nuffnang

Rabu, 26 Februari 2014

Cubaan nak menipu....!!

Wow!!!!!!!

Ada orang nak bagi saya duit..yoohhoooo.... bestnya.. Banyak pula tu nak bagi.. Tak sangka ada orang yang 'sangat2' pemurah macam ni yek.. Padahal saya tak kenal pun orang tu..

Sebenarnya tak payah la korang percaya apa saya tulis tu. Tipu aje,siapa yang nak bagi duit kat orang yang tak dikenali kan??  Kalau tiba-tiba ada orang yang tak dikenali nak bagi duit,banyak pula tu, lebih baik korang selidik dulu.. Nampak sangat ada unsur2 bahaya kat situ.

Ni saya baru dapat email. Katanya nak bagi saya duit..  £ 2,000,000.00 *Dua Juta Pounds* tu..Banyaknyalah dia nak bagi.. Eleh, iyela tu..tak percaya langsung.. Ni emailnya..cuba korang baca..



Geram aje saya baca ni.. Rasa nak lempang je orang atau 'hantu' yang hantar ni. Nak menipulah sangat tu.. Ada lagi satu email dalam bahasa inggeris dihantar beberapa hari lepas email yang kat atas ni. Ayat lebih kurang je. Ikutkan sakit hati, nak aje saya balas, tapi ntahlah, rasa takutlah pulak tetiba..hehe.. * tadi macam berani sangat yekk..hihi.*

Saya terfikirlah,  andai kata ada orang yang dapat email ni and percaya. kesian kat orang tu kan.. jahat la dorang ni.. Memang tak ada hati perut langsung.. Sesedap rasa je nak menipu orang. Nanti tuhan balas balik, baru dorang rasa..Ish...geramlah!!! 

p/s : sorry, ada kata-kata kasar dalam entry ni.. Saya betul-betul geram. dah banyak sangat cubaan nak menipu macam ni kat saya. 

Dalam Draft Rupanya.!!

Dua tiga hari lepas, saya mula belajar nak guna autopublish entry. Sebelum ni pernah cuba buat, tapi sayangnya tak menjadi. Tak tahulah kenapa. Bila saya set esok untuk publish, tengok-tengok hari ni dia dah muncul..pelik-pelik.

So, baru-baru ni saya cuba buat lagi.. Ehhhh, kali ni jadi pulak. Haa...apalagi, saya pun tulis banyak-banyak. Lepas tu saya buat autopublish. Memang menjadi, seronok giler.. Saya aturlah berapa entry nak publish sehari. Saya buat siap-siap untuk banyak hari sekali gus. masa tu dah rasa best la, boleh rilek sikit la lepas ni.

tapi semalam saya tengok tak ada entry baru yang publish..ish3..aneh betul...mana pergi semua entry yang saya dah buat?? Kenapa tak publish? Rupa-rupanya~..............................



Korang tengoklah..Rupanya semua tu dalam draft lagi.. Saya tak buat publish pun lagi.. Ggrrrr...Sabo aje.. EErr, mesti ada yang tertanya, tanya kenapa saya gelapkan tajuk tu.. Sebenarnya saje je saya buat macam tu.. Motif??? Entah...hahaha

Selasa, 25 Februari 2014

Hasil kerja Hubby



Ni gambar blog saya semalam.. Inilah hasil kerja hubby tersayang, senyap-senyap dia edit blog saya. gitu sekali dia buat..hahaha..Penuh gambar Aniq..Sampai dah tak nampak apa-apa. Sabor ajela saya.

Buat suamiku tersayang..............
 
 Terima kasih sayang..Ayang hargai niat abang nak letak gambar Aniq ni... Tapi sayangnya, tak begitu cun lah.. * jujur ni, jangan marah..hehe*..  Sayanglah kan gambar Aniq yang comel ni tertutup dengan entry tu.. Nanti kita belajar edit sama2 ye..Kita edit bagi lagi cun ok???

Ok, korang jangan salah faham. Kata-kata kat atas ni bukan saya tulis kat sini nak kutuk hubby saya senyap2.. Ni saya imbas kembali je apa yang saya cakap semalam kat dia..hehe.. Hubby saya tetiba suka pulak nak belajar edit-edit ni. Ada yang cun dia buat, ada juga yang kurang menjadi.. Salah satu yang tak jadi tu kat blog ni lah.. Tak pe, masih dalam proses belajar..Saya pun sama..

Yang penting hubby saya adalah pembaca blog saya yang utama. peminat setia lah kononnya. tapi saya tak suka hubby baca depan saya, saya malu sangat-sangat.. Malu ntah kenapa tak tau lah...

Ahad, 23 Februari 2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..


Saya join segmen lagi ni..hehe.. Seperti biasa, tujuan yang sama, nak meraikan followers dan merapatkan hubungan sesama blogger.. bagi yang belum kenal, kita berkenalan. Yang dh kenal, kita lagi rapatkan.. EEhh, dah macam apa pulak say cakap ni.

Segmen ni asalnya tamat 7 feb hari tu, tapi sekarang diteruskan lagi sampailah 28 feb ni. So, siapa2 yang nak join, dipersilakan join ye... Masih sempat ni..  Blog yang terpilih akan direview olah owner blog. Syaratnya pun mudah aje.. Yang nak join sila klik je kat banner tu ye..

Syarat-syarat :


1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri  Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4.Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5.Bermula 7 Januari dan berakhir 28 Februari 2014(Diteruskan)


~ Sekiannnn ~

Sabtu, 22 Februari 2014

Segmen Review DJH Sampai Lebam.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Cara saya~ Naikkan Semangat Berblog

Dalam bulan lepas saya update entry dalam berapa ketoi je. Awal bulan feb ni lagi lah teruk, ponteng aje memanjang. Rasa malas betul nak update entry. Nak buka blog pun malas. Tak tahulah kenapa. Saya dah mulalah berangan nak cuti update entry lama sikit. Tapi rasa semacam pulak, tak ada update pun masih ada yang view blog huduh saya ni.

Jadi, saya pun mulalah nak menaip balik. Cerita banyak, tapi bila dah mula menaip satu story, belum habis lagi saya dah bosan. saya padam, saya off pc. Lepas tu tidur. Itula kerja saya tiap-tiap hari. Tapi satu hari tu saya kuatkan semangat nak menulis juga. Saya dah rangka satu entry dalam otak, lepas tu nak tulis lah. Puas lah tulis padam, tulis padam. Akhirnya siap juga. Pada saya entry tu memang teruklah, tapi saya publish juga.

Lepas tu dah rasa lega sikit, kalau tak , ntah tak  tau kenapa, rasa bosan aje. Mungkin sebab saya tak ada kawan nak bercerita, jadi ni tempat saya meluahkan perasaan, sedih gembira semuanya. Bila dah lega dapatlah saya blogwalking ke 'rumah' kawan-kawan. Rasa seronok sangat blogwalking masa tu,. lepas-lepas pada tu rajin pulak saya update blog. Rasa mudah dan lancar je, sebelum ni ada benda, tapi tersekat-sekat. Sekarang baru saya sedar, pilihan saya untuk berblog ni memang tepat. Dapatlah saya kawan-kawan baru, berkongsi cerita *walaupun kadang2 saya perasan sensorang aje..hehe* tapi saya suka.

Apa-apa pun saya dah tahu cara saya nak naikkan semula semangat malas berblog ni. Mungkin cara ni berguna pada saya. Tak tahulah pada orang lain kan.. Seseorang ada tanya pada saya, kenapa saya nampak happy je memanjang, dia pula selalu sedih. Saya cakap selain solat, doa, jom kita buat blog.. Cari kawan-kawan baru. cerita kegembiraan kita. Bila kita happy, ada pula kawan-kawan yang sama mendoakan supaya kegembiraan kita tu kekal, kita akan rasa lebih seronok. *walau hakikatnya kawan tu kita tak kenal dalam dunia sebenar*.

Frozen yang menyentuh hati ♡♡..

Ni cerita hujung tahun lepas.. Korang tengok tak cerita Frozen yang ditayangkan masa hujung tahun lepas?? Bestkan cerita tu?? Saya tengok dengan hubby..  Selalunya cerita princess disney ni mesti kisah pasal puteri dengan putera raja kan.. tapi ni kisah kasih sayang antara adik beradik.. Saya suka sangat-sangat. Kalau budak nak tengok, memang lepas la pada saya. Sebab saya ni jenis cerewet pasal cerita kanak-kanak. macam cerita puteri-puteri disney tu pada saya tak berapa sesuai la nak bagi anak tengok. Ada adegan2 tak best yang tak berapa sesuai pun untuk anak tengok. * pada sayalah*

Tapi frozen ni masih boleh diterima. Masa dah habis tengok, my hubby tanya," ayang agak tak macam tu kisahnya"?? Jujur saya cakap, saya tak jangka. Saya ingatkan macam kisah snow white dan lain-lain. Yang akhirnya bersama dengan si putera dan berkahwin.. Dan lagi, saya suka lagunya. Salah satu lagu tu dinyanyikan Elsa, si permaisuru/ si kakak tu. Penyanyi asal dia nama Idina. Sedap sangat lagu ni. Memang menyentuh hati. Saya dah tengok banyak kali pun masih mengalir air mata.

Jom..layan lagu ni...

Jumaat, 21 Februari 2014

dating kat kolam..

Sebenarnya entry ni bukan nak cerita pasal tempat-tempat dating yang menarik. Tapi cerita pasal hubby saya yang nak ajak saya dating.

Baru-baru ni my hubby tanya saya. " Ayang suka memancing kan?" Saya jawab ye, sebab saya memang suka memancing. Hubby cakap "nanti kita cari tempat memancing yang best nak?". Saya dah pelik. Setahu sayalah hubby saya ni tak suka memancing, dah tu kenapa tiba-tiba nak pergi memancing?. "Ayang kan suka memancing, kita pergi, ayang pergi la pancing ikan, abang temankan aje" katanya..

Laa...gitu ke rancangannya..hehe.."baik tak payah, ayang bukan tak pandai sangat pun, selalu kan ayang pergi dengan uda.." *uda tu adik lelaki saya* "dah terbalikla ni, selalu wife pergi temankan hubby dia pergi memancing, ni hubby nak teman wife memancing pulak?? pelik orang nanti" kata saya pulak sambil gelak-gelak.  " tapi abang takut mata kail tu, kang kena orang" tu jawapan hubby saya. saya gelak aje la, memang tahu dah dia takut pasal tu.

Nampaknya hati saya yang berbunga-bunga nak pergi memancing tadi dah layu dah. Nampaknya kitorang pergi kolam tak payah memancing, pergi tengok ikan aje la..kihkihkih.. Saya ni bukan pandai memancing sangat, kalau ada adik saya tu barulah rasa yakin sikit. Dia memang teror bab pancing menacing ni.. Saya tukang ikut je..

Jom..Audit diri...

Salam Jumaat semua..♡♡..



Photo: Setuju x??


Memang betul pun kan??  tapi apa -apa pun, sebelum nak tuju pada orang, kita tuju pada diri kita dulu. Kita tanya diri kita, ada tak kita buat macam ni pada orang?? Kita ingat kebaikan dia..jasa2 dia.. Tu barulah betul..  

Lagi satu..


Jom...kita audit diri kita.. *cewah...macam Dr. Muhaya tak??* 


ustaz Sharhan penipu?

Pagi ni saya tengok MHI kat Tv3.. hari ni ada perbincangan pasal Saka dengan Ustaz Sharhan Syafie dari Pusat Perubatan Sinar Zamdurrani. Banyak info-info yang dapat tadi walau cuma sekejap aje bersiaran. Bila tengok aje ni saya teringat satu masa dulu,. Ummy saya pernah diajak untuk belajar perubatan Islam ni.. tapi ummy tak minat. keluarga saya dari dua-dua belah abah dan ummy memang ada yang boleh mengubat orang, katanya tu antara keistimewaan kenapa ummy terpilih.


So, tetiba rsa nak google pasal Ustaz ni. nak tahu lebih lanjut sebab saya memang berminat dalam hal-hal sebegini. Dalam mencari-cari tu terjumpa ada yang menceritakan pasal ustaz ni penipu. Betul ke??  Jujur saya katakan saya tak pandai bab-bab ni, tapi setakat apa yang pernah saya tengok dia buat kat tv dan dari kata-kata orang yang boleh mengubat orang,dorang yang pandai dah scan  Ustaz ni BUKANLAH penipu. Dia tak ada pakai jin2 atau khadam2 macam bomoh tu.


Dah tu kenapa ada yang kata dia penipu?? Saya sebenarnya tak tahu juga apa niat orang tu. Mungkin juga dia dah berubat, tapi bila suruh amal sekian-sekian, begini- begini tapi tak mau ikut. Masalah tak selesai lah. Saya ada pengalaman semacam ni. Dah banyak kali saya kena jaga orang sakit akibat jin. Kalau perawat cakap jangan buat, tolong jangan buat. Saya ada kisahnya,pengalaman saya sendiri. Tapi terlalu pnjang untuk diceritakan. Tapi sebab benda-benda yang macam ni lah saya makin yakin dengan perubatan Islam.


Apa-apa pun jangan kita cepat menuduh orang tu sesat, orang ni jahat, orang ni menipu. Kita selidik dulu. Pada siapa yang rasa tertipu baiklah buat report ke apa.  Kita juga tak boleh menyangkal yang jin dan alam ghaib tu wujud. Tak semua yang wujud tu wajib kita nampak. Allah wujud tapi kita tak nampak, malaikat wujud tapi kita pun tak nampak. Pasal jin ni pun ada dalam Al-Quran.


And last sekali saya nak kongsi doa yang ustaz baca dalam MHI tadi. Ini ayat dari Al-Quran yang elok dibaca pada anak-anak agar terhindar dari perbuatan khianat jin dan sekutunya. Elok juga dibaca ibu mengandung agar anak yang lahir akan sempurna sifatnya.. INSYA ALLAH..




update :  ini cumalah pendapat saya sahaja pada ketika saya menulis, pada saat ini..mungkin semua ni akan berubah kalau ada perubahan.. 



Khamis, 20 Februari 2014

First Segmen Simple by Hana : Mencari Bloglist & Rakan





Saya join satu lagi segmen.. Yang ni dari Blog Adik Hana.. Seperti yang tertulis kat atas ni, segmen ni untuk mencari bloglist dan rakan baru.. So, sesiapa yang berminat nak tambah kawan, boleh sokong segmen adik comel ni ye..Klik je banner kat atas ni..

Nak join mudah je.. 

syarat-syaratnya...
syarat utama :anda adalah blogger

  1. follow blog hana
  2. letak banner segmen 
  3. tulis entry yang bertajuk "first segmen simple by hana : mencari bloglist dan rakan" 
  4. join Kelab blogger Hana.
 kelab blogger hana

Segmen ini akan tamat pada.. 4/3/2014.. Semua yang join akan dimasukkan dalam bloglist adik hana selama sebulan.. Dan yang terpilih akan direview blognya..  Jom2...kita sama2 sokong dia ye..♡♡



Rabu, 19 Februari 2014

GA IntaNBerliaN yg best ♡♡..

Baru2 ni kak +Zarina Tazari  IntaNBerliaN ada buat GA kan. Dannnn..dengan jayanya saya dapat join walaupun dah hujung2.. *cek terlupalah nak join awal2 sebab masa tu bz dengan adik nak bertunang*. Lepas balik dari kampung, barulah teringat GA tu tak buat lagi entrynya. Masa tu baru kelam kabut nak buat. Mujur sempat lagi.

Tarikh akhirnya 16 feb 2014. Maknanya sekarang dah tutup lah penyertaan. Hee..tak sabar2 nak tunggu sape lah pemenangnya.. harap Alisha comey dapat cabut undi kuar la nama auntie +Sya  ye ♡♡ ..hehe.. *bodek2, bole??* Sementara menunggu keputusan, apa lagi, jom la kita beramah mesra dengan para peserta.. Ramai juga yang join... Lebih 300 orang yang join , secara tepatnya 342 orang.. Tu baru 2 minggu,kalau sebulan agaknya lagi ramai la yg join tu. kan..

Dalam lebih 300 orang ni, Alhamdulillah, saya dah jejak 100 orang. Termasuk lah yang memang saya dah kenal dalam blog ni. And lagi seronok ada diantaranya dah balas pun jejak saya tu and sudi follow balik.. Terima kasih tak terhingga kat korang2 semua ye..

Lepas ni ada lebih 200 orang yang saya nak jejak.. * cewahh...bunyi macam i punya GA la pulak kan..sengal..haha*  tak delah..dah tujuan GA tu bukan je untuk menang hadiah, tapi untuk kenal sesama blogger.. So, kita ambik la kesempatan ni..

Inilah 1st time saya rasa betul2 seronok join GA.. Mungkin sebab dari GA yang sebelum2 ni saya join, saya tak berapa kenal dengan ownernya  kot. * Kak Ina pun saya kenal dari blog juga sebenarnya* Tapi Kak Ina saya kenal dari sebelum2 saya join GA ni.. Tu la agaknya feelnya lain sikit. *agaknyalah..*

Dahhhhh..................stop membebel...jommm..............kita serbu "rumah" orang.....................


Nyamuk oh nyamuk...geramnya..

Malam tadi payahnya nak tidur. Sudahlah memang susah nak lelap. Datang pulak si nyamuk nak hisap darah. Makin payah lah nak tidur. Bertambah geramnya bila Aniq yang tengah tidur lena tu pun terjaga sebab banyak sangat nyamuk gigit.

Selalunya kat rumah ni memang tak ada simpan ubat nyamuk. Sebabnya memang jarang sangat ada nyamuk. Ni dah pukul 2 pagi mana ada kedai buka nak beli ubat nyamuk. Selubung aje badan dengan selimut. Tapi Aniq tak suka berselimut. Dah tu nak buat macam mana kan. kesian kat dia..

Last2 saya teringat ada sebotol vco liquid atas meja solek. Apa lagi, saya sapu la banyak2 kat tangan and kaki. Haa..lepas tu lega lah.. Nyamuk tak datang dah. Dia tak suka minyak kot..hehe.. Dulu2 saya sapu minyak gamat, tapi dah tak ada, vco pun boleh..  ♡♡



Dapatlah tidur lena sampai ke pagi. kalau tak tak tahu lah sampai pukul berapa nak tepis2 nyamuk. saya terfikir nak pakai kelambu, tapi hubby tak mo pulak.. Ngape tah tak mo..

Selasa, 18 Februari 2014

Bengkung Tanamera

Nak tergelak aje rasa.. Nak pakai bengkung pun kena rujuk kat youtube.haha.. bengkung ni saya beli masa mengandungkan Aniq dulu. Tapi sebab saya bersalin caesar, so, xdapat la nak pakai masa berpantang. Kebetulan pulak masa berpantang tu saya duduk di rumah MIL.  Bengkung tertinggal kat rumah saya. Dah tak ada tu malas la nak beli yang lain. Sedangkan yang ada pun belum pakai.

credit to tanamera


Baru2 ni saya teringatkan bengkung yang belum pernah pun saya cuba pakai. Punca teringat tu sebab adik saya minta poskan barang baby dia. Selongkar-selongkar jumpa la bengkung ni. Rasa sayang sangat kalau tak pakai. tapi nak pakai sendiri tak pandai, saya minta hubby tolong lilitkan untuk saya.  Alahh..orang lelaki bukan reti juga pun. Saya cakap, lilit je macam mana pun janji lilit..hahaa

Lepas dah pakai beberapa minit, rasa tak selesa, saya buka balik. Saya cuba pula lilit sendiri. tapi sama juga rasa semacam je. rasa tak kena. Akhirnya saya buka youtube. Search cara pakai bengkung. Mujur ada. Rupanya saya pakai tu terbalik. Orang mula ikat dari bawah. Saya ikat dari atas. Patut la kain tu tertarik makin keatas.. * heee...baru tau..*

Dan...sekarang dengan jayanya saya berjaya ikat bengkung ni sendiri. Mula2 tu ikat ketat sangat sampai nak duduk pun tak boleh. Punyalah lemasnya. Bila dah faham, barulah saya longgarkan sikit.. Agak susah jugalah nak duduk. tapi masih ok banding dengan yang mula2 tadi..

Insya Allah, lepas ni saya nak rajin2kan diri pakai bengkung. Nak jaga badan weyhh.. Bukan untuk orang lain, untuk suami jugak kan.. saya buat ni sebab saya nak tiru macam mama * mak angkat* saya. Dia memang jaga badan since muda lagi. Dari umur belasan tahun. Sekarang dah berumur, masih lagi nampak awet muda. Slim melim mengalahkan saya..haha.. Nak tengok gambar mama saya?? hehe..tak boleh la..Saya belum minta izin lagi nak letak kat sini.. Nanti kalau mama saya bagi, saya letak la.. nak suruh korang treka umur mama. memang korang pun tak kan caya punya umur sebenar dia..

Isnin, 17 Februari 2014

Set Berpantang 'Jamuless'

Rasanya sebelum ni macam ada saya buat entry pasal set berpantang dari catalyst. Tapi pelik la, cari-cari tak jumpa pulak. Tersangkut kat mana-mana ke? Memandangkan saya tak jumpa yang lama tu, saya nak tulislah yang baru punya. Sebab ada lagi yang belum tahu pasal set berpantang dari CATALYST ni. So, entry kali ni, saya nak cerita dengan lebih jelas pasal set-set ni.. Barapa harga dan sebagainya.. Oh..sebelum terlupa, entry ni saya copy dari sepupu saya.


Set ni saya sediakan mengikut bajet pengguna juga. Saya juga akan terangkan fungsi2 setiap produk, mengapa dan bila ia perlu di ambil. Set ini juga merupakan antara set yang LARIS bagi mereka2 yang TIDAK mengamalkan jamu semasa berpantang tetapi ingin menjaga kesihatan rahim dan membersihkan sisa2 darah nifas di dalam rahim disamping dapat badan yang sihat dan bertenaga sepanjang tempoh tersebut.

Hal ini biasa di hadapi oleh ibu2 yang anaknya ada masalah jaundis dan prolong jaundis di mana penggunaan jamu memang TIDAK BOLEH DI AMBIL sepanjang tempoh tersebut. Akibatnya:

  • badan terasa tersangat penat, 
  • kelancaran pengeluaran darah nifas menjadi tergendala, 
  • pengeluaran susu terganggu (kerana badan n mental yang letih), 
  • seram sejuk badan (hormon tidak stabil), 
  • mudah mendapat sakit kepala/ pening2
  • badan mudah di jangkiti virus dan kuman

Di sini saya senaraikan dahulu beberapa set mengikut keperluan dan juga berdasarkan bajet pengguna. Antaranya:




SET ASAS 1 (30 hari penggunaan)

1. VCO Softgel    1 botol ( 60 softgel)
2. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
3. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)

RM 125 termasuk pos


SET ASAS 2 (30 hari penggunaan)

1. VCO Softgel    1 botol ( 60 softgel)
2. VCO Cecair    1 botol (150ml)
3. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
4. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)

RM 165 termasuk pos


SET PREMIUM (60 hari penggunaan) 
# recomended set

1. VCO Softgel    2 botol ( 120 softgel)
2. VCO Cecair    1 botol (150ml)
3. Mexorea          1 kotak (15 sachet)
4. Femme Vita     1 kotak (15 sachet)
5. Ambience        1 kotak (25 sachet)

RM 364 termasuk pos (Automatik menjadi Ahli Catalyst sepanjang hidup  ♡♡)


FUNGSI SETIAP PRODUK DALAM TEMPOH BERPANTANG



1. VCO Softgel berfungsi untuk:


* Penambah tenaga semasa dalam tempoh berpantang

* Memudahkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit


* Sebagai 'Milk Booster' yang sangat berkesan dan selamat


* Mempercepatkan proses penyembukan luka2 bersalin (jahitan & luka ceaser)


* Melancarkan peredaran darah


* Menstabilkan metabolisme badan sepanjang tempoh berpantang


* Mengurangkan kadar allergi terhadap makanan


* Membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman



Cara Pengambilan: Kunyah/telan 1 biji pagi dan 1 biji malam setiap hari



2. VCO Cecair berfungsi untuk:


* Meredakan ruam lampin, ruam2  pada bayi, gatal2 pada bayi


* Menghilangkan masalah kupimg2 di kepala bayi


* Mempercepatkan penumbuhan rambut2 bayi - menguatkan akar rambut & melebatkan rambut


* Melembapkan kulit bayi dan ibu yang kering (menggantikan losyen bayi)


* Membersihkan kawasan pusat bayi


* Menyembuhkan masalah tiroid pada bayi (bg minum dalam stgh sudu kecil setiap sehari atau 2 hari)


* Melegakan batuk & asma pada bayi (bg minum dalam stgh sudu kecil setiap hari)

Cara Pengambilan: Sapu pada bahagian yang di kehendaki sekerapnya. 




3. Mexorea berfungsi untuk:


* Melancarkan perjalanan pengeluaran darah nifas dari rahim


* Mencuci dinding rahim


* Memulihkan sistem peranakan


* Menstabilkan hormon wanita


* Menghilangkan masalah bau badan sepanjang tempoh berpantang


* Menyingkirkan toksid2 dalam badan


* Menguatkan kembali otot2 vagina


*Menyempitkan vagina


* Mencegah bakteria dan menghilangkan bau vagina


* Menegangkan payudara dan mencantikkan kulit



Cara Pengambilan: Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 2 minggu selepas bersalin pada sebelah pagi (perisa peach).
Bahan2: Pueraria Mirifica, Sireh, Nenas, Asam Jawa, Kunyit




4. Femme Vita berfungsi untuk:


* Mengecutkan peranakan


* Membantu merawat luka dalam perut selepas bersalin dan selepas pembedahan


* Membina kembali dan menguatkan otot2 vagina


* Merapatkan kembali vagina selepas proses bersalin


* Menegangkan payudara kerana penyusuan bayi


* Melancarkan peredaran darah


* Memulihkan sistem pelinciran vagina


* Mencantikkan kulit


* Menaikkan kembali seri wajah


* Menghilangkan bau badan dan vagina


* Melegakan panas badan akibat ketidakstabilan hormon



Cara Pengambilan: Di sambung selepas habis MEXOREA. Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 2 minggu  pada sebelah pagi. (perisa berry).
Bahan2: Kacip Fatimah, Sireh, Temulawak, Pueraria Mirifica, Epimidium, Mucuna Pruriens, Goji





5. Ambience berfungsi untuk:


* Membekalkan kembali kolagen2 pada sel2 badan


* Membantu merawat luka2 dalaman selepas bersalin

* Elok untuk kesihatan rahim dan keseluruhan badan (luar dalam)

* Membekalkan kembali badan dengan nutrien2 penting badan

* Merawat, Memulih dan Memperbaharui sel2 badan

* Mengembalikan tenaga  dan kesihatan pada badan

* Mengembalikan keserian wajah

* Menguatkan fungsi kekuatan tulang dan sendi

* Meningkatkan kelembapan/kelembutan semulajadi kulit dan mengelakkan kekeringan kulit (hidrasi)

* Bersifat anti kanser dan meningkatkan sistem imun badan

* Mempercepatkan pembaharuan sel2 kulit dan meningkatkan kekuatan tulang/otot/rawan

* Meremajakan kembali kulit, mengurangkan kedutan2 dan menegangkan kulit badan

* Mengurangkan keradangan kulit


Cara Pengambilan: Di sambung selepas habis FEMME VITA. Hisap serbuk, 1 sachet 1 hari selama 25 hari berikutnya, pada sebelah pagi. (perisa epal sour).
Bahan2: Phytocelltec Malus Domestica (Apple Stemcell), Astaxanthin, Coenzyme Q10, Maqui berry, Acai Berry, Pine Bark, Acerolla Cherry, Grapeseed, Collagen, Aprikot, Agaricus Blazei Murril, Aloevera, Gamat, L-Gluthathione


Jadi, set mana yang ingin di ambil adalah bergantung kepada KEPERLUAN dan BAJET pengguna. InsyaAllah, set ini AMAT SESUAI untuk mereka2 yang alah dengan 'kepanasan' jamu2. Tapi bukan lah bermakna saya nafikan jamu, cuma lepas ni ibu2 dah tak perlu risau, dah boleh jaga kesihatan semasa tempoh berpantang, luar dan dalam walaupun TIDAK dapat mengamalkan jamu.

** Mexorea n Femme Vita = Jamu Moden 
  ♡♡
** VCO memang WAJIB ambil 
  ♡♡

Kesemua ini adalah persediaan bagi menggantikan pengambilan jamu oral. Untuk sapuan luaran yang lain seperti bertungku, barut/berbengkung, amalan menyapu minyak2 panas, penggunaan pilis dan amalan param masih boleh di amalkan.

Cerita tentang VCO...

Baru-baru ni, ramai betul yang nak tahu pasal vco yang baru ni. Lebih - lebih lagi vco delima tu.  Kebanyakan yang datang pada saya ni ibu-ibu hamil yang nak tahu sangat apa kelebihan vco delima ni. Walaupun saya tak dapat nak whatsapp  sekarang ni, rajin juga dorang sms saya. Alhamdulillah..terima kasih semua..




Ada juga yang mencari kat blog. Bila saya tengok keyword, banyak betul pasal vco. melebihi yang lain.  Seronok saya tengok perkembangan ni. Mungkin sebab sekarang ramai yang dah tahu kelebihan vco. Apatah lagi bila dah ditambah lagi dengan minyak berkualiti lain macam delima , argan and aprikot.

Ada yang sorang tu sebelum ni makan vco dengan minum pati delima. Bila dah tahu ada vco delima, terus nak tukar vco delima pulak. Memudahkan dia agaknya. Bagus la macam tu kan.. Semua orang pun tahu delima memang baik untuk ibu mengandung and menyusukan. Harga pun tak mahal mana. Cuma Rm70 sebotol termasuk kos pos. memang berbaloi sangat. tak payah dah nak makan 2, 3 jenis supplement sekali gus. 




Tapi lain pula dengan duta catalyst, Nad zainal. Dia makan banyak sekali. Ada colla c, vco argan, vc plus. Semua tu dia makan. mak ayah dia pun makan juga. Ok la kan.. dia banyak duit..haha.. Kita ni ikut bajet la.. Kalau ada lebih boleh la nak ambik lebih. tapi macam mana pun, saya tetap dengan vco. Bukan setakat saya suka, nurse kat klinik pun memang sarankan saya makan vco, kat Aniq pun dia suruh bagi.* dia tak suruh pun , saya bagi juga..hehe*. Kalau ada lebih bajet barulah saya tambah makan femme vita pulak..

Vco juga adalah satu2nya produk kecantikan saya. Saya mana ada sapu apa-apa kat muka kecuali vco. Vco juga adalah base pada make up saya. *saya make up kat rumah, untuk suami..hehe* Sebelum pakai foundation tu, sapu dulu dengan vco, Walaupun kita dok pakai make up hari-hari, lama pun muka still ok je. Tak adalah jadi naik jerawat ke apa. Malah yang berjerawat tu lagi boleh surut, bintik hitam pun hilang terus..

Pada saya kalau makan vco ni dah cukup lengkap untuk penjagaan kesihatan luaran and dalaman. Tapi apa-apa pun kena lah ikut disiplinnya. Kena konsisten. Kalau tak mana nak dapat hasil yang kebabom tu kan. Jangan pula baru makan sebulan, dah nak merungut tak nampak kesan. Saya nak pesan kat sayang-sayang saya semua ye..vco bukanlah ubat. Dia tak berhentikan masalah kita time tu, dia rawat dalam dulu. Jadi, kalau belum nampak kesannya, teruskan makan, teruskan ambil untuk beberapa bulan lagi. Jangan berhenti. Kalau sebelum ni xde masalah, tapi makan vco ada masalah, rujuk je kat stokis atau agen yang korang beli tu. Dorang akan rujuk balik pada Doktor Liyana, doktor consultan catalyst.

 Biasanya ni masalah yang normal berlaku sebab itu petanda badan bertindak balas membuang toksin-toksin dalam badan. Saya tak cakap kat orang je, saya cakap kat diri sendiri juga la. Sebabnya saya pun selalu juga miss. tapi mugkin sebab saya ni dah lama amalkan, tertinggal 2, 3 hari tu xde hal la.

Seeloknya vco ni dijadikan supplement sepanjang hayat. Bukan makan 2, 3 bulan stop makan yang lain pula. Saya masih ingat saya tengok Dr Muhaya kat tv 9 baru-baru ni. Dia cakap pasal ada sorang mak cik yang dah tua sangat, tapi masih sihat. Bila ditanya apa rahsianya, rupanya dia amalkan makan supplemnt dari muda. Jadi bila dah tua tak mudah sakit-sakit. Badan masih cergas, sihat. Jom..mulakan makan supplemen hari ni. kalau rasa sayang nak keluar duit banyak sampai rm70 sebulan, ambil vco yang biasa punya. baru Rm46 termasuk kos pos. Kalau beli lebih dari 2 botol dengan saya, akan saya bagi diskaun kat korang yang beli.. Berapa?? Adalah..RAHSIA...hehe.. Kalau nak tahu,  Pm je saya. Nanti kita sembang-sembang ye..

Khamis, 13 Februari 2014

Petua Anak Sembelit

Setakat ni Aniq tak pernah lagi sembelit teruk. Sesekali sembelit tu adalah. Tapi tak la sampai dia menangis ke apa. Tapi ni saya nak juga share petua yang saya tahu untuk anak-anak yang mengalami sembelit. Harapnya dapat membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah ni.

Kurangkan sukatan
- kalau sukatan biasa 2 susu, 1 air, kurangkan sukatan susu kepada 1 susu, 1 air. Contohnya kalau biasa 120ml air, susu pula 4 sudu, kurangkan 1 atau 2 sudu susu.

Kayuh basikal
- buat senaman kaki seolah sedang mengayuh basikal. Baringkan anak dan mulakan senaman. Biasanya senaman ni berkesan. Buat beberapa minit, lepas tu berhenti, lepas tu mulakan semula.

Limau sunkist
- boleh juga perahkan sesudu limau sunkist dan berikan pada baby. Ada juga yang bagi rebina. Ini pun salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi masalah sembelit pada baby.

Kesemua cara ni saya belum pernah cuba pada Aniq. Ni petua yang bidan bagi pada saya dulu. Katanya memang berkesan, dia dah cuba pada anak dia. Tapi kalau sembelit berlanjutan, bawalah anak jumpa doktor.

Rabu, 12 Februari 2014

Kenapa Pilih Susu Mahal?

Sebelum ni saya ada buat entry pasal harga susu Aniq. Korang boleh tengok harganya kat sini.  Sebab harganya agak mengejutkan ramai jugalah yang tanya kenapa minum susu mahal sangat tu. Cubalah susu yang lagi murah. Contohnya Anmum. harganya lebih murah.

Sayangnya bukan saya tak nak. Saya nak sangat, lagi-lagi kalau boleh berjimat. tapi ni bukanlah keputusan saya. Ini cadangan doktor sebab masalah berat badan Aniq yang tak naik-naik. Masa tu graf berat badan dia dah sampai kat merah. Sedih saya masa tu, orang fikir saya saje tak bagi anak makan secukupnya. Mujur doktor faham saya, sebab tu doktor suruh saya tukar susu.

Asalnya doktor suggest saya tukar susu yang tinggi kandungan nutrientnya. Mungkin dengan tu dapat membantu menaikkan berat badan Aniq si anak soleh saya  ni. Puas la memikirkan susu apa yang nak dibagi, tapi dalam masa yang sama susu badan akan tetap diteruskan. Berselang seli dengan susu formula yang nak diberi nanti.


Lastnya kawan saya suggest Enfalac. Katanya anak dia pun minum susu enfalac ni dari baby sampai la sekarang dah umur 1 tahun lebih. Tak ada masalah, berat badan naik ok, sihat. Mula pada tu la Aniq mula minum susu enfalac. Terfikir juga nak tukar sebab mahal sangat pada kami, tapi risau pula pasal Aniq. Jadi, tahan je la dulu. Bila dah besar sikit, susu akan jadi semakin murah.

Susu ni kalau beli dekat tunas manja, harganya lebih murah. Jimat dalam 7 ringgit macam tu. Harga asal Rm147.90. Kat tempat lain saya tak pasti. Rasanya lebih mahal.

Kelewatan Cik P

Saya tak tahu kenapa baru-baru ni berlaku kelewatan Cik P datang melawat saya. Selalunya Cik P ni muncul dengan jayanya tiap-tiap bulan and tepat pada masanya. Sayangnya sepanjang bulan lepas, langsung tak ada berkunjung.

Saya dah mula risau. Ada apa-apa ke ni.  Kawan- kawan saya pula dah beberapa orang melaporkan * fuhh, melaporkan tu* yang dorang dah berisi. Tak kan la saya nak kejar dorang pulak kan.. Aniq kecik lagi.  Dah banyak hari saya pendam sorang-sorang, lastnya saya ajak My hubby pergi klinik.

Kebetulan hari yang saya rancang nak pergi klinik tu, perut saya sakit yang sangat-sangat. Saya dah berdebar- bedar sebab masa awal-awal saya mengandungkan Aniq dulu macam ni la rasanya. Cuma kali ni tak lama. Dalam setengah jam aje sakit tu hilang.

Sampai kat klinik, doktor sempat lagi menyakat saya yang mungkin saya pun ada isi. Doktor tahu Aniq baru 7 bulan, and saya bersalin bedah, sepatutnya saya jarakkan anak sekurang-kurangnya 3 tahun. Masa tunggu keputusan tu memang saya risau sangat. Manalah tahu kan, saya bukan pakai apa-apa perancang pun. Dannn...akhirnya keputusannnya negatif.. Fuhh...lega sungguh rasa. Doktor cakap saya kekurangan hormon untuk darah tu turun aje. Doktor tak bagi ubat apa-apa, cuma tunggu je dia datang sendiri.


Balik je rumah, saya terus je order Femme Vita. Saya tahu Femme boleh bantu betulkan hormon yang celaru. Alhamdulillah baru je makan 2 sachet, Cik p pun menjengah saya macam biasa.. Sebelum ni saya saje berhenti makan. Agak lama juga saya berhenti, dah berbulan -bulan.  Mujurlah kata doktor kelewatan ni tak ada kena mengena dengan supplement saya, tapi sebab saya stress.. Yup...memang agak stress kebelakangan ni.. Banyak benda nak difikirkan.. :(




Ini la dia femme vita yang saya makan. Harganya sangat mampu milik, sangat sedap, sangat berkesan.  Bukan setakat menjaga dalaman perempaun je, tapi menjaga luaran sekali. Kenapa saya cakap jaga luar sekali??  Sebabnya baru je makan, dah rasa perubahan pada kulit. Teruja sangat sebab kulit makin lembut and sihat. Kulit tangan saya pun berbeza dari sebelum ni.. Kulit saya ni kekeringan yang tahap kronik sungguh. Mujurlah dah makan Femme Vita ni, kulit jadi makin lembab, so, kulit nampak lagi baik..

Alamak... dah meleret pula saya ni..hehe..  Asalnya nak cerita pasal Cik P aje, ni dah masuk pasal femme vita pulak.. Ok, nak iklan jap, siapa yang nak order boleh pm saya kat page saya ye.. Klik je SINI.. :)

Selasa, 11 Februari 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

yeay!!! blogger favourite saya dah buat GA...  Ni saya suka.. Memang menunggu Mega GA dia ni.. 1st time saya join GA Intan Berlian. Kalau korang pun nak join GA ni, dipersilakan ye..  :)

                         


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

Abah Bercukur, Aniq terkejut

Petang tadi my hubby bercukur.. Senyapsenyap aje dia buat. Saya tak ada la rasa pelik pun. Biasalah lelaki bercukur kan.. TAPI... hahahah..ada tapi tu maknanya ada yang lain sikit la kan.. Kali ni my hubby cukur habis sekali janggut and jambang semua. Speechless kejap saya. Jujurnya saya tak pernah nampak muka hubby bersih macam tu. Nampak cute sangat..hehe * korang jangan muntah ye, saya puji hubby saya.* kihkihkih

Masa tu my hubby masih dalam bilik air lagi, so saya minta dia tolong mandikan Aniq. Time tu Aniq tak perasan lagi muka abah dia dah berubah. Tapi bila dah siap-siap semua, my hubby datang saja nak mengusik Aniq. Aniq terus lari. Terkejut dia tengok ada orang lain nak ambik dia dari mummy dia. My hubby nak cuim pun dia elak-elak.

Ambik masa jugalah baru Aniq rasa ok tengok muka abah dia dah makin hensem.. hehe.. Kesian Aniq tadi, mujur lah dia tak nangis, merengek sikit la  sebab muka my hubby memang nampak lain sangat. Dah tentu Aniq tak kenal. 

Saya pula dah tentu-tentu la seronok. Dari awal kawen dulu lagi minta hubby cukur semua janggut and jambang dia tu. Sekarang dah cukur, suka sangat la saya. Siap lompat-lompat peluk my hubby tadi. Sampai sekarang pun tak hilang lagi penat melompat tadi..hehe

Isnin, 10 Februari 2014

Aniq 7 bulan

Aniq dah 7 bulan sekarang. Secara tepatnya dah 7 bulan 3 minggu. Banyak sangat dah perkembangan yang Aniq dah capai sekarang ni, seronok sangat tengok dia dah semakin aktif. Tapi tak nafikan kadang-kadang tu rasa penat sangat-sangat.

Setiap bulan saya akan perhatikan perkembangan dia and catit dalam buku klinik Aniq. Dari perhatian saya, bila masuk  7 bulan inilah paling banyak perkembangan dia serentak. Dia dah boleh berjalan sambil pegang kerusi, meja dll, boleh pegang guna ibu jari dan jari telunjuk, boleh panggil mama, duduk sendiri tanpa disokong. Semua ni dalam masa dia 7 bulan. Cuma yang berdiri sambil pegang tu dah pandai dari 6 bulan lebih kurang macam tu.

Kat sini saya nak senaraikan apa yang biasanya baby umur 7 bulan pandai buat. Antaranya:


- Suka melonjak-lonjak
sekarang baby dah boleh menyokong berat badannya dengan kaki dan dia dah boleh melonjak-lonjak. Malah sebahagian baby dah boleh duduk tanpa diampu dengan tangan. Maknanya dia boleh duduk sambil meneroka sekeliling dengan tangan sendiri.


- Belajar memegang
Waktu ni kemahiran motor halus baby juga dah berkembang dengan lebih baik. Baby biasanya dah  boleh pegang cawan atau botol sendiri, pindahkan barang dari tangan ke tangan yang lain, dia juga dah pandai meriuhkan suasana dengan mengetuk-ngetuk barang supaya berbunyi.


- Tumbuh gigi
Ada sesetangah baby dah mula tumbuh gigi waktu ni. Aniq pun dah boleh nampak 2 batang gigi bawah dia. Tapi ada juga baby yang tumbuh gigi lebih awal atau lebih lambat. Biasanya bila baby nak tumbuh gigi, akan ada lelehan air liur dan baby suka buat bunyi - bunyian bagi menyesuaikan diri dengan benda asing yang terdapat dalam mulutnya.


- menangis bila ditinggalkan
Dalam usia ni, baby dah mengenali ibunya. Bila ditinggalkan walaupun sekejap mesti akan merengek untuk dapatkan perhatian semula. Kalau ternampak ibu, cepat-cepat merangkak menuju kearah ibu. Kadang-kadang kita risau nak dukung takut dikatakan memanjakan anak, tapi tak salah mengikut kehendak anak sekali sekala. Pada saya, anak juga perlu dimanjakan sesekali agar dia rasa disayangi.


-Kemahiran mengenal
Sekarang baby dah boleh kenal suara ibu, ayah atau bunyi-bunyi lain. Kalau Aniq, saya tegur dari jauh pun cepat-cepat dia mencari. Dia boleh mengecam perubahan pada nada suara dan akan menangis kalau rasa seperti dimarahi.

Kalau saya buat macam tu pada Aniq, dia selamba je. Tapi kalau orang lain yang buat, dia akan menangis..hehe


-Permainan yang menyeronokkan
Ada sesetangah baby, dia ada permainan yang dia suka. Selalunya permainan yang lembut . Waktu ni, kalau kita cuba ambil pada tangannya, dia akan pertahankan sekuat-kuatnya.

Salah satu permainan yang Aniq suka ialah, teddy bear yang my hubby hadiahkan  masa lepas saya lahirkan Aniq dulu. Tapi sebab cik teddy tu besar sangat, dia tak mampu nak bawa kemana-mana. Tapi kalau dekat, dia akan bersandar pada bear sambil main apa-apa yang dia suka. :)

Perkembangan setiap baby adalah tak sama. Ada sesetengahnya memang cepat, dan ada sesetengahnya yang sedikit lambat. Tapi macam nurse beritahu saya, tak ada apa yang perlu dirisaukan selagi anak aktif., kecualilah kalau perkembangannya terlalu lambat berbanding usianya.Mungkin saja bukan sekarang tapi tak lama lagi. Mommies jangan risau ye..




Ahad, 9 Februari 2014

Im back!!

Bismillah.. Allahumma solli ala saidina Muhammad..

Wahh..lama betul saya tinggalkan blog ni kan...  Kesian pada korang yang jenguk sini tapi langsung tak ada apa yang baru...  Saya betul-betul dilanda penyakit malas nak update blog.  Ntah kenapa. Sibuk melayan anak baik saya ni pun ye juga...

Apa-apa pun saya nak cakap... SORRY ye korang....    Sorry jugak kat blog ni sebab dah abaikan dia. Saya dah tak cerita tentang perkembangan si comel anak soleh saya tu. Padahal saya dah janji tak mo miss apa-apa pun perkembangan pasal anak-anak dalam blog ni, supaya dorang dapat baca nanti..

Insya Allah, lepas ni nak rajin - rajinkan diri lagi..  Doakan saya... :)