nuffnang

Selasa, 9 Disember 2014

Taman Bunga Encik Suami

Hobi my hubby adalah berkebun. Hobi saya pulak tengok hasil berkebun dia.. Haha.. Saya pun suka berbunga -  bunga, menanam bagai ni.. Tapi dengan si Aniq ni adalah tersangat payah lainlah kalau macam tanam sayur. Boleh saja bawa Aniq sebab sayur ni tak payah nak tukar² pasu lah, gembur² tanah semua.  Paling kuat pun, baja, sembur racun.  Dah itu je..

My hubby punya minat nak berkebun bunga ni datang dari MIL saya. Kat rumah MIL banyak jenis bunga. Jenis² cili pun banyak. Dari mula sikit² je minat, sekarang minat hubby dah makin dalam. Kat rumah saya ni penuh bunga. Asal shopping mesti nak beli pasu. Keluar tempat yang ada jual juga, dia nak singgah cari bunga, cari tanah. Saya ni tukang ikut &  tukang komen. Haha

Ramai yang sangka bunga² ni saya yang punya. Tapi bila dah tahu hubby yang punya, masing² cakap untunglah saya. Alhamdulillah, kalau dia tak suka bunga pun saya masih beruntung ada dia dengan saya sekarang ni..

Baru² siap ada orang datang rumah, katanya nak beli bunga. My hubby bagi aje kat orang tu.  Dapatlah 3,4 pokok bagi kat dia. Lepas pada tu, lagi lah semangat hubby nak besarkan mini garden dia ni.. Saya tumpang happy je. Dapat juga petang² keluar temankan Aniq main sambil kacau pokok kesayangan abah dia.. Haha















Inilah antara hasil tangan my hubby. Yang bunga dekat luar rumah tu sebab landskap ni nak berubah lagi. Nak tambah baik lagi mini garden ni.

Lepas siap nanti saya tayang lagi mini garden ni ye..  Tapi tak tahulah bila nak siapnya. Semua ni my hubby buat seorang dia je.

6 ulasan :

Unknown berkata...

wahh tangan berseni juga encik suami sya ni.. bagus lah.. tanaman dia menjadik

Aisy Nasiha berkata...

Wah.. lawa taman ni.. memang jenis tangan sejuk ni..menjadi pokok yang ditanam.. memang seronokla keluar petang2 boleh jamu mata dengan pokok dan bunga yang ada..

Sya berkata...

Banyak yg ditanam.. Alhamdulillah semuanya menjadi.. Sy tumpang menyibuk je..

Unknown berkata...

bestnyaa.. menjadi betul tanaman encik suami sya tu

Sya berkata...

Semua sihat² & subur pulak tu.. Kejap je tanam dah besar & dpt byk..

QasehnyaRania berkata...

tangan sejuk org kata
seronoknya dduk di rumah ats tanah ni
ciksu duk kuarters susah la tanam tanam ni
ruang pon xda.
masa dijb ada balkoni, ok juga. kl ni tak da balkoni. ruang depan tak kena matahari.