nuffnang

Khamis, 25 Februari 2016

1 st entry untuk tahun 2016

Assalamualikum.


..Lama betul tak update blog. Rindu betul. tapi Kekangan masa tu yang buat.  terpaksa lupakan sekejap blog kesayangan ni. Sedih sebenarnya sebab banyak benda yang saya nak share tapi tak dapat nak buat macam tu. Antara benda yang nak share dah tentulah pasal perkembangan Si comel dalam perut ni. Kenangan buat diri sendiri. 

Sebenarnya saya sibuk menguruskan abah dan adik saya. Bagi yang deh pernah baca adik
saya, mesti ingat lagi . pasal adik saya kemalangan hujung tahun lepas. Hampir lebih kurang2 bulan adik saya Kat hospital, doktor benarkan dia balik. Alhamdulillah, legalah kitorang. Sebab agak payah la nak berulang alik dari rumah ke hospital kan.  Tapi rupanya ujian belum habis kat situ. tengah hari tu saya dapat berita abah saya accident akibat serangan stroke masa tengah memandu. masa tu abah saya dalam perjalanan nak ke Kuantan ambil adik saya yang dah boleh keluar hospital. Petang tu juga abah kena hantar ke Kuantan. Adik  saya balik dengan peguam dia.


Masa tu situasi abah saya agak kritikal. Sebenarya itulah  1 st time saya tahu  abah saya Stroke. Sedih sangat masa tu. Tak dapat nak kongsi macam mana perasaannya. ,Tapi saya tak dapat ikut ke Kuantan . hubby tak benarkan.Dia suruh saya tunggu adik yang akan sampai ke rumah dengan peguam dia.

Dari petang diorang sampai Kuantan,tengah malam tu baru abah saya sampai dengan ambulance dari Muadzam . Rupanya ambulance rosak dalam perjalanan.
kat Kuantan abah kena tahan kat wad 4 hari . masa tu cuma Mak tiri saya yang jaga abah. Umy saya jaga adik yang masih terlantar kat katil tak boleh bangun.
Alhamdulillah abah tak lama kat sana. Masa kitorang nak datang tukar giliran jaga abah, doktor dah benarkan abah balik. masa hi rasa lega sikit. Tak adalah jauh sangat bila nak buat tukar giliran menjaga.

masa abah kat wad hospital Kuantan



TAPI ... lepas lebih kurang seminggu lebih abah accident lagi. Sama Macam sebelum ni. Dia langgar kenderaan. Tapi kali ni abah langgar lori Pulak. Mujur je lori  tu  tengah parking. Tapi impak dari pelanggaran ยต, hancur jugalah Cermin and pintu sebelah penumpang depan.
Sepatutnya abah dah tak boleh memandu tapi dia senyap 2 ambil kunci kereta and drive tanpa ada sesiapa pun tahu. Masa ni Semua dah start stress .

Sekali lagi abah kena hantar ke Kuantan. Tapi kali ni umy saya temankan Sepanjang dalam perjalanan abah mengamuk sebab tangan dia doktor ikat. Diorang ikat sebab abah nak cabut wayar yang doktor pasang kat hidung dia ,
Lepas buat  Scan kat sana abah di transfer semula ke Muadzam . Memang kitorang yang minta sebab doktor kata abah dalam keadaan 0k cuma masih perlu duduk hospital untuk pemantauan.
Tak lama pun kat hospital abdn dah boleh balik. Tapi keadaan abah dah tak macam dulu . kalau dulu boleh lagi  bercakap sekarang apa abah cakap pun kitorang dah tak faham . Abah pun dah start bergantung dengan susu je tak boleh makan benda lain. Saluran tekak dah tak begitu berfungsi .
Selama 2 minggu abah pakai tube tu. selama itulah tiap hari saya berulang ke hospital untuk pasang semula tube susu abah. Sepatutnya tube tu tukar setiap 2 minggu. Tapi  abah saya cabut tube tu setiap malam . Kitorang memang tak tahu nak buat apa dah sebab yang jaga abah waktu malam ialah Mak tiri saya. maybe time orang tu tidur,abah pun cabut tube. Masa ni saya dan start stress Sebab selalu kena marah dengan doktor. Seolah kitorang ni saja biarkan abah cabut Tube tu.


Sepanjang 2 minggu tu. abah ada pergi buat terapi . Masa tu doktor ajar supaya abah boleh mula belajar makan semula. Lepas pada abah asyik  cabut je tube tu, doktor pun tak nak pasang dah. Diorang pun dah malas agaknya nak layan . Start dari tu abah dah start minum susu guna mulut. Tapi belum boleh makan. Tapi nya selalu je minta nak makan, nak teh tarik lah, nak nasi lemak, nak rotu canai . . Geram juga saya. Tapi Sabar jela. Orang tua sakit apa boleh buat.

Alhamdulillah sekarang dah masuk 2 bulan lebih Start dari mula abah sakit tu, dah banyak juga perubahan . Sekarang dah boleh Makan walaupun cuma bubur ataupun nasi lembik .
Dari segi pertuturan pulak masih banyak yang tak faham. Tapi dah ada la yang boleh difahami walau terlalu Sukar untuk faham and meneka maksud sebenar yang abah nak cakap tu.
Apa pun kitorang bersyukur masih ada abah di sisi kitorang. Tak terbayang rasanya kalau Allah ambil di waktu ni.Syukur walaupun sukar hak menjaga 2 Orang sakit serentak, tapi mereka yang disayangi ni masih ada .

Dalam keadaan family saya dilanda  kesedihan macam ni , hubby lah antara orang yang banyak berkorban masa,tenaga and duit juga. walaupun dalam kesibukan kerja. masih juga jagakan saya, Aniq dan baby. Masih juga ada masa untuk bantu abah dan adik yang  sememangnya sangat perlukan bantuan.

Alhamdulillah adik saya pun faham tanggung jawab dia yang sekarang ni sangat family perlukan. sanggup dia tak kerja sebab abah and adik saya sangat perlukan dia. Kalau dia tak ada. tak akan mampu umy saya nak angkat abah and adik. Saya dah memang tak larat lah.
Walaupun Semua ni sangat susah,,kitorang tetap Kena tabah dalam menghadapi ujian dari  Allah.
Tolong doakan  family saya ye semua. Semoga sihat adik & abah saya. Manalah tau dalam ramai 2 yang doakan ada yang Allah makbulkan ..  AMIN ..

p/s: maaflah ye, gambar tak banyak. Saya tak jumpa mana saya letak gambar ni semua. Saya pakai handphone baru, so gambar lama dah transfer masuk laptop. Tapi ntah kemana folder gambar tu semua. Penat mencari.

1 ulasan :

Puan Kutu berkata...

hebat juga ujian family sya..Bertabahlah ye..bukan senang nak jaga org yg sakit dua sekaligus..apa pun ujian dari Allah tu mesti ada hikmahnya..semoga asik n abah sya cepat sembuh