nuffnang
Jumaat, 11 Disember 2015
Pengkritik Setia..
Jumaat, 27 Mac 2015
si kecil yang bergaya
Aniq ni pandai sangat bergaya. Dalam umur dia dah nak 2 tahun ni, dah macam² yang di cubanya. Termasuklah lipstick saya. Wahahaha.. eee.. tak beragak betul sampai lipstick pun nak. Awak tu dah la boy! Hubby punyalah marah. Haha..
![]() |
| Muka penuh sambal, ada hati nak pakai cermin mata abah dia..haha.. |
![]() |
| High heels saya pun dia try.. |
Jumaat, 19 Disember 2014
Tangan sejuk & tanah subur
Yang paling saya suka dah tentulah pokok bunga yang lebat & cantik² bunganya.. Waktu tengah hari lah yang paling best nak tengok. Kembang mekar setaman. Antara pokok lain yang sihat membesar adalah pokok ati- ati. Pokok ni daun dia lebar² tau. Saya tengok geram aje.. Rasa nak petik, kang kena marah pulak dengan tukang kebun ni.. Hehe
Tapi tadi geram tak boleh
tahan, saya petik juga sehelai daun ati- ati tu. Punya lah besar, sama besar dengan tangan saya. Letak kat muka pun nampak daun je. Muka saya dah tak nampak..
![]() |
| Korang abaikan ajela barang adik saya yg bersepah tu |
Yang ni hasil dari pokok cili. Memang cili ni saya yang tanam. Tapi my hubby yang dok belai tiap² hari. Saya masa awal je semangat. Sebab masa tu Aniq kecik lagi. Sekarang mana boleh lepas, dia lari kat jalan raya nanti. So, tugas ni saya serah kat hubby. Sekarang pokok tu dah keluar buah sampai montel macam ni. Saya panggil cili montel. Punya lah gumuk cili ni. Yang pokok lain cili nya kurus memanjang je. Yang ni montel betul. Seronok tengok pokok dah keluar hasil. Nak makan, keluar rumah, petik je.. Dah boleh guna.. Untung berbakti pada tanah kan..
Khamis, 18 Disember 2014
Hadiah bermakna setiap bulan
Ok².. Jom ceria² balik.. Kisahnya petang tadi, saya keluar pergi bank nak keluar duit sikit. Dah alang² tu, saya ajak adik makan sekali. Sekali tengah makan, hubby call tanya kat mana. Aisey.. Lupa nak minta izin nak keluar tadi. Bila balik, dia tanya pi mana & buat apa. Saya dah agak cuak, marah ke? Rupanya bukan marah, tapi dia belikan saya kek tapi saya tak ada kat rumah.. Spoil mood romantik.. Aduhai... Kesian...
Ini ha kek nya.. Sepotong je.. Walaupun Sepotong, tapi berharga buat saya sebab saya tak minta. Tapi encik suami ni sentiasa ingat yang wife dia suka makan kek. Huhu.. Terharu.. Biasanya, setiap bulan bila ada duit, hubby saya akan belikan sepotong kek khas untuk saya seorang & 1 hadiah. Tak kisah hadiah apa.. Cuma dah beberapa bulan kewangan agak slow, hubby dah tak beli. Tiba² hari ni dia beli rasa terharu betul. So, wajiblah catatkan kat blog. Kenangan manis Kami berdua.. Harap Korang yang baca ni tak muntah la ye.. Hehe
Saya tak pernah minta pun sebenarnya nak kek ke hadiah ke. Even birthday saya pun saya tak minta hadiah. Ada alhamdulillah, tak ada pun saya ok.. Saya dah terbiasa dari kecil tak raikan birthday. So, relek ajela.. Doakan saje pun dah cukup.
So balik pada kisah kek tadi, hanya ada kek tapi tak ada pun hadiah macam biasa. Saya tak kisah. My hubby belikan kek ni senyap² pun saya dah terharu.. Huhu.. Thank you sayang.. Tetiba rasa macam baru bercinta pulak.. Sweet sangat.. Aww.. Hehe
Selasa, 9 Disember 2014
Taman Bunga Encik Suami
My hubby punya minat nak berkebun bunga ni datang dari MIL saya. Kat rumah MIL banyak jenis bunga. Jenis² cili pun banyak. Dari mula sikit² je minat, sekarang minat hubby dah makin dalam. Kat rumah saya ni penuh bunga. Asal shopping mesti nak beli pasu. Keluar tempat yang ada jual juga, dia nak singgah cari bunga, cari tanah. Saya ni tukang ikut & tukang komen. Haha
Ramai yang sangka bunga² ni saya yang punya. Tapi bila dah tahu hubby yang punya, masing² cakap untunglah saya. Alhamdulillah, kalau dia tak suka bunga pun saya masih beruntung ada dia dengan saya sekarang ni..
Baru² siap ada orang datang rumah, katanya nak beli bunga. My hubby bagi aje kat orang tu. Dapatlah 3,4 pokok bagi kat dia. Lepas pada tu, lagi lah semangat hubby nak besarkan mini garden dia ni.. Saya tumpang happy je. Dapat juga petang² keluar temankan Aniq main sambil kacau pokok kesayangan abah dia.. Haha
Inilah antara hasil tangan my hubby. Yang bunga dekat luar rumah tu sebab landskap ni nak berubah lagi. Nak tambah baik lagi mini garden ni.
Lepas siap nanti saya tayang lagi mini garden ni ye.. Tapi tak tahulah bila nak siapnya. Semua ni my hubby buat seorang dia je.
Ahad, 7 Disember 2014
hilang dah gula kapas
oh.. lupa nak cerita tadi pasal gula kaps hilang..kisahnya, hubby saya ada beli sebungkus gula kapas. konon nak makan masa kitorang tengok movie. alih2 masa balik tu, hubby dok buat benda lain. so, saya makan dulu dengan Aniq.Aniq ni pun sama juga macam abah dia, suka makan gula kapas.. selalu sebungkus tu diorang kongsi berdua..
lepas makan nasi lemak, saya dah kenyang. Aniq nak makan gula kapas, tak tunggu abah dia dah, saya bukakan sikit untuk dia makan. eh.. dah buka terus bawa lari makan sorang2.. sabo ajelah anak oii..lepas tu saya tak tahulah apa jadi, sebab saya dah bawa Aniq masuk tidur.
dah siap tidurkan Aniq, my hubby tanya mana gula kapas. dia nak makan, saya memang tak perasan kat manalah Aniq letak gula kapas tu. puas cari satu rumah, dari dalam rumah ke luar rumah.
Langsung tak jumpa.
saya risaulah,bukan sebab tak dapat makan., tapi takut tetiba datang banyak je semut sebabkan gula kapas tu.. Nanti sendiri juga yang susah.. Memang sampai ke sudah saya tak jumpa gula kapas tu.. Ntah kat mana Aniq buang. Nak kata dia makan semua, tak mungkin sebab besar gula tu.. Lagi pun, tak kan Aniq makan dengan plastiknya sekali.. Betul tak?
![]() |
| Lebih kurang mcm ni la yg Aniq makan tu. Tp ni gambar dari Google.. Credit pd tuan punya gambar.. |
Rabu, 9 April 2014
Cerita terbaru
Sudah hampir sebulan saya menyepikan diri, membiarkan blog langsung tak ada entry baru. Bukan kerana tak ada idea nak menulis, cuma sengaja nak memberi ruang untuk diri sendiri agar tak rasa terlampau terikat dengan blog. Walaupun blog ni langsung tak ada entry baru, tapi saya tahu masih ada yang sudi menjenguk dan meninggalkan komen pada entry yang dibaca. Terima kasih banyak- banyak saya ucapkan.
Memandangkan blog ini asalnya saya buat untuk anak saya, so saya rasa rugi bila saya tak update apa perkembangan dia. Dari saat-saat dia pandai tepuk tangan, melambai, memanjat dan melangkah 3,4 tapak. Sekarang masih belum terlambat untuk bercerita. Saya akan kongsikan segala perkembangan buah hati saya dalam diari online ini.
Sepanjang menyepi, ada kalanya terasa rindu nak up beberapa entry tentang kami sekeluarga, terutamanya kisah si kecil kami. Tapi seakan ada yang menghalang. Perasaan berdebar-debar bila saya dah mula nak menaip. Akhirnya entry langsung tak tertaip. Begitulah hampir setiap hari.
Sekarang perasaan sudah semakin tenang, saya dah boleh nak bercerita lagi. Lagipun penting untuk saya update blog sebab selain untuk tatapan anak-anak saya nanti ia juga untuk membuktikan pada hubby saya yang saya betul-betul minat nak menulis blog walaupun tidaklah sekerap dulu. Kiranya bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam.. (^_^)
Khamis, 6 Mac 2014
Taman Dalam Rumah.
Rumah yang kitorang rancang nak beli tu belum pun mula jual. Insya Allah kalau bulan 4 ni tak ada hal, nak la beli rumah. Cari rumah corner lot. Ada tanah, boleh la nak menanam. Saya dengan hubby dah berangan-angan nak taman kat situ. *Doakan kami dapat ye beli rumah tu nanti..*
Dulu masa saya cakap dengan hubby nak buat taman, saya risau dia tak nak. Yela...Orang lelaki,biasanya tak minat la dengan bunga. Rupanya dia lagi excited dari saya. Dia dah rancang dah nak tanam bunga apa. Cisss... Padahal saya bukan lah nak tanam bunga semata-mata. Nak la tanam herba, pokok sayur,pokok buah..*pokok buah tu macam over la pulak kan..* My hubby ni nak tanam bunga aje yang dia fikir. Korang nak tau dia nak tanam apa? Nak tanam pokok lavender. Asyik2 sebut lavender. Sampai pening saya. Boleh ke lavender hidup kat Malaysia ni? Tak pernah jumpa orang tanam pun...
My hubby ni tersangat suka lavender tau, sebabnya masa dia pergi rumah abang ipar saya tu si Abang Abot *sebutan nya Abert*, My hubby nampak kat rumah Abang Abot ada pokok lavender. Apa lagi, dia nak juga lah.. tapi sampai sekarang tak pernah pun sampai pokoknya lagi..hehe.. Mesti Abang Abot lupa la tu.. baguslah lupa, seba saya tak tau nak tanam kat mana.. Kang mati pokok tu pulak..
Saya tak pernah pergi lagi rumah Abang Abot tapi selalu tengok gambar rumah dia. Hampir setiap tahun berubah. Tahun lepas dia renovate rumah bagi besar. Cantik sangat macam kat hotel. kebun2 dia....... jeles saya tengok.. Banyak sangat bunga yang cantik2.. Pokok2 sayur semua tumbuh elok je..Cuba tengok gambar2 kat bawah ni, semua dari tanam kat rumah Abang Abot.. Cantik2 kan bunga dia.
Dari tengok tu saya dah dapat gambaran sikit2 nak design taman saya kalau dapat rumah sendiri nanti. Kalau betul Lavender boleh hidup kat Malaysia, boleh la minta Abang Abot bawak balik. Saya pun suka juga lavender tapi tak la mcam orang tu..excited terlebih..hehe

Selasa, 25 Februari 2014
Hasil kerja Hubby
Ni gambar blog saya semalam.. Inilah hasil kerja hubby tersayang, senyap-senyap dia edit blog saya. gitu sekali dia buat..hahaha..Penuh gambar Aniq..Sampai dah tak nampak apa-apa. Sabor ajela saya.
Buat suamiku tersayang..............
Terima kasih sayang..Ayang hargai niat abang nak letak gambar Aniq ni... Tapi sayangnya, tak begitu cun lah.. * jujur ni, jangan marah..hehe*.. Sayanglah kan gambar Aniq yang comel ni tertutup dengan entry tu.. Nanti kita belajar edit sama2 ye..Kita edit bagi lagi cun ok???
Ok, korang jangan salah faham. Kata-kata kat atas ni bukan saya tulis kat sini nak kutuk hubby saya senyap2.. Ni saya imbas kembali je apa yang saya cakap semalam kat dia..hehe.. Hubby saya tetiba suka pulak nak belajar edit-edit ni. Ada yang cun dia buat, ada juga yang kurang menjadi.. Salah satu yang tak jadi tu kat blog ni lah.. Tak pe, masih dalam proses belajar..Saya pun sama..
Yang penting hubby saya adalah pembaca blog saya yang utama. peminat setia lah kononnya. tapi saya tak suka hubby baca depan saya, saya malu sangat-sangat.. Malu ntah kenapa tak tau lah...
Sabtu, 22 Februari 2014
Frozen yang menyentuh hati ♡♡..
Tapi frozen ni masih boleh diterima. Masa dah habis tengok, my hubby tanya," ayang agak tak macam tu kisahnya"?? Jujur saya cakap, saya tak jangka. Saya ingatkan macam kisah snow white dan lain-lain. Yang akhirnya bersama dengan si putera dan berkahwin.. Dan lagi, saya suka lagunya. Salah satu lagu tu dinyanyikan Elsa, si permaisuru/ si kakak tu. Penyanyi asal dia nama Idina. Sedap sangat lagu ni. Memang menyentuh hati. Saya dah tengok banyak kali pun masih mengalir air mata.
Jom..layan lagu ni...
Rabu, 19 Februari 2014
Nyamuk oh nyamuk...geramnya..
Selasa, 18 Februari 2014
Bengkung Tanamera
![]() |
| credit to tanamera |
Baru2 ni saya teringatkan bengkung yang belum pernah pun saya cuba pakai. Punca teringat tu sebab adik saya minta poskan barang baby dia. Selongkar-selongkar jumpa la bengkung ni. Rasa sayang sangat kalau tak pakai. tapi nak pakai sendiri tak pandai, saya minta hubby tolong lilitkan untuk saya. Alahh..orang lelaki bukan reti juga pun. Saya cakap, lilit je macam mana pun janji lilit..hahaa
Lepas dah pakai beberapa minit, rasa tak selesa, saya buka balik. Saya cuba pula lilit sendiri. tapi sama juga rasa semacam je. rasa tak kena. Akhirnya saya buka youtube. Search cara pakai bengkung. Mujur ada. Rupanya saya pakai tu terbalik. Orang mula ikat dari bawah. Saya ikat dari atas. Patut la kain tu tertarik makin keatas.. * heee...baru tau..*
Dan...sekarang dengan jayanya saya berjaya ikat bengkung ni sendiri. Mula2 tu ikat ketat sangat sampai nak duduk pun tak boleh. Punyalah lemasnya. Bila dah faham, barulah saya longgarkan sikit.. Agak susah jugalah nak duduk. tapi masih ok banding dengan yang mula2 tadi..
Insya Allah, lepas ni saya nak rajin2kan diri pakai bengkung. Nak jaga badan weyhh.. Bukan untuk orang lain, untuk suami jugak kan.. saya buat ni sebab saya nak tiru macam mama * mak angkat* saya. Dia memang jaga badan since muda lagi. Dari umur belasan tahun. Sekarang dah berumur, masih lagi nampak awet muda. Slim melim mengalahkan saya..haha.. Nak tengok gambar mama saya?? hehe..tak boleh la..Saya belum minta izin lagi nak letak kat sini.. Nanti kalau mama saya bagi, saya letak la.. nak suruh korang treka umur mama. memang korang pun tak kan caya punya umur sebenar dia..




















