nuffnang

Sabtu, 26 Julai 2014

2 hari sebelum raya..

Hari ni dah hari kedua terakhir puasa. Insya Allah, lusa kita semua akan sambut hari raya aidilfitri. Tahun ni dah masuk tahun ketiga saya beraya sebagai isteri & tahun kedua sebagai ibu kepada seorang cahaya mata. Seronok memang seronok. Tapi bukan semangat raya apa sangat, saya suka berkumpulnya keluarga, excited sebab tu je. Kalau ikut kan semangat raya saya biasa-biasa je. Dah terbiasa macam tu dari sebelum kahwin lagi. Sekarang dah ada anak, lagilah kurang semangat berkobar nak raya tu. Utamakan anak..

Tapi dalam tak semangat pun saya dapat jugalah beli sepasang baju raya. Itu pun puas kena paksa dengan hubby. Saya malas dah nak membeli tapi dia ni jenis suka saya bergaya. So, cari jugalah saya,dapatlah sepasang siap dengan tudung. Semua hubby yang pilih. Saya tukang try aje. Bila ok pada dia, saya ambik ajelah.

Sebenarnya semalam tu merayap pergi ke bandar segamat. Tujuan utama bukan nak cari barang untuk hari raya,tapi nak cari hand phone untuk my hubby. Tahun ni dapat bonus, dia teringin sangat nak ganti hand phone baru. Dah 5 tahun pakai yang sama je. Dah jemu. Kalau ikut kan kat Muadzam lagi murah, cuma hand phone jenis yang cik abam saya nak ni dah tak ada stock. Tu merantau sampai ke segamat tu. Akhirnya dapat juga apa yang dicari. Asus zenfone 5. Sangat terbaik, nanti saya cerita dalam entry lain ye..

So, dapat je hand phone tu, hubby dah tak mau dah cari apa-apa. Dia rasa dah tersangat happy. Masalahnya kami datang jauh-jauh nak cari pakaian dia juga. Alih2 tak nak pulak. Tadi dia pandai paksa saya beli baju,now turn saya pulak nak paksa dia cari. Tapi baju tak dapat, dapat seluar aje. Baju semua tak suka katanya. Haihh.. Payah nak cari baju untuk dia. Dah la saya memang tak reti nak cari baju lelaki. Lagilah payahnya. Kalau reti, tak payah tunggu dia setuju,saya ambik je.

Lepas beli handphone, kami singgah jap ke kedai Mr D.I.Y kat one segamat tu. My hubby nak cari drill tapi dah tak ada stock yang dia nak tu. Saya pusing-pusing kedai, dapatlah 4 pcs face mask. Tak tau ok ke tak. Harga agak murah juga. Cuma RM 3.50 sekeping.



Sangat lewat kitorang balik malam tadi. Dalam pukul 1 pagi macam tu. Letih yang tersangat. Saya agak mesti tak sedar punya sahur nanti. Rupanya memang betul. Saya sedar-sedar dah habis waktu. Allah.. Kesian hubby dengan adik2 saya tak bersahur.

Letih sangat. Dengan kesana kemari berkejar dengan anak soleh saya, Danial Aniq tu. Dengan pening nak pilih barang. Bersesak - sesak dengan orang. Benda paling bosan sekali. That's why saya tak suka beli barang last minute nak raya ni. Faham2 ajelah situasinya. Apa pun saya dah selamat, tinggal sikit aje barang lagi untuk rumah & family. Cari kat muadzam ajelah. Kalau tak ada, biarlah tak ada. Tak kuasa nak cari dah..

posted from Bloggeroid

Selasa, 22 Julai 2014

Vco liquid dah tak ada..!!

Alahai.. Baru je ada semangat nak raya.. Jadi nak kena restock la barang-barang catalyst terutamanya vco. Saya nak order untuk diri sendiri & untuk customer. Tengah semangat ni bagi tahu nak itu ini, stokis cakap vco liquid dah habis.. Oh! My.. DAH HABIS?? Aduhai..



Saya ni memang fanatik dengan vco.. Jangan tak tahulah, kalau dah start cerita tentang vco saya mesti nak cerita semua. Inilah dia penangan vco yang satu masa dulu bila Umy saya suruh makan , saya buat don't know jek.. Vco ni bila saya dah rasa keserasian tu, memang saya tau vco memang boleh jadi best friend ibu-ibu semua. Sebab vco ni semua dalam satu.. Ubat luka, ubat demam, ubat batuk, ubat alergik, ubat kulit,pelembab kulit, supplement, pengganti jajan ( saya cakap pengganti jajan sebab saya bagi Aniq makan macam makan gula-gula.. Serious doktor pun sokong. So dah xpayah nak bagi anak jajan untuk pujuk..) Dan macam-macam lagilah.. Nak tulis semua pun tak tahu siapa yang nak baca pun..haha


Bila dah dekat raya ni, semua nak kena siap. Dah tu wajiblah saya restock satu vco liquid untuk saat-saat kecemasan yang kita tak tahu nanti. Manalah tau kot tengah main- main anak jatuh lepas tu luka. Bila ada vco dah tak risau sangat. Sapu je, Insya Allah cepat berhenti luka. Ini betul-betul pengalaman saya. Lagi-lagi kalau luka dalam mulut ke apa kan.. Tak kan nak sapu mulut anak dengan minyak gamat.. Haa, sapu je vco. Kan boleh guna untuk luaran & dalaman. Siap boleh makan lagi.

Kalau macam saya ni pulak jenis yang tak pakai apa-apa produk penjagaan kulit. Serious banyak yang tak ok dengan saya. Jenis kulit kombinasi, tapi bila beli tak ada yang serasi. So, kekadang kulit rasa kering, tegang yang memang tak selesa langsung.. Ambik dua tiga titik vco tu, sapu je kat mana-mana yang nak.. Kat muka ke tangan ke. Semua boleh.. Lepas tu legalah.

Macam-macam kegunaan vco ni. Khasiat hebat yang Allah bagi pada kita dalam sebiji kelapa. Betullah kata orang tua-tua, kelapa ni pokok serbaguna. Tapi tak sangka yang khasiat yang sangat hebat tu ada dalam minyak dia. Siap ada sekarang doktor tu yang femes la, tapi saya lupa namanya. (Nanti saya cari,saya update nama dia). Dia cakap yang vco ni layak diangkat sebagai super food of the year.. Hebat tak hebat minyak kelapa Dara ni..

Pada yang berminat nak tahu tentang makanan hebat, makanan tambahan yang merangkumi segala bagi seisi keluarga dan murah ni boleh contact saya.. Whatsapp je saya kat nombor ni 013-985 5875 bila-bila masa.. Insya Allah saya sentiasa on..

posted from Bloggeroid

Sabtu, 5 Julai 2014

Vco Catalyst tak Berkesan

Bismillah.. Salam semua.. Ramai yang whatsapp saya tanya pasal vco.. Ada yang saja2 nak tahu, ada yang memang nak beli.. Tak apa, tanya pun ok.. Saya tak kisah pun.. Kalaulah itu cara saya dapat tolong orang,saya happy je.. :)

Ada juga customer orang lain datang pada saya yang mengadu pasal vco yang mereka makan. Katanya tak jadi apa2 pun.. Memandangkan ramai pulak tu yang tanya,biar saya jelaskan kat sini.. Mudah-mudahan ada yang baca & faham cara vco bekerja.. Bila dah faham tak adalah runsing kepala kenapa tak jadi pape pun..




Mula2 kita kena faham yang vco catalyst adalah 100% natural produk. Tak ada tambahan apa2.. Memang pure virgin coconut oil.. Kecuali macam yang vco delima,apricot & argan.. Yang tiga ni campuran dari delima atau argan atau apricot dengan vco yang mana tiap satunya ada khasiat yang tersendiri.. Yang ni saya dah pernah cerita dulu.. Boleh search nanti ye.. Ok, sambung balik.. Oleh sebab vco ni natural dia bekerja bukan terus rawat problem kita. Lainlah macam ubat, kita sakit dia terus rawat.. Kita pun sembuh.. Vco tak macam tu. Vco rawat dari dalam, cari punca dan rawat punca tu dulu.. Lepas tu barulah apa2 sakit atau masalah kita tu akan selesai..

Memanglah cara ni agak lambat. Tapi kesannya insya Allah akan kekal lama. Kalau terus rawat pada sakit atau masalah dia akan hilang masa itu tapi akan muncul kemudian pulak.. Dah tentu kita tak nak macam tu kan.. Jadi,jalan terbaik adalah dengan sabar. Saya pernah jumpa customer yang makan vco tapi 2 bulan pertama makin banyak jerawat dia. Kawan2 kutuk dia. Tapi dia sabar. Sekarang hasilnya sangat memuaskan.. Kalau dulu makan yang gatal2 tu langsung tak boleh. Sekarang nak makan apa pun tak ada masalah.. Sebab dia dah rawat dari dalam.

Kadang2 ada juga yang tak nak ikut peraturan. Seller dah pesan, kena minum banyak air.. Buat sementara kawal dulu makanan2 yang buat kita jadi problem. Hentikan dulu pun tak apa. Tapi kita tak nak pun ikut. Lepas tu bila dah tak jadi, cakap vco ni tak ok.. Tak bolehlah macam tu my dear.. Sayang2 kena ingat, ini bukan ubat.. Dia supplement yang nak bantu bagi sihat sahaja. Jadi,sabarlah dulu untuk dapat kulit cantik & tubuh yang sihat.

Ada juga customer yang datang mengadu dia ada masalah period. Bertahun- tahun dah masalah. Makan ubat macam2 tapi tak ok.. So nak try vco. Tapi baru makan sebotol dah berhenti. Tak nak sambung lagi dah. Pada hal masalah dia dah bertahun tahun, sekarang baru makan sebulan dah nak masalah selesai? Tak boleh macam tu juga sayang.. Benda ni take time. Sabar sikit lagi, ikut aturan yang seller dah bagi tahu tu.. Insya Allah semuanya akan baik semula. Kadang2 ada orang kita tengok result dia cepat, tapi kita lambat. Sebabnya sistem badan tiap orang tak sama. Ada orang makan sebotol,terus selesai masalah dia. Tapi kita mungkin kena tunggu dalam 3-6 bulan.

Apa pun kuncinya sabar. Nak sihat nak cantik semuanya kena ada kesabaran. Kalau tak sabar tak istiqamah memanglah results tu tak macam yang kita nak.. Apapun kalau tak tahu atau tertanya tanya jangan segan2 tanya pada siapa yang kita beli tu. Ataupun pm saja stokis atau agent lain yang boleh bantu selesaikan masalah kita. Insya Allah diorang akan bantu sedaya yang boleh.

Pada yang rasa nak cuba produk2 catalyst boleh cari saya di Facebook saya syaz health and beauty shop. Boleh klik je kat tepi tu. Ataupun whatsapp/we chat je saya. Kat sana cepat sikit la nak jawab. Nombor saya ni wajib ingat tau, senang nanti nak order dengan saya.. Nombornya 013-9855875..

posted from Bloggeroid

Khamis, 3 Julai 2014

Salam Ramadhan dari hati untuk semua..

Salam.. Hari ni nak menjengah blog sepi saya ni.. Puncanya sebab hubby dah tanya kenapa dah tak update blog? Kenapa tak balas komen kawan2. Masya Allah,perihatin sungguh suamiku.. Blog isteri pun diambil berat.. Alhamdulillah... Happy rasa hati..hehe

Blog lama dah tak update,sama la juga dengan page.. Yang paling rajin update ialah instagram. Tapi dah masuk puasa ni langsung tak jenguk dah.. Kemalasan melanda sekarang ni memang teruk.. Bukan malas sebab apa, sekarang ni dah mula nak update semula pasal produk2 catalyst , jadi agak sibuk. Tak cukup jari2 nak membalas mesej customer, nak melayan buah hati tercinta yang berdua ni.. Jadi,blog ni agak ketinggalan la sikit..

Kesian blog ni.. Mujurlah ada hubby.. Selalu juga dia cek blog saya ni.. Tengok ada cerita apa yang terbaru.. Apa komen kawan2 saya yang kat blog ni.. Saya harap kawan2 tak lulakan saya ye.. Insya Allah bila dah agak ok saya akan kembali menyerang blog macam dulu..he he..

Salam Ramadhan dari saya & keluarga untuk semua.. Semoga Ramadhan kali ni benar2 memberi keinsafan & rahmat buat kita semua...

posted from Bloggeroid