Khamis, 28 Mei 2015

miss my blog..

Assalamualaikum... Hi semua..!!  

lamanya saya tak buka blog... weee.. sibuk sangat sekarang ni. tak ada masa nak membebel kat blog. nak buka pun tak ada kesempatan. baru den pegang handhone, Aniq si anak soleh itu pun datang nak handpone mummy juga. leceh la.. Tab yang hubby beli untuk Aniq dulu dah jahanam. ntah kenapa,  bateri cepat sangat habis. lepas tu pulak, charger tab tu rosak. jadi, lantak la. sekarang dia nak rebut mummy dengan abah punyalah. humm.. anak zaman searang memang canggih kan! kita tak ajar pun, pandai aje diorang guna segala gadjet yang ada.

sekarang saya sangat busy. nak habis kan kelas untuk lesen memandu, nak settlekan kerja itu ini kat rumah, nak settlekan masalah adik-adik yang tengah excited nak berniaga. nak cari tapak, nak buat lesen. menang busy sangat. hari-hari lari sana sini, rasa sakit badan. nak pengsan pun ada..hehe.

tapi tak apalah, kata orang, 

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.


haa.. nampak tak.. biar sakit sekarang, nanti senang kemudian. alaa, bukan nak cari senang sangat la. nak mewah sangat ke apa. punyalah kan, nak bisnes memanjang. tapi saje nak adik-adik ni berdikari atas usaha sendiri. tak payah asyik nak makan gaji. alhamdulillah, diorang pun semangat nak berniaga. letih dah kerja dengan orang. harap murah la rezeki kami semua lepas ni, sebab bersungguh nak ikut cara nabi kan.. hehe..perasan la kan.. tak apa, kita usaha, yang lebih tu Allah yang tentukan..

bagi yang ada minat nak berniaga tu, boleh dah pasang angan-angan and mula melangkah sikit-sikit. belajar berniaga. rugi sikit-sikit tu perkara biasa bagi peniaga.janji jangan putus asa. benda yang sama juga saya pesan pada adik-adik saya. harap boleh ladiorang ikut sebab iye la kan, teori semua orang boleh, bila time praktikalnya nanti, Tuhan aje yang tahu payahnya.

bidang bisnes nak kena tabah. jujur saya katakan, saya pun masih baru nak belajar merangkak. nangis juga kadang bila tengok hasil tak macam yng diharapkan. tapi hubby selalu ada, bagi tahu saya bukan selalu kita dapat banyak.. kena sabar..

yep.. sabar.. itulah kunci untuk berjaya. jangan putus asa.. doakan kami ye.. kami pun doakan korang juga.. bye..

love u all.........

3 ulasan :

  1. moga di murahkan rezeki sya n keluarga..moga bisness success! amin

    BalasPadam
  2. asalamualaikum sya...apa khabar..lama menyepi rupanya bz sesangat...semoga apa pun sya lakukan dipermudahkan urusannya
    ..amin :-))

    BalasPadam
  3. saya doakan semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.. amiin.. all the best..

    BalasPadam