nuffnang

Memaparkan catatan dengan label anti bakteria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anti bakteria. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2015

Adik Accident!

Assalamualaikum..

Hari  ni jumaat, kiranya hampir seminggu dah saya tak update blog, dan seminggu jugalah adik saya dah terlantar kat hospital akibat eksiden. Susah nak cerita apa perasaan sekarang ni. Rasa masih macam tak percaya, rasa macam terdengar aje lagi bunyi motor dia balik dari kerja  setiap hari.


Kisahnya jumaat lepas, adik saya nak balik dari kerja masa tu tengah hari orang nak pergi sembahyang jumaat. Dari cerita adik, pemandu kereta tu keluar dari simpang tiba-tiba. Tak sempat nak elak, terus aje motor adik saya langgar kereta orang tu, berpusing lah motor tu. Jahanam belakang nya. Adik masa tu dah tak boleh bangun langsung pun, tapi  dia masih sedar. Dia tanya pada mak cik tu kenapa keluar tiba-tiba? Dia kata tak nampak adik saya. Dalam keadaan tak boleh bangun tu, adik saya dah agak yang mesti ada tulang yang patah. Lepas tu dia pengsan.

Saya kat rumah , dah rasa tak sedap hati sebab dah petang tapi adik tak muncul-muncul. Time tu umy saya call bagi tahu yang adik dah kat hospital. Allah... rasa nak tercabut jantung saya! Allah...Berat sungguh rasa. Kat hospital, doktor bagi tahu yang tulang pinggul dah patah. kena ke Kuantan segera, buat pembedahan segera. Petang tu juga dia ke Kuantan, malam tu juga bedah. Settle semua pukul 5 pagi. Saya dengan adik & anak-anak semua termasuk abah & umy saya, cari bilik hotel. Rehat dulu. Hubby , adik ipar & adik saya yang lelaki tunggu sampai adik keluar bilik bedah, sampai masuk wad.

Pagi tu bergilir. umy & abah pergi dulu jenguk adik. Yang dah berjaga malam tadi dah boleh rehat, tidur. Saya dalam pukul 8 lebih macam tu dah tak boleh tunggu. Ajak adik perempuan saya, ajak ke hospital. Anak-anak semua tinggal. Alhamdulillah, dapat juga masuk walau awal pagi. Adik saya dah sedar time ni. Tapi bila doktor terangkan tentang dia, kami tak boleh nak tahan sedih. tapi itulah ujian yang Allah berikan pada kitorang. Nak tak nak kena hadapi juga. Alhamdulillah doktor & nurse semuanya sangat baik. Nak tanya apa pun, diorang layan je. jawab je. Syukur...


Hari ketiga adik kat wad, jantung pulak makin lemah. Paru-paru dia pun bermasalah. Terus kena masuk icu. Saya agak pelik mula-mula kenapa tiba-tiba. Rupanya doktor agak dia dah memang bermasalah dari dulu lagi. Kes nya sebab adik saya ni dulu lahir tak cukup bulan, paru-paru dia ada masalah. Tapi mungkin sebab masalah tu tak besar, so nampak dia sihat aje. Tapi bila dah sakit macam ni barulah nampak kesan sebenar dia. Masa ni kitorang rasa down sangat dah. 

Mujurlah adik saya cuma 3 hari dalam icu, hari khamis semalam dia dah boleh pindah semula ke wad yang dia duduk mula-mula tu. Masa ni dia dah dibenarkan makan & minum. Minum yang manis-manis tu pun dah boleh. Saya dah tanya doktor, dia suggest bagi minum air madu & jus kurma. Bagi juga makan vco. Kata doktor, vco bagus untuk bunuh bakteria, kuman-kuman yang ada dalam badan. Sebab vco ada anti bakteria,anti fungus semua tu. Bagus lah kan, kebetulan saya ni penjual vco. Mudah la nak dapat stok. Tapi hampehnya kakak dia ni, pi hospital, terlupa nak bawa vco tu. Kesian adik saya, sampai hari ni masih tak dapat lagi vco dia.

Adik saya ni mungkin lama lagi dalam wad. tak tahu berapa lama. Dia agak down sebenarnya. Bila orang cakap, jangan sedih, kalau ko dah dapat duit insuran nanti, seronok la dapat duit banyak. Tapi dia  rasa lain, walau berapa banyak duit dia dapat, tak kan sama dengan nikmat kesihatan yang selama ni dia rasa.  Apalah guna duit, kalau dia tak cukup sempurna sama macam sebelum ni. Dia kata, biarlah dia susah bekerja cari duit dari duduk diam ada duit. Tak kan sama rasa nya. Yup....Saya sedih dengar kata-kata tu dari dia. tapi saya tahu, adik saya ni seorang yang tabah, kuat semangat, tak mudah mengalah. Saya sentiasa doakan dia supaya sembuh sama  macam dia yang sebelum eksiden ni.

Kawan-kawan yang tersayang semua, tolonglah doakan untuk kesembuhan adik saya. Juga untuk menguatkan lagi semangat dia yang kadang-kadang hilang ditelan kesedihan. Saya risaukan dia. Takit bila stress tu nanti buatkan dia lambat sembuh..


adik saya masa 1st day kat wad. 


Selasa, 7 Januari 2014

1001 khasiat & manfaat VCO



" Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan didunia" Dr. Bruce Fife. Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.



Berikut adalah khasiat dan manfaat luar biasa vco bagi kesihatan & kecantikan. VCO mengandungi asid laurik yg mempunyai pelbagai manfaat dlm penjagaan kesihatan. Susu ibu juga adalah salah satu sumber asid laurik.

1. Memelihara kesihatan kulit dan rambut.


- Ia mempercepat penggantian sel2 kulit yang mati dengan sel baru. Ia juga melindungi kulit dari sinaran UV. Ia juga membantu memelihara kelembapan kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat,mengembalikan keanjalan & kelembutan kulit. Sel2 rambut pula mendapat zat yang cukup untuk tumbuh sihat dan kuat. Ia tak mudah gugur,malah kulit kepala lebih bersih tanpa kelemumur.

2. Anti kuman


- disebabkan vco mempunyai asid laurik yg tinggi, vco memiliki sifat anti kulat, anti virus dan anti bakteria. ia membunuh virus seperti herpes, hepatitis c, selesema, dan lain2. Dikatakan juga boleh memperlambat virus HIV. Ia juga membunuh bakteria penyebab pneumonia, jangkitan salur kencing,jangkitan kulat, yis, ruam lampin dan banyak lagi. Ia juga merawat masalah keputihan yang teruk.

3. Meningkatkan imunisasi


- Asid laurik dalam vco yg sama seperti dalam susu ibu juga membantu menjaga sistem ketahanan badan. Ia dapat melindungi tubuh dari terdedah kepada penyakit.

4.Menurunkan kolestrol


- Vco dapat menurunkan paras kolestrol jahat dan membantu meningkatkan kolestrol baik atau HDL. Kajian telah dilakukan sejak tahun 1930-an oleh pakar2 negara barat, ia terbukti membantu mengekalkan kesihatan menyeluruh pada manusia.

5. Khasiat pada ibu mengandung & menyusukan anak.


- vco memberi tenaga segera pada ibu2 hamil & membantu meningkatkan imunisasi ibu dan bayi. Juga akan memudahkan proses kelahiran, mengatasi keputihan, mengurangkan loya, alahan,bagi zat tambahan pada baby dan ibu, memperbanyak dan mempertingkatkan kualiti susu ibu. 
. Ibu yang mengambil vco sepanjang hamil, bukan je menguatkan ketahanan bayi,malah ketika lahir, bayi lebih bersih dan sihat. Boleh juga disapu bagi mengurangkan strechmark ,malah kesan2 alahan kulit yang terjadi masa mengandung pun boleh hilang.


6. Mengawal jantung,darah tinggi, kencing manis..


- Bagi pesakit kencing manis, pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin dan sel bekerja lebih cekap dengan mengambil gula cukup sekadar keperluannya. Bagi pesakit jantung dan darah tinggi, ia menarik keluar lemak2 terkumpul dalam salur darah dan membawanya keluar dari tubuh. Mengamalkan vco, dapat mencegah pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi punca serangan jantung.

7. mencegah osteoporosis


- Anti oksida semulajadi dalam vco adalah penghalang pembentukan radikal bebas. ia dapat menjaga tulang dari rosak. Ia juga membantu penyerapan mineral2 penting bagi tulang iaitu kalsium dan magnesium.

8. merawat hepatitis


- Asid laurik dapat membunuh virus penyebab hepatitis. Ia juga mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas yang disebabkan oleh ubat, virus atau alkohol kerana terdapat anti oksida semulajadi didalamnya.

9. Mencegah kasner


- Minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu, sel darah putih mampu bertindak secara maksimum memusnahkan sel kanser.

10. Mengurangkan Berat Badan


- Vco dapat terus masuk kedalam salur darah dan terus digunakan, jadi ia tidak disimpan dalam badan. Semasa asid laurik dugunakan, ia turut membakar lemak2 tak perlu yang menimbun dalam badan. Ia juga membantu memberi rasa kenyang dan tak mudah rasa lapar. Ia akan meningkatkan metabolisma dan akhirnya badan jadi lebih ringan. 


11. Tenaga segera

 - Seperti yang saya nyatakan diatas, vco mudah larut dalam air liur dan oleh kerana vco adalah dari jenis Medium Chain Triglycerides ( MCT) ia mudah diserap oleh kapilari darah bawah lidah. Ia terus dihantar kehati untuk terus digunakan. Jadi ia terus digunakan, ditukarkan menjadi tenaga yang diperlukan.

12. Memperbaiki masalah pencernaan

 - Vco memperbaiki masalah pencernaan dan membantu penyerapan vitamin dan khasiat2 ari makanan dengan lebih baik. Kerana ini jugalah, setiap produk catalyst, disarankan ambil bersama vco.

13. Ekzema
 - eczema adalah masalah kulit yang selalu menjangkiti bayi dan kadang kala boleh membawa hingga dewasa. Walaupun eczema bukanlah penyakit berjangkit. Vco dapat membantu mengatasi masalah eczema yang sering meresahkan bayi dan juga ibu bapa.

14. Pelembab kulit

 - Vco dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Sapu pada kulit setiap malam, dan rasakan betapa lembutnya kulit keesokan pagi. Boleh juga disapukan pada kulit sebagai pelembap sebelum bermake up, hasilnya make up akan lebih tahan lama.

15. Menghilangkan dengkur

 - 
Banyak lagi khasiat VCO dalam membantu kita mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Dengn harga cuma RM 46.00 ( termasuk pos) ia menjaga kesihatan kita dari rambut hingga ke kaki, dari dalam hingga keluar. Tak rugi melabur sedikit wang, agar kesihatan lebih terjaga. Bukan ke mencegah tu lebih baik dari merawat?? 

Jumaat, 13 Disember 2013

VCO untuk Aniq



Vco ni saya beli untuk saya sebenarnya. tapi sebab saya dah makan yang gel punya, saya tak makan dah yang ni. Saya buat sapu-sapu je. Kat muka, tangan, rambut. Sekarang dah jadi Aniq punya. Dia je banyak pakai.Actually, ni barang yang sangat penting pada saya. Vco ni saya guna untuk segala-galanya. Inilah ubat Aniq,inilah supplement Aniq, inilah perapi rambut Aniq, losyen Aniq, segala-galanya. 

Dulu masa baru lahir, Aniq alergik dengan sabun. Puas dah pakai krim klinik,tukar sabun tapi tak ok sangat pun. Rasa dah menyampah dah nak sapu krim tu sebab ada nurse bagitau krim klinik kalau selalu sangat pakai boleh nipiskan kulit.So, saya mula sapu vco kat bintik2 kat muka dia tu. Alhamdulillah sekarang dah ok. 

Sekarang, selalu Aniq siap je mandi, saya sapu satu badan termasuk kat kawasan pampers dia. Vco ni antikulat, anti radang, anti protozoa  so memang elok sangat kalau nak elak baby dari kena ruam lampin dsbnya. Aniq kalau terkena pun, sekejap je dah elok. Saya ni nak pakai krim2 klinik semua memang nak elak sangat, kecuali kalau dah terpaksa.

Aniq masa lahir macam tak ada rambut pun. Saya ni nak juga dia ada rambut.Padahal tak kisah sangat pun, dia boy. Masa rajin, dok sapulah kat rambut dia. Hasilnya, nampak dah rambut dia sekarang. Tapi tetap tak banyak. Mummy Aniq malas nak sapu lagi dah. Saya suka sapu vco je sebab dah tak risau kalau dia pegang rambut lepas tu masuk tangan dalam mulut. Tapi bau tak wangi lah..hahaha

Lagi satu kalau Aniq demam.Sebelum ubat doktor masuk dalam perut, saya pastikan vco masuk dulu. Rehat dalam sejam dua, baru makan ubat doktor. Aniq sangat-sangat jarang demam. And kalau demam pun cepat je sihat.setakat ni dah nak masuk 6 bulan, Aniq pernah demam sekali je.

Aniq pernah terjatuh katil dulu. Luka sikit dahi dia,saya sapu vco je. Sambil bunuh kuman dari luka tu, vco tu boleh bantu sembuhkan luka. Saya sapu 3 kali sehari je, tak lama pun, dalam 3-4 hari baik dah luka tu. Saya kalau luka ke, kena minyak panas ke, semua dok sapu, telan vco ni ajelah. Masa my hubby jatuh motor dulu saya sapu minyak gamat,dia cakap tempat luka tu jadi gatal pulak. Saya buang minyak tu, ganti dengan vco je. haa,senyap terus.maknanya ok la tu..

Setakat ni, inilah satu-satunya yang saya bagi pada keluarga untuk pastikan kesihatan kami pada tahap optimum. Produk lain bukan cakap tak bagus, tapi saya dah serasi, dah jatuh cinta sangat-sangat dengan semua produk catalyst. Kualitinya bukan sekadar cakap-cakap kosong. Dah terbukti berkesan. Hampir semua produknya saya dah try. Semua best, semua bagus.