nuffnang

Ahad, 9 Mac 2014

Bakal pengganti Lee Chong Wei.

Taraaaaaaa.........









Perkenalkan....... Inilah dia bakal pengganti Datuk Lee Chong Wei nanti ye.. Dah nampak dah semangat membara dia tu.. Abah dia baru je pegang raket ni, dia dah pegang tak mau lepas. Dari kedai sampailah kerumah. Genggam erat betul. 

Dah sampai rumah, dia mulalah nak test servis dia. Ketuk2 sini sikit, ketuk2 sana sikit.. Yang paling penting mestilah rasa dulu ok ke tak kan? Macam mana nak tau rasa raket tu best main ke tak?? Haaa....ni nak ajar caranya........


Masukkan dalam mulut and gigit kuat2 ye. Jadi kita akan tau rasa dia best ke tak..hehe.. Begitulah kata2 penggigit badminton berbakat, Muhammad Danial Aniq..heheehe..


Sekian..........


p/s : tak kisahlah jadi apa pun, pemain badminton ke, lawyer ke,arkitek ke, doktor ke...asalkan Aniq jadi hamba Allah yang bertaqwa... Itu yang paling penting... :)


Sabtu, 8 Mac 2014

Tema katak, comel ke???

Bayangkan kalau korang nak menghias rumah. Tetibe husband korang cakap, " sayang, abang nak buat rumah kita ni tema katak la".. Haaa... Korang rasa macam mana? Suka tak?? Teruja tak?? Kihkihkih..

Katakanlah korang tak nak. Iyelah, bukan semua orang suka katak, ye tak?? Bila ingat rasa geli geleman. Apatah lagi nak
buat tema rumah, tak sanggup rasanya..eeeeeeeeee....
Tapi kalau kataknya rupa macam gambar2 ni, macam mana pulak?? Korang
boleh tak berubah fikiran??


ini tempat simpan barang2 kecil macam pin2 tudung contohnya..


ni tempat letak surat ke, bil2 ke


tempat sampah yang comel.. :)





Ha...nampak tak??? Comel juga kan???  Saya masa mula2 hubby cakap nak tema katak tu saya dah buat bunyi.. eewwwwwwwwww......yerkk!!  Tapi bila tengok balik, rasa comel pun ada. Tapi rasanya cukuplah yang ni aje kot. Tak mau lah tema katak. Saya geeliii..........

Tak adalah nak kutuk katak pulak, ciptaan Allah tu hebat. Tapi saya tak lah sampai rasa macam nak buat tema rumah pulak.. Cukuplah nak buat taman macam saya cakap sebelum ni..Betoii tak???

Makanan yang Paling Dirindui..

Rindunya saya kat sotong yang dalam tin tu...  Asal nampak je sotong tu, teringat bestfriend saya masa kat SEGi dulu.  Kitorang memang suka sangat makan sotong ni. Tiap2 minggu mesti beli, seingat saya kitorang tak pernah miss beli. 




 Kerana terlampau rindukan kenangan study dulu and rindu juga kat kawan baik saya, hari ni saya beli la sotong ni.. Harap2 dapat lah mengubat kerinduan dihati.. *cewahhh~*

Nak masak ape ek sotong ni? Saya bukan tau buat masak lain pun. Tiap2 minggu kitorang masak yang sama je. Just tumis2 bawang lepas tu letak la sotong tanpa sosnya tu. Itu je tiap2 minggu resepinya.. Dulu nak buat sambal2 ke mana la ada blender ke apa. Duduk asrama la katakan..

Tapi kalau sotong ni buat sambal sedap ke?? Tak sanggup nak ambik risiko.. Kang tak makan, dah membazir pulak.. Tak apalah, kita masak yang biasa buat ajelah ye.. Kata tadi rindu sangat masakan masa study dulu..huhu

Jumaat, 7 Mac 2014

Hantu Farmville

Haa...nak tanya ni, siapa yang suka main game? Tak kiralah game apa pun?? Biasanya jenis game apa yang korang main? Macam yang dulu tu candy crush la, guess the emoji la. Banyak game yang best2 kan?? Saya main yang emoji tu, tapi tak main pun candy crush. Takut jadi ketagih gegula..hehe..*yela tu kan...*

Walaupun dah berlambak game sekarang ni yang popular, tapi saya tetap tak boleh nak lupakan game yang saya main dari zaman bujang dulu. Apa lagii...Farmville la.. Adoii..memang tak boleh nak lupa. Asal buka facebook je mesti nak main. Tapi selalunya saya biarkan aje, buat2 tak nampak. Tapi semalam la.. Ntah kenapa gatai pulak tangah pi bukak. Dah sekarang nak buka farmville aje..




Sebenarnya saya ada sejarah dengan farmville yang memang tak kan saya lupakan sampai bila2. Insiden yang paling memalukan, yang paling bengang nak ingat. Kes nya masa tu saya baru kawen, tension2, boring2 saya pun main farmville. Alih2 dok syok main tu, saya terinvite mak mertua main game tu jugak. Adoii makkk....malunya denn.... Mujur mak mertua saya tak marah,cuma pesan la jangan invite orang main game. Sebab kalau orang lalai, tertinggal ibadah ke apa, kita dapat saham dosa sekali.. Fuhhh~ ngeri dengar.

So, sampai sekarang ni saya masih ingat lagi kata2 mak mertua saya tu. Asal tengok farmville je mesti ingat. So, tak ada lah saya nak invite orang dah. Orang pulak yang  rajin invite saya main game. Saya tak mo lah main game banyak2, kang apa kerja pun tak jalan.

Saya suka sangat main farmville ni bukan apa, saya kan suka pokok. Game ni kan main tanam2 pokok. Tu yang jadi suka sangat. Masa awal2 dulu habis semua orang saya pengaruh main farmville ni. Hubby saya pun jadi jiran saya dalam farmville ni..hahaha... lama2 dia bosan. Dah tak mo main dah sekarang..kihkihkih..  Sekarang dah tanam pokok betul2 dah tak minat sangat la nak   menghadap  farmville macam dulu. Kalau dulu tiap 4 jam sekali wajib jenguk, kononnya takut pokok tu mati..hehe

Ni kebun saya...... banyak dah pokok mati sebab dah lama tak jenguk. Kalau dulu nampak je macam ni sedih je memanjang, sekarang tak heran sangat dah..  Main dengan Aniq 10x lagi best tau.....




Insya Allah...

Saya copy dari  Hilal Asyraf ( official)



Saya sering dianggap tidak serius dalam berjanji kerana pada akhir kalam saya dalam berjanji, saya letakkan kalimah "InsyaAllah".

Mungkin sudah jadi resmi orang ramai bahawa bila kata "InsyaAllah" seakan menandakan ketidak pastian. Saya juga asalnya begitu. Hinggalah pemilik kedai alat tulis di Jordan menyedarkan saya.

Saya nak fotostat kertas di kedai beliau. Saya pun cakap: "Pakcik, saya nak fotostat kertas ni."

Kemudian pakcik itu cakap: "Cakaplah InsyaAllah."

Saya hairan: "huh? Kenapa? Saya memang betul-betul nak fotostat kertas ni."

Pakcik itu cakap: "Iya, sebab itulah kena cakap InsyaAllah. Biar Allah izinkan kamu fotostat kertas ini. Tanda kamu sungguh-sungguh nak fotostat kertas ini. Itu adalah Doa."

Peristiwa itu mengubah perspektif saya terhadap kalimah "InsyaAllah".

Dan masa saya nak uruskan passport saya sebelum pulang ke Malaysia, sekali lagi saya diingatkan juga oleh pengecop passport saya. Penjaga itu tanya:

"Kamu nak pergi mana ni?"
"Balik Malaysia."

Suasana senyap seketika, sambil penjaga itu terus memandang saya.

Kemudian penjaga itu bersuara: "Katalah InsyaAllah."

Saya baru perasan yang saya lupa menyebutnya, lantas berkata: "Ah, InsyaAllah." Sambil tersenyum-senyum.

Rupa-rupanya penjaga itu tunggu saya sebut InsyaAllah, tanda saya memang sungguh-sungguh nak sampai ke Malaysia, mendoakan perjalanan saya agar saya benar-benar diizinkan Allah untuk sampai. Sungguh saya rasa terdidik.

Itu menyebabkan hingga ke hari ini, saya memang suka sebut insyaAllah. Pada saya, di dalamnya ada keseriusan untuk berusaha keras merealisasikan janji dan ada juga pergantungan penuh kepada Ilahi. Ia seiring dalam sebuah kalimah.

Namun saya faham kenapa kalimah ini dipandang 'tidak meyakinkan'.

Saya ada banyak kisah fasal InsyaAllah di Malaysia. Saya pilih satu sahaja.

1 - Saya berjanji dengan fulan bin fulan ini untuk bertemu pada sekian hari dan sekian jam. Fulan bin Fulan berkata - "InsyaAllah nanti ana datang."

Sampai pada hari yang ditetapkan, pada jam ditetapkan, orang yang ditunggu tak datang-datang. Kemudian barulah datang SMS: "Akhi, ana tak dapat datang ni. Ada urusan lain."

"Enta kan dah janji dengan ana tempoh hari?"
"Eh, ana cakap InsyaAllah je."

Dan peristiwa sedemikian berlaku banyak kali.

Memang padanlah orang kita mudah tidak yakin bila orang menyebut "InsyaAllah".

Muhasabah.
Sekadar berkongsi.




Khamis, 6 Mac 2014

Taman Dalam Rumah.

Saya dah lama teringin nak ada taman bunga kat sekeliling rumah. Banyak jenis bunga, kembang elok je sepanjang tahun. Kalau ada tanah ni memang best sangat2 la. Tapi rumah yang sekarang saya duduk ni rumah yang kitorang sewa je. Tak kan nak tanam macam2 lepas tu tinggal pulak kan? Sayang la macam tu.

Rumah yang kitorang rancang nak beli tu belum pun mula jual. Insya Allah kalau bulan 4 ni tak ada hal, nak la beli rumah. Cari rumah corner lot. Ada tanah, boleh la nak menanam.  Saya dengan hubby dah berangan-angan nak taman kat situ. *Doakan kami dapat ye beli rumah tu nanti..*

Dulu masa saya cakap dengan hubby nak buat taman, saya risau dia tak nak. Yela...Orang lelaki,biasanya tak minat la dengan bunga. Rupanya dia lagi excited dari saya. Dia dah rancang dah nak tanam bunga apa. Cisss... Padahal saya bukan lah nak tanam bunga semata-mata. Nak la tanam herba, pokok sayur,pokok buah..*pokok buah tu macam over la pulak kan..* My hubby ni nak tanam bunga aje yang dia fikir. Korang nak tau dia nak tanam apa? Nak tanam pokok lavender. Asyik2 sebut lavender. Sampai pening saya. Boleh ke lavender hidup kat Malaysia ni? Tak pernah jumpa orang tanam pun...

My hubby ni tersangat suka lavender tau, sebabnya masa dia pergi rumah abang ipar saya tu si Abang Abot *sebutan nya Abert*, My hubby nampak kat rumah Abang Abot ada pokok lavender. Apa lagi, dia nak juga lah.. tapi sampai sekarang tak pernah pun sampai pokoknya lagi..hehe.. Mesti Abang Abot lupa la tu.. baguslah lupa, seba saya tak tau nak tanam kat mana.. Kang mati pokok tu pulak..

Saya tak pernah pergi lagi rumah Abang Abot tapi selalu tengok gambar rumah dia. Hampir setiap tahun berubah. Tahun lepas dia renovate rumah bagi besar. Cantik sangat macam kat hotel. kebun2 dia....... jeles saya tengok.. Banyak sangat bunga yang cantik2.. Pokok2 sayur semua tumbuh elok je..Cuba tengok gambar2 kat bawah ni, semua dari tanam kat rumah Abang Abot.. Cantik2 kan bunga dia. 


























Dari tengok tu saya dah dapat gambaran sikit2 nak design taman saya kalau dapat rumah sendiri nanti. Kalau betul Lavender boleh hidup kat Malaysia, boleh la minta Abang Abot bawak balik. Saya pun suka juga lavender tapi tak la mcam orang tu..excited terlebih..hehe


Korang.. Akak2, adik2,abang2 semua. Doakan kitorang dapat tau rumah tu nanti ye....:)

Bunga Maembong vs Emma keembung

Kat kampung, MIL saya banyak sangat tanam bunga. Salah satunya ada pokok bunga keembung. Bunga yang MIL saya tanam ni bukan yang ambik kat Malaysia. Benih yang ni BIL saya bawa balik dari UK. Tapisaya tengok tak ada pun beza. Sama aje dengan bunga yang ada kat sini.

Hubby saya dok belek2,tengok cantik pula bunganya. Terus berkenan nak tanam kat rumah. Dah dapat benih tu, seronok la dia nak semai. Esoknya dia mencari biji benih tu. Hubby tanya saya, "ayang, mana benih bunga maembong tu?" Saya dengar dia tanya tu dah macam lain. Saja lagi nak usik, saya cakap tak tau pun ada bunga maembong.. Lepas tu dia pun start la cerita ambik kat rumah mak la  bla bla bla...hehe.. *panjang story dia*

Saya bagi tau dia, bukan bunga maembong, maembong tu nama orang. Yang bunga tu bunga keembong. Haha..Bukan dia tak tau, tapi kadang2 tertukar jugak. penat la saya dok betul kan. Dah jadi macam P.Ramlee dalam cerita Ahmad Albab. Petola jadi felatok..hehehe.. tapi benih bunga tu sampai sudah tak jumpanya.

Minggu depannya hubby bagi tau saya dia dah jumpa pokok keembong tu kat mana.. rupanya dia dah termasuk sekali dalam tanah nak  tanam bunga lain. Pokok tu dah tumbuh pun, tu yang dia tau. kihkihkih..Sian dia.. Beria -ia mencari, rupanya dah tanam pun. Mujur jugalah dah boleh ingat apa nama bunga tu, kalau sebuat maembong lagi, saya cabut pokok2 tu semua, boleh macam tu???hehehe

Keembong dari UK, belum berbunga lagi....

Rabu, 5 Mac 2014

Jatuh Depan Mata

Ni cerita jumaat lepas. Petang jumaat tu saya dengan hubby bawa ANiq pi jalan2 kat taman. Balik tu kitorang lepak la depan rumah sambil siram2 pokok semua. tengah sibuk2 melayan Aniq, saya ternampak la ada sorang budak perempuan ni bawak adik2 dia naik motor. Saya rasa biasa dah nampak budak tu dok belajar bawak motor depan rumah saya. Tapi tak kenal la anak siapa.

Tapi ntah macam mana motor tak boleh kawal,terlanggar deviver, jatuh.  Mujur tak laju sangat, kalau tak mungkin dah jatuh ke bawah bukit.. Saya masa tu menjerit minta hubby tolong angkatkan motor. Saya tak risau kakak dia tapi risaukan adik kecik yg duduk dalam raga motor tu. Kakaknya dengan adik yang membonceng tu tak ada apa. Tapi yang kecik tu habis pecah bibir. Darah menitik-nitik. Budak2 dah ramai yang berkumpul nak tengok kenapa.

Si adik tu saya dukung bawak masuk, cuci darah dengan air lepas tu sapukan vco. Alhamdulillah, darah pun berhenti. Masa tu saya sedar yangadik dia badan besar and berat. Selalunya memang saya tak kan mampu nak dukung. Tapi mungkin sebab risau yang tersangat, taksedar pun berat budak tu.

Masa saya tengah dok cuci darah si adik ni, yang kakak selamba je pi kat motor nak start motor pulak. Buat tak tau je kat adik. Ikutkan hati saya nak aje marah budak tu. Tapi mungkin dia panik ke apa, dah tak tau nak buat apa lagi. dah settle semua, saya suruh dorang balik. Sepatah apa pun yang kakak dia tu tak cakap, walaupun cakap terima kasih ke apa.

Tak apalah, saya ikhlas nak tolong. Cuma sepatutnya dia kena belajar untuk berterima kasih pada orang yang membantu, bukan nak cabut macam tu je. baju and tudung saya dah penuh darah budak kecik tu. ingat lambat lagi nak masuk, dah macam tu kena la mandi awal sikit.

darah yang terkena pada tudung


saya ni dah la takut naik motor, tengok benda macam ni lagi la jadi takut Apa lagi nak bawak. Sampai bila2 la saya tak pandai bawak motor nampaknya..   

Ulam Keladi

Tengah hari tadi hubby tak sihat. Sakit perut sangat katanya. Tak tau la kenapa. Saya rasa dia salah makan. Biasa la dia, makan ikut suka je.. Hehe..sian pulak.. Dah sakit tu tak la pergi kerja.

Dah sakit tu nak la manja-manja. Minta masak itu masak ini. Kebetulan saya ada tanam pokok keladi yang mak mertua saya bagi dulu. Hubby minta buatkan keladi goreng. Mulanya saya ingat dia nak makan isi keladi tu, rupanya batang keladi tu. Pulakkkk... Macam mana nak buat? Dengar orang goreng batang keladi pun tak pernah, nak masak lagi tak reti?? Dah google pun tak jumpa-jumpa resepinya. nasib laaa... Tak dapat la makan.. Lagi pun pokok tu kecik lagi. Sayang la dah nak kerat-kerat..Hehh..boleh pulak sayang-sayang,tanam memang untuk makan pun..

Masa kat kampung hari tu pulak, mak mertua suruh saya buat ulam keladi.. Haaah?? Ulam keladi?? pun saya tak tau.. Yang saya tau buat asam pedas,buat masak asam tempoyak ke. Lain pada tu saya tak tau kalau dengan keladi ni. Naya tak makan nanti. Kalau isi keladi tu digoreng ke saya tau la nak buat. Keladi masak lain pada tu saya dengar pun tak pernah, apatah lagi rupa and rasanya, memang langsung tak tau..

So, balik rumah saya minta ummy saya tolong masakkan keladi asam pedas. Saya seumur hidup tak pernah masak keladi sendiri. Tolong-tolong ummy masak je reti. Makan je yang paling reti sekali..hehe..  Sekarang dah ada pokok sendiri boleh la nak belajar masak sendiri pulak. Tiap-tiap hari ada je naik daun baru, geram pula rasa. Mesti sedap kalau masak ni kan... Haaa...tunggu la nanti saya masak, wajib tunjuk kat korang ni..hehe..Bukti dah pandai masak keladi. Ok lah, nak korang layan gambar pokok keladi saya pun tak boleh, ntah hilang mana tah gambarnya..ish3...Sabo aje la..

Bukan pokok sya ni..Pinjam gambor orang je..

Isnin, 3 Mac 2014

Aktiviti Petang

Saya suka sangat bila dapat jadi suri rumahtangga. Seronok tak terkata. Sebabnya saya tak suka keluar rumah.. Kalau boleh, nak berkurung 24jam. Tak mo keluar-keluar, kecuali dah bosan sangat. Tapi kalau hubby saya balik, ehh...rajin pula nak keluar. Kadang tak sempat-sempat orang tu masuk rumah, kita dah tunggu kat luar.

Alaa..bukan nak berjalan kemana pun. Dapat duduk kat luar satu family pun saya dah seronok. Memandangkan saya dah lama tak berjalan, saya ajak hubby keluar bawa Aniq pergi taman, jalan kaki je. Punyalah seronoknya walaupun kejap. Lepas tu balik rumah, berselfie pulak.hehe.. Sengal jap...

kesian betul si Aniq tu ye..mak dia pulak lebih2..hahaha..ampunnnn...


Dekat maghrib tu barulah masuk rumah. Masa tu baru rasa sakitnya pinggang.. rasa macam sengal-sengal je pinggang. Mula nak mengelat tak nak masak. Terfikirlah kenapa tetiba sakit pinggang? Bukan ada buat apa pun, jalan-jalan aje tadi.

Bila ingat balik, patot la. jenis orang suka duduk dalam rumah je. Tak bergerak sangat. Bila berjalan lebih sikit, mulalah sakit tu sakit ni. So, saya rasa nak kena mula balik jalan kaki keliling taman perumahan macam masa baru kawen dulu. Dulu masa mengandung, rasa nak berjalan, tengah malam pun pergi juga keliling taman.  Pastu nak rajin makan vco. Dah lama tinggal. Padahal tau dah badan tu tak berapa nak kuat.Cuma yang tak tau, sampai bila bertahan. Kang datang malas, tak mo dah keluar rumah..

Fuhh~ datanglah semangat rajin.. Buanglah penyakit malas oii, kalau nak sihat....

mati dah pokok kobis..



Sedihnya..Pokok kobis yang saya tanam sebelum ni dah nak mati.. Makin hari makin layu je tengok. Daun dia dah tinggal 2 ni je.

Punca kenapa pokok ni mati, masa tahun baru cina baru ni la.. Kitorang balik kampung 5 hari. Terlupa nak letak pokok ni kat tempat teduh. Pula tak ada siapa pun tolong siram. Balik tu tengok dah kuning daun dia. 2, 3 hari tu saya siramkan juga tapi tak ada perubahan. Lepas tu pindah tempat teduh. Alhamdulillah, muncul pucuk baru.

Tapi lepas tu naik macam kulat pulak. Lepas pada tu terus tak ok dah. Sekarang akar dia kuat lagi, mungkin ada harapan lah. Tapi saya dah tak tau nak buat apa pun. Kulat tu tak mo hilang. redha aje la saya. Nampaknya, kemungkinan tak dapatla nak merasa kobis tanam sendiri.

Hubby saya nak tanam kacang panjang pulak. Benih dah beli, tapi tanamnya entah bila. Batas tak buat-buat lagi. Saya tak berapa suka kacang panjang. lambat-lambat tanam pun tak apa..hehehe

Sabtu, 1 Mac 2014

Minyak Selusuh Kelapa

Baru-baru ni ada sorang customer mesej saya. Katanya nak tau pasal vco pormegranate catalyst..
ini  vco delima/pormegranate
Dia ni dah mengandung 2 bulan lebih kurang macam tu.. Sebelum ni dia makan vco dengan jus delima. Tapi sebab yang tak diketahui dia nak vco delima ni pulak.

Tapi kesiannya, mak dia tak bagi makan vco sebab takut jadi selusuh. Tak pasal-pasal kang bersalin cepat *kata mak dia la*. So, masa tu saya sibuk dengan adik nak bertunang, saya tak sempat nak jelaskan kat dia kenapa vco delima ni sesuai sangat untuk orang mengandung dan kenapa makan vco tak kan menyebabkan terjadinya baby keluar sebelum waktu.


Memandangkan ramai juga yang search kat sini pasal ni, so meh saya terangkan sikit ye. Apa yang saya tau pasal vco delima yang sangat-sangat bagus untuk ibu mengandung. Alaaa..orang tak mengandung pun elok juga makan, bukan khusus untuk ibu mengandung je..

Semua orang tau khasiat delima pada ibu hamil, kan?? Sebab tu, kalau preggy atau nak preggy, silalah amalkan makan atau minum jus delima. Kalau korang rasa malas, korang telan aje vco delima ni. Habis cerita, nak mudah kan??  Kat bawah ni saya dah siap copy kelebihan buah delima untuk ibu mengandung. Kalau rajin , korang baca.. Kalau malas, I tak boleh buat apa la..hehe.. Lagipun, delima kan makanan sunnah, disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Insya Allah, banyak khasiatnya..

  • Buah delima  membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
  • bagi wanita yang mahu mengandung, boleh amalkan buah delima juga sebagai ikhtiar.


Ok, sekarang saya nak cerita pulak, kenapa vco delima ni tak akan menyebabkan ibu-ibu hamil keguguran atau terbesalin awal. satu je jawapannya *yang saya tahu*. Vco delima ni BUKANLAH minyak selusuh. Ia memang minyak tapi tak digunakan sebagai selusuh sebab tak dibacakan apa-apa ayat untuk dibuat selusuh pun.

Tapi kalau nak guna sebagai selusuh pun boleh juga. Caranya amat mudah, meh baca kat bawah ni ye.. Saya dah copy siap-siap untuk korang yang nak buat sendiri minyak selusuh. Kalau malas, minta suami atau mak korang. Kalau dorang pun malas atau tak reti, boleh minta bidan tolong buatkan.

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh. Minyak selusuh ni hukumnya adalah harus. 

Cara 1

  • Surah Al-Fatihah.
  • Surah al-Hasyr ayat 21.
  • Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  • Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  • Minyak selusuh perlu diminum sebanayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.


Cara 2

  • Beristighfar 3 kali
  • Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  • AL- Fatihah 1 kali.
  • Selawat 11 kali.
  • Alam Nasyrah 7 kali.
  • Al-Ikhlas 3 kali.
  • Al-Falaq 3 kali.
  • An Nas 3 kali.
  • Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.


Cara 3

  • Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  • Selawat Syifa 7 kali.
  • Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  • Surah al-A'raf ayat 54
  • Hembus pada air, minyak atau kurma.


 Dah selesai buat salah satu daripada apa yang saya bagitau ni, barulah boleh dikatakan minyak tu minyak selusuh. Kalau tak, ia minyak yang biasa je.. 

Harapnya jelas la ye apa yang saya terangkan ni. Setakat ni, ini je yang saya tau. Kalau ada yang lain-lain boleh la nak tambah-tambah ye. Nak tanya apa-apa silakan isi je kat kotak komen tu tau korang.........

Ini blog Saya!

Aik..macam kenal aje nama blog kat tajuk atas tu kan.... haha..Saya bukan cerita pasal blog orang sebenarnya. Saya nak cerita pasal blog saya lah.. Kak +Zarina Tazari  nak buat review pasal blogger-blogger baru macam saya ni. So, dia minta buatkan entry pengenalan tentang saya dan blog saya yang comey ni.. *saya je comey, blog huduh..hehe..boleh gitu??haha*

Permulaannya kenapa saya berblog adalah sebab saya suka menulis. Dah berdozen-dozen buku sekolah yang saya tulis jadi novel.*uiihh..saya memang suka menulis sangat2* Tapi korang janganlah tanya mana buku-buku tu, sebab semua saya dah buang. Malu nak baca balik,ada juga yang kawan-kawan ambik buat koleksi dorang. Cuma sebelum saya mulakan projek blog saya ni, saya selalu baca blog orang, terutama blog Kak Ina. Saya suka betul baca pasal si comel Alisha tu. Sehari tak tahu berapa banyak entry saya baca. sampai pening dibuatnya. Tapi tak serik, esok buat lagi.

Kebetulan masa tu saya mengandungkan Aniq. Teringin nak tulis cerita tentang dia dan adik-adik dia *Insya Allah*. Lain pada tu saya boleh selit-selit pasal kisah kami abah and mummy Aniq juga. Semua kenangan tu berharga kan,, saya harap bila Aniq dah besar, dapatlah dia imbas balik kenangan waktu dia kecik-kecik, semua saya catit dalam ni. Ada yang saya save dalam draff just untuk dia baca dikemudian hari.

Lepas dah selalu baca blog Kak Ina, saya melangkah setapak lagi. Saya nak mulakan blog sendiri pulak. Puas dah edit-edit, atas bantuan Kak Ina juga, saya berjaya mulakan blog sampai la ke hari ni..
Terima Kasih banyak-banyak Kak Ina..

So, inilah dia pengenalan serba sedikit pasal saya dan blog. Kisah macam mana boleh nak berblog.. :)