nuffnang

Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Januari 2015

soalan maut..

Masa kitorang balik kampung hari tu, semua teruja tengok baby abang ipar saya. Bukan lah 1st time jumpa,baby pun dah 7bulan.. tapi sebelum ni Aniq tak nak dekat dengan baby ni. Maybe dia takut kot. Sekarang dah berani. Cium²,pegang² baby. Seronok pulak tengok anak soleh saya ni..hehe..tak sangka dia suka baby..

So, dalam perjalanan balik ke muadzam ,my hubby keluar soalan maut dia.. " bila nak ada baby?" Hehehe.. apa jawapan saya? Saya cakap, boleh je nak baby baru. Tapi... ada tapi tu..haha.. syaratnya mudah je, kena tunggu lagi 1 tahun setengah.. why?? Sebab saya kan bersalin bedah. Saya tak nak risiko kan kesihatan saya sesuka hati. Cukup lah pengajaran dari adik saya yang tak  sabar sangat nak tunggu 3 tahun. Baby bermasalah,terpaksa di awalkan bersalin. Bedah sekali lagi.. oh.. no.
. Saya tak nak.. cukup sekali bedah, saya dah tak nak.

Hubby dengar,dia senyum je.. dia dah tau jawapan saya. Dia pun tak paksa. Memang memahami la keadaan saya kan. Actually dah banyak Kali kitorang bincang pasal nak tambah baby baru. Dua² kitorang  excited sebenarnya. Tapi kenalah sabar kan. Kalau ikutkan hati, tak nak tunggu dah. Lama tak ulit baby,jadi rindu..hehe.. tapi Aniq si anak soleh ni pun masih baby juga. Masih seronok nak ulit juga. Cuma baby tua ni dah pandai cakap 'nanak' bila mummy nak cium dia.. (pandai sangat 'nanak', babab baru tau)

So,kita tunggu aje la sampai masa yang sesuai. Masa ni masa untuk Aniq,bagi dia manja puas². Harap, bila ada adik nanti, dia bagi chance la Kat adik nak bermanja pulak..hihihi

Sabtu, 3 Januari 2015

Aniq Tumbuh gigi

Dalam masa saya demam seminggu lepas. Aniq pun demam juga. Kebetulan hari sebelum tu saya dah bawa dia jumpa doktor untuk cucuk setahun setengah. Masa tu tak ada pulak demam. Tapi esok nya demam.

Mulanya saya rasa sebab dia selesema. Malam tu hujan tak berhenti, saya dah off kipas pun masih sejuk lagi. Sampai ke tulang sejuk. Aniq pulak jenis yang tak suka berselimut. Lagi lah senang nak dapat selesema.

Esoknya saya bagi dia makan &  ubat. Alhamdulillah, surut panas dia sepanjang hari. Tapi malam dia start demam balik. Siang pun demam tapi dah makan ubat dia ok.

Ini ha budak demam


Masa gambar ni, Aniq ajak keluar. Selagi tak keluar dia menangis merengek - rengek. So, dengan dahi bertampal tu, bawa juga lah dia keluar. Seronok dia lari sana sini.  Masa hari tu lah saya perasan gigi geraham Aniq dah tumbuh. Bukan sebatang, tapi dua batang sekaligus!  Mula nampak putih je. Saya ingat sebab Aniq makan kacang. Rupanya gigi. 

Hari ni saya cek lagi gigi dia. Eh,, ada lagi gigi geraham baru. Tapi kali no belah atas pulak. Oh.. Mujur dia tak gigit saya. Dia ni boleh tahan jugalah menggigit. Tapi bukan semua orang, dia gigit saya je. Abah dia tak nak pulak gigit. Sabo aje lah anak seorang ni.. 

Nampak tak yang putih tu.. Itulah geraham pertama Aniq

Dulu selalu saya risau dia ni tak tumbuh² gigi dia. Last tumbuh gigi masa dia umur berapa bulan tah, lupa dah saya. Kiranya sekarang Aniq dah ada 11 batang gigi termasuk 3 batang geraham yang baru tumbuh ni.. Chayok ² Aniq..  Kena jaga gigi elok²..:)

Khamis, 25 Disember 2014

Apps lock..

Aniq ni biasalah,  anak milenium, generasi alpha. Bab gadget ni tak payah nak ajar sangat pun,  sendiri boleh pandai. Tapi kalau dah pandai sangat ni, susah pulak la mummy. Semua handphone dia nak conquer.  Setakat conquer ok lagi, tapi kalau dah tukar setting, tak ke haru tu kan...

Jadi, apa penyelesaian yang terbaik? Lepas godek² handphone cap ayam ni, baru perasan handphone ni pun boleh lock apps. Haha.. Inilah yang dicari selama ni.. Napelah baru sekarang perasan.. Hehe he. Dengan bangga nya sekarang, apps dah kena lock.. Aniq dah tak boleh wassap orang, tak boleh upload gambar sesuka hati, dah tak boleh habiskan kredit mummy untuk call orang..


Nampak, WhatsApp pun dah kena lock


Tapi, kalau dah kata anak gen milinea ni memang semula jadi pandai guna gadget, dia tak boleh buat ini, dia buat itu.. Tak dapat buka, hempas aje kat lantai.. Uwarghhhh.. Mujur mummy ni tengah belajar sabar. Tak de lah nak jadi monster. Jadi monster kang, sendiri menyesal.. Huhu

P/s: tak apalah, rosak handphone mummy, boleh minta handphone baru dari abah.. Hehe.. Best²..

Khamis, 4 Disember 2014

Adik Aniq..

Aniq belum nak jadi abang ye.. Tajuk tu macam tu sebab saya panggil Aniq ni adik ataupun baby. Sebenar nya tak tahulah kenapa panggil dia adik walau pun dia anak sulung. Saya pun pelik.. Haha

Hubby saya pernah tanya, kenapa panggil adik? Ntah, saya pun tak ada jawapan.  Habis tu nanti dah ada adik nak panggil apa pulak?  Saya kata nanti panggil lah abang pulak. Hehe.. Harap Aniq ok ajela ye.. Lagi pun ikut sepupu, Aniq dah dipanggil abang pun. Ada 3 adik sedara bawah dia. 2 orang sebaya Aniq, tapi lahir kemudian. Yg seorang lagi baru 5 bulan..

Pasal adik yang akan datang tu, nantilah difikirkan. Masih ada setahun setengah lagi untuk preparation nak ada orang baru. Bagi lah peluang Aniq nak bermanja juga. Lagi pun, saya tak nak terburu-buru. Kalau ikutkan hati, nak aje tambah family sekarang. Dah rindu masa mengandung dulu.. Tapi sabarlah, tunggu rumah baru au siap dulu. Lebih kurang 2 tahun lagi untuk settle.

Sementara ni, Aniq main dengan mummy aje lah..  Adik belum ada.. Tak apa lambat sikit, nanti dah sampai masa kita bagi dapat twin terus lah.. Seorang lelaki Seorang perempuan macam acik Wan, atau pun dua² perempuan macam acik wana & acik  mila.. Terus jadi ramai kawan Aniq.. Hehe..

Doa.. Doa.. Doa.. Usaha lebih.. Chayok Ahm &  Sya!

My love.. Muhammad Danial Aniq.. 

Sabtu, 4 Oktober 2014

Bersalin di rumah..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Masa saya pergi klinik untuk cheak up bulanan Aniq, saya terperasan ada satu papan kat luar klinik. Pernah nampak sebelum ni, tapi tak pernah kisah nak baca pun. Masa menunggu tu saya lepak kat luar, saya baca la sekejap.




Sampai yang no 5 tu terus saya wassap my hubby. Saya cakap nak try yg no 5 tu nanti. Haha. Masa jumpa nurse saya tanya lah sikit2 macamana nak buat untuk dapat bersalin kat rumah tu. Kata nurse, boleh asalkan ibu & baby tak ada risiko apa2 langsung. Sticker yang diorang tampal kat buku tu warna putih je dari awal mengandung sampai cukup bulan. So, kita boleh minta nurse datang rumah masa kita dah nak bersalin tu.

Dengar je macam tu saya terus rasa semangat nak tambah baby. Haha. Bukan apa, saya trauma masa bersalinkan Aniq dulu, nurse sangat2 garang, kasar &  hampeh. Saya tak sakit apa pun, tapi dipaksa suruh bersalin time tu juga. Saya faham kalau dah pecah air ketuban, dia tak nak tunggu lama. Tapi jangan lah paksa sampai ugut2 suruh bersalin juga sebelum dia habis syif. Melampau sangat tu. Nak cek bukan rahim pun main seluk je. Buat macam kita tak rasa apa2. Nangis2 saya sebab sakit sangat.

Sebabkan trauma tu, lepas bedah tekanan darah saya sangat tinggi. Bacaan dia 200 tak turun2. Saya sedih sangat sebenarnya. Kenapalah melampau sangat nurse tu. Ikutkan hati saya, nak report je. Tapi malas nak panjang cerita lagi.

Haih, jauh melalut.haa. Apa pun, nak bersalin kat rumah kena minta pendapat doktor sama ada selamat atau tak. Kalau tak selamat, janganlah kita pandai2.sebab dah banyak kes tau. Ibu meninggal masa bersalin kat rumah. Kesian kat anak baru lahir, ibu dah tak ada.

Saya insya Allah kalau direzekikan untuk baby yang akan datang, saya nak jaga elok2. Mana tau, dapat bersalin kat rumah.. 

Isnin, 8 September 2014

Bila Aniq Semakin Besar..

Bismillahirrahmannirrahim….

Hari ni dah dapat buka laptop. Sebelum ni tak tahulah kenapa, tak boleh nak buka. Kebetulan Aniq belum bangun, dapatlah nak membelek-belek album lama kat dalam ni. Buka satu-satu folder, semua ada gambar Aniq dari masa baru lahir sampai sekarang. Rindu sangat masa dulu..

Aniq umur 1 hari



Aniq 2 bulan


Semenjak Aniq dah masuk umur setahun, saya rindu masa mengandungkan dia, menyusukan dia,mandikan dia, bedungkan & tidurkan dia. Walaupun ada sesetengah benda tu masih lagi saya buat sampai sekarang contohnya mandikan & tidurkan dia tapi keadaan tak sama. Dulu dia masih belum pandai apa-apa. Masih dalam dukungan. Terasa rapat sangat. Sekarang dah pandai jalan, semua nak buat sendiri. Jalan pun dah tak nak saya pegang sangat. Huhu.. kecik hati saya.. (-_-)  Saya bagi tahu hubby tentang perasaan saya ni. Tapi iyelah, orang lelaki tak begitu faham perasaan kita sebagai ibu.  But its ok.. saya pun faham dia yang kurang faham tu.. hehe

Aniq dah umur setahun lebih. Sekarang dah banyak cakapnya. Panggil abah tu dah jelas. Tapi panggil mummy langsung tak pandai lagi.. huhu.. tak apa… mummy tak jeles pun.. Aniq pun dah pandai beza nak dengan tak nak & ada la beberapa benda lagi. Dia paling suka mengajuk orang. Bunyi wolf dalam tv pun dia pandai ajuk. Tapi saya ni bukanlah handphone sentiasa ditangan. Kadang-kadang tak ingat pun letak kat mana. Selalulah moment macam tu terlepas begitu je. Bila tengok gambar-gambar ni rasa menyesal tak simpan video dia. Video Aniq memang ada, tapi tak banyak pun. Insya Allah lepas ni nak cuba simpan banyak lagi video untuk tatapan kita semua.


Bila anak dah besar, ramai lah yang Tanya tak nak baby lagi ke?? Haha.. tak mungkin tak nak.. dah tentulah saya nak. Cuma masanya belum lagi. Saya rasa anak yang sorang ni pun belum elok saya jaga. Kalau ada lagi takut tak cukup tangan kaki nak jaga.. hehe..  Biarlah Aniq besar dulu, boleh jaga diri sikit-sikit. Nanti tak lah saya risau sangat kan. Lagi pun saya kena juga jaga diri saya. Lahirkan Aniq dulu secara czer.. Jadi eloklah kalau jarakkan masa supaya badan lebih sihat. Insya Allah, sampai masanya nanti, jadi abanglah anak soleh saya ni.. aaminn….

Khamis, 13 Februari 2014

Petua Anak Sembelit

Setakat ni Aniq tak pernah lagi sembelit teruk. Sesekali sembelit tu adalah. Tapi tak la sampai dia menangis ke apa. Tapi ni saya nak juga share petua yang saya tahu untuk anak-anak yang mengalami sembelit. Harapnya dapat membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah ni.

Kurangkan sukatan
- kalau sukatan biasa 2 susu, 1 air, kurangkan sukatan susu kepada 1 susu, 1 air. Contohnya kalau biasa 120ml air, susu pula 4 sudu, kurangkan 1 atau 2 sudu susu.

Kayuh basikal
- buat senaman kaki seolah sedang mengayuh basikal. Baringkan anak dan mulakan senaman. Biasanya senaman ni berkesan. Buat beberapa minit, lepas tu berhenti, lepas tu mulakan semula.

Limau sunkist
- boleh juga perahkan sesudu limau sunkist dan berikan pada baby. Ada juga yang bagi rebina. Ini pun salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi masalah sembelit pada baby.

Kesemua cara ni saya belum pernah cuba pada Aniq. Ni petua yang bidan bagi pada saya dulu. Katanya memang berkesan, dia dah cuba pada anak dia. Tapi kalau sembelit berlanjutan, bawalah anak jumpa doktor.

Ahad, 27 Oktober 2013

baby banyak tahi mata

Aniq daripada lahir memang banyak tahi mata. Sekarang dah masuk umur 4 bulan pun masih macam tu lagi. Ramai jugaklah yang tanya kenapa saya biarkan.. adehh... mana ade saya biarkan, letak ubat pun masih juga belum sembuh.

so, my MIL suruh doktor refer pada pakar sebab risau. Yela, anak kecik, kalau tak jaga betul-betul takut melarat sampai besar. Tapi bila saya jumpa doktor, dia suruh tunggu dulu. Buat sementara doktor suruh urut tepi mata dia sebab mungkin saluran air mata dia tersumbat. And doktor bekalkan juga ubat titis mata.

Alhamdulillah, dah 2 hari saya urut tepi mata dia *atas dan bawah*, tahi mata tu dah nampak berkurang sangat. Ubat tak pakai pun, sebab terlupa nak ambik.. *hahaha, nak cepat sangat sampai terlupa*. Sambil-sambil tu saya lap juga mata dia guna air suam.

Ade orang suruh letak susu ibu kat dalam mata. Ntahlah, saya tak pernah buat. Takutlah pulak kang dapat sakit lain pulak. Cuma memandangkan mata Aniq dah makin ok ni,mungkin tak pakailah kot ubat titis mata tu. Hara-harap baiklah mata Aniq, kesian tengok dia bangun pagi tak boleh bukak mata sebab banyak tahi mata.Kalau ade ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama, try buat ye,lepas tu bagi tahulah saya berkesan ke tak , eh...

ok,thanks sebab membaca..