nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Aniq 6 bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aniq 6 bulan. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2014

Tarzan Dalam Rumah

Aniq sekarang kalau dalam rumah, Ya  Rabbi aktif semacam. Kalau jumpa kerusi mulalah nak tolak kesana-sini. Hobi baru dia sembur air liur, tarik rambut orang and menjerit. Adoiii..geram je rasa. kuat betul menjeritnya. Dah macam tarzan la pulak.

Budak baik ni kalau kat luar tak adalah macam gitunya. Kalau bawa keluar jarang sangat dia meragam. berbunyi pun tak. Tu seronok bawa dia keluar. Kawan-kawan saya mana yang tak tau, sangkakan Aniq ni sama je macam tu kat rumah. Hakikat sebenarnya dorang tak tau saya penat nak kejar budak baik ni. Hehehe

Aniq kalau dia dapat berdiri lagi dia suka. Menjerit dia....macam tarzan tu.. Kuat betul. lagi-lagi kalau berdiri sebelah kita, lepas tu dia menjerit, aih...hilang pendengaran sekejap. Nak marah pun tak boleh, dia bukan faham pun. Saya pujuk dia duduk and bagitau dia supaya slow kan suara. Tak tau lah dia faham ke tak, tapi respon dia bagus. Dalam 5 minit tu slow lah suara dia. *Alahamdulillah* Lepas tu jerit lagi.

Satu lagi yang Aniq suka, tak nak pakai baju. Ini selalunya kalau dia nak tidur. memang kena buka baju, kalau tak, dia susah nak tidur, guling sana guling sini. Tidurnya tak pun. Mata tutup mulut berbunyi. Bila dah buka baju, gosok belakang dia, selalunya mudah nak tidur. Tapi kadang-kadang tak jalan pun cara tu. hurmm...

suka sangat Aniq tak pakai baju, nasib baik boy.. 

Kalau dia dah dapat berdiri macam ni, memang seronok sangat. Menjerit-jerit, melompat-lompatlah Aniq. Lepas tu sembur air liur. Saya dengan hubby senyum je tengok gelagat dia. Orang selalu pesan, sabar dengan kerenah anak. Walaupun ada yang kita  tak selesa. Satu hari nanti, kita mesti rindu waktu-waktu dorang tengah aktif macam ni. Sedar-sedar anak kita dah besar, dah tak dapat nak diriba, didukung lagi.

Sabtu, 28 Disember 2013

Aniq & Roti

Tengok Aniq tu. Tak sempat2 nak berbaju, laju je dia terkam roti. Selalu memang sampai penyek la dikerjakannya.

Agaknya Aniq ni mengikut perangai saya. Saya ni memang peminat roti. Masa mengandung Aniq dulu, itu aje la yang paling selera sekali.

Disebabkan dia suka sangat kat roti tu, saya hulur la secebis bagi dia pegang. Senang la sikit nak pakai baju. Tengah leka2 buat kerja, baru saya teringat roti tadi.

Aikk.. Roti dah lesap. Ingat dia buang, rupanya habis dah Aniq makan. Selalu dia buang. Ni 1st time nampak dia makan sndiri. Risau tercekik je,tapi alhamdulillah,ok je dia.