nuffnang

Memaparkan catatan dengan label my baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my baby. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2014

Tarzan Dalam Rumah

Aniq sekarang kalau dalam rumah, Ya  Rabbi aktif semacam. Kalau jumpa kerusi mulalah nak tolak kesana-sini. Hobi baru dia sembur air liur, tarik rambut orang and menjerit. Adoiii..geram je rasa. kuat betul menjeritnya. Dah macam tarzan la pulak.

Budak baik ni kalau kat luar tak adalah macam gitunya. Kalau bawa keluar jarang sangat dia meragam. berbunyi pun tak. Tu seronok bawa dia keluar. Kawan-kawan saya mana yang tak tau, sangkakan Aniq ni sama je macam tu kat rumah. Hakikat sebenarnya dorang tak tau saya penat nak kejar budak baik ni. Hehehe

Aniq kalau dia dapat berdiri lagi dia suka. Menjerit dia....macam tarzan tu.. Kuat betul. lagi-lagi kalau berdiri sebelah kita, lepas tu dia menjerit, aih...hilang pendengaran sekejap. Nak marah pun tak boleh, dia bukan faham pun. Saya pujuk dia duduk and bagitau dia supaya slow kan suara. Tak tau lah dia faham ke tak, tapi respon dia bagus. Dalam 5 minit tu slow lah suara dia. *Alahamdulillah* Lepas tu jerit lagi.

Satu lagi yang Aniq suka, tak nak pakai baju. Ini selalunya kalau dia nak tidur. memang kena buka baju, kalau tak, dia susah nak tidur, guling sana guling sini. Tidurnya tak pun. Mata tutup mulut berbunyi. Bila dah buka baju, gosok belakang dia, selalunya mudah nak tidur. Tapi kadang-kadang tak jalan pun cara tu. hurmm...

suka sangat Aniq tak pakai baju, nasib baik boy.. 

Kalau dia dah dapat berdiri macam ni, memang seronok sangat. Menjerit-jerit, melompat-lompatlah Aniq. Lepas tu sembur air liur. Saya dengan hubby senyum je tengok gelagat dia. Orang selalu pesan, sabar dengan kerenah anak. Walaupun ada yang kita  tak selesa. Satu hari nanti, kita mesti rindu waktu-waktu dorang tengah aktif macam ni. Sedar-sedar anak kita dah besar, dah tak dapat nak diriba, didukung lagi.

Jumaat, 17 Januari 2014

Salam Jumaat~

Bismillahirrahmanirrahim.... Salam Jumaat semua...

Rasa dah lama sangat tak jenguk blog ni. Mungkin dalam 3 @ 4 hari macm tu kot. Sekarang pun masih dalam mood yang tak begitu bagus. Tapi tak mau lah biarkan aje blog ni. Dah janji nak buat, kena teruskan sampai habis, ye tak??

Sebenarnya bukan masalah apa sangat pun. Kecewa dengan komputer ni je. Tak sudah-sudah buat hal. Alhamdulillah, hubby dah tolong betulkan , tu yang sihat balik. Sekarang masa untuk mencari mood berceloteh semula.

Fikir-fikirkan, ada ke orang nak baca apa yang saya tulis kat sini. Tapi saya ingat, saya buat dulu bukan sebab orang, saya nak buat untuk saya sendiri, untuk anak-anak & family. So, tak ada orang baca pun tak ada masalah. Seronok bila fikir macam tu, tak la rasa tertekan sangat nak buat. Tak payah fikir nak cari tajuk best, cerita yang best semata nak orang baca.

Tapi untung juga pada blogger yang sentiasa ada pengikut, seronok saya tengok. Awal dulu macam tu jugalah target saya, sekarang dah lari sikit. Sebab utamanya pun saya kekurangan masa. Aniq yang dah semakin lasak, nak jaga rumah, suami,nak uruskan page lagi. Sakit kepala pula lama-lama menghadap komputer. tak apalah saya slow-slow je bergerak. Insya Allah saya tak kan abaikan terus blog yang merupakan diari family ni.


Si kecil ni perlukan perhatian 200% dari saya. So, utamakan yang utama. Yang lain Insya Allah akan menyusul kemudian..



Selasa, 10 Disember 2013

Anak manja abah~






Asal abah dia balik keje, time itula dia nak tido. Payah sangat nak tidur sendiri, tidur atas badan abah, terus je lelap. Tapi bila abah dgn mummy nak bersembang, cepat2 dia bangun nak dengar..hehehe..Aniq...Aniq...