mask biasa ni, dia 3D so pakai tu memang cover habislah muka. Senang cakap perfect la.


Shaping Boom.. 

Shaping boom ni pun produk catalyst bawah label charme. Semua yang duduk bawah label charme ni memang guna teknologi termaju korea untuk segala kosmetik. Jadi, dari korea diterbangkan mousse pemecah lemak yang dinamakan shaping boom. Ada 2 jenis ni, satu yang cool, satu yang heat. Nak sapu bawah dagu takkan nak yang panaskan.. Mesti tak selesa. So, boleh pakai yang cool. Ala... walaupun cool, tapi kesannya sama je macam yang heat punya. Berkesan nak fight lemak2 degil selulit2 yang bersarang sekian lama kat badan tau. 

Satu lagi produk charme yang tak ada gambarnya ialah set make up. Ada berapa pun saya tak berapa pasti. Saya pernah nampak sekali je dorang up gambar tu,,lepas tu cari2 tak jumpa dah. Maybe yang ni dorang jual kat wisma aje. Maybelah, saya pun tak berapa pasti. Ape pun yang penting, saya nak juga try semua ni. Menarik sungguh. 

Walaupun saya belum try semua ni, tapi jangan risau ye pada sesiapa yang nak try. Testimoni dah banyak, termasuk akk sepupu saya yang sangat saya kasihi. Memang saya dok perati aje dia. Makin lama makin cun, makin slim melim. Jeles i tau. hee

Last sekali, sesiapa yang nak try, boleh saje pm saya kat Facebook atau page saya ye.. Saya sedia menerima  order korang bila2 masa pun, insya Allah. tapi janganlah harap saya jawab pm pukul 2,3 pagi ye..hee.. saya sedang berehat time tu..


Khamis, 28 November 2013

Hapuskan Selulit dengan Shaping Boom

Antara produk catalyst yang hangat ialah ini… 



Haa....ini slimming spray tau. namanya shaping boom.  Produk ni dibuat dengan teknologi terbaru dari korea. Yang bestnya, slimming spray@ shaping boom ni ada 2 jenis.

  • ·         Shaping boom heating
  • ·         Shaping boom cooling


Beza 2 benda ni ialah….. tak ada beza ape pun cuma satu yang panas, satu yang sejuk. Mesti ada yang tertanya kenapa mesti ada 2? Sebabnya ialah, tak semua orang suka yang panas tu. Nak sapu bawah dagu ke lengan ke, kang rasa bahang pulak kan? So terciptalah yang cool tu. Yang panas tu boleh la nak sapu kat perut ke. Lagi2 orang yang sedang berpantang, yang panas tu sesuai sangat sapu kat perut lepas tu pakai bengkung. Memang terbaik.

Shaping boom ni berkesan untuk buang selulit and lemak2 yang degil kat badan kita ni. Cara guna senang sangat, just spray and sapu. Tak ada rasa berminyak pun. Ini jenis macam foam macam tu la..Lagi, shapping boom ni tak ada paraben, hasilnya pun cepat. Dan yang paling penting, halal and selamat untuk digunakan. Memang terbaik.

Harga untuk sebotol ni just RM75 aje tau. Sape2 yang rasa berminat nak tau ke, nak order ke boleh je pm saya jangan segan2 k.  Insya Allah saya akan bantu korang. Just mesej saya kat no ni 013-9855875 or korang boleh klik SINI.