Jumaat, 20 Februari 2015

mango mask superbest!!

saya bukan jenis manusia yang pandai jaga muka, jaga badan.. tapi dah namanya perempuan, ada jugalah rasa nak jaga walau sebenarnya pemalas nak buat rutin itu ini.

saya ni memang tak rajin nak belai muka, badan semua. kalau orang buatkan untuk saya oklah. nak harap sendiri memang tak la. mungkin awal je excited, lama-lama tinggal je semua tu. pandang sebelah mata je. lantak lah produk harga ratus-ratus pun. dah malas tu, berhabuk pun biar. punyalah teruk mak orang ni kan.. so, saya suka cari yang simple, mudah untuk saya.

saya suka pakai mask. senang, tampal je kat muka, biarkan 15-20 minit dah boleh buang. bukan pakai selalu. 2,3 kali seminggu je. nak pakai seminggu sekali aje pun boleh. so, saya memang kalau masuk watson tu, saya akan cari mask. dah macam-macam mask saya pakai. tapi, tak ok pada saya. kulit saya sekarang memang sensitif. dulu jenis kulit buaya. pakai apa pun, tetap licin je kulit. sampai orang jeles. malas jaga pun cantik je kulit. sekarang?? bila  malas, memang mendapatlah sebiji dua timbunan harta kat pipi..hahaha.. lepas tu, mulalah risau. senget minah ni kan..hehehe


kulit sensitif ni kenalah extra care kan. tak boleh nak pakai produk sebarangan. nak kena tengok bahan yang digunakan. kimia banyak sangat tu, yela kan lah. takut cun sekarang je, masa depan nanti, hancur.. sedih tak dapat buat apa dah.. so, masa catalyst keluarkan mask, saya tanya cousin saya bahan dalam tu. ok ke tak.. natural ke tak. kata cousin saya memang natural. diorang buat dari strawberry,kiwi dengan manggo. produk ni antara yang termaju kat korea setakat ni. mask ni, memang buat kat sana juga. dont worry, semua ni halal. Dah excited, kenalah tanya harga untuk order kan.. hurm.. harganya rm12.90 sekeping.. mahal oo.. tapi ahli dapatlah harga rm10 sekeping. masih mahal, tapi harga ni sama je dengan mask garnier yang saya pakai dulu.

1st time pakai tu, memang rasa nak lompat bintang lah.. hehe..sebabnya, cool je rasa. selalunya, muka saya ni akan rasa panas bila tak serasi. yang pernah saya try dulu, memang tak sabar nak buang sebab rasa tak selesa. yang ni, pakai 50 minit pun tak sedar..ahhahaa..  melampau betul. super duper best la.. memang saya rekemen kan sangat lah kat korang. baru-baru ni, boss ada bagi free gift untuk yang restok. dapatlah saya 3 keping mask. haha..best3.. malam sebelum tidur, saya pun pakai..

Mengerikan la pulak..haha


 nampak melekat elok je kat muka. yang biasa jenis lain saya pakai, asyik tak kena je. jadi rimas pakai. yang ni, sedang molek lah.


Nampak fresh lepas dah buka.. 

 dah 50 minit kemudian..haha..lama giler.. patut 15-20 minit je.. tapi dah best, sampai terlupa nak buang. tara...  rasa fresh je muka.. ni yang mango. ada juga saya dapat yang kiwi. tapi saya lebih suka mango ni. serasi dengan sya. nad zainal suka yang strawberry. tapi saya belum pernah try.. insya allah, nak try lepas ni..


Rabu, 18 Februari 2015

lebih kaya dari Siti Nurhaliza...

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.
Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.
Kesabaran akak td mungkin telah sampai ke titisan terakhir barangkali. Dia lalu menangkap anaknya yg berumur 4-5 tahun tersebut dan menampar anaknya dpn org ramai. Sorang merasa tamparan, sorang lg yg kecil sedikit merasa cubitan. Sy sedikit terpaku dan terkejut atas tindakan drastik akak tersebut. Anehnya, kedua-dua anaknya relax shj, seolah-olah sudah biasa ditampar seperti itu.
Namun dlm ke'relax'an anak tersebut, terpancar wajah kesedihan dan sifat memendam perasaan di wajahnya. Anak td tunduk dan duduk di sebelah kerusi sy. Sy mengusap kepalanya sambil menghulurkan gula2 Hacks kepada 2 org anak itu (kebetulan hr tu sakit tekak).
Selang 15 minit sy cuba berbual dgn akak td... "Akak pos apa?" .. Jwbnya, "akak niaga produk kosmetik.. Ni je mampu nk besarkan 2 org anak ni... Bapaknya da xda.. Payah, nk kena bawak gi pejabat pos la, ke sana kemari mengheret budak2 ni.. Dah laa nakal"...
Aku x tanya pn pasal anak2 dia tu, mungkin dia sengaja bercerita sbb aku kelihatan kurang senang cara dia menampar dan mencubit anak2 tersebut depan org ramai begitu. Aku bersuara perlahan supaya org lain x dengar perbualan kami... Kataku, "Alhamdulillah akak dikurniakan anak... Akak lebih kaya dr jutawan Dato Siti Nurhaliza Taruddin yg masih belum dikurniakan anak... Bila akak tua, mereka ni la yg menjaga akak nnt..." aku brhenti di situ sbb x dapat teruskan kata2... Sedikit sebak... Ntah kenapa... Akak tu seolah-olah faham niatku yg nk bgtau dia senakal2 anak kita, didiklah mereka dgn kasih syg... Mungkin mereka nakal sebab cara didikan kita sendiri.. Akak td terus memeluk dan mencium ubun-ubun anaknya... Mungkin motifku sudah difahaminya, Alhamdulillah.
Kadang-kadang kita penat, baru balik kerja, tetiba anak buat hal.. So kita pnya temperature pn naik... Kdg2 anak kita x dengar ckp... Bila marah makin dibuat... Kdg2 anak kita mengamuk kul 2,3 pg, buat bnda tu x kena, bnda ni x kena... Hal ni kdg2 buat kita rasa nk taekwando shj...
Teringat lg ketika sy masih menjawat jawatan jurutera, masa tu jam menunjukkan 10 mlm, sy di rumah, anak pertama sy sedang menangis disusuli dgn jeritan seolah-olah sedang dikejar pontianak harum sambal malam. Time tu pulak big bos sy call, ada breakdown katanya d site. Suasana kelam kabut. Sy x dgr apa bos ckp. Sy menjerit panggil isteri tolong pujukkan anak...isteri di dapur dan masih mendukung anak kedua dan mungkin tidak dgr jeritan sy. Anak pertama terus meluahkan jeritannya sekuat hati apabila melihat sy x mengendahkannya...ye laa, di usia 4 tahunnya, dia peduli apa walau sy tengah brcakap dengan perdana menteri Najib sekalipun. Sy tanpa pikir panjang, mengurungnya di dalam bilik dan menutup pintu supaya sy dapat dgr arahan big bos sy td. Selepas selesai, sy membuka balik pintu.. Melihatkan perbuatan sy itu dan suasana ketika itu menjadikan sy sebak.. Esoknya selepas berfikir panjang, sy memberi notis berhenti kerja kerana sy x mampu utk menjual life sy pada tanggungjwb seorang engineer yg tidak habis di pejabat...kerjanya merangkumi 24jam sehari termasuk cuti umum dan hari minggu... Sekarang sy memilih utk jadi technician...technician kerjanya habis di pejabat, x perlu bawak balik rumah, x perlu bawak dlm solat mahupun bawak balik dlm mimpi.
Dalam seminggu sy akan meluangkan masa beberapa kali bersama anak sulung sy buat apa yg dia minat.. Bg ikan lampam makan di tasik presint 5, bwk dia mandi swimming pool, bawak dia naik kereta api ERL (naik putrajaya, turun salak tinggi n patah balik putrajaya). Dan dia sgt2 menghargai sy lebih dr menghargai ibunya kerana masa sy yg diluangkan brsamanya lebih banyak berbanding ibunya... Pg pergi tadika, kalau xda sy untuk hantarnya, dia akan ngamuk...klu dia nak tunjukkan apa-apa, sy lah org pertama yang dicarinya...kalau sy tegur, nasihat sy lebih diakurinya dr ibunya.
Org kata sy terlalu memanjakannya. Terpulanglah apa org nak cakap. Bg sy tidak. Sy mengajarnya menghargai dan hormat pd org lain. Sy memberitahunya yg kasih syg bukan hanya dtg dr ibu, bapa pn mampu buat.


 sumber copy paste : FB Fadzil Khairi

p/s: ilmu parenting ni bukan saje untuk ibu bapa, tapi orang bujang atau belum mempunyai cahaya mata juga patut belajar tentang ini. nanti dah ada anak, kita dah mudah nak handle sebab dah ada ilmu.. percayalah, bila ada ilmu, anak sangat mudah dibentuk. anak baik atau nakal tu bukan semula jadi, tapi hasil dari didikan ibu bapanya. ibu bapa berilmu, akan membentuk anak yang mempunyai akhlak yang baik.. insya allah.. :)

Nota dari ibu rose.. selalu kata pada diri, "AKU LAYAK SABAR, AKU BOLEH SABAR, AKU SEORANG YANG PENYABAR"

Isnin, 16 Februari 2015

Aniq si anak soleh yang semakin kaya-raya..

my hubby memang busy. kerja dia mengalahkan boss. pergi kerja pagi, balik kerja malam. kerja site dia buat, kerja office pun dia yang buat. saya kata pada hubby, mintalah gaji lebih pada boss sebab abang ni dah macam ganti bos kat office. semua abang handle. kata hubby, tak apalah, kita tolong orang. nanti adalah rezeki kita. bila hubby cakap macam ni, apa nak kata? terimalah kan.. ada betul kata hubby saya tu. tapi kesian sangat kat dia. selalu kurang masa untuk diri sendiri. dah balik pun, masih pekerja call tanya itu ini. cuti pun, berpuluh kali orang call. dh tak macam cuti..

bila tengok macam tu, saya kesiankan 2 orang ni, my hubby & aniq. mereka sangat kurang masa bersama-sama. aniq perlukan abah dia walau macam mana pun, betul tak. jadi, saya selalu bawa aniq datang site bila dah petang, lepas pukul 5 atau masa hari ahad. sebab waktu ni hubby dah duduk kat office. seronok lah aniq, dapat main dengan abah dia, dapat lari sana - sini. dapat keluar rumah! happy sangat-sangat. yang paling happy bila time abah dia bayar gaji pekerja. time ni, 10x happy la.. sebabnya??

Tengah try panjat macam Spider-Man Kat office abah.


sebabnya, bila diorang nampak aniq, diorang ni rajin bagi duit. haha.. semalam bawa aniq, kebetulan hubby bayar gaji, dapatlah rm200. itu pun datang dah last-last. kalau lebih awal, saya tak tahulah berapa banyak dia dapat.


Aniq malu² :)


Itulah untungnya bila berbuat baik dengan orang kata my hubby. memang tak dinafikan, walaupun boss pada pekerja, my hubby ni sangat baik dengan pekerja dia, tak kiralah indon, bangla, myanmar. tapi pekerja sangat hormat dia. saya yang selalu melepak kat office memang kagum lah, bukan je sebab dia husband saya, tapi juga sebab tengok cara dia. sabar dia tu, kalau boss lain,memang tak layan pekerja ni. lantak korang lah kan.. saya pun mungkin akan macam tu juga.. mentang-mentanglah boss..

aniq ni kalau dikirakan, dah beribu dia dapat dari pekerja-pekerja tu. memang rajin bagi duit diorang ni. rajin juga bagi jajan kat aniq. haa..part ni saya kurang suka.. seorang bagi 1 plastik besar yang ada banyak-banyak jajan tu. kalau 3,4 orang? penuh kereta. saya bagi jiran ajelah. aniq makan sikit-sikit sudah. alhamdulillah, murah rezeki aniq, berkat abah dia yang murah hati tolong orang. saya belajar banyak dari my hubby pasal ni. sebab saya ni jenis berkira. itulah selalu saya kata kat adik-adik, tak hensem tak apa, yang penting hati tu yang kita nak pandang.

betul kan??

Pstt : tapi hubby saya hensem tau
.Hahaha.. gelap sebab berpanas je.. ;)

Ahad, 15 Februari 2015

mahalnya yuran taska...

Saya & hubby dah bincang. Kami nak hantar Aniq ke taska dalam beberapa hari sebulan supaya dia dapat berkawan. Dan saya pun dapat free Kat rumah,buat kerja sendiri dengan senang & tenang. Kebetulan sebelah rumah saya ni ada taska. Mudah la kan kalau bila² rasa nak tengok anak. So, saya pun start survey harga untuk stay ikut hari.

saya tanya berapa harga untuk sehari.. katanya rm30.. wow!! rm30.. mahalnya!! saya terkejut beruk oo... adeh, saya tak pastilah tu harga sekarang ke apa. yang saya tahu, lebih kurang 4 tahun lepas baru je rm15 untuk sehari kat tempat saya kerja dulu.  sekarang dah rm30.. huhu.. mahalnya rasa.. macam mana harga kat tempat korang ye.. memang macam ni ke harganya..?? Berapa pula yuran untuk sebulan?

lepas tu saya survey tempat lain. kebetulan anak saudara saya kerja situ. (saya baru tahu dia kerja situ) tapi dia baru masuk 2 minggu, so dia tak tahu berapa bayaran untuk 1 hari. tapi yang best kat tempat dia tu, setiap hari rabu diorang pergi swimming pool. saya dah teruja lah.. kalau ada aktiviti lain, mahal sikit tu saya ok je la..  macam taska sebelah rumah ni, tak ada aktiviti..

tapi hubby kurang setuju. katanya, risau tinggalkan anak jauh-jauh. sebenarnya tak jauh pun. dekat dengan tempat kerja hubby.  tapi banding dengan sebelah rumah, dah tentulah taska tu agak jauh. dia risau anak dia kena buli ke apa. saya sekrang buntulah, nak timbang macam mana. my hubby ni memang. bab anak, dia tak boleh nak lepas. risau dia tu, saya pun takut..hehe.. bukan apa, balik rumah, dia tak nampak aniq, merata dia cari. dalam tandas, bilik air. padahal aniq dalam bilik pak cik dia. so, saya faham la kenapa dia tak bagi letak anak jauh-jauh. my hubby belum ready nak lepas anak kesayangan dia ni. tapi sampai bila kan?

bila fikir, memang masih awal sangat pada aniq untuk ditinggalkan macam tu. (sebab saya tak kerja). lainlah kalau saya berkerja. tapi saya nak pendedahan awal pada dia. apa pun kena pertimbangkan kerisauan hubby saya ni. and kerisauan saya pasal poket hubby juga walau hubby saya tak  kisah.

jadi? nak hantar ke tak? kena fikir semula. tapi survey tetap  survey.  nak tahu juga rate yuran taska kat tempat lain.. sekurang-kurangnya, nanti tak adalah saya terkejut tahap cipan lagi dah nak hantar anak..

share..share dengan saya ye.. ty all :)

Sabtu, 14 Februari 2015

Bila Suami suka shopping

Salam.. hi korang..Biasanya,orang lelaki ni payah kita dengar yang kaki shopping kan? Kalau wife ajak temankan shopping barang dapur pun ada juga yang malas nak ikut. Tahu dah, mesti lama punya..hehe.. tapi macam mana pulak dengan lelaki yang suka shopping macam my hubby? Diorang shopping apa eh?hehe

Ala, sebenarnya my hubby bukanlah Kaki shopping sangat pun. Tapi kalau ada yang dia cari,memang bosan lah menunggu..hehe.. saya bukan lah manusia yang sabar menunggu.. so, suka suruh dia cepat².. macam baru² ni, my hubby shopping anak pokok Kat nursery.. adoyai, malas nya nak join.. tak minat la.. dia dok jalan sana jalan sini tengok pokok, beli tanah ,baja.. saya? Saya tukang ikut je hubby kemana-mana. Buat hilang bosan,saya tengok² jugalah pokok² yg ada.

Satu lagi hobi dia ialah shopping baju, tudung & barang² untuk  saya. Kalau ada duit, pantang nampak kedai pakaian. Mesti Tanya,ayang nak beli baju? Saya jawab, baju ayang dah banyak,beli baju abang pulak. Ha.. part ni dia elak. Punyalah payah nak suruh beli baju dia sendiri. Apa lah... Dalam saya tak nak baju,tak nak tudung dia belikan juga.. nah... 4 helai tudung baru..



Ini semua bukan pilihan saya. Saya malas nak beli..  Semua hubby yang pilih. Tapi sampai rumah, saya try juga semua.. ya Allah,memang sesuai dengan saya.. huhu.. terharu tau! Berbanyak terima kasih untuk my hubby. Pandai pilih untuk I..

Tapi satu masalah yang pening nak fikir. Tak tau lah cara nak settle macam mana nak ajak dia beli baju & barang² dia pulak? Tolonglah korang bagi idea. Puas dah pujuk, jawapan paling popular, nantilah dulu. Penat dah dengar jawapan ni..haih~

Malam nanti nak pi jalan,nak paksa beli pakaian baru..

Jumaat, 13 Februari 2015

Pisang goreng cheese



Ramai dah tau kan yang pisang goreng cheese ni . memang famous kan?? Ramai yang cakap sedap. Tapi sebelum buat sendiri, saya nak  rasa dulu lah. Sedap ke tak, kena tak dengan citarasa saya. Kalau tak sedap, tak nak la buat.hehehe  Pasalnya sepupu saya kata tak kenalah dengan selera  dia. Risau pulak saya..hahaha. takut dah buat nanti tak nak makan pulak.

So, kebetulan masa ada  pasar tani kat sini, hubby saya ternampak ada orang jual. Dia pun cakap nak try. Ok.. saya minta sebungkus. Harga, rm3.00.  Pada saya harga tu agak murah sebab nampak cheese banyak juga orang tu letak.   Owhh.. excited saya nak rasa..haha.. tak sabar dah nak balik rumah. (saya suka cheese)

Dah hilang cheese,sbb sy kutip..tp plik la..cheese dia ni tawar je..

TAPI….. bila dah try rasa.. hurm.. tak sedap pun. Rasa pisang semata. Tak rasa cheese pun. Abes tu cheese ke apa dia bubuh yang nampak macam cheese tu? Tak rasa macam cheese pun! Tawar je.. grr… ni yang geram. Apa lah diorang ni.. patutlah saya rasa pelik, kenapa murah?? Nampak macam banyak je cheese. Sedih tau. Saya and family ni jenis tak berkira pasal harga makanan asalkan sedap. Tak sukalah, murah tapi tak sedap pun. Baik tak payah jual. Membazir je beli. Last tak habis pun makan. Sebab saya memang kurang suka pisang. Kecuali kalau ada kicap cili tu. Macam tu saya makan.

Ramai orang yang buat atau menjual style macam ni. Yang sebenarnya sangat tak bagus untuk bisnes diorang. Orang suka pada kualiti. Biar mahal sikit tak apa. Cuma janganlah mahal sangat sampai melampau-lampau. Kalau dia buat sedap, harga mahal sikit dari tu pun tak apa, sebab orang akan datang balik. Sebabnya, teringat-ingat sedap makanan dia. Kalau tak sedap, murah pun orang tak nak.. tak berbaloi pun. 

Tapi walaupun orang kata customer always right, jangan pulak customer ni buat perangai mengada - ngada pulak, complain je memanjang. kalau ada yang sedap, harga berpatutan, cerita lah kat kawan-kawan. Majukan lagi bisnes orang tu.. :)

haa.. yang ni untuk customer pulak..




Khamis, 12 Februari 2015

settle dah..

hi.. semalam saya dah ke mahkamah untuk settlekan nama saya yang kena blacklist dulu tu. pagi- pagi lagi dah tercongok depan mahkamah sebab katanya nak mula pukul 8.30 pagi. kitorang gerak dari rumah lepas subuh. aniq yang tengah tidur tu, angkat je masuk kereta.. terus bertolak ke mahkamah majistret Pekan.

tapi sampai agak awal. pukul 8 dah sampai. rupanya pukul 9 baru mula. hihi.. apa lagi, makan la dulu. lapar dah rasa. tapi kedai kat sana masih tak beroperasi sepenuhnya lagi. tak banyak pilihan makanan yang ada. haih.. tak best. apa pun makan je, janji perut berisi kan? nanti kang dah mula baru la rasa lapar. lepas makan, ada lagi setengah jam. tunggu je kat sana. sementara tunggu tu, layan ajelah aniq berlari sana sini. teruja betul dia jumpa tiang bendera..hahaha.. dipeluk-peluknya tiang tu.. lepas   tu lari sana lari sini.






tepat pukul 9, barulah pendakwaraya tu panggil. berdebar giler kau, sebabnya saya tak bawa surat saman semula yang diorang bagi tu. aiseh.. manalah saya tau kena bawa. my umy tak bagi tau kat saya. huh.. mujurlah diorang ok je sebab dah memang ada nama saya kat dalam tu kan.  masa bicara bermula, diorang sebut kes-kes dadah dulu. takut tau masa tu. ada kes bunuh jugak. ngeri! yang sedih juga, boleh dikatakan banyak kes dadah ni melibatkan orang tua. dah masuk umur emas pun.. Allah, sedih sangat. ada seorang je muda, umur 22 tahun. masa sebut tu, saya yang menangis. terfikir, macam mana anak-anak dia, isteri dia. mengalir lah air mata saya tengok semua tu.. harap tak ada sape perasan la..uhuk uhuk..

akhirnya masa saya dah sampai. malu sangat masa tu, saya duduk belakang, bila kena panggil semua pandang saya. haih, macam lah saya ni dah buat kesalahan jenayah. sabar ajelah. bila dibacakan kesalahan, saya dengar tak dengar je, macam angin lalu. sebab ketakutan. mana tak nya, dalam mahkamah, orang bawa family, saya bawa diri. hubby jaga aniq kat luar. masa hakim sebut untuk saya buat rayuan, tak terkeluar kata-kata. bila bercakap pun , suara tak keluar. polis yang berdiri kat sebelah saya tu bisik kat saya supaya cakap lebih kuat. huhu.. menggigil masa tu. last dapat juga cakap, minta kurangkan denda. tapi cakpa sambil air mata mengalir.. SERIUS takut tau. memang hakim tu tak makan orang, tapi saya takut juga. bila dah settle, saya sapu air mata sambil keluar. malu sangat - sangat masa tu. semua pandang saya. walaupun dah keluar tu saya masih tak rasa lega, sekurang-kurangnya dah lepas dari masalah ni, kira ok la..

bukan mudah sebenarnya nak lupa perasaan tu. dalam mahkamah, saya dok ulang-ulang cakap dalam hati yang saya dah tak nak jejak lagi mahkamah untuk benda-benda macam ni. serik sangat. bukan serik pasal kena bayar. tapi saya tak suka, seolah saya yang buat kesalahan tu. sakit hati saya!


apa pun, semua dah settle. saya dah boleh mula study semula. agen kelas memandu pun dah call. tapi saya masih belum bagi tarikh lagi untuk exam. kebetulan minggu akan datang ni agak busy. lepas tu  cuti chinese new year, lepas tu ada urusan-urusan lain lagi. maybe bulan depan baru saya exam. sekarang nak relek dulu..hehe...

Ahad, 8 Februari 2015

adik accident.

Hi.. dah beberapa hari saya tak menulis sebab kekangan masa. Hari ni.Alhamdulillah dapat menulis semula. phew... lega rasa.. mana tak nya, selagi tak dapat coret sesuatu Kat blog,selagi tu rasa tak kena. Sebabnya,banyak cerita Aniq yang nak diceritakan,tapi tak tertulis apa pun.

Tapi hari ni,bukan saya nak story pasal Aniq ke apa. Ni pasal pak su Aniq yg juga adik bongsu saya. Dia baru je accident semalam. Masa tu tengah hari, dia nak balik dari kerja..

Rasanya tak sanggup nak story panjang pasal ni. Sebab saya masih bersedih. Adik sekarang dah ada Kat rumah saya. So far sekarang umy saya jaga, saya belum jaga lagi sebab rasa tak sanggup. Bayangkan, nak pandang dia pun saya tak boleh.. bukan takut tengok dia,tapi takut air Mata ni mengalir tak berhenti. Aniq pulak, dia dah tak kenal pak su dia. Muka adik saya bengkak teruk. Mulut,gusi & lidah berjahit. Sebab tu Aniq takut. Padahal dia paling manja dengan adik saya ni. Kesian sangat tengok. Nangis² Aniq bila ternampak pak su dia. Saya lagi lah,nangis sama. Tapi sebab sedih.

Hari isnin,umy saya start kerja balik. Lepas ni, turn saya jaga adik. Hope saya kuat untuk jaga dia. Kena kuat lah,sedangkan tuan punya badan pun ok je. Redha je,benda dah jadi. Tapi inilah, perasaan seorang kakak. Segala apa jadi pada adik², kakak ni lah yang kadang terlebih sedih dari si mangsa. Tak sanggup nak tengok adik² kesusahan, kesakitan.

Ya Allah,ampunilah dosa adik ku & kami semua. Bantulah kami dalam menghadapi ujian-Mu.

Adik masih belum boleh makan. Tak boleh bercakap juga. Saya tak tahu nak buat apa,sebab hospital bekalkan ubat pil sedangkan adik x boleh nak menelan apa² pun. Terpaksa cairkan pil,bagi minum. Tapi ada yg dia tak mampu nak makan sebab teruk sangat rasanya. So, my umy tak bagi sebab risau dia muntah. Kalau muntah kang terbuka jahitan macam mana kan? Allah,saya tak faham kenapa diorang tak tahan je adik kat wad n kenapa bekalkan ubat pil sedangkan mulut,gusi n lidah si adik ni berjahit. Dah rupa macam tu, dah tentu tak boleh nak makan kan?

Kami bukan orang senang,kalau ada duit,saya bawa adik ke hospital swasta.  Tak sanggup nak terus cerita. Saya cuma harapkan adik saya cepat sembuh & sihat macam sebelum ni..

P/s: sorry kawan², tak dapat nak attach gambar adik Kat sini. Takut korang pun terbayang - bayang nanti. Sebab teruk lukanya tu.. minta tolong doakan kami ye.. terima kasih...

Selasa, 3 Februari 2015

perasan muda..

Salam semua.. hi... selalu kan, orang cakap perempuan ni mudah nampak tua. Lagi² bila dah berkahwin. Uhuk².. sedih dengar tau. Kecil hati I..hehe

Tapi kan, dah sememangnya kita ni hidup akan semakin tua. Apa nak dikata. Mana ada orang makin muda. Kalau awet muda tu lain cerita lah. Tapi ni umur. Makin tua lah dari tahun ke tahun. cuma yang sengal nya bila tuan punya badan selalu tak percaya yang umur dia dah semakin tua. Tu adalah sangat sengal.Haha. sape lg? I la... tahun ni, (2015) dah nak masuk umur 26 tahun tau! Erk.... sampai la ni rasa tak boleh terima.. tua nya aku.. biar betul...

Tetibe rasa macam yeke dah 26.. tak cayalah. Kita kira balik.. eh, betullah ni. 15/8/2015 nanti cukup lah 26 tahun. Tulis 26 tu pun dah rasa berdebar.. ya Allah, terus rasa malu sangat. 26 tahun dah hidup,apa aje manfaat yang saya dah bagi pada orang lain? Amalan pulak macam mana? Masih banyak compang camping. Ni Kat blog asyik merapu je. Aduhai.. serius berdebar bila tengok usia yang makin meningkat tapi kebaikan apa pun tak ada..

Tu belum lagi fikir pasal percaya hati si anak soleh Kami ni.. sepanjang hampir 2 tahun jadi ibu,apa yang saya dah ajar anak saya? Benda baik ke Benda buruk? Allah.. tak tau nak terangkan macam mana perasaan ni.. takut,risau berdebar..

Jom kawan² semua. Kita buat amalan baik banyak² setiap hari. Kita niatkan untuk beri manfaat pada orang. Tak rugi sikit pun. Untung lagi ada sebab Allah bagi banyak pahala untuk kita..

Azam saya : nak mulakan semula hadiah kan bacaan Al-Fatehah untuk semua orang pada setiap pagi macam dulu. Lama dah tinggal.. insya Allah nak istiqomah semula.. jom kawan².. tak susah pun nak buat ni..

Jom baca.. (sumber gambar : google)

Isnin, 2 Februari 2015

dapat tarikh ke mahkamah

Salam semua!

Saya masih belum sihat lagi. Tapi ubat² semua saya dah stop makan sejak 3 hari.lepas. why? Sebabnya, rasa macam lalok pulak bila makan ubat. Hampir pitam pun ada. Lagi satu, dalam badan cik puan Sya Nadia yang sememangnya lemah ni, rasa tak sanggup nak kuatkan badan dengan steroid semua. Cari ubat cara lain lah pulak.

Actually, nak story Kat korang ni.pasal kes black list saya yang hari tu kan. Alhamdulillah, dah di buka saman semula masa 26/1 baru² ni. And terus dapat tarikh untuk ke mahkamah pada 10/2 ni. Tapi dalam keadaan saya yang masih belum sihat sepenuhnya ni, rasa risau lah pulak. Dapat ke nak pergi tarikh tu nanti? Or terpaksa tunda pulak tarikh lain? Hope tak lah kan.. saya tunggu lama nak ambil lesen.nak sangat settle cepat.

Dengar kata saman tu mungkin dalam rm400lebih macam tu. Saya lah dok pening fikir macam mana nak bayar. Tiba², hubby bagi tau dia akan bayar. Senyap² dah, tak payah suruh si hamba Allah ni bayar balik. Ermm.. ikutkan macam tak setuju. Tapi fikirkan malas nak kecoh lama². Yang lepas tu biarkan je lepas. Kata hubby, anggap aje kita sedekah kan duit tu Kat dia. Saya iye kan je.. Alhamdulillah dapat suami yang jenis mudah bertolak ansur.

Sekarang masa untuk saya jaga diri, jaga kesihatan. Buat masa ni, saya masih berpantang. Tak makan itu & ini yang dikatakan boleh mendatangkan alahan pada saya. Insya Allah,lepas dah settle Kat mahkamah nanti, baru lah slow² saya makan semula. Sebab nak tengok, saya masih alah lagi tak dengan benda² ni. Kalau dah tak ada, Alhamdulillah.. happy la saya..hehe