Assalamualaikum..
Saya baru je balik bercuti dari Gold Coast Morib International Resort (GCMIR). Kami stay 3 hari 2 malam kat sana sebab hubby ada anjurkan reunion untuk kawan-kawan sekolah dia. kalau saya nak cerita dari 1 hari ke 1 hari, jadi ter sangatlah panjang story nya.macam -macam masalah. Senang saya senaraikan aje sambil terangkan sikit-sikit. Antara benda yang tak best kat GCMIR ni ialah
KAD KUNCI DAPAT 1 SAHAJA
Ini memang masalah, ada ke bagi 1 je kad. tak pernah saya jumpa hotel bagi 1 je kad. Paling biasa, dapat 2. Iyela, bukan semua orang nak merayap kan. Ada je sorang nak kena keluar, yang lain nak stay je dalam bilik. Kalau saya dah sakit badan, malas la nak keluar. tak kan hubby nak bawa kad keluar pulak? Power supply macam mana pulak? Kan kena guna kad tu. dah tu macam mana. Ok, kita ambik kad baru. Tapi kad ni boleh guna kejap aje. Dalam 1 or 2 kali penggunaan aje. Kita ni tak tau, turun pi makan, bawa kad pendua. Kad asal, tertinggal dalam bilik. Sekali tak boleh masuk bilik. Kena turun minta kunci lain pulak. Adoii... terus kena deposit pulak. rm20 ye. 1st time jumpa hotel bagi kunci kena bayar deposit tau! Masa saya duduk Hotel Maluri minggu lepas, sampai 3 kad dia bagi, mana ada deposit pun bila minta kad lagi. Mujur juga deposit aje. Kalau kena bayar lagi sakit hati.
TELEFON TAK BERFUNGSI
Ni pun menyakitkan hati. Bila nak call house keeping ke reception ke, terpaksalah guna telefon sendiri yang line pun tak berapa nak ok tuh! Diorang ni sediakan WIFI asing-asing,setiap bilik ada router dia sendiri, tapi kalau telefon pun tak boleh guna, macam mana nak connect internet.
Call minta repair pun sampai ke sudah tak siap-siap repair. ntah apa masalah nya. Padahal dok nampak pekerja yang repair tu dok turun naik lif. Bukan sorang tau, ramai! Banyak sangat yang rosak agaknya.
JAKUZI TAK BERSIH
dalam semua bilik yang hubby ambil, semua ada jakuzi. Bunyi macam best aje kan? Tak payah nak happy sangatlah. Saya buka aje blower dia, terkeluar air dari situ. Agaknya air lama yang kat dalam tu ke apa, sebab air dia lagi busuk dari longkang kot. Adoii... Spoil mood oii.. Lepas dah cuci-cuci sikit, saya masuk jugalah. Sebab nak merasa jakuzi ni, best sangat ke kan? 1st time guna, excited la sikit. Hurmm.. Biasa aje la.. Tapi ok juga.
SPA TAK ADA
Saya biasanya kalau duduk hotel, mesti nak cari SPA. Kebetulan, mak buyung dah sakit badan sangat ni. Nak mengurut. Nampak pulak dekat dengan kaunter daftar tu,iklan SPA. Excited oii nak mengurut. Terus capai telefon bilik, nak tempah slot. Aiseh!! lupa pulak telefon tu kan tak berfungsi. terpaksalah call guna nombor sendiri, report pasal telefon & tanyakan pasal SPA.
ehhh...rupanya SPA tu dah tak adalah awak.! Dah tutup dah lama dah. Dulu ada la.. Abeh tu, kenapa kamu tak turunkan je iklan tu? Kan kita dah mengharap ni. Sabar je la weii..
AIRCOND TAK SEJUK
Saya duduk 2 bilik. Bilik yang 1st tu aircond dia tak sejuk pun walau dah letak suhu paling rendah.Mujur juga ada kipas. Dua-dua pasang. bayangkan ye, punyalah tak sejuk pun sampai Aniq boleh tidur semalaman tak pakai baju, tak pakai selimut apa pun.
Esoknya tukar bilik lain, ha...yang ni ok sikit. Walaupun tak sejuk sangat juga pun, tapi kira ok la dari bilik yang mula-mula.
TAK CUKUP PENCAHAYAAN
Yang ni pun masalah. Iyela, saya faham, duduk hotel ni kekadang nak romantik. Tak nak la pasang banyak lampu pun. Tapi masalahnya kan, katruang paling besar la tak ada lampu. Harap pada lampu dinding yang warna oren tu je. Payah la nak cari barang ke apa. Kalau hari siang ok la, boleh buka langsir luas-luas. Memang terang sesangat. Tapi malam, payah la. Mujur juga bilik air dia ada tingkap besar, so, kita share aje la lampu bilik air tu dengan kat katil. tapi sama jugalah lampu oren tu. Bukan nampak jelas sangat pun. Nak ambik gambar lagi payah. tak cukup cahaya. dah la kita pakai handphone cap hayam je. gambar tak cantik langsung.
PARKING
Parking pun agak bermasalah. Tapi tak selalulah. Sebabnya, siang aje yang sesak pasal orang luar datang bawa family main water park juga. So, menjadikan parking tak cukup. Terpaksa ada yang double parking. Kita yang menginap hotel ni terpaksalah jalan jauh nak ke hotel. Penatlah, udah la bawa anak, bawa perut. Sakit tau. Orang pulak bukan kira kita ni pregnant ke tak. rempuh semacam aje. tak bagi laluan pun.Masa nak check out, selamba aje ada mamat ni duduk kat kerusi, saya berdiri. dah la dia potong turn saya. geram nya rasa. bukan dia sorang aje tau, ramai lagi macam tu. Sedihnya lahai..Tak pastilah kalau diorg tak nampak perut saya ni. Sebab kecik, tapi rasanya, sekarang dah nampak besar sikit. Dah lebih nampak pada buncit sikit.
TEMPAT MAKAN
Ni masalah lain. Bukan masalah hotel. Kat sekitar kawasan Banting ni, tak banyak kedai makan pun. Ada restoran, tapi mamak & cina je. Nak makan melayu, kena jalan ke pantai morib yang lebih dari 3km tu. letih berganda-ganda bila kat pantai ada event yang buat betul-betul atas tempat parking yang menyebabkan parking tak cukup. Terpaksalah menapak jauh nak ke tempat makan. Uwaa... penderaan fizikal betullah. 7eleven ke apa pun tak ada. Yang ada speed mart je. Tu pun tutup dah pukul 10. Kalau agak lapar,tapi nak makan jajan aje, sila lupakan niat anda..tunggu esok pagi je baru makan..hehehe
kalau dalam hotel pulak, memang ada tempat makan, cafe. tapi saya tak suka makan kat hotel. Tapi breakfast saya makan jugalah. Hari cuti sekolah kan, ramai sangat orang sampai kena sekat depan pintu, kena beratur sampai orang dalam ada keluar,baru boleh masuk. nasib la yang lambat. Kena beratur panjang la. Saya dengan hubby, 2 hari makan tu, 2 hari tu jugalah kena beratur walau tak ade la lambat mana pun. Pukul 8 pun dah penuh orang. Orang bangun awal sebab nak main air kan.
tapi kat GCMIR ni tak teruk sangat walaupun ramai yang merungut. masa saya duduk hotel kat Kuantan lagi la teruk. Dah la kena beratur lama, masuk dalam masih tak ada meja. Orang pulak berebut-rebut. kat sini masih aman,tenang.
TAK ADA IRON DALAM BILIK
Memang ada hotel yang tak sediakan iron. Tapi bukan hotel besar. Biasanya hotel bajet je yang tak sediakan ni. Ada, tapi kena pergi kat bilik iron diaorang lah. Tapi pelik saya, GCMIR ni tak ada sediakan ion kat bilik pun. Bila minta, dia hantar juga ke bilik. Tapi boleh guna SETENGAH JAM aje. WHAT??? ish..ish..ish.. Kesian la kalau yang ramai tu kan. Saya mujurlah tak banyak benda nak iron. Setengah jam lepas tu dia suruh tinggal aje depan pintu. Nanti diorang ambik. Tapinya, lepas 3 jam saya letak kat luar, masih juga benda alah tu ada kat depan pintu, tak ada orang ambik. ISH....GERAM betul..punyalah tergesa-gesanya saya iron baju tadi. Sekali jadi tukun pulak iron board tu depan pintu bilik...Sabar aje la weyh!!
Ha... nampak tak panjang lebar benda tak best kat GCMIR ni. Tapi tak adalah semua tak best. Ada juga yang best macam
TAK ADA BAU
ok, banyak review yang saya baca pasal ada bau busuk kat hotel especially waktu malam. tapi alhamdulillah, 2 malam stay GCMIR ni tak ada pun bau busuk yang katanya dari bau kandang PIG yang berdekatan. Mujur sangat.
WATERPARK MENARIK
saya tak beria main air pun. Iyela, mak buyung, bawa anak lagi. Tak kan la nak main air macam orang bujang kan? tapi kalau tengok pada permainan yang ada, memang nampak best-best semuanya. Anak soleh Danial Aniq pun boleh main. Seronok tengok dia. main sampai letih, tapi tak nak balik bilik. Dah sampai bilik, main jakuzi pulak. Betul-betul main air nih! dahsyat Aniq.
PEKERJA YANG SOPAN
Saya suka yang ni. Walaupun ramai sangat manusia, tapi diorang ni tetap layan kita bagus walau kita cari diorang dah lewat malam atas masalah-masalah tertentu. Bagus sangat kan. Kekadang datang dengan rasa nak marah ni, sekali cara layanan bagus, tak jadi nak marah..hahahaah... KEKALKAN YE STAFF GCMIR!!
So far, pada saya lah kan. GCMIR ni best, ok. Tapi bukan untuk mereka yang nak duduk lama macam saya. nak stay 2 hari 1 malam ok. Masuk 2 malam, hang rasa nak cabut aje dari situ..keh keh keh... Kalau sihat, bertenaga,ok sangat. Kalau tak cukup tenaga macam mak buyung, tak payah la kot. buat penat aje. Tapi kalau saje juga nak layan anak main air, sini memang best. Macam-macam permainan ada. Syok oo..
Ok..tu saje review dari mak buyung yang dah 6 bulan ni. Sekian terima kasih.. :)