Rabu, 24 Disember 2014

Perkataan pertama Aniq

Nak ikutkan lah kan,  perkembangan Aniq ni memang sangat cepat. Saya catit dalam buku setiap perkembangan. Yang dalam buku klinik tu memang Nurse pun cakap cepat tapi bab bercakap dia tak adalah cepat sangat &  tak juga lambat. Sedang² aje lah.

Masa mula² Aniq pandai sebut perkataan yang bermakna tu rasanya dia umur setahun.  1st perkataan yang saya ingat, Aniq sebut abah. Hari² sebut abah. Lepas pada tu dia pandai sebut Ayie.  Ayie ni adik saya yang no 4.. Pandai pulak sebut Ayie, suruh sebut mummy tak reti pulak.. Nurse cakap memang lambat sikit sebab mummy tu agak payah pada budak nak sebut.

Sekarang Aniq dah nak masuk 1y 6m.. Masa kat klinik nurse tanya Aniq dah boleh sebut apa.  Saya ni tetiba blur, terus cakap ntah.. Haha.. Padahal banyak dah Aniq boleh cakap. Dia dah pandai sebut 'kom'  maksudnya asalamualaikum, 'dok'  maksudnya 'duduk', 'pat' maksudnya 'lompat'  &  beberapa patah perkataan lain.

Saya pun tak ingat apa saya dik fikir masa Nurse tanya. Fikiran merayau jauh dah keluar dari klinik agaknya.. Hihi hi.. Dah balik rumah baru fikir balik apa perkataan yang Aniq dah sebut. Barulah ingat satu².. Haih, teruk bebenor perangai..

Saya dah mula ajar Aniq abc, 123 &  doa sikit².. So far belum pandai semua. Abc tu itu aje la dia tahu. & d-z belum hafal lagi. Sama dengan 123 tu.. Nombornya selalu skip².. Kita sebut 1 dia dah 2 kita sebut 3 dia 4. Lepas tu terus 8..

Biasanya anak lelaki ni dia memang lambat sikit berbanding dengan anak perempuan. Sebab tu walau dah lama saya ajar dia belum dapat juga, saya tak kisah. Dia boleh belajar lagi. Anak lelaki ni suka aktiviti. Nak duduk ajar satu² susah sikit.. Lagi² kalau Aniq ni.. Memang tak nak duduk diam. Nak berkejaran aje.. Saya memang tak daya nak ikut dia. Biar je dia lari &  main sorang².hihihi

Kita taip dia pun nak juga.. Haish .. 

5 ulasan :

  1. Insha Allah... kira cepat juga tu... selalu bercakap dgn dia.. insha Allah.. lama2 nnt boleh sebut byk perkataan...

    BalasPadam
  2. aniq dah 1y6m bnyk gak perkataan dia da tahu.. bagus2

    BalasPadam
  3. bagus bagus
    pelan pelan ajar nti cepat la tangkp kan
    area muadzam ok ke?

    BalasPadam
  4. kira oklah aniq dah pandai kira.afia ni berat mulut sikit..sebenanrnya bukan sebab gender kot..aiman dulu cpt cakap,afia girl tp berat mulut..so far dia pandai sebut abah je..pastu perkataan lain macam ball,gol,cat,mamam,nenen tu je perkataan yg dia selalu sebut..hehe

    BalasPadam
  5. klau dah pandai taip, nnti ikut jejak langkah mama jadi blogger.. hehehe

    BalasPadam