nuffnang

Isnin, 13 Oktober 2014

Jawapan pada supplement yang tak berkesan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Kenapa bila kita makan vco atau lain2 supplement, rasa macam tak jadi atau macam tak ada apa2?

Jawapannya mungkin pada cara kita amalkan supplement tu yang tak betul. Supplement ni makanan tambahan. Dia cuma membantu, ia bukan ubat. Jadi, sangat penting bagi kita yang nak amalkan supplement ni ikut cara yang betul. Kalau tak ikut caranya, kita juga yang rugi sebab keluarkan duit, tapi hasilnya tak ada ataupun tak sebagus yang sepatutnya. Betul tak? Kita tak nak lah macam tu. Bayar bukan sikit. Rugi pula dapat. Lainlah kalau kita dapat free atapun sebab kita orang kaya.  Kan?

Jadi, cara apa yang sepatutnya kita buat?  1st bila agak2 cara kita tu salah, refer balik pada org yang kita beli supplement tu dulu. Tanya dia betul2 cara makan yang sebenar. Ada supplement memang boleh dimakan ikut suka. Tapi kalau nak dapat best result mesti ada  cara yang betul nak dapatkannya. Jadi, tanya penjual.

Kebanyakan supplement sama je. Maksud saya sama tu ialah kena minum banyak air. Kena elakkan kafein. Jangan campur dengan ubat hospital atau supplement lain. Ini penting.  Kenapa? Sebab kebanyakan supplement adalah dari produk natural. Ia bukan dadah. Jadi, minum air adalah cara terbaik nak bagi khasiat supplement yang kita makan tu bergerak lancar dalam badan. Toksin dapat dibuang, khasiat dari supplement pun elok berfungsi.  Air sangat2 penting bagi orang yang makan supplement. Ada sesetengah orang, walau kurang minum air,hasil memang ok. Tapi tak superb lah hasil macam orang yang banyak minum air. Tak percaya, cuba korang buat. Makan supplement tapi tak nak minum air.

Bagi sesetengah supplement yang lain, kena elakkan kafein. Bagi yang tak kena elakkan  tu selamatlah. Tapi elakkan tu lagi bagus. Sebab kafein pun memang diketahui tak berapa elok untuk badan kan? Sebaiknya kita elakkan ye.. Kenapa kena elak kafein?  Sebabnya, kafein ni merosakkan khasiat yang terkandung dalam supplement yang kita makan tu. Kalau nak ambil juga, jarakkan masa pengambilan. Jarak lah 2,3 jam ke.

Bagi orang yang kena berpantang makan tu ikutlah kata seller produk korang. Kang korang nak kurus. Beli supplement untuk kurus. Tapi dibantai makan lagi banyak pulak.  Alamak, macam mana ni? Kalau cara tu korang buat, tapi korang tetap kurus, baguslah. Tapi kalau tak kurus, janganlah korang blame supplement tu pulak. Kata tak ok lah. Apa lah, begitu, begini. Hakikatnya sendiri yang tak disiplin.

Apa pun, pilih supplement yang natural. Lambat sikit tak apa. Kena berpantang sikit pun tak apa. Asalkan hasilnya tu nanti meletop letop. Haha. Tak rugi korang keluarkan duit tau.. Jangan sebab nak kurus cepat, korang bantai supplement yang meragukan. Tak ada pun kkm pd produk tu. Ataupun diragui status halalnya. Bukan tak ada kat pasaran, ubat kurus ada dadah dalam tu. Udah la bahaya dari segi kesihatan, haram pula tu. Kan mendapat 2 sekali tu.  Hati2 ye semua.

Last sekali kan.. Kita konsisten lah amalkan supplement tu. Teruskan, amalkan jangan skip2 ataupun tukar2 dengan supplement lain. Macam mana nak nampak kesan. Belum pun 2 minggu pakai, dah tinggal yang ni nak try yang lain pula. Kena istiqomah. Bagi pada badan kita sekurang-kurangnya 3-6 bulan. Kalau lebih baik, 6-9 bulan. Ini nasihat doktor lah. Haa.. Jangan tak tahu, doktor pun makan supplement tau. Sebabnya mencegah tu lebih baik dari merawat.. Kena ingat tu tau. So, pada yang tak nak makan supplement ni jangan kutuk2 orang yang makan supplement pula. Kata mengada je makan supplement. Macam lah orang kaya. Sebab MENCEGAH TU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.. OK? HEHE. (bukan tak de orang macam ni, ada.. Sebab tu saya cakap)

P/s: pesanan khidmat masyarakat ni dibawakan bukan untuk kata kat orang lain. Sebenarnya nak mengata ke diri sendiri. Payah no nak minum air. Payah no nak disiplin. Tapi mujur sedar diri. Tak blame produk. Dah alang2 tu, share2 ilmu supaya orang lain pun tau sama kenapa supplement yang dimakan, tak berkesan.. Sekian... 

2 ulasan :

IntaNBerliaN berkata...

haa betoi, minum suppliment mmg kene byk minum air masak.. kak ina pun kdg2 malas gak nak mnum air masak byk2... tp skrg sbb menyusu badan, kak ina letak botol air 2 liter++ tu berhampiran kak ina... bagi mata tu nampak sikit air yang perli diminum... hahha

Unknown berkata...

betul la.. supliment mana2 pon mmg kenaminum air masak banyak2.. baru kuar toksik2 tu