nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Khamis, 2 Oktober 2014

Happy Birthday Umy! We love u..

                       بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ni entry semalam.  Saya dah siap taip,  Aniq datang minta perhatian pulak.  Layan dia dulu, akhirnya terlupa nak publish semalam. 

Hari ni birthday umy saya  yg ke  47. Umy saya lahir pada 1 Oktober 1967.. dah dekat 50 dah umy saya.  Cucu dah  3 orang.  2 dari adik saya, 1 dari saya. 

Umy saya ni kecil molek ke orangnya.  Kalau dulu ramai ingat saya, umy & adik ni adik beradik.  Sebab nampak sebaya je. Haha.  Bangga juga lah kitorang dengan umy masa tu.  Sekarang umy dah sakit, jantung, darah tinggi, kurus kering secara mendadak.  Umy nampak lebih tua dari usia sebenar.





Gambor kek dari google je :)


Dah alang - alang saya bercerita ni, saya nak wish sekali untuk umy saya yang sambut ulangtahun hari ni.  Didoakan semoga umy terus menjadi manusia yg sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Abaikan semua benda buruk dalam hidup, kita jadi yg lebih baik di hari ini & selamanya. Moga hidup umy terus dibelai Allah selamanya. Amin 

Kitorang tak buat majlis untuk sambut  ni.  Umy ada kat  kampung.  And biasanya pun memang kitorang tak sambut cuma anak2 akan bagi hadiah. 

Sabtu, 11 Januari 2014

Happy Birthday!!

Masa awal tahun hari tu, kitorang sambut  bithday mak mertua saya kat kampung. Tarikhnya 1/ 1. Semalam 10/ 1 pula ada 4 orang yang saya kenal sambut birthday serentak. Dorang bukanlah adik beradik ke apa. Tempat pun lain2. Cuma, kebetulan ulang tahun kelahiran dorang jatuh pada tarikh yang sama.

Yang 4 orang tu adalah, adik bongsu saya, adik sepupu, pak cik husband and kawan husband merangkap kawan saya jugalah. Tapi tak tau lah dorang sambut ke idaknya. Yang pasti adik saya memang tak sambut la, budak lelaki mana heran pun kan.. 

Korang nak tengok muka cun and muka hemsem adik2 saya yang birthday dorang semalam..?? Taraaa...






Saya tak ada hadiah untuk dorang berdua ni. So, saya tolonglah femeskan muka dorang kat sini.. Manalah tau ada yang berkenan nak buat menantu..haha.. Actually, yang girl ni namanya Nora. Adik sepupu sorang ni duduknya kat utara sana tu, kat perlis. Lama gak la tak jumpa. Tau2 dah masuk U. Besar dah dia. Sikit lagi nak kawen dah.. Last jumpa dah tak ingat bila, mungkin 5,6 tahun lepas kot.

Apa2 pun saya nak wish pada semua yang sambut birthday semalam 10/1. Acik Him, saiful, nora, adik.  Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia bersama yang tersayang ( keluarga dll ) selama-lamanya, sampai ke syurga. Di doakan juga semoga segala impian akan menjadi kenyataan, bertambah juga iman & taqwa Insya Allah.... Aminn Ya Rabbal Alamin.... 



Jumaat, 3 Januari 2014

1 hari bulan 1...

Amboi... Syok saya cutikan blog 2 hari ye. Konon nak sentiasa update blog. Ni baru beberapa hari masuk tahun baru, dah bercuti pulak. Hangat2 ____ ____ ( isi la sendiri tempat kosong tu,malas saya nak tulis. Geli la pulak..haha

Apa la, ni bukan nak cerita pasal azam ke apa. Sebenarnya nak cerita pasal tarikh 1 hb 1 hari tu. Tarikh tu sebenarnya ulang tahun kelahiran mak mertua saya. Alhamdulillah, tahun 2014 ni, dah 63 tahun dah.

Walaupun dah 63 tahun tapi masih sihat lagi,macam baru umur 50 lebih je. Mak ni rajin makan supplement tau. So,badan sihat. Saya pun nak jadi macam mak. * hehe,berangan tak sudah minah ni*

Masa kat kampung semua ada. Kecuali abang ipar yang sulung dan adik ipar bongsu dgn wife dia. Abang ipar kat Uk, adik ipar kat scotland. Dorang jauh,tak apalah. Janji kami yang dekat ni ada kan??

Hari tu saya terlupa nak wish happy birthday kat MIL saya. Dah perjalanan balik baru teringat. Nak call dah segan pulak. Haha. So,saya wish kat sini jela ye. Harap mak baca nanti. Hehe.

Saya nak ucap selamat ulang tahun kelahiran yg ke 63 pada bonda mertua saya, Hajjah Nurul Niah. Semoga Allah memberi kesihatan yg baik pada mak. Kami sayang mak.