nuffnang

Memaparkan catatan dengan label lock apps. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lock apps. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2014

Apps lock..

Aniq ni biasalah,  anak milenium, generasi alpha. Bab gadget ni tak payah nak ajar sangat pun,  sendiri boleh pandai. Tapi kalau dah pandai sangat ni, susah pulak la mummy. Semua handphone dia nak conquer.  Setakat conquer ok lagi, tapi kalau dah tukar setting, tak ke haru tu kan...

Jadi, apa penyelesaian yang terbaik? Lepas godek² handphone cap ayam ni, baru perasan handphone ni pun boleh lock apps. Haha.. Inilah yang dicari selama ni.. Napelah baru sekarang perasan.. Hehe he. Dengan bangga nya sekarang, apps dah kena lock.. Aniq dah tak boleh wassap orang, tak boleh upload gambar sesuka hati, dah tak boleh habiskan kredit mummy untuk call orang..


Nampak, WhatsApp pun dah kena lock


Tapi, kalau dah kata anak gen milinea ni memang semula jadi pandai guna gadget, dia tak boleh buat ini, dia buat itu.. Tak dapat buka, hempas aje kat lantai.. Uwarghhhh.. Mujur mummy ni tengah belajar sabar. Tak de lah nak jadi monster. Jadi monster kang, sendiri menyesal.. Huhu

P/s: tak apalah, rosak handphone mummy, boleh minta handphone baru dari abah.. Hehe.. Best²..