nuffnang

Memaparkan catatan dengan label halal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label halal. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2015

Cuti² Bangkok, hari kedua..

Salam
. Hi semua.. selamat pagi kawan²..

Wahh.. mood ceria nampak kan.. Hehe.. biasalah.. kalau tak ceria tak best lah hidup kan.. Eh.. korang cuti ke kerja? Pada yang cuti syok la.. selamat bercuti ye. Hubby I kena kerja. Sebab nak buat preparation untuk majlis pecah tanah Kat site dia ahad ni. Aih, kacau je orang nak cuti kan..

Actually, saya nak sambung story pasal cuti² kitorang baru ni. Nak cerita 2nd day pulak. Ok, Kat sana, masuk waktu awal tau. Pukul 5.30 dah masuk subuh. Iye la, kalau ikut jam Malaysia dah pukul 6.30 la waktu tu. 5.30 tu terang dah macam dah nak siang. So, dari lepas solat  nak tunggu pukul 8 untuk keluar sarapan, lambat sangat je rasa.so, makan dulu sikit² apa ada Kat rumah. Pukul 8 dah nak keluar. Masa ni nak p floating market ataupun pasar terapung yang femes tu. Kena p awal sana. Kalau x, dah tak ada apa sangat.

Jualan bunga Kat floating market


Bunga cantik²

Sampai² je nampak banyak sangat bunga. Cantik². Tapi tak boleh beli sebab tak dapat bawa balik pun nanti. Jadi, berposing saman aje la kat bunga² tu. Tapi ni bukan atas air. Atas jalan raya je. Rasa sama macam pasar tani kita Kat sinilah. Dah puas jalan, abang Abot ajak naik bot pulak. Susur sepanjang sungai tu. Tapi dah nak tengah hari,kenalah makan dulu. Tak banyak makanan halal Kat sini. Last nya jumpa juga. Boleh tahan la bihun sup dia. Tapi masa saya makan, bot dah sampai. Tak sempat habis makan lagi.



Masa susur sungai tu, dia masuk terusan² yang ada Kat situ. Lalu depan rumah orang apa semua. Terusan² ni semua ada nama. Mula² memang seronok. Ada berhenti Kat ladang orked,Kat tample. Tapi dah lepas tu,bosan dah. Sya siap tidur lagi. Aniq pun tidur. 

Lama kitorang Kat floating market ni. Sampai tengah hari. Naik bot tu pun dah 2 jam. Tu yg bosan tu. Balik dari sana,terus masuk condo,tidur.  Petang lepas asar baru keluar. Kali ni nak p MBK Centre pulak. Ni tempat borong favorite orang Malaysia. Ramai kitorang jumpa. Kat sini hubby banyak borong baju untuk dia. Katanya corak & design cantik².  Murah kalau ambil byk. Apa lagi , memborong la dia. Baguslah, sebab saya kan selalu bebel Kat dia suruh beli baju.. Kali ni tak payah suruh, laju je dia beli.


Dinner kitorang makan Kat MBK ni juga. Best, banyak makanan halal Kat sini. Makanan pun sedap. Kitorang makan Kat Yana Restaurant.  Waiter dia pandai cakap melayu. Layanan bagus, makanan sedap. Boleh bagi 4 bintang tau.. sape datang MBK ni mesti kena try makan Kat Yana ni.

Lepas makan dinner. Dah kenyang, dah penat. Apa lagi, masa untuk balik lah. Solar and rehat. Esok nak jalan lagi...

So, cerita ni kita sambung esok pulak ye..  Bye² semua.. selamat hari pekerja.. 

Jumaat, 20 Februari 2015

mango mask superbest!!

saya bukan jenis manusia yang pandai jaga muka, jaga badan.. tapi dah namanya perempuan, ada jugalah rasa nak jaga walau sebenarnya pemalas nak buat rutin itu ini.

saya ni memang tak rajin nak belai muka, badan semua. kalau orang buatkan untuk saya oklah. nak harap sendiri memang tak la. mungkin awal je excited, lama-lama tinggal je semua tu. pandang sebelah mata je. lantak lah produk harga ratus-ratus pun. dah malas tu, berhabuk pun biar. punyalah teruk mak orang ni kan.. so, saya suka cari yang simple, mudah untuk saya.

saya suka pakai mask. senang, tampal je kat muka, biarkan 15-20 minit dah boleh buang. bukan pakai selalu. 2,3 kali seminggu je. nak pakai seminggu sekali aje pun boleh. so, saya memang kalau masuk watson tu, saya akan cari mask. dah macam-macam mask saya pakai. tapi, tak ok pada saya. kulit saya sekarang memang sensitif. dulu jenis kulit buaya. pakai apa pun, tetap licin je kulit. sampai orang jeles. malas jaga pun cantik je kulit. sekarang?? bila  malas, memang mendapatlah sebiji dua timbunan harta kat pipi..hahaha.. lepas tu, mulalah risau. senget minah ni kan..hehehe


kulit sensitif ni kenalah extra care kan. tak boleh nak pakai produk sebarangan. nak kena tengok bahan yang digunakan. kimia banyak sangat tu, yela kan lah. takut cun sekarang je, masa depan nanti, hancur.. sedih tak dapat buat apa dah.. so, masa catalyst keluarkan mask, saya tanya cousin saya bahan dalam tu. ok ke tak.. natural ke tak. kata cousin saya memang natural. diorang buat dari strawberry,kiwi dengan manggo. produk ni antara yang termaju kat korea setakat ni. mask ni, memang buat kat sana juga. dont worry, semua ni halal. Dah excited, kenalah tanya harga untuk order kan.. hurm.. harganya rm12.90 sekeping.. mahal oo.. tapi ahli dapatlah harga rm10 sekeping. masih mahal, tapi harga ni sama je dengan mask garnier yang saya pakai dulu.

1st time pakai tu, memang rasa nak lompat bintang lah.. hehe..sebabnya, cool je rasa. selalunya, muka saya ni akan rasa panas bila tak serasi. yang pernah saya try dulu, memang tak sabar nak buang sebab rasa tak selesa. yang ni, pakai 50 minit pun tak sedar..ahhahaa..  melampau betul. super duper best la.. memang saya rekemen kan sangat lah kat korang. baru-baru ni, boss ada bagi free gift untuk yang restok. dapatlah saya 3 keping mask. haha..best3.. malam sebelum tidur, saya pun pakai..

Mengerikan la pulak..haha


 nampak melekat elok je kat muka. yang biasa jenis lain saya pakai, asyik tak kena je. jadi rimas pakai. yang ni, sedang molek lah.


Nampak fresh lepas dah buka.. 

 dah 50 minit kemudian..haha..lama giler.. patut 15-20 minit je.. tapi dah best, sampai terlupa nak buang. tara...  rasa fresh je muka.. ni yang mango. ada juga saya dapat yang kiwi. tapi saya lebih suka mango ni. serasi dengan sya. nad zainal suka yang strawberry. tapi saya belum pernah try.. insya allah, nak try lepas ni..


Isnin, 13 Oktober 2014

Jawapan pada supplement yang tak berkesan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Kenapa bila kita makan vco atau lain2 supplement, rasa macam tak jadi atau macam tak ada apa2?

Jawapannya mungkin pada cara kita amalkan supplement tu yang tak betul. Supplement ni makanan tambahan. Dia cuma membantu, ia bukan ubat. Jadi, sangat penting bagi kita yang nak amalkan supplement ni ikut cara yang betul. Kalau tak ikut caranya, kita juga yang rugi sebab keluarkan duit, tapi hasilnya tak ada ataupun tak sebagus yang sepatutnya. Betul tak? Kita tak nak lah macam tu. Bayar bukan sikit. Rugi pula dapat. Lainlah kalau kita dapat free atapun sebab kita orang kaya.  Kan?

Jadi, cara apa yang sepatutnya kita buat?  1st bila agak2 cara kita tu salah, refer balik pada org yang kita beli supplement tu dulu. Tanya dia betul2 cara makan yang sebenar. Ada supplement memang boleh dimakan ikut suka. Tapi kalau nak dapat best result mesti ada  cara yang betul nak dapatkannya. Jadi, tanya penjual.

Kebanyakan supplement sama je. Maksud saya sama tu ialah kena minum banyak air. Kena elakkan kafein. Jangan campur dengan ubat hospital atau supplement lain. Ini penting.  Kenapa? Sebab kebanyakan supplement adalah dari produk natural. Ia bukan dadah. Jadi, minum air adalah cara terbaik nak bagi khasiat supplement yang kita makan tu bergerak lancar dalam badan. Toksin dapat dibuang, khasiat dari supplement pun elok berfungsi.  Air sangat2 penting bagi orang yang makan supplement. Ada sesetengah orang, walau kurang minum air,hasil memang ok. Tapi tak superb lah hasil macam orang yang banyak minum air. Tak percaya, cuba korang buat. Makan supplement tapi tak nak minum air.

Bagi sesetengah supplement yang lain, kena elakkan kafein. Bagi yang tak kena elakkan  tu selamatlah. Tapi elakkan tu lagi bagus. Sebab kafein pun memang diketahui tak berapa elok untuk badan kan? Sebaiknya kita elakkan ye.. Kenapa kena elak kafein?  Sebabnya, kafein ni merosakkan khasiat yang terkandung dalam supplement yang kita makan tu. Kalau nak ambil juga, jarakkan masa pengambilan. Jarak lah 2,3 jam ke.

Bagi orang yang kena berpantang makan tu ikutlah kata seller produk korang. Kang korang nak kurus. Beli supplement untuk kurus. Tapi dibantai makan lagi banyak pulak.  Alamak, macam mana ni? Kalau cara tu korang buat, tapi korang tetap kurus, baguslah. Tapi kalau tak kurus, janganlah korang blame supplement tu pulak. Kata tak ok lah. Apa lah, begitu, begini. Hakikatnya sendiri yang tak disiplin.

Apa pun, pilih supplement yang natural. Lambat sikit tak apa. Kena berpantang sikit pun tak apa. Asalkan hasilnya tu nanti meletop letop. Haha. Tak rugi korang keluarkan duit tau.. Jangan sebab nak kurus cepat, korang bantai supplement yang meragukan. Tak ada pun kkm pd produk tu. Ataupun diragui status halalnya. Bukan tak ada kat pasaran, ubat kurus ada dadah dalam tu. Udah la bahaya dari segi kesihatan, haram pula tu. Kan mendapat 2 sekali tu.  Hati2 ye semua.

Last sekali kan.. Kita konsisten lah amalkan supplement tu. Teruskan, amalkan jangan skip2 ataupun tukar2 dengan supplement lain. Macam mana nak nampak kesan. Belum pun 2 minggu pakai, dah tinggal yang ni nak try yang lain pula. Kena istiqomah. Bagi pada badan kita sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Kalau lebih baik, 6-9 bulan. Ini nasihat doktor lah. Haa.. Jangan tak tahu, doktor pun makan supplement tau. Sebabnya mencegah tu lebih baik dari merawat.. Kena ingat tu tau. So, pada yang tak nak makan supplement ni jangan kutuk2 orang yang makan supplement pula. Kata mengada je makan supplement. Macam lah orang kaya. Sebab MENCEGAH TU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.. OK? HEHE. (bukan tak de orang macam ni, ada.. Sebab tu saya cakap)

P/s: pesanan khidmat masyarakat ni dibawakan bukan untuk kata kat orang lain. Sebenarnya nak mengata ke diri sendiri. Payah no nak minum air. Payah no nak disiplin. Tapi mujur sedar diri. Tak blame produk. Dah alang2 tu, share2 ilmu supaya orang lain pun tau sama kenapa supplement yang dimakan, tak berkesan.. Sekian... 

Rabu, 8 Oktober 2014

Vco Seribu Guna.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم




Minyak seribu guna dari pokok seribu guna. Minyak apa lagi, minyak kelapa dara a.k.a vco lah.. Minyak untuk semua dalam satu. Khasiat dia dah ramai yang tahu.  100% datangnya dari buah kelapa yang diketahui ramai ada banyak manfaatnya.

Kat Malaysia setiap tahun kita tuai lebih 200 juta biji buah kelapa.  Fakta ni saya dapat masa tengok Discovery Science semalam. Dalam jumlah sebanyak tu ada sebahagian yang digunakan dalam industri kosmetik & Nutraceutical. Salah satu produk hebat yang kita tau, inilah dia vco ni.

Saya kalau cakap pasal vco, memang tersangat excited. Kenapa? Sebabnya saya kenal vco dari awal bertahun sebelum vco ni popular. Masa tu cuma ada yang liquid, tak ada softgel lagi. Umy cakap ni bagus untuk kesihatan. Nak jaga badan, jaga kulit. Tapi kalau dulu umy saya suruh makan vco, memang mengelat saja. Kata dah makan, padahal tak makan pun. Ewww.. Rasa minyak kot!  Lagi pun saya tak percaya pun vco ni banyak khasiat. Nampak macam sama je dengan minyak kelapa yang umy buat.. Tapi bila dah tau khasiatnya, sayalah antara yang hebat nak cerita & sebar tentang vco.

Walaupun orang kata, "alah rasa minyak kelapa je, macam makan biskut kelapa". Saya tetap tak suka, sebab saya tak makan apa2 berkaitan kelapa termasuk santan. Tapi isi &  air kelapa saya suka.. Haha. Dulu masa umy bagi tahu, vco ni beribu khasiat, saya tak percaya. Saya fikir, umy terpengaruh je oleh kawan dia sebab kawan dia yang jual vco ni. (kawan umy tu proses sendiri vco dia)

Sekarang, saya sendiri yang jual. Sebelum saya yakin, berjuta keraguan dalam hati saya pasal vco. Betul ke fakta2 pasal vco yang orang bagi pada saya? Betul ke minyak ni beribu khasiat & kegunaannya? Haa.. Jangan ingat saya main hentam je tau! Saya bukan jenis yang asal orang cakap, terus nak percaya. Mula dari tu, saya siasat hari2 fakta pasal vco. Apa saya tak tahu, saya tanya pada yang lebih arif. Sekarang ni, saya betul2 puas hati dengan segala fakta yang saya dapat. Keyakinan saya dengan vco dah kuat.

Asal mula saya jual vco, memang lah untuk dapat untung, tapi sekarang dah berubah. Saya jual untuk sebarkan manfaat vco pada yang belum pernah rasa kebaikan & khasiat seribu gunanya. Vco ni boleh digunakan dalam berbagai cara. Ada orang suka makan, ada orang suka sapu, ada juga suka letak dalam makanan. Semua ni dengan tujuan nak jaga kesihatan atau kecantikan.




Saya bagi contoh apa yang kita boleh buat dengan vco. Kalau macam saya, vco ni saya gunakan untuk buat skrub, buat mask, buat ubat sapu luka, suplemen, minyak rambut, pelembap kulit, penguat kuku, melebat rambut &  macam2 lagi. Apa saja yang saya nak buat, saya tengok boleh tak guna vco. Kalau boleh, saya guna. Macam dalam makanan saya letak, tapi bukan makanan yang panas. Sebab kepanasan boleh rosak kan khasiat vco. Letak dalam nasi yang dah agak sejuk sebelum makan. Ataupun letak dalam salad, campur dengan voo (virgin olive oil a.k.a minyak zaitun).

Sekarang dalam handbag saya wajib ada sebotol vco liquid. Sangat penting untuk saya bila muka terasa kering atau sebagai base bila nak mula make up. Kalau untuk Aniq, saya bawa sebotol vco softgel. Sebagai ganti snek @ jajan dia. Lagipun budak, mudah sangat luka, jadi penting untuk simpan sebotol dalam beg, boleh guna untuk sakit2. Setakat ni, saya dah tak guna minyak gamat ke apa. Vco je dah cukup, sapu je kat luka, insya Allah, berhenti terus darah. Luka pun cepat baik &  tak ada parut.

Order vco anda SEKARANG!

Sabtu, 5 Julai 2014

Vco Catalyst tak Berkesan

Bismillah.. Salam semua.. Ramai yang whatsapp saya tanya pasal vco.. Ada yang saja2 nak tahu, ada yang memang nak beli.. Tak apa, tanya pun ok.. Saya tak kisah pun.. Kalaulah itu cara saya dapat tolong orang,saya happy je.. :)

Ada juga customer orang lain datang pada saya yang mengadu pasal vco yang mereka makan. Katanya tak jadi apa2 pun.. Memandangkan ramai pulak tu yang tanya,biar saya jelaskan kat sini.. Mudah-mudahan ada yang baca & faham cara vco bekerja.. Bila dah faham tak adalah runsing kepala kenapa tak jadi pape pun..




Mula2 kita kena faham yang vco catalyst adalah 100% natural produk. Tak ada tambahan apa2.. Memang pure virgin coconut oil.. Kecuali macam yang vco delima,apricot & argan.. Yang tiga ni campuran dari delima atau argan atau apricot dengan vco yang mana tiap satunya ada khasiat yang tersendiri.. Yang ni saya dah pernah cerita dulu.. Boleh search nanti ye.. Ok, sambung balik.. Oleh sebab vco ni natural dia bekerja bukan terus rawat problem kita. Lainlah macam ubat, kita sakit dia terus rawat.. Kita pun sembuh.. Vco tak macam tu. Vco rawat dari dalam, cari punca dan rawat punca tu dulu.. Lepas tu barulah apa2 sakit atau masalah kita tu akan selesai..

Memanglah cara ni agak lambat. Tapi kesannya insya Allah akan kekal lama. Kalau terus rawat pada sakit atau masalah dia akan hilang masa itu tapi akan muncul kemudian pulak.. Dah tentu kita tak nak macam tu kan.. Jadi,jalan terbaik adalah dengan sabar. Saya pernah jumpa customer yang makan vco tapi 2 bulan pertama makin banyak jerawat dia. Kawan2 kutuk dia. Tapi dia sabar. Sekarang hasilnya sangat memuaskan.. Kalau dulu makan yang gatal2 tu langsung tak boleh. Sekarang nak makan apa pun tak ada masalah.. Sebab dia dah rawat dari dalam.

Kadang2 ada juga yang tak nak ikut peraturan. Seller dah pesan, kena minum banyak air.. Buat sementara kawal dulu makanan2 yang buat kita jadi problem. Hentikan dulu pun tak apa. Tapi kita tak nak pun ikut. Lepas tu bila dah tak jadi, cakap vco ni tak ok.. Tak bolehlah macam tu my dear.. Sayang2 kena ingat, ini bukan ubat.. Dia supplement yang nak bantu bagi sihat sahaja. Jadi,sabarlah dulu untuk dapat kulit cantik & tubuh yang sihat.

Ada juga customer yang datang mengadu dia ada masalah period. Bertahun- tahun dah masalah. Makan ubat macam2 tapi tak ok.. So nak try vco. Tapi baru makan sebotol dah berhenti. Tak nak sambung lagi dah. Pada hal masalah dia dah bertahun tahun, sekarang baru makan sebulan dah nak masalah selesai? Tak boleh macam tu juga sayang.. Benda ni take time. Sabar sikit lagi, ikut aturan yang seller dah bagi tahu tu.. Insya Allah semuanya akan baik semula. Kadang2 ada orang kita tengok result dia cepat, tapi kita lambat. Sebabnya sistem badan tiap orang tak sama. Ada orang makan sebotol,terus selesai masalah dia. Tapi kita mungkin kena tunggu dalam 3-6 bulan.

Apa pun kuncinya sabar. Nak sihat nak cantik semuanya kena ada kesabaran. Kalau tak sabar tak istiqamah memanglah results tu tak macam yang kita nak.. Apapun kalau tak tahu atau tertanya tanya jangan segan2 tanya pada siapa yang kita beli tu. Ataupun pm saja stokis atau agent lain yang boleh bantu selesaikan masalah kita. Insya Allah diorang akan bantu sedaya yang boleh.

Pada yang rasa nak cuba produk2 catalyst boleh cari saya di Facebook saya syaz health and beauty shop. Boleh klik je kat tepi tu. Ataupun whatsapp/we chat je saya. Kat sana cepat sikit la nak jawab. Nombor saya ni wajib ingat tau, senang nanti nak order dengan saya.. Nombornya 013-9855875..

posted from Bloggeroid

Isnin, 9 Disember 2013

Sukses Aktif dengan Mindstar


Taraaaa...ini pulak mindstar. Ok, mesti korang tertanya-tanya kan apa menda la mindstar ni. Meh2 saya nak terangkan. Minsdstar ni salah satu produk catalyst yang dah lama gak la dalam pasaran.  Ia popular dikalangan ibu2 yang selalu ada masalah dalam pelajaran anak2.

Selalunya masalah budak2 ni payah nak fokuslah. itu masalah utama. Bila susah nak fokus, dorang akan jadi letih, malas and cepat bosan bila belajar. Kalau ajak bermain, fokus terus..hahaha..Biasalah budak2.. Jangan marah kat dorang. kita pun cam tu gak dulu. Ibu2 yang mempunyai masalah ni mesti nak cari penyelesaian kan?? so, dorang try mindstar. Alhamdulillah kami dapat feedback yang sangat positif.

Walaupun popular dikalangan mak2 je, tapi sebenarnya mindstar bukan je untuk budak aje. Orang dewasa pun boleh minum. Saya masa mengandung dulu pun minum ni. Tapi masa tu kojap aje, sebab saya mual dengan rasa coklat suma2 tu. Last2 bagi ummy saya minum. Ummy saya pun suka dengan rasa mindstar ni. Lagi pulak ummy saya ni ada masalah lupa2 sikit. Alhmdulillah, dah semakin baik ingatan dia.

Nak tambah lagi, student2 U pun minum ni tau. Sangat membantu untuk fokus dalam kelas. Dah tak mengantuk lagi dah dalam kelas.menguatkan daya fikir, membaiki daya tumpuan, menghapus letih lesu,serabut fikiran and kelesuan otak. Mindstar ni sejenis makanan yang memberikan nutriet untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat membantu merawat masalah saraf mental, takut, cemas, runsing memberi keyakinan dan membangkitkan semangat.

Apa Pulak Kebaikan Dalam Mindstar?? Ini dia..

- 4 faedah & kebaikan dalam Mindstar
1. MINDA- menguatkan daya ingatan serta meninglkatkan daya kretiviti. (otak kanan dan kiri)
2. KESIHATAN - Menambah kecergasan fizikal dan mental serta mengimbangi keharmonian tubuh & emosi.
3. MORAL - membentuk sikap positif, matang, konfiden dan tak mudah putus asa.
4. OKSIGEN - membantu otak berfungsi secara maksima.


Ada banyak bakan berkualiti dalam Mindstar ni, anataranya Soy bean flavor, ginkgo extract, bacopa ectract, pegaga extract. Dan sekarang diperkaya dengan AHA, DHA,OMEGA dan CHOLINE.

Korang2 yang dah jadi mak2 ni janganlah risau ye. Mindstar bukanlah dadah, so ia tak menjadikan ketagihan dan tak ada kesan sampingan yang buruk. Gabungan bahan2 utama seperti ginkgo, bacopa and pegaga tu membantu merangsang sel putih dan kelabu dalam otak untuk mengaktif dan mengoptimumkan penggunaan otak.

Bila otak dan kesihatan bertambah baik, ia akan membantu sikap yang POSITIF dan BERFIKIRAN MATANG.

Cara nak ambil Mindstar ni senang je. Bancuh satu sachet dalam air suam, lepas tu minum... senag kan??? Kalau nak lagi jimat, boleh beli satu kotak yang ada 15 sachet tu, campur dengan 1kg milo. Bagi budak 2 tahun keatas, 3 kali sehari. Kalau titiskan VCO cecair lagi bagus.

Harga sekotak yang ada 15 sachet ni cuma RM 66 untuk Semenanjung. Sabah & Sarawak pulak Rm 78.Sebabkan sepanjang disembar 2013 ni ada promo 10%, daptla harga lagi murah nanti..weeee..bestnyaaa...

Mindstar~ Natural Drink for Brain Booster..

Selasa, 3 Disember 2013

Pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah Catalyst dah semakin berjaya. Langkah demi langkah kejayaan yang Catalyst capai buat kami semua berasa sangat bangga.

Baru2 ini, satu lagi pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri . Ini adalah anugerah usahawan cemerlang 2013 sempena SDSI ( satu daerah satu industri ) kat Melaka baru2 ni. Pengiktirafan ini membuktikan Catalyst diiktiraf kualiti produknya di pasaran.

Kami sebagai pengguna yang setia dengan catalyst, memang rasa bangga sangat dengan kejayaan catalyst. walaupun slow2 berjalan, tapi kejayaan ni membuktikan segala usaha dan penat lelah tak sia2. Saya yang mengguna produk ni pun rasa tak sia2 setia dengan Catalyst walaupun banyak lambakan produk dipasaran.

Ramai yang belum kenal dengan catalyst ni, tapi sebenarnya siapa yang dah pernah cuba, mesti jatuh cinta dengan produknya. saya pun dari mula2 makan vco je, dah mula ambil Mexorea. lepas tu ambil pula femme vita. Sekarang dah makan Collagen and Fibre Drink.

Yang teringin nak cuba or nak tahu pasal produk2 catalyst, klik SINI ye. Jangan risau Catalyst ni halal, berkualiti, berkesan, tak ada kesan sampingan walau ambil dalam masa yang panjang.




Ahad, 10 November 2013

Collagen Premium Catalyst,Terbaik!!






Haa.. inilah rupa collagen dari catalyst. Nampak biasa2 je, tapi isinya luar biasa tau. Saya tak cakap kosong, dah banyak testimoni yang dapat kesan yang positif lepas guna. Nak tengok testimoni klik SINI.

Pada yang nak tahu apa isi kandungan dalam collagen ni, kat bawah ni saya listkan.


  • ekstrak tomato
  • ekstrak delima
  • ekstrak blueberry
  • aloe vera
  • collagen bovine


Macam yang lain2 tu ramai dah tau lah ape bendanya kan? tapi tak taulah kalau ada yang tak tahu apa tu tomato & lain2 tu. Kalau tak tahu google sendirilah yek..hahaha.* sorry*  Tapi tak ramai yang tahu apa tu COLLAGEN BOVINE ni. 

APA ITU COLLAGEN BOVINE?

Collagen bovine ni collagen yang diambil daripada lembu, dibersih dan diekstrak menjadi sumber collagen yang bermanfaat untuk kesihatan kulit manusia. Collagen bovine ni adalah collagen yang hampir mirip dengan sel collagen manusia. Sebab tu collagen bovine ni banyak digunakan dalam bidang perubatan & kecantian. 

Ada orang tanya, kenapa guna lembu? kenapa tak guna collagen marin? collagen marin pun ok jugak. 
Jawapannya sebab collagen bovine ni peratus untuk orang dapat alahan amat rendah berbanding sumber marin. So, collagen marin yang buat dari seafood semua tu tak sesuai pada orang yang alahan pada seafood atau yang ada resdung.

Walaupun collagen dari catalyst ni diambil dari lembu, tapi korang semua jangan risau k. Semua produk catalyst termasuklah Collagen Premium ni dijamin Halal & dah dapat pengesahan selamat dari KKM. So, tak de risau2 dah ye pada sape2 yang nak cuba amalkan produk catalyst ni.

Harganya pun tak mahal. Sekotak ada 15 sachet, cuma Rm 59.90. Cuba dulu, rasa kesannya. Insya Allah tak menyesal punya. Sape2 yang nak tu boleh klik Sini untuk order. Tak pun kakao or whatsapp saya kat 013-9855875.


Sabtu, 2 November 2013

VCO for Healthy Skin

Apa yang vco boleh bantu kita untuk dapatkan kulit yang sihat & cantik? Saya listkan ye..


  • Lambatkan penuaan
  • Atasi jerawat
  • Hilangkan parut jerawat
  • Pudarkan jeragat
  • Atasi kulit kusam
  • Sebagai sun block
  • Lembabkan kulit
Banyak lagi yang vco boleh bantu kita sebab vco sangat membantu untuk perbaiki semula sel-sel kita yang rosak. Nak tahu lebih boleh hubungi fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop



Jumaat, 27 September 2013

Agent Catalyst, Muadzam shah, Pahang

Tiap kali baca kat mana2 pasal baby or kanak2, hati mesti sentap.. kenapa entah.. mungkin perasaan seorang ibu memang macam ni kot. Tengok budak2 mesti ingat kat anak. Apa2 pun ingat kat anak sambil dalam hati doa semoga Allah menjaga dia dan menyayangi dia seperti mana kami sayangkan dia.


Saya dah tanam azam nak cuba bagi yang terbaik untuk anak saya. Saya rasa saya dah patut mula sekarang dengan cara jaga kesihatan diri dan keluarga. Saya pegang pada kata2, "ibu yang sihat dan bahagia kan membawa kesihatan dan kebahagiaan dalam keluarga". Produk supplement pilihan saya ialah daripada CATALYST. 


Kenapa CATALYST?

Sebab produknya natural, halal, diyakini selamat berkesan dan sedap * sebab saya dah pernah cuba*. Dan yang paling penting, produk2 catalyst ni masih dalam kemampuan kewangan kami. Tidaklah terlampau mahal, ada pun sedikit mahal tu saya rasakan berbaloi kerana kesan positif produk2 ni.



Sekarang saya dah jadi agent untuk catalyst area muadzam shah, pahang. saya nak sebarkan kebaikan vco ni pada seluruh penduduk muadzam, itu cita2 saya..* cewah, sempat lagi berangan..hehe* Sape2 yang berminat nak try, meh contact saya di 013-9855875. ataupun boleh jenguk2 page saya 
 https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop dan boleh nak order dan bertanya pada saya. Akhir kata, selamat ber'supplement' semua..:)





Jumaat, 16 Ogos 2013

VCO (minyak kelapa dara) CATALYST

Sebelum ni saya ada terbaca pasal keguguran rambut selepas bersalin. Ada yang teruk sampai hampir botak. Teringat saya pun pernah macam tu juga, tapi bukan sebab bersalin la.. hehe. Masa tu baru kawen, hubby tegur kenapa banyak sangat rambut gugur. Dah sapu lantai, ada lagi.. Huhu. Rasa malu sangat.
Pernah la try  petua orang² tua, guna inai dan telur ayam kampong. Tapi, yang jadi masalahnya kat sini susah nak dapat telur ayam kampong. Lama² jadi malas nak buat. Rambut gugur makin teruk. Masa tu cousin saya suggest VCO CATALYST.  Dia cakap VCO ni ok, untuk rambut pun boleh.  1st tu memang malas la nak try, tapi fikir² balik tak rugi pun kalau cuba sebab saya memang tahu kebaikan VCO.

Lebih kurang sebulan makan memang rasa rambut dah tak gugur sangat. Tapi, belum puas hati lagi. Lepas  dua bulan baru perasan rambut da makin lebat. Haha. Time tu rasa best giler la. Rambut pun nampak bersinar walaupun tak guna minyak. Hari² dok citer kat orang..hehe.  Kebetulan masa tu saya dah pregnantkan Aniq. Saya teruskan makan VCO untuk tambah tenaga sebab saya tak ada selera nak makan. Walaupun tak makan, vit doctor bagi pun tak ambil ( sebab loya kalau makan ) tapi hemoglobin (hb) saya tak pernah turun. Tetap macam tu sampai la nak bersalin.

Lepas bersalin, saya tak makan sebab masa tu lupa nak bawak ke hospital. Lebih kurang 2 minggu saya stop. Mungkin sebab saya istiqamah makan waktu mengandung, Aniq langsung tak terkena kuning. Kulit dia pun bersih je. Lepas dua minggu tu baru start makan balik. Saya langsung tak ambil apa² jamu Cuma makan vco. Alhamdulillah semuanya ok,walaupun saya bersalin bedah. Nurse yang datang ke rumah ingat saya bersalin normal kerana saya aktif.( pasal tu selalu kena bebel dengan mak mertua,mentang² rasa sihat,bantai buat ikut suka) hahaha.

Banyak lagi la pasal VCO CTALYST ni, nak taip pun letih dah jari. Kalau ada siapa² yang ada masalah tak kira lah dalaman ke luaran ke boleh try VCO ni. Memang tak rugi. Lagipun CATALYST ni selamat dan halal tau. Ada KKM lagi. Tak risau dah. Nak tahu lebih lagi boleh je whatsup atau mesej saya 013-9855875. Sekadar nak bertanya pun boleh, semua dialu- alukan.. Tak pun boleh like fb page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop?ref=hl . kat situ banyak info² pasal VCO dari CATALYST. Lain² produk CATALYST pun boleh tengok kat situ.

JOM SIHAT DENGAN CATALYST..  ^_^