Jumaat, 3 Oktober 2014

Aniq melawat abah.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Selalu tak kisah la hari penuh  bday a pun.  Saya rajin bawa Aniq pergi ofis abah dia.  Ofis ni tak jauh pun dari rumah. Lebih kurang 4,5 minit je naik kereta. Hubby memang seronok kalau kitorang datang. Bukan apa, anak kesayangan abah la katakan. Kalau pergi sana, tak sah kalau balik tak bawa jajan. Ada je orang nak bagi. Kekadang diorang bagi duit. Tapi yang paling selalu makanan ringan. Punyalah banyak sampai saya kena share dengan jiran. Nak makan sendiri memang tak lah.  Saya tak nak bagi Aniq makan, tak kan saya pula nak lebih2 kan..






Kalau dah kesana tu,  tak sah la sekejap.  Mesti lama,  sebabnya,  Aniq nak main2 dulu.  Bukan ada budak atau kawan pun,  tapi ada ayam, ada kucing,  dia jadi seronok.  Lagi pula tempat luas,  best nak lari2. Seronok sangat sampai jatuh pun tak nangis padahal kat sana tu penuh batu2.


Baru2 ni  masa kitorang pergi,  site baru lepas hujan. Jalan becak, tapi macam itulah yg paling Aniq suka.  Dapat main lopak air. Boleh celup tangan, lalu dalam lopak.  Mula2 memang saya tak bagi.  Lastnya bagi juga sebabnya dia  ni  bukan boleh ditahan - tahan.  Lagi kuat meronta. Bila dah dapat main, dengan saya sekali basah.



Balik rumah, kasut dah macam belacan.  Punyalah comot.  Tapi pada saya biarkanlah nak comot. Dia nak explore sambil tu dia belajar. Yup, tak mesti belajar tu bersih je. Kalau dia suka cara ni, saya pun suka je nak join.. Hehe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan