nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

Resepi Bebola Ayam Mudah & Sedap

Hamboii ang... Tajuk bukan main.. hehe.. Sedap sangat ke? Ehh..mestilah sedap tau. Saya ni seronok tak terkata, sebab 1st time share resepi kat sini. Tapi rasa risau juga. takut orang tak faham pulak nanti. Kalau tak berapa faham boleh komen kat bawah ye. Sebelum tu meh layan dulu gambo yang saya buat..hehe..

Sorry, tak berapa cun..



Bebola ayam ni dah macam jemput pisang pulak..hehe

Saje je saya buat bentuknya tak bulat sangat. Nak makan sendiri aje, lagipun berkejar dengan Aniq yang soleh sangat tu. Asyik nak datang dapur je. Kita dok sibuk menggoreng, dia berdiri kat kaki kita. Bahaya sungguh!

Kat bawah ni bahan-bahan yang nak digunakan ye..

Bahan-bahannya

- isi ayam

- lada sulah / lada hitam

- garam

- serbuk roti

- telur

Cara-caranya


  • Kisar isi ayam dalam blender kering sampai hancur.



  • kemudian, masukkan garam, lada sulah & serbuk roti. Gaulkan sebati.



  • Bila dah sebati, masukkan pula telur. Masuk sikit demi sikit, sekadar untuk jadikan bentuk bulat. 



  • Panaskan minyak, lepas tu goreng..



Mudah kan??  Rasanya pun sedap tau..  Lepas ni kalau anak-anak nak makan, tak payah beli dah. Boleh buat sendiri je. Saya bukan setakat goreng, nak masak sup sayur pun saya letak bebola ni juga. Dah tak payah nak letak isi ayam. Dalam tu semua dah ada.


Semua yang kat atas ni tak ada sukatan. Korang boleh isi seberapa banyak pun yang korang suka. nak masin macam mana, nak pedas macam mana. Itu terpulang.
Lagi satu, kalau korang tak ada serbuk roti tu, korang kisar aje roti yang beli kat kedai tu. Biarkan roti tu kering sikit, kisar je dalam blender kering tu. Buat banyak-banyak boleh simpan.



Selasa, 28 Januari 2014

Blackhead remover~

Nak tanya la, korang rajin tak buat facial treatment?? Tak kisah la buat kat salon ke, kat rumah ke? Saya dulu-dulu masa bujang, pernah la jugak buat. Dulu duduk kat KL, mudah la sebab mudah nak cari tempat-tempat macam ni. Ada pernah saya buat kat bizzy body tu, ya ammpuunnn...mahai gilo..  Ada ke buang blackhead & blackwhite semata, kena bayar sampai rm300!!!  Nak nangis rasa masa tu. Jahat dorang!!


Dah kawen mana nak buat tu semua, kat Muadzam ni saya tak tahu kat mana ada buat. Lagi pun saya dah ada pembantu untuk buat semua tu kat muka saya..hehe. Tak lain tak bukan cik abe saya yang tersayang tu la. Tapi dia bukan rajin sangat nak tolong urut-urut muka wife dia ni. Yang dia rajin cuma satu je, tolong picitkan blackhead and whitehead kat muka. Tak suruh pun dia memang nak buat, hari-hari pun tak apa.
Bila dah macam tu jadi tak best la pulak. Sakit muka dibuatnya. Bengkak and merah-merah la muka. 


Tapi orang tu suka. Dia pun rajin buat kat muka sendiri. Hahaha.. Dia rajin jaga hidung dia je. Part lain malas nak jaga. Kalau hidung tu hari-hari belek, tiap-tiap kali lepas mandi mesti buat. Ayyoo..Kalah I. Tapi iyela, nak buat kat muka sendiri, silakan. Tapi lepas tu muka saya pun jadi mangsa tu yang tak best. Tahan seminit dua je, lepas tu lari tak mo buat dah..Sakit ooo.. 




Ni besi blackhead remover hubby punya. Ni yang baru ni. Yang lama dah hilang. Sanggup dia beli yang baru tu.. Punyalah fanatiknya..hahaha . Mujur sekarang blackhead saya dah kurang. Dah jarang la saya jadi mangsanya..

Harga Susu Aniq

Mahalnya harga barang-barang sekarang ni. Bila pergi pasaraya rasa nak pengsan tengok harga. Bukan sikit-sikit naiknya. Berkali-kali ganda dari harga asal. Tapi apakan daya dah itu je cara nak dapatkan barang, kalau ada yang boleh tanam, dah tanam dah.

Baru-baru ni beli susu untuk Aniq. Masa tu tak perasan lagi pasal harga. Ingatkan masih harga lama sebab tak dengar pula pasal susu akan naik harga. Dah sampai rumah, nak buat akaun, tengok harga....Ya ampun... Banyaknya naik....

Yang ni tarikh beli 14/12/2013


2 minggu kemudian.....



Hambek tu!!.... Sekali dia naik sampai 9 ringgit tu..  Ya Allah... Terkejut saya..  Banyak betul la naiknya. Aniq dah makin besar, susu 1.3 kg tu cuma cukup untuk 2 minggu je. Maknanya lepas ni kena tambah rm18  untuk tiap-tiap bulan untuk susu sahaja!!

Lemah longlai rasa tengok harga barang sekarang. Duduk dalam hutan ni pun betul-betul terasa, kalau duduk kat bandar tak tau la. Dengan tol bagai. Harap-harap tak ada dah barang yang naik harga lagi lepas ni. Nak beli barang basah pun takut. Punya lah mahal. Kalau ikan,sotong tu boleh tanam, saya tanam dah.. Kot-kot boleh tumbuh pokok ikan...hehehe



Isnin, 27 Januari 2014

Ratu Air Mata ~

Salam..Hi..korangg.. Lama juga saya menyepikan diri kan?? Kesian kawan-kawan yang jenguk kesini, tapi tak ada apa yang baru.. Bukan apa, buah hati saya dah semakin besar, dah semakin lasak. Terkejar-kejar saya nak buat itu ini. Bila dah penat, nak membebel kat blog pun tak de mood.

Bila tak menghadap pc, saya mesti la menghadap tv pulak. Salah satu program yang saya suka tengok ialah One born Every Minute.  Suka sangat tengok. Saya kalau tengok rancangan ni memang tak mo tengok rancangan lain dah. Yang lagi parah, tiap kali tengok mesti nak nangis. Kadang saya tengok yang ulangan, padahal saya dah tengok sebelum ni, tapi nak nangis jugak. *Memang ratu air mata betullah..*



Tiap kali tengok dorang menahan sakit nak lahirkan baby, saya teringat masa saya bersalinkan Aniq dulu. Saya tak la sakit mana, tapi saya faham perasaan ibu yang dah sampai masa yang nak lahirkan baby. Bila baby dorang dah lahir saya pun nangis sama. Kalau dalam episod tu ada 4 orang yang bersalin, 4 kali lah saya nangis..huhuhu~

Saya rasa perasaan bila dah jadi ibu tu sangat-sangat indah tak tergambar dengan kata-kata. Sampai sekarang saya tak pernah lupa setiap saat dari saya masuk wad bersalin, sampai  la keluar dari bilik bedah. Semua tu jadi memori yang boleh membuatkan perasaan saya sebak. Terlampau banyak emosi masa tu, takut, sedih, happy, gementar semua ada.

Apa-apa pun saya kalau boleh nak elak dari kena bedah lagi. Saya tekad nak bersalin normal pulak untuk anak yang akan datang. Walaupun doktor kat bilik bedah 10x lebih baik dari yang kat bilik bersalin biasa, tapi saya tak mo lah.. Serik sangat kena bedah. Masa nak masuk bilik bedah tu menangis aje saya. Sampai tekanan darah dah dekat 200..Fuhh..serik saya..


Rabu, 22 Januari 2014

Dah meninggal pun kena kerja~


Kawan saya baru je share ni tadi kat fb.. Cuba korang baca dia tulis tu.. Adoii...kelakonye la rasa.. Orang dah meninggal yang dia nak. Yang hidup lagi ni cane pulak ye.. Siapa nak ambik kerja??? Hahaah

Ada pulak yang kata, application deadline tu sampai 25 jan 2014.. Sempat lagi  kalau nak meninggal. Kot-kot boleh apply kerja tu..Hehehe

Apa-apa pun, semua ni lawak sahaja ye.. Korang jangan la marah pulak. Anggap je ni penawar bagi hati-hati yang sedang bersedih. And untuk orang-orang yang nak awet muda macam saya!! Gelak lagi.....hahahaha

coffee perisa LEMBU~





Korang pernah rasa tak coffee yang guna susu segar??  Jujurnya, saya tak pernah rasa sebelum ni. Tapi bila hubby buat,, yerk..!! saya tak boleh nak minum. eeee..pelik sungguh la rasa. Macam rasa lembu..

Hubby cakap jangan paksa kalau tak suka, tapi saya cuba lagi.. Ermm...memang tak boleh la. Rasa lembu sungguh!! Dia ok je, sebab masa dia pergi rumah abang ipar kat Uk, dia cakap orang sana minum coffee macam ini lah. Ok, pada dia, tak ok pada saya..hehe




Mayo untuk lembabkan kulit

Sapa suka makn mayonis? Kalau ada, kita geng. Heehee..Saya suka sangat makn mayonis tak kira lah makan dengan apa pun. Kadang-kadang saya makan macam tu je. Perghh..memang sedap..!!

Selain untk makan , mayonis ni pun boleh guna untuk lain. Antaranya ialah...untuk melembabkan kulit yang kering. Cara nak guna senang sangat. Sediakan :

  •   2 sudu mayonis
  • 1 sudu baby oil
Mix dua bahan ni, lepas tu sapu je kat mana bahagian yang kering. Tunggu dalam 10 - 20 minit macam tu, lepas tu korang cuci.  Insya Allah..Kulit terasa lebih lembab..


Pastikan jugalah sudu yang korang nak guna tu betul-betul bersih. Jangan jadi macam saya, sudu tu dah guna untuk cili, dah basuh rupanya masih terasa lagi pedasnya tu.. Rasa nak terbakar muka..haha. Lagi satu, kalau tak nak bubuh baby oil pun boleh. Saya tak bubuh pun. Lembab juga kulit.


Last sekali, kalau korang rasa sayang sangat nak guna mayo korang, korang beli je  vco ke,voo ke sapu je kat muka sebelum tidur. Madu pun boleh. Sapu je kat  kulit. Hasilnya memang best. Semua ni saya dah cuba, semua best..  Yang vco atau voo tu boleh nak biar kat kulit sepanjang malam, tapi madu jangan lah dibiarkan, kalau kena gigit semut jangan marah saya pulak tau~~

gambar ehsan dari pak cik google :)

Sabtu, 18 Januari 2014

Duta CATALYST NUTRACEUTICAL





Taraaaa..... Inilah dia duta Catalyst.!!  Nad Zainal yang comeyy...!!

Saya tak tahu tarikh rasminya bila dorang sign contract, tapi yang pastinya gambar ni saya baru dapat tadi. Copy dari page my cousin.

Nak cerita lah kan.. Dulu sebelum cik kak ni popular, saya memang friend dengan dia kat facebook.. Sebabnya nama kitorang hampir sama. NADIA..hehe.. Tapi masa tu dia baru-baru jadi artis. Orang ramai tak kenal dia lagi. Saya suka-suka friend dengan orang yang sama nama dengan saya masa tu. Tapi dah lam-lama  saya malas nak semakkan facebook dengan orang saya tak kenal, saya unfriend dia nih. Eehhh...dia femes pulok sekarang. Hurmm..nak add balik rasa macam tak mungkin je. haha

Sekarang dia dah popular, dah jadi DUTA catalyst pun. Saya yang tak minat ni jadi sukalah pulok kat dia. haha. *Sengal* Nad Zainal dah makan produk CATALSYT sebelum dia jadi duta lagi. Dia rasa ok, tu yang dia sign contract tu jadi duta. Sekarang CATALYST ada sistem reward pulak bagi ahli yang sampai target jualan. Adoii..dia pun nak jugak..haha Tengok..!! Sabor ajela.. * gurau aje yek!*



 Baguslah mempopularkan lagi CATALYST ni. Kami pun dapat tempiasnya sama. Jom-jom..siapa lagi nak jadi ahli? Boleh dapat banyak reward. Ada percutian, ada duit bonus, ada barang best-best. hehe. Cepat-cepat masuk dalam group kitorang okeyh!

Hurmm..penat dah membebel dipetang hari. nak off pulak, jap lagi nak balik kampung jumpa bonda mertua yang tercinta. Tata~ Doakan perjalanan kami selamat ye. *nabi mendoakan sahabat yang akan berpergian supaya selamat pergi & selamat kembali..jom hidupkan sunnah bersama* saya dapat ni dari seorang ustaz, lupa dah namanya. Andai kata saya salah, tolong betulkan ye..





Hadiah dari Pak Long

Balik kampung hari tu  Aniq dapat hadiah dari Pak Long. Tapi kami tak sempat jumpa pun sebab dia balik sekejap masa banjir teruk hari tu. Kat sini ada tanah runtuh, tak dapatlah kitorang balik. Sebab kami tak dapat nak  jumpa, mainan ni ditinggalkan kat rumah MIL saya.

Mainan ni sebenarnya jenis yang gantung lepas tu keluar muzik tu. Tapi sayangnya Aniq dah besar. Bila baringkan dia, meronta-ronta nak bangun. Hehe. Sudahnya saya buka lah tali tu. Yang holder tu saya simpan, bagi dia yang binatang-binatang tu je. Seronoklah Aniq, dapat pegang baru puas hati. Boleh juga nak gigit-gigit.




Tapi dalam banyak-banyak mainan depan Aniq tu, dia lebih suka yang teether tu. Suka sangat menggigit.  Mungkin nak tumbuh gigi agaknya.


Tarzan Dalam Rumah

Aniq sekarang kalau dalam rumah, Ya  Rabbi aktif semacam. Kalau jumpa kerusi mulalah nak tolak kesana-sini. Hobi baru dia sembur air liur, tarik rambut orang and menjerit. Adoiii..geram je rasa. kuat betul menjeritnya. Dah macam tarzan la pulak.

Budak baik ni kalau kat luar tak adalah macam gitunya. Kalau bawa keluar jarang sangat dia meragam. berbunyi pun tak. Tu seronok bawa dia keluar. Kawan-kawan saya mana yang tak tau, sangkakan Aniq ni sama je macam tu kat rumah. Hakikat sebenarnya dorang tak tau saya penat nak kejar budak baik ni. Hehehe

Aniq kalau dia dapat berdiri lagi dia suka. Menjerit dia....macam tarzan tu.. Kuat betul. lagi-lagi kalau berdiri sebelah kita, lepas tu dia menjerit, aih...hilang pendengaran sekejap. Nak marah pun tak boleh, dia bukan faham pun. Saya pujuk dia duduk and bagitau dia supaya slow kan suara. Tak tau lah dia faham ke tak, tapi respon dia bagus. Dalam 5 minit tu slow lah suara dia. *Alahamdulillah* Lepas tu jerit lagi.

Satu lagi yang Aniq suka, tak nak pakai baju. Ini selalunya kalau dia nak tidur. memang kena buka baju, kalau tak, dia susah nak tidur, guling sana guling sini. Tidurnya tak pun. Mata tutup mulut berbunyi. Bila dah buka baju, gosok belakang dia, selalunya mudah nak tidur. Tapi kadang-kadang tak jalan pun cara tu. hurmm...

suka sangat Aniq tak pakai baju, nasib baik boy.. 

Kalau dia dah dapat berdiri macam ni, memang seronok sangat. Menjerit-jerit, melompat-lompatlah Aniq. Lepas tu sembur air liur. Saya dengan hubby senyum je tengok gelagat dia. Orang selalu pesan, sabar dengan kerenah anak. Walaupun ada yang kita  tak selesa. Satu hari nanti, kita mesti rindu waktu-waktu dorang tengah aktif macam ni. Sedar-sedar anak kita dah besar, dah tak dapat nak diriba, didukung lagi.

Jumaat, 17 Januari 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah


Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Giveaway Birthday Azhafizah



Salam Jumaat~

Bismillahirrahmanirrahim.... Salam Jumaat semua...

Rasa dah lama sangat tak jenguk blog ni. Mungkin dalam 3 @ 4 hari macm tu kot. Sekarang pun masih dalam mood yang tak begitu bagus. Tapi tak mau lah biarkan aje blog ni. Dah janji nak buat, kena teruskan sampai habis, ye tak??

Sebenarnya bukan masalah apa sangat pun. Kecewa dengan komputer ni je. Tak sudah-sudah buat hal. Alhamdulillah, hubby dah tolong betulkan , tu yang sihat balik. Sekarang masa untuk mencari mood berceloteh semula.

Fikir-fikirkan, ada ke orang nak baca apa yang saya tulis kat sini. Tapi saya ingat, saya buat dulu bukan sebab orang, saya nak buat untuk saya sendiri, untuk anak-anak & family. So, tak ada orang baca pun tak ada masalah. Seronok bila fikir macam tu, tak la rasa tertekan sangat nak buat. Tak payah fikir nak cari tajuk best, cerita yang best semata nak orang baca.

Tapi untung juga pada blogger yang sentiasa ada pengikut, seronok saya tengok. Awal dulu macam tu jugalah target saya, sekarang dah lari sikit. Sebab utamanya pun saya kekurangan masa. Aniq yang dah semakin lasak, nak jaga rumah, suami,nak uruskan page lagi. Sakit kepala pula lama-lama menghadap komputer. tak apalah saya slow-slow je bergerak. Insya Allah saya tak kan abaikan terus blog yang merupakan diari family ni.


Si kecil ni perlukan perhatian 200% dari saya. So, utamakan yang utama. Yang lain Insya Allah akan menyusul kemudian..



Selasa, 14 Januari 2014

Pokok kobis saya ~

Bulan lepas,saya ada beli kobis. Kobis tu dorang dah belah 2. Nak beli yang besar tu takut tak termakan. Beli jela yang tu.

Balik rumah, tengok ada tumbuh tunas kat kobis tu. Ada banyak juga, lebih kurang 5 macam tu. Saya tengok macam comey je, saya cabut lepas tu letak dalam cawan yang ada tisu basah. Tiap-tiap hari la saya jenguk kobis tu kot bercambah akar. Tapi hampeh tak ada pun.

Masa balik dari kampung, MIL bagi anak pokok cili dengan limau nipis. Teringat kat kobis tu, saya semai kobis kat tepi pokok cili. Saje-saje la nak mencuba,mana tau boleh besar.

Semalam saya baru menjenguk pokok-pokok tu semua. Tengok-tengok...taraaa.. Pokok kobis tu elok je kembang. Dah tumbuh akar pun. Haha.. Seronok tak terkata.. Semangat nak tanam lagi ni.. Memandangkan sayur pun mahal, sesuai sangat la nak menanam sekarang. Jimat duit..hehe

Isnin, 13 Januari 2014

145... Its me!

Saya ni kecik je orangnya. Selalu kalau balik kampung, kena usik dengan hubby suruh ukur tinggi dengan anak sedara. Mentang- mentang la anak sedara dia dah nak sama tinggi dengan saya. Berapa tinggi saya?? Haa... Tu kat atas dah tulis.. Just 145cm je.. Tepat-tepat145cm tau..

Nak buat macam mana, dah mak saya pun kecik comey je. Masa bersalin kan Aniq dulu, nurse tengok dia kecik, dorang pun tak boleh kata apalah, dah saya pun kecik. Baru-baru ni saya join mesyuarat rukun tetangga kawasan saya ni. Saya orang baru, tak kenal sape2, hubby tak ada, saya bawa adik bongsu saya teman. Pelik jugalah kenapa orang pandang-pandang semacam, rupanya dorang ingat adik saya ni suami saya. Sempat lagi cakap kat kitorang, "muda lagi dah kawen".

Rupanya dorang ingat saya baru umur belasan tahun.. Aduhai mak cik, saya dah 24 la *tahun 2013*.. Bukan budak lagi.. Badan je kecik.. Yang ni adik saya. Suami kerja, saya bawa adik teman..Semua pakat cakap.. "oooo... ingatkan suami tadi" Saya dah bengang sikitlah, tapi biarkan aje. Sebab dah biasa dah sebenarnya macam ni. 

Masa raya tahun lepas, saya beraya kat rumah mertua, datang kawan MIL saya, terus cakap ni cucu yang mana. Habislah kena gelak dengan semua orang.. Malu oooo... Bila MIL saya bagi tahu yang sebenar, mak cik tu serba salah sangat kat saya..Dok asyok minta maaf je kat saya... hahaha... Tapi apakan daya, dah memang saya selalu kena macam tu..Redha ajela kan..

Saya harap tahun ni dapatlah menyamar jadi budak-budak. Nak kumpul duit raya lagi.. Ok...ada tak sape2 nak bagi duit raya kat sweet 16 ni????  hahaha... Hubby saya cakap nak muntah dengar... Jangan jeles..Orang kecik ni selalu awet muda tau... Ye ke tak?? Sila jawab ye..hehehe
Tengok gambor tu... Puas dah cuba tinggikan diri tu.. Dah pakai high heel pun tak cukup tinggi lagi.. Haaih... Ni gambar raya tahun lepas ni.. Tu yang berbaju melayu bagai cik abang tu.. Kalau tak, jangan harap lah dia. Muka saya kat gambar tu sila abaikan ye.. Ntah kenapa nampak sepet pula mata..hehe

Catalyst dalam Berita Harian!!

Yang ditunggu-tunggu dah tiba!! Yeay! Catalyst dalam paper lagi. Dalam Berita harian hari ni..

Sebenarnya ni bukan kali pertama Catalyst di dalam artikel. Sebelum ini dah 2x dalam harian metro, 2x juga dalam berita harian.

Ini adalah bukti Catalyst bukan calang-calang produk. Ini bukan dalam ruangan iklan, tapi artikel tentang produk terbaru iaitu vco antioxidant series. Ada vco argan. Ada vco apricot, ada vco delima.

Vco sebenarnya dah popular di banyak negara. Malaysia hanya baru bermula. Tapi tak bermakna vco kita tak bermutu. Vco dari Catalyst adalah buktinya.

Sabtu, 11 Januari 2014

Happy Birthday!!

Masa awal tahun hari tu, kitorang sambut  bithday mak mertua saya kat kampung. Tarikhnya 1/ 1. Semalam 10/ 1 pula ada 4 orang yang saya kenal sambut birthday serentak. Dorang bukanlah adik beradik ke apa. Tempat pun lain2. Cuma, kebetulan ulang tahun kelahiran dorang jatuh pada tarikh yang sama.

Yang 4 orang tu adalah, adik bongsu saya, adik sepupu, pak cik husband and kawan husband merangkap kawan saya jugalah. Tapi tak tau lah dorang sambut ke idaknya. Yang pasti adik saya memang tak sambut la, budak lelaki mana heran pun kan.. 

Korang nak tengok muka cun and muka hemsem adik2 saya yang birthday dorang semalam..?? Taraaa...






Saya tak ada hadiah untuk dorang berdua ni. So, saya tolonglah femeskan muka dorang kat sini.. Manalah tau ada yang berkenan nak buat menantu..haha.. Actually, yang girl ni namanya Nora. Adik sepupu sorang ni duduknya kat utara sana tu, kat perlis. Lama gak la tak jumpa. Tau2 dah masuk U. Besar dah dia. Sikit lagi nak kawen dah.. Last jumpa dah tak ingat bila, mungkin 5,6 tahun lepas kot.

Apa2 pun saya nak wish pada semua yang sambut birthday semalam 10/1. Acik Him, saiful, nora, adik.  Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia bersama yang tersayang ( keluarga dll ) selama-lamanya, sampai ke syurga. Di doakan juga semoga segala impian akan menjadi kenyataan, bertambah juga iman & taqwa Insya Allah.... Aminn Ya Rabbal Alamin.... 



Rabu, 8 Januari 2014

Terbaru Lagi ~

Alhamdulillah... Berita gembira lagi hari ni. Catalyst betul2 tunaikan apa yang dikata. Makin lama makin maju kehadapan bersama kami peminat setia mereka.. Hehehe..

Hari ni dah lancar lagi produk baru. Tidaklah baru sebenarnya, tapi yang ditambah baik. Kan saya dah cakap sebelum ni Catalyst lain dari produk lain? Kilang mereka bukan setakat mempunyai GMP, tapi juga ada R&D. Tak semua kilang ye ada R&D. Hanya yang tertentu sahaja. Kerana itulah setiap kilang yang mempunyai R&D produknya akan ditambah baik dari masa kesemasa.

Kali ni dah keluar pula High Quality VCO from CATALYST dalam 3 versi yang terbaru. Apa dia......?? taraaaa.....



VCO dengan minyak biji delima


VCO dengan minyak apricot


VCO dengan Minyak Argan Organik


Ok, meh kita cerita pulak apa fungsi bagi setiap vco baru ni.

 - vco with Pormegranate Seed Oil

Ramai dah tahu tentang manfaat yang boleh kita dapat dari delima. Mengikut kajian, delima mengandungi antioksida yang membantu dalam penjagaan kesihatan badan. Ia membantu pencernaan, bermanfaat bagi jantung, memperbaiki sel-sel tubuh, menurunkan kolestrol,menjaga otak bayi, mencegah alzheimer. Banyak lagi manfaat delima yang kini telah digabung bersama dengan vco CATALYST yang bermutu tinggi.


 - VCO with Apricot Kernel Oil

VCO yang ini pula fokus utamanya adalah untuk merawat Kanser & CystApricot mengandungi Amigdalin yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan. Terdapat banyak cara melawan kanser, salah satunya dengan mengamalkan vco with apricot kernel oil dari CATALYST ni..


 - Vco Certified Organic Argan Oil

Minyak Argan juga dikenali sebagai minyak magic. Ia mengandungi essential fatty asid, omega 3 & 6 serta sangat kaya dengan vitamin E berbanding minyak zaitun. Keupayaan minyak argan pada kulit adalah sama seperti minyak kelapa dara. Jadi bila keduanya bergabung, ia menghasilkan kesan yang luar biasa. Kulit semakin cantik, halus, tegang dan glowing. Minyak argan ini banyak digunakan dalam kosmetik kerana manfaat yang sangat bagus pada kulit. Salah satu produk yang menggunakannya adalah produk kosmetik adalah produk Dato' Siti Nurhaliza.


Kesemua VCO ini dijual cuma dengan harga Rm 65 sahaja. Bagi yang nak jaga kesihatan & kecantikan kulit, tapi bajet bawah Rm100. Ini lah produk yang patut sangat korang cuba. Kesannya dah dibuktikan dimakmal CATALYST. So, jangan risau ye sayang-sayang semua. Nak order meh klik sini


Meh kita tengok gambar VCO dari sudut lain pula ye.. ENJOY....  Cun kan kotak yang baru ni?? Saya suka sangat. Kerana packaging CATALYST yang sangat kemas dan cantik ni, ramai yang sangka CATALYST produk bukan bumiputra. Malah masa menang di HALFEST 2013 kat Mines hari tu pun salah satunya adalah kerana pembungkusannya yang benar2 menarik perhatian.. Saya bangga bersama CATALYST.. 
















Kena Tipu??

Aduh....Sakitnya hati. Komputer yang baru je  beli sebulan yang lepas dah rosak. Aduhai... Apa kes. Inilah sebabnya tak pernah nak selesai mengedit blog. Komputer asyik buat hal memanjang.

Beli komputer ni dekat low yatt sana, bila jadi masalah macam ni memang payah la. Tak kan nak pergi sana pula semata2 nak hantar baiki.  Haih..geram sangat2 dah ni.

Pula baru2 ni terbaca kat blog mazidul pasal orang pakistan menipu customer. Dia bagi barang rosak pada customer. Sekarang saya risau takut2 kami terkena juga. Kena tipu ke kitorang ni sebab baru beli sebulan tu dah rosak. Memang buat saya betul2 geram.

Hubby pula busy sangat2. Mana ada masa nak tengok2kan apa masalah pc. Aduhai...makin hilang kesabaran ni..

credit to mr. Google

Selasa, 7 Januari 2014

1001 khasiat & manfaat VCO



" Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan didunia" Dr. Bruce Fife. Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.



Berikut adalah khasiat dan manfaat luar biasa vco bagi kesihatan & kecantikan. VCO mengandungi asid laurik yg mempunyai pelbagai manfaat dlm penjagaan kesihatan. Susu ibu juga adalah salah satu sumber asid laurik.

1. Memelihara kesihatan kulit dan rambut.


- Ia mempercepat penggantian sel2 kulit yang mati dengan sel baru. Ia juga melindungi kulit dari sinaran UV. Ia juga membantu memelihara kelembapan kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat,mengembalikan keanjalan & kelembutan kulit. Sel2 rambut pula mendapat zat yang cukup untuk tumbuh sihat dan kuat. Ia tak mudah gugur,malah kulit kepala lebih bersih tanpa kelemumur.

2. Anti kuman


- disebabkan vco mempunyai asid laurik yg tinggi, vco memiliki sifat anti kulat, anti virus dan anti bakteria. ia membunuh virus seperti herpes, hepatitis c, selesema, dan lain2. Dikatakan juga boleh memperlambat virus HIV. Ia juga membunuh bakteria penyebab pneumonia, jangkitan salur kencing,jangkitan kulat, yis, ruam lampin dan banyak lagi. Ia juga merawat masalah keputihan yang teruk.

3. Meningkatkan imunisasi


- Asid laurik dalam vco yg sama seperti dalam susu ibu juga membantu menjaga sistem ketahanan badan. Ia dapat melindungi tubuh dari terdedah kepada penyakit.

4.Menurunkan kolestrol


- Vco dapat menurunkan paras kolestrol jahat dan membantu meningkatkan kolestrol baik atau HDL. Kajian telah dilakukan sejak tahun 1930-an oleh pakar2 negara barat, ia terbukti membantu mengekalkan kesihatan menyeluruh pada manusia.

5. Khasiat pada ibu mengandung & menyusukan anak.


- vco memberi tenaga segera pada ibu2 hamil & membantu meningkatkan imunisasi ibu dan bayi. Juga akan memudahkan proses kelahiran, mengatasi keputihan, mengurangkan loya, alahan,bagi zat tambahan pada baby dan ibu, memperbanyak dan mempertingkatkan kualiti susu ibu. 
. Ibu yang mengambil vco sepanjang hamil, bukan je menguatkan ketahanan bayi,malah ketika lahir, bayi lebih bersih dan sihat. Boleh juga disapu bagi mengurangkan strechmark ,malah kesan2 alahan kulit yang terjadi masa mengandung pun boleh hilang.


6. Mengawal jantung,darah tinggi, kencing manis..


- Bagi pesakit kencing manis, pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin dan sel bekerja lebih cekap dengan mengambil gula cukup sekadar keperluannya. Bagi pesakit jantung dan darah tinggi, ia menarik keluar lemak2 terkumpul dalam salur darah dan membawanya keluar dari tubuh. Mengamalkan vco, dapat mencegah pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi punca serangan jantung.

7. mencegah osteoporosis


- Anti oksida semulajadi dalam vco adalah penghalang pembentukan radikal bebas. ia dapat menjaga tulang dari rosak. Ia juga membantu penyerapan mineral2 penting bagi tulang iaitu kalsium dan magnesium.

8. merawat hepatitis


- Asid laurik dapat membunuh virus penyebab hepatitis. Ia juga mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas yang disebabkan oleh ubat, virus atau alkohol kerana terdapat anti oksida semulajadi didalamnya.

9. Mencegah kasner


- Minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu, sel darah putih mampu bertindak secara maksimum memusnahkan sel kanser.

10. Mengurangkan Berat Badan


- Vco dapat terus masuk kedalam salur darah dan terus digunakan, jadi ia tidak disimpan dalam badan. Semasa asid laurik dugunakan, ia turut membakar lemak2 tak perlu yang menimbun dalam badan. Ia juga membantu memberi rasa kenyang dan tak mudah rasa lapar. Ia akan meningkatkan metabolisma dan akhirnya badan jadi lebih ringan. 


11. Tenaga segera

 - Seperti yang saya nyatakan diatas, vco mudah larut dalam air liur dan oleh kerana vco adalah dari jenis Medium Chain Triglycerides ( MCT) ia mudah diserap oleh kapilari darah bawah lidah. Ia terus dihantar kehati untuk terus digunakan. Jadi ia terus digunakan, ditukarkan menjadi tenaga yang diperlukan.

12. Memperbaiki masalah pencernaan

 - Vco memperbaiki masalah pencernaan dan membantu penyerapan vitamin dan khasiat2 ari makanan dengan lebih baik. Kerana ini jugalah, setiap produk catalyst, disarankan ambil bersama vco.

13. Ekzema
 - eczema adalah masalah kulit yang selalu menjangkiti bayi dan kadang kala boleh membawa hingga dewasa. Walaupun eczema bukanlah penyakit berjangkit. Vco dapat membantu mengatasi masalah eczema yang sering meresahkan bayi dan juga ibu bapa.

14. Pelembab kulit

 - Vco dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Sapu pada kulit setiap malam, dan rasakan betapa lembutnya kulit keesokan pagi. Boleh juga disapukan pada kulit sebagai pelembap sebelum bermake up, hasilnya make up akan lebih tahan lama.

15. Menghilangkan dengkur

 - 
Banyak lagi khasiat VCO dalam membantu kita mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Dengn harga cuma RM 46.00 ( termasuk pos) ia menjaga kesihatan kita dari rambut hingga ke kaki, dari dalam hingga keluar. Tak rugi melabur sedikit wang, agar kesihatan lebih terjaga. Bukan ke mencegah tu lebih baik dari merawat?? 

Isnin, 6 Januari 2014

Upah Rindu

Alhamdulillah... Murah rezeki Aniq hari ni. Dapat upah sebab atok sedara rindu kat Aniq. ( ^_^) Padahal atok dah beli vco dengan mummy. Baru2 ni pun dapat hadiah daripada pak long masa pak long balik dari UK.  Sebelum tu pekerja abah pun ada bagi. Haihh..jelesnyalah mummy. Tak ada ke sape2 nak bagi hadiah kat mummy ni Aniq oitt..

Untung jadi budak kecik kan? Orang mudah suka walau buat muka macam mana pun. Kita?? buat muka comey pun belum tentu orang suka. Lagi orang menyampah adalah. Hehe.


Untung Aniq, untung juga mummy. Boleh la mummy cukai Aniq nanti..hewhewhew..sukanya.. ( berani?? dah besar dimintanya balik cane??)haha


Ahad, 5 Januari 2014

Clumsy ~



 Ini bukan kerja saya ni. Ni kerja en suami yang sangat2 perihatin pasal wife dia. Saya tak ingat kenapa dia tolong update pasal ni. Mungkin sebab dulu saya rajin terhantuk kepala kat katil kot. Haha Tak tau la kenapa jadi macam tu. Nak bangun ke nak baring ke, mesti nak terhantuk juga. Apa lagi, orang tu tolong gelak ajela. Fuh...malu~

Dulu saya tak perasan yang saya ni clumsy. Tapi bila  my hubby suka sangat cakap saya clumsy,  barulah saya perasan. Bukan tak nak berubah, tapi susahnya. Saya ni memang kelam kabut je memanjang. Nak buat sesuatu tu, walau dah prepare baik2 pun lama2 jadi kelam kabut balik.  

Baru2 ni balik kampung, nak cepat sangat,  saya terpecahkan jug mak mertua saya. Sebelum tu saya rosakkan iron. Sebelum tu lagi pecahkan cawan. Dah macam budak2 dah pecahkan barang2. 

Disebabkan perangai saya yang clumsy ni jugalah sokmo je jadi malu. Masa keluar dari klinik,laju je saya keluar. Hubby masih lagi duduk selamba kat kerusi klinik. Saya pusing belakng, saya cakap kat dia " abang tak nak balik ke?". Dia balas, "ayang nak pergi mana?"  Dalam hati saya ,kenapa dia nak main2 pulak, udah le ramai yang memandang. Saya jawab, "nak balik lah, jom". Saya pun nak keluar. Hubby jerit, " ayang, kereta kita kat belakang ni je" hubby tunjuk pintu satu lagi. " eh, yeke?..hahahaha" saya gelak malu. Orang lain apa lagi, tengok drama kami suami isteri tu gelakkan saya.  Terpaksalah masuk balik dalam klinik dengan muka tebal. Dalam kereta, puas la kena kutuk. Saya buat muka tak tau je. hehe

Sebenarnya situasi macam ni dah banyak kali jadi. Ntah la, saya ni mungkin suka fikir banyak, tu kadang jadi lupa buat apa tadi. Bila lupa, laju je la nak buat menda lain. Dah tu malu. Awal2 kawen dulu selalu sangat kena macam ni dengan hubby. Pula, saya dengan dia masih belum kenal betul. Makin malu lah saya. Sampai merah2 muka. Hubby lagi suka menyakat.. Lagi merah muka saya, lagi dia suka.

Pernah juga kat rumah mak mertua,saya tengok tv, ntah kenapa saya jadi melatah.. Opocot mak kau lah, apa2 lah keluar. Tak lah teruk, tapi saya baru je lagi kawen, malu giler2 dengan mak mertua. Spontan saya gigit jari. Hah, hubby yang duduk kat sebelah apa lagi, gelak sakan tak ingat dunia. Malu punya pasal, tunduk je saya. Muka dah rasa berbahang dah. Bila dah rasa kurang malu, baru angkat muka sambil cubit2 hubby.

Sampai sekarang benda2 ni masih lagi terjadi. Baru2 ni pun ada, tapi melibatkan orang lain. Malu tak usah cakap lah, tapi lama2 saya dah pandai control malu tu. Tak adalah segan sangat. hehe.. Tapi malangnya saya still belum boleh control sifat clumsy ni. Sekian..~ Hehehehe

Jumaat, 3 Januari 2014

Coffee yang memabukkan

Adoii...Pening kepala ni. Dari malam tadi dah. Dah keluarkan isi perut pun masih lagi terasa kesannya. Orang tak beringat, tak berjaga, macam ni lah. Bila dah kena baru nak insaf.

Puncanya malam tadi minum Indocafe. Saya memang tak boleh minum instant cafe yang jenis2 ni. Mula lah, mabuk mengalahkan orang mengandung. Pening, loya, semua ada.Nescafe pun satu geng juga lah.

Baru minum secawan, terus rasa nak pengsan dah. Angin rasa dah naik ke kepala. Selalu juga jadi macam ni. Tapi ada juga yang tak ada pun. Elok je nak minum berapa banyak pun. Saya pula dah lama tak minum, dah terlupa pula pasal masalah saya ni. Sebab tu dulu, saya panggil nescafe tu air pening, sebab lepas minum mesti jadi pening.

Mujur juga lah pagi ni dah rasa makin ok. kalau tak, tergolek aje lah. Aniq la kesian, tak ada yang nak tengok.Ntah apa jenis masalah saya ni. Dulu tak boleh minum milo. Lepas tu tak boleh nak makan telur. Semuanya jadi pening, loya, rasa nak pitam.

Milo tu rasa macam nak jadi balik,telur tu saya pastikan beli yang mahal je sebab yang tu tak ada pula nak jadi loya ke apa. Yang biasa boleh je nak makan, tapi kena tengoklah, kalau tengah ok, tak ada apa masalah. Kalau tengah tak ok, baru pecahkan telur, dah rasa nak terkeluar isi perut.

saya sebenarnya suka coffee..lagi2 jenis2 coffee yang ni.

Apakah??

2/ 1 semalam, sekolah dah mula dibuka. Ada adik2 kecil yang baru 1st time mulakan persekolahan. Ada yang dah masuk tahun kedua and seterusnya. Tapi cerita2 menarik dah tentulah pasal adik2 yang baru 1st time bersekolah kan??

Kat facebook ramai betul yang share pasal budak tersepit kat kerusi. Pelik betul saya. Sana sini ada je yang terperosok masuk kat kerusi tu. Nak tergelak pun ada. Tapi lebih pada kesian. Dah jadi cerita paling popular dah budak2 ni.

Macam mana jadi gitu, saya tak pasti. Belum baca beritanya. Tengok gambar je tadi. Apa2  pun memang famous la kan,dah masuk paper.. Hehe. Tu juga boleh dijadikan kenangan. Gelagat masa mula2 masuk sekolah kan? Seronok untuk dikenang..

1 hari bulan 1...

Amboi... Syok saya cutikan blog 2 hari ye. Konon nak sentiasa update blog. Ni baru beberapa hari masuk tahun baru, dah bercuti pulak. Hangat2 ____ ____ ( isi la sendiri tempat kosong tu,malas saya nak tulis. Geli la pulak..haha

Apa la, ni bukan nak cerita pasal azam ke apa. Sebenarnya nak cerita pasal tarikh 1 hb 1 hari tu. Tarikh tu sebenarnya ulang tahun kelahiran mak mertua saya. Alhamdulillah, tahun 2014 ni, dah 63 tahun dah.

Walaupun dah 63 tahun tapi masih sihat lagi,macam baru umur 50 lebih je. Mak ni rajin makan supplement tau. So,badan sihat. Saya pun nak jadi macam mak. * hehe,berangan tak sudah minah ni*

Masa kat kampung semua ada. Kecuali abang ipar yang sulung dan adik ipar bongsu dgn wife dia. Abang ipar kat Uk, adik ipar kat scotland. Dorang jauh,tak apalah. Janji kami yang dekat ni ada kan??

Hari tu saya terlupa nak wish happy birthday kat MIL saya. Dah perjalanan balik baru teringat. Nak call dah segan pulak. Haha. So,saya wish kat sini jela ye. Harap mak baca nanti. Hehe.

Saya nak ucap selamat ulang tahun kelahiran yg ke 63 pada bonda mertua saya, Hajjah Nurul Niah. Semoga Allah memberi kesihatan yg baik pada mak. Kami sayang mak.

Rabu, 1 Januari 2014

Tahun baru

Jam dah melepasi 12 tgh malam. Maknanya sekarang dah masuk tahun 2014. Ramai wish happy new year. Thanks sume.

Tapi saya tersentap kejap. Ada orang bagi tau kenapa nak sambut tahun baru? Kan tahun kristian tu. Err..saya tak sambut.

Rupanya maksud dia macam ni. Tahun masihi kan tahun yang orang kristian. Pada dorang,masuk 1 januari itu tahun baru dan disambut meriah. Sedangkan agama islam tahun barunya 1 muharram pada tahun hijrah. Orang Islam sambut 1 muharram saja,baru betul.

Bila difikir2kan,ada betulnya kata2 dia. Jadi tahun ni tak adalah ucapan tahun baru dari saya. Saya tak rasa pun ucap tu satu dosa sebab bukan melibatkan agama @ kepercayaan. Tapi saya hormati pendapat orang tu seperti yang dia cakap, " Lain sekolah, lain ajarannya. Jadi, hormatilah perbezaan selagi tak melanggar syarak".

Peace~