Rabu, 17 Disember 2014

Fenomena jeruk asam boi

Amboi.. Tengah menaip ni pun boleh telan air liur. Baru je taip, bukan depan mata lagi.. Haih, penangan jeruk² ni memang susah nak dilupakan.. Lagi² saya ni memang suka makan jeruk. *adik² jangan ikut ye, jeruk tak baik untuk kesihatan *

Kan sana sini orang dok promote mangga asam boi tu. Saya tak heran pun. Ramai pulak tu kawan yang jual. Sikit pun tak tergoda. Tapi ada sekali tu ternampak satu page ni dok tayang asam mangga dia tu saya dah start kecur air liur.. Esok lagi ternampak lagi iklan tu. Dok banyak hari, selalu muncul saja. Ni tak boleh jadi, nak beli memang tak lah.. Baik  buat sendiri..

So, kesempatan balik kampung hari tu, saya manfaatkan lah. Nak kutip buah mangga kononnya nak buat sendiri. Kebetulan 2 minggu sebelum tu saya nampak pokok mangga depan rumah MIL saya tengah berbunga.. Rasanya kalau dah lebih 2,3 minggu ada la tu yang dah besar.. Excited ni.. Hehe.. Sekali sampai kampung, tak ada sebijik pun.. Eh.. Mana pergi buah ni?

Puaslah saya keliling g pokok nak menjenguk buah.. Sebijik pun tak ada.. Nak beli?  Memang tak lah.. I kedekut ok.. Semua nak free je.. Hehe.. Udah nya kecewa. Tak ada pun buah mangga. Balik rumah, saya beli sepeket epal hijau, asam boi sikit. Cepat² buat. Campur² gula garam semua,  dah kacau sebati terus makan. Eh...
 Tak ada nak simpan² lagi dah.. Tak sabar punya pasal. Mana tak nya, lama saya tunggu mangga tak muncul².. Kat Muadzam ni pun pakat tak berbuah pokok mangga semua. Takut agaknya.. Hehe

Sekarang ni dah tak teringin sangat pun mangga asam boi tu. Dapat epal pun dah rasa best dah.. Semalam saya tukar, dari epal, saya ambil nenas pulak.. Boleh lah juga, tapi sakit lidah &  perut makan bebanyak..   Tak apalah, sesekali. Bukan nak makan selalu pun. Baki yang buat semalam tu masih ada dalam peti, tengoklah siapa nak. Saya takat nak rasa² sikit dah lah.. Lepas tu minggu depan pulak kalau teringin lagi. Yg kemudian tu kita buat lain je..

Saya nak share resepi mangga ni.. Bukan dari saya pun, saya sesape punya tah dari group wassap. Ala, diorang ni pun  ntah kebas siap punya.. Tak apalah, saya doakan supaya tuan punya resepi ni limpah berkatkan rezeki.. Ramai yang share resepi dia ni..


4 ulasan :

  1. macam nak menitik air liur baca.. hahaha

    BalasPadam
  2. tak terasa lg nak makan jeruk asam boi ni. hehe

    BalasPadam
  3. haa tak merasa lagi
    merata kan
    hari tu masa ciksu balik kenduri siap buat lagi kat rumah kenduri

    BalasPadam
  4. sampai sekrg jijah pon makan jeruk asam boi lagi..

    BalasPadam