Isnin, 2 Februari 2015

dapat tarikh ke mahkamah

Salam semua!

Saya masih belum sihat lagi. Tapi ubat² semua saya dah stop makan sejak 3 hari.lepas. why? Sebabnya, rasa macam lalok pulak bila makan ubat. Hampir pitam pun ada. Lagi satu, dalam badan cik puan Sya Nadia yang sememangnya lemah ni, rasa tak sanggup nak kuatkan badan dengan steroid semua. Cari ubat cara lain lah pulak.

Actually, nak story Kat korang ni.pasal kes black list saya yang hari tu kan. Alhamdulillah, dah di buka saman semula masa 26/1 baru² ni. And terus dapat tarikh untuk ke mahkamah pada 10/2 ni. Tapi dalam keadaan saya yang masih belum sihat sepenuhnya ni, rasa risau lah pulak. Dapat ke nak pergi tarikh tu nanti? Or terpaksa tunda pulak tarikh lain? Hope tak lah kan.. saya tunggu lama nak ambil lesen.nak sangat settle cepat.

Dengar kata saman tu mungkin dalam rm400lebih macam tu. Saya lah dok pening fikir macam mana nak bayar. Tiba², hubby bagi tau dia akan bayar. Senyap² dah, tak payah suruh si hamba Allah ni bayar balik. Ermm.. ikutkan macam tak setuju. Tapi fikirkan malas nak kecoh lama². Yang lepas tu biarkan je lepas. Kata hubby, anggap aje kita sedekah kan duit tu Kat dia. Saya iye kan je.. Alhamdulillah dapat suami yang jenis mudah bertolak ansur.

Sekarang masa untuk saya jaga diri, jaga kesihatan. Buat masa ni, saya masih berpantang. Tak makan itu & ini yang dikatakan boleh mendatangkan alahan pada saya. Insya Allah,lepas dah settle Kat mahkamah nanti, baru lah slow² saya makan semula. Sebab nak tengok, saya masih alah lagi tak dengan benda² ni. Kalau dah tak ada, Alhamdulillah.. happy la saya..hehe

6 ulasan :

  1. Moga cepat sembuh n dpt selesaikan kes mahkamah pastu amik lesen segera.mujur suami sya jenis tak kecoh.hehe

    BalasPadam
  2. moga cepat sembuh dah cepat semuanya diselesaikan
    aamiin
    jaga diri ye dear

    BalasPadam
  3. Mogaa cepat sembuh ye sya.. moga kes tu selesai

    BalasPadam
  4. baik suami dik sya..betul juga..kalau bising2 bukan dia nak bayar pun..takut2 lain pulak jadinya...anggap je amal jariah...bukan orang lain pun ..saudara sendiri...tapi lain kali kena beringat dan hati2..jgn sampai pisang brbuah 2 kali...

    semoga adik cepat sembuh..

    pstt...dik sya bila naka belanja gelagat anak soleh lagi kat cni..

    BalasPadam