Isnin, 12 Januari 2015

Bebel jap..

salam.. hi korang!!

 banyak benda nak cerita ni.. tapi sekarang busy yang amat. (biasalah kan, anak semakin besar, ragam nya pun semakin banyak) sibuk juga dengan  kain2 baju yang berlambak kat rumah ni.. mana yang nak basuh, nak kering, nak lipat sangkut semua. sebab sekarang hujan masih terus turun kat sini. berhenti pun kejap sangat, tak sempat nak kering baju, dah hujan semula..nak sidai baju pun tak boleh. Nak hantar dobi, rasa sayang duit..hahaha.. jadi, kena tunggu hujan berhenti baru nak membasuh baju. kalau basuh time hujan2 ni, mana tempat  nak sidai. jadi, kena lah settle satu2..

ni pulak, dah nak kena ready untuk ambil ujian komputer (untuk lesen kereta) minggu depan, insya allah.. debar dah ni, sebab sistem sekarang dah tak sama macam dulu. cikgu kata makin senang, sebab pilihan jawapan dah tak sebanyak dulu. Kalau banyak mungkin jadi konfius kan.. tapi buku jenis latihan macam dulu tu dah tak ada. yang ada buku berserta jawapan. kita cuma kena hafal jawapan tu. pada saya lah, cara tu lagi payah. (pada saya lah) sebabnya nak kena hafalsoalan berserta jawapan.. saya mana lah ada masa nak hafal2 ni semua. kalau latihan tu ok la sikit. aiseh.. saya tak tahu lah apa saya cerita ni korang boleh bayangkan ke tak. harap boleh la ye.. malas nak letak gambar. handphone saya rosak, gambar semua dalam memory card. ni saya menulis guna pc.. so , memang tak ada gambar dalam ni. nak transfer gambar pun belum sempat lagi.

lagi satu nak bagi tahu, saya masih belum sempat nak blogwalking kat blog korang semua. saya dah bookmark blog korang, tapi kan dah cakap yang handphone rosak, maka, hilang lah book mark saya tu. nak kena mula berjalan cari balik satu2.. penat betul.. semua entry yang ada dalam blog ni sebelum ni tu, entry autopublish sebenarnya. hakikat yang betul, saya dah lama tak menulis kat blog.. lama tak lama sangat lah, ada lah dalam 4,5 hari.. tapi 4,5 hari ni rasa macam dah nak sebulan lagak nya. mungkin sebab dah biasa kot, hari2 membebel kat dalam blog ni. cerita anak lah, my hubby lah, cerita saya syok sendiri lah..perasan comel, perasan lawa..hahaha...(lawa ke? tolong lah Sya) jangan muntah ye korang.. :)

insya allah, esok lusa nak cari handphone baru, dah dapat tu nanti,kita story pasal kenapa handphone tu rosak. nak cerita sekarang kang lagi panjang lebar membebel. nanti2 lah, satu2 kita buat ye.. btw, sayang sangat kat korang, masih tinggalkan komen & jenguk blog ni walau tuannya tak muncul2 pun kat blog korang.. (ampuuuunnnn) nanti2 insya allah akan jejak kasih juga ke blog korang.. jangan risau ye.. Ok korang…. Bye…muahh ciked!!  Hehehehe  <3

8 ulasan :

  1. oo patutlah lah tak da cerita anak soleh tu..rindu rasanya kat gelagat dia...

    kalau dah berumah tangga ni sya..manalah sempat nak menghafal bagai...semoga lulus lesen kereta tu..amin..

    jangan lupa jejak kasih yer sya..hehe

    BalasPadam
  2. org kata ujian komputer yg sekarang lg susah dr dulu..

    bestnya dpt hp baru.hehe..

    BalasPadam
  3. semoga berjaya...

    dah rindu nak nengok gambar anak soleh..

    jangan lupa jejak kasihan...hehe

    BalasPadam
  4. Laaa... selama ni sya guna henpon la ye.. hihihi takpe slow2 ye

    BalasPadam
  5. Ros pun tak ambik lgi lesen kereta.. Nak kena ambik jugak ni

    BalasPadam
  6. Tak tau lak lesen keta skang susah nak mik..nsib baik dh de lesen

    BalasPadam
  7. owh... dah upgrade ek sistemnya.. ptt la ssh nk lulus.. moga berjaya..

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan semua urusan dan lulus exam driving skool.amiin! :)

    BalasPadam