Khamis, 5 November 2015

20 minggu yang indah..

Assalamualaikum...

pagi tadi saya angkut semua orang, abah Aniq and Aniq sekali ikut saya check up  kat klinik. patutnya ni bukanlah check up bulanan pun, tapi doktor nak jumpa sebab katanya tarikh scan dengan tarikh due saya jauh sangat larinya. eh? jauh sangat ke? ntah.. saya tengok tarikh beza seminggu aje. idak la jauh mana pun. tapi dah doktor nak jumpa, kena la munculkan diri.

Alhamdulillah tadi tak ramai orang. cuma yang ramai nya dah terlebih due. tak tunggu-tunggu dah, kena hantar kuantan.  bulan lepas jiran saya pun over due. kena p kuantan jugak. doa-doa la supaya saya tak jadi macam tu. risau betul saya.

bulan  lepas, berat saya naik banyak. 2 kg tu..hahaha.... terkejut nurse.. siap tanya , ko makan banyak ye..saya pun pelik, masa bila pulak saya makan banyak. tapi fikirkan masa tu saya memang kurang aktif, banyak baring , duduk je, saya rasa tau la sebab apa jadi naik banyak tu. al hasilnya, berat jadi 45kg. tapi tadi cek, turun pulak 500gm. jadi 44.5 kg je..  turun naik gitu aje la..

lepas dah scan tadi, doktor decide nak kekalkan aje tarikh yang asal. 22/ mac/ 2016. ok la kan. saya takut je dia awalkan pulak.  so far, mengandung kali ni agak lain dari masa Aniq. Tak ada morning sickness. cuma bab makan tu yang dahsyat sikit. Sampai sekarang masih tak berapa boleh makan berempah & pedas macam dulu.  Hb pun cun.. setakat ni paling tinggi tu 12. masa Aniq dulu boleh lebih dari 13.. syukur.. berkat amalkan vco rasanya.

ni yang masa mula-mula..


ni yang bulan lepas..


Baby pulak sangatlah aktif. Tak macam abang Aniq dulu yang sangat sopan and pemalu. kita usik pun jarang respon. tapi adik baby ni tak usik pun dia tetap main roller coster dalam perut mummy tak kira masa. hehehe

Setakat dah 20 minggu ni, ramai kawan-kawan saya yang tak tahu pun saya pregnant. sebabnya perut sangatlah kecik. Macam tak mengandung. Cuma mungkin nampak buncit sikit. Tapi selalunya memang tak nampak. Sampaikan saya selalu lupa saya pregnant sampailah adik baby dok busy main roller coster..

Abang Aniq ni pun rajin tegur adik baby dalam perut. Panggil adik. Harapnya, dua-dua ni nanti sentiasalah mesra and berkawan baik-baik..

4 ulasan :

  1. asalamualaikum sya...tarikh due tu sama dengan menantu akak.
    moga kedua2 nya sihat dan selamat..amin

    BalasPadam
  2. alhamdulillah
    jaga diri ye sya
    ptut lama sunyi blog ni. hihihi

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah 5bulan dah sya! lain anak lain ragamnya kan.. jijah pun perasan si adik ni kuat sgt gerak aktif..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..dah tau jantina ker..murni dlu cukup2 $ bulan dah scan tgk jantina..dah dpt sepasang ni klu yg no3 tak kisah dah anak aper pon..hihihi

    BalasPadam