nuffnang

Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2013

Nak Diet tapi NAK Makan Banyak????


Ok puan - puan.. Gambar kat atas ni ada banyak jenis sayur ye. Ada yang saya suka, ada yang tak suka. Kobis purple tu saya tak suka. Keras, tak sedap sangat.  Green onion tu pun tak berapa suka. Sebenarnya bukan nak cerita suka sayur tak suka sayur, tapi entry ringkas TIPS nak diet, TAPI nak makan banyak..haha..macam menarik tak???

Tips ni satu aje pun, tapi nak jugak tulis panjang2..haha.. 

Senang je sebenarnya. Tips ni saya dapat masa tengok rancangan apa tah kat tv. Pakar tu bagitahu boleh nak makan banyak, TAPI..... jangan makan banyak karbohidrat. Contohnya nasi.. Korang boleh makan nasi, tapi banyakkan benda lain. Makanlah lauk-pauk, terutamanya sayur. Penuhkan pinggan korang dengan sayur.TAPI.....jangan melampau pulak, janganlah makan sampai 2-3 pinggan pulak. Nanti berat makin naik,salahkan saya pulak.

Satu lagi yang penting, kunyah makanan sampai 40 kali. *maksud 40 kali ni sampai lumat/ hancurlah*. Kenapa? sebab bila makanan dah lumat ia akan buat kita cepat kenyang tau. Tak caya try lah.. Ambiklah makanan sikit daripada biasa, makan dengan tenang, kunyah makanan elok2. Confirm sikit tu dah cukup. Saya dah try banyak kali memang berkesan..Ini juga cara nabi jaga kesihatan perut.Bila perut sihat, kita akan jarang jatuh sakit..Percayalah....

Lagi satu..Ada lagi??hahaha.ok2 , ni yang last.. Makan buah sebelum makan berat. Sunnah nabi juga ni. Serat dalam buah akan buat kita cepat kenyang and dapat membantu penghadaman. *tolong betulkan kalau ni salah*. Tapi kalau korang yang memang tak boleh makan buah sebelum makan, jangan makan buah dulu, kang dah kembung ke sakit perut ke marah kat saya pulak..Tak mo..tak mo ye..hehehe

Ok, sekian entry tak seberapa..Jumpa lagi dalam entry yang lain...tata..titi..tutu....