nuffnang

Memaparkan catatan dengan label muadzam shah pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muadzam shah pahang. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

Blackhead remover~

Nak tanya la, korang rajin tak buat facial treatment?? Tak kisah la buat kat salon ke, kat rumah ke? Saya dulu-dulu masa bujang, pernah la jugak buat. Dulu duduk kat KL, mudah la sebab mudah nak cari tempat-tempat macam ni. Ada pernah saya buat kat bizzy body tu, ya ammpuunnn...mahai gilo..  Ada ke buang blackhead & blackwhite semata, kena bayar sampai rm300!!!  Nak nangis rasa masa tu. Jahat dorang!!


Dah kawen mana nak buat tu semua, kat Muadzam ni saya tak tahu kat mana ada buat. Lagi pun saya dah ada pembantu untuk buat semua tu kat muka saya..hehe. Tak lain tak bukan cik abe saya yang tersayang tu la. Tapi dia bukan rajin sangat nak tolong urut-urut muka wife dia ni. Yang dia rajin cuma satu je, tolong picitkan blackhead and whitehead kat muka. Tak suruh pun dia memang nak buat, hari-hari pun tak apa.
Bila dah macam tu jadi tak best la pulak. Sakit muka dibuatnya. Bengkak and merah-merah la muka. 


Tapi orang tu suka. Dia pun rajin buat kat muka sendiri. Hahaha.. Dia rajin jaga hidung dia je. Part lain malas nak jaga. Kalau hidung tu hari-hari belek, tiap-tiap kali lepas mandi mesti buat. Ayyoo..Kalah I. Tapi iyela, nak buat kat muka sendiri, silakan. Tapi lepas tu muka saya pun jadi mangsa tu yang tak best. Tahan seminit dua je, lepas tu lari tak mo buat dah..Sakit ooo.. 




Ni besi blackhead remover hubby punya. Ni yang baru ni. Yang lama dah hilang. Sanggup dia beli yang baru tu.. Punyalah fanatiknya..hahaha . Mujur sekarang blackhead saya dah kurang. Dah jarang la saya jadi mangsanya..

Isnin, 6 Januari 2014

Upah Rindu

Alhamdulillah... Murah rezeki Aniq hari ni. Dapat upah sebab atok sedara rindu kat Aniq. ( ^_^) Padahal atok dah beli vco dengan mummy. Baru2 ni pun dapat hadiah daripada pak long masa pak long balik dari UK.  Sebelum tu pekerja abah pun ada bagi. Haihh..jelesnyalah mummy. Tak ada ke sape2 nak bagi hadiah kat mummy ni Aniq oitt..

Untung jadi budak kecik kan? Orang mudah suka walau buat muka macam mana pun. Kita?? buat muka comey pun belum tentu orang suka. Lagi orang menyampah adalah. Hehe.


Untung Aniq, untung juga mummy. Boleh la mummy cukai Aniq nanti..hewhewhew..sukanya.. ( berani?? dah besar dimintanya balik cane??)haha


Jumaat, 27 September 2013

Agent Catalyst, Muadzam shah, Pahang

Tiap kali baca kat mana2 pasal baby or kanak2, hati mesti sentap.. kenapa entah.. mungkin perasaan seorang ibu memang macam ni kot. Tengok budak2 mesti ingat kat anak. Apa2 pun ingat kat anak sambil dalam hati doa semoga Allah menjaga dia dan menyayangi dia seperti mana kami sayangkan dia.


Saya dah tanam azam nak cuba bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya rasa saya dah patut mula sekarang dengan cara jaga kesihatan diri dan keluarga. Saya pegang pada kata2, "ibu yang sihat dan bahagia kan membawa kesihatan dan kebahagiaan dalam keluarga". Produk supplement pilihan saya ialah daripada CATALYST. 


Kenapa CATALYST?

Sebab produknya natural, halal, diyakini selamat berkesan dan sedap * sebab saya dah pernah cuba*. Dan yang paling penting, produk2 catalyst ni masih dalam kemampuan kewangan kami. Tidaklah terlampau mahal, ada pun sedikit mahal tu saya rasakan berbaloi kerana kesan positif produk2 ni.



Sekarang saya dah jadi agent untuk catalyst area muadzam shah, pahang. saya nak sebarkan kebaikan vco ni pada seluruh penduduk muadzam, itu cita2 saya..* cewah, sempat lagi berangan..hehe* Sape2 yang berminat nak try, meh contact saya di 013-9855875. ataupun boleh jenguk2 page saya 
 https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop dan boleh nak order dan bertanya pada saya. Akhir kata, selamat ber'supplement' semua..:)





Jumaat, 16 Ogos 2013

VCO (minyak kelapa dara) CATALYST

Sebelum ni saya ada terbaca pasal keguguran rambut selepas bersalin. Ada yang teruk sampai hampir botak. Teringat saya pun pernah macam tu juga, tapi bukan sebab bersalin la.. hehe. Masa tu baru kawen, hubby tegur kenapa banyak sangat rambut gugur. Dah sapu lantai, ada lagi.. Huhu. Rasa malu sangat.
Pernah la try  petua orang² tua, guna inai dan telur ayam kampong. Tapi, yang jadi masalahnya kat sini susah nak dapat telur ayam kampong. Lama² jadi malas nak buat. Rambut gugur makin teruk. Masa tu cousin saya suggest VCO CATALYST.  Dia cakap VCO ni ok, untuk rambut pun boleh.  1st tu memang malas la nak try, tapi fikir² balik tak rugi pun kalau cuba sebab saya memang tahu kebaikan VCO.

Lebih kurang sebulan makan memang rasa rambut dah tak gugur sangat. Tapi, belum puas hati lagi. Lepas  dua bulan baru perasan rambut da makin lebat. Haha. Time tu rasa best giler la. Rambut pun nampak bersinar walaupun tak guna minyak. Hari² dok citer kat orang..hehe.  Kebetulan masa tu saya dah pregnantkan Aniq. Saya teruskan makan VCO untuk tambah tenaga sebab saya tak ada selera nak makan. Walaupun tak makan, vit doctor bagi pun tak ambil ( sebab loya kalau makan ) tapi hemoglobin (hb) saya tak pernah turun. Tetap macam tu sampai la nak bersalin.

Lepas bersalin, saya tak makan sebab masa tu lupa nak bawak ke hospital. Lebih kurang 2 minggu saya stop. Mungkin sebab saya istiqamah makan waktu mengandung, Aniq langsung tak terkena kuning. Kulit dia pun bersih je. Lepas dua minggu tu baru start makan balik. Saya langsung tak ambil apa² jamu Cuma makan vco. Alhamdulillah semuanya ok,walaupun saya bersalin bedah. Nurse yang datang ke rumah ingat saya bersalin normal kerana saya aktif.( pasal tu selalu kena bebel dengan mak mertua,mentang² rasa sihat,bantai buat ikut suka) hahaha.

Banyak lagi la pasal VCO CTALYST ni, nak taip pun letih dah jari. Kalau ada siapa² yang ada masalah tak kira lah dalaman ke luaran ke boleh try VCO ni. Memang tak rugi. Lagipun CATALYST ni selamat dan halal tau. Ada KKM lagi. Tak risau dah. Nak tahu lebih lagi boleh je whatsup atau mesej saya 013-9855875. Sekadar nak bertanya pun boleh, semua dialu- alukan.. Tak pun boleh like fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop?ref=hl . kat situ banyak info² pasal VCO dari CATALYST. Lain² produk CATALYST pun boleh tengok kat situ.

JOM SIHAT DENGAN CATALYST..  ^_^