Jumaat, 27 November 2015

Adik Accident!

Assalamualaikum..

Hari  ni jumaat, kiranya hampir seminggu dah saya tak update blog, dan seminggu jugalah adik saya dah terlantar kat hospital akibat eksiden. Susah nak cerita apa perasaan sekarang ni. Rasa masih macam tak percaya, rasa macam terdengar aje lagi bunyi motor dia balik dari kerja  setiap hari.


Kisahnya jumaat lepas, adik saya nak balik dari kerja masa tu tengah hari orang nak pergi sembahyang jumaat. Dari cerita adik, pemandu kereta tu keluar dari simpang tiba-tiba. Tak sempat nak elak, terus aje motor adik saya langgar kereta orang tu, berpusing lah motor tu. Jahanam belakang nya. Adik masa tu dah tak boleh bangun langsung pun, tapi  dia masih sedar. Dia tanya pada mak cik tu kenapa keluar tiba-tiba? Dia kata tak nampak adik saya. Dalam keadaan tak boleh bangun tu, adik saya dah agak yang mesti ada tulang yang patah. Lepas tu dia pengsan.

Saya kat rumah , dah rasa tak sedap hati sebab dah petang tapi adik tak muncul-muncul. Time tu umy saya call bagi tahu yang adik dah kat hospital. Allah... rasa nak tercabut jantung saya! Allah...Berat sungguh rasa. Kat hospital, doktor bagi tahu yang tulang pinggul dah patah. kena ke Kuantan segera, buat pembedahan segera. Petang tu juga dia ke Kuantan, malam tu juga bedah. Settle semua pukul 5 pagi. Saya dengan adik & anak-anak semua termasuk abah & umy saya, cari bilik hotel. Rehat dulu. Hubby , adik ipar & adik saya yang lelaki tunggu sampai adik keluar bilik bedah, sampai masuk wad.

Pagi tu bergilir. umy & abah pergi dulu jenguk adik. Yang dah berjaga malam tadi dah boleh rehat, tidur. Saya dalam pukul 8 lebih macam tu dah tak boleh tunggu. Ajak adik perempuan saya, ajak ke hospital. Anak-anak semua tinggal. Alhamdulillah, dapat juga masuk walau awal pagi. Adik saya dah sedar time ni. Tapi bila doktor terangkan tentang dia, kami tak boleh nak tahan sedih. tapi itulah ujian yang Allah berikan pada kitorang. Nak tak nak kena hadapi juga. Alhamdulillah doktor & nurse semuanya sangat baik. Nak tanya apa pun, diorang layan je. jawab je. Syukur...


Hari ketiga adik kat wad, jantung pulak makin lemah. Paru-paru dia pun bermasalah. Terus kena masuk icu. Saya agak pelik mula-mula kenapa tiba-tiba. Rupanya doktor agak dia dah memang bermasalah dari dulu lagi. Kes nya sebab adik saya ni dulu lahir tak cukup bulan, paru-paru dia ada masalah. Tapi mungkin sebab masalah tu tak besar, so nampak dia sihat aje. Tapi bila dah sakit macam ni barulah nampak kesan sebenar dia. Masa ni kitorang rasa down sangat dah. 

Mujurlah adik saya cuma 3 hari dalam icu, hari khamis semalam dia dah boleh pindah semula ke wad yang dia duduk mula-mula tu. Masa ni dia dah dibenarkan makan & minum. Minum yang manis-manis tu pun dah boleh. Saya dah tanya doktor, dia suggest bagi minum air madu & jus kurma. Bagi juga makan vco. Kata doktor, vco bagus untuk bunuh bakteria, kuman-kuman yang ada dalam badan. Sebab vco ada anti bakteria,anti fungus semua tu. Bagus lah kan, kebetulan saya ni penjual vco. Mudah la nak dapat stok. Tapi hampehnya kakak dia ni, pi hospital, terlupa nak bawa vco tu. Kesian adik saya, sampai hari ni masih tak dapat lagi vco dia.

Adik saya ni mungkin lama lagi dalam wad. tak tahu berapa lama. Dia agak down sebenarnya. Bila orang cakap, jangan sedih, kalau ko dah dapat duit insuran nanti, seronok la dapat duit banyak. Tapi dia  rasa lain, walau berapa banyak duit dia dapat, tak kan sama dengan nikmat kesihatan yang selama ni dia rasa.  Apalah guna duit, kalau dia tak cukup sempurna sama macam sebelum ni. Dia kata, biarlah dia susah bekerja cari duit dari duduk diam ada duit. Tak kan sama rasa nya. Yup....Saya sedih dengar kata-kata tu dari dia. tapi saya tahu, adik saya ni seorang yang tabah, kuat semangat, tak mudah mengalah. Saya sentiasa doakan dia supaya sembuh sama  macam dia yang sebelum eksiden ni.

Kawan-kawan yang tersayang semua, tolonglah doakan untuk kesembuhan adik saya. Juga untuk menguatkan lagi semangat dia yang kadang-kadang hilang ditelan kesedihan. Saya risaukan dia. Takit bila stress tu nanti buatkan dia lambat sembuh..


adik saya masa 1st day kat wad. 


Sabtu, 21 November 2015

Vco untuk anak yang demam.

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang tahu saya ni pengguna setia VCO a.k.a minyak kelapa dara kan? Saya mula amalkan vco ni dari umur belasan tahun lagi. Dari vco ni dalam bentuk liquid yang susahnya nak telan tu. Errkk... Rasa makan minyak!

vco liquid


Dulu masa umy saya suruh makan, saya memang nak elak saje. Iyela, masa tu mana terdedah lagi pada 1001 khasiat vco ni. Sekarang dah tau, jadi berhantu pulak. Dok pi mana pun usung la botol vco tu. Sekarang pun dah tak takut nak makan yang liquid. haaaa... Panjang bebenor mukaddimah nya yek?hehe. 

ok.. Saje la kan hari ni saya nak share apa la kita boleh buat dengan vco tu bila anak demam. Haa... Serius ramai tak tahu. Saya pun dulu tak tahu, tapi doktor yang bagi tau saya baru-baru ni. Tak sangka doktor pun ambil tahu tentang khasiat vco. Sampaikan doktor & nurse kat klinik pun sokong untuk amalkan vco.

Masa Aniq demam, dah jadi kebiasaan saya untuk pantau dulu suhu badan dia, lap badan dengan air tapi tak bagi ubat. Bukan sebab saje ke apa, tapi doktor bagi tau yang demam bukanlah penyakit tapi petanda kepada akan sakit. So, tak perlu tergesa-gesa bagi ubat kecuali bila kita dah nampak anak sakit apa. Atau bila suhu anak dah terlalu tinggi.  Masa Aniq demam baru ni, doktor nasihatkan supaya sapu minyak zaitun pada sendi badan anak. Tapi kat rumah dah kehabisan minyak zaitun, so saya gantikan dengan vco. Rupanya, dengan vco pun boleh bantu turunkan suhu demam anak! Wah... bagus la kan? 

Jadi, saya dengan cepatnya sapu vco pada sendi anak soleh saya ni, sambil tu juga lap badan dia dengan air yang dah dicampur dengan beberapa titik vco. Alhamdulillah, sangat mujarab. Malam tu juga demam anak soleh saya ni dah ok. Syukur! Panas sikit je, bawah pada 37.5.. Esoknya baik terus dari demam.

Betullah vco ni 1001 khasiat. Saya tak rasa rugi langsung keluar sikit duit demi kesihatan family. Yup, satu family boleh guna. Dari anak kecik sampai lah ke orang tua. Macam saya, nak jaga hb masa mengandung pun makan vco. Berat terlebih naik pun telan vco jugak. Bagi rawatan untuk rambut,kulit semua pun dengan vco. Nak hilangkan parut pun sapu vco jugak. Ya Allah, banyak sungguh manfaat vco ni. Saya ni memang suggest pada setiap family guna lah vco ni, jadikan supplement tetap sekeluarga. Insya Allah, rasa berbaloi-baloi sangat.


iklan:
Sesiapa yang nak dapatkan vco, boleh try contact saya di 013- 985 5875. Atau, boleh terus ke page saya https://www.facebook.com/SyazHealthAndBeautyShop/ . Saya agen sah Catalyst Nutraceutical.

Facebook page: Syaz Health and Beauty

Jumaat, 20 November 2015

Kopi la pulak.

Assalamualaikum...

Normal sangat bagi mak buyung a.k.a ibu mengandung yang nak makan bukan-bukan. Kalau benda yang mudah nak dapat, ok la. Yang di luar musim tu kena banyak sabar lah. Setakat ni yang paling teruk la saya nak makan, just durian musang king yang payah sangat nak dapat kat muadzam ni. Setakat ni masih belum berjaya dapat, tapi tak adalah meragam nak juga minta hubby carikan sampai dapat. Alhamdulillah... Untung hubby dapat wife macam saya ni..kikiki... 

Tapi 2 hari lepas, saya tukar selera. Kali ni nak minum kopi pulak. Saya bukan penggemar kopi sebab tiap kali minum kopi ia akan tinggalkan rasa yang tak best dalam mulut lepas minum. Tak tahulah kalau orang lain, tapi saya memang rasa macam tu. Sekarang perasaan nak kopi tu betl-betul tak tahan. Lagi pulak dok tengok orang dok post gambar kopi je time hujan -hujan ni.. Aih,.. menggoda betul..

Akhirnya saya cari sendiri. Kebetulan beli barang dapur, ternampak kopi 3 in 1. tak tunggu lagi, grab la 1 paket besar. Dalam hati dok bersembang-sembang. 

"nak ambik ke tak? kan sekarang kena elakkan kaffein, ni lagi nak minum  kopi. Nanti susah nak serap  vitamin"

tapi kejap fikir lain pulak.

"tak apa, kita jarak la 3 ke 4 jam baru makan vitamin. "

puas la fikir nak ambik ke tak, last nya ambik jugak . Rasanya tak apa kalau minum sikit. Selang la 2 hari sekali. jangan minum selalu.  Lepas puas memilih, saya rasa nak try Kopiko L.A Coffee. Harap sedap la kan..



Sampai rumah terus buat secawan. Hurm...not bad la.. tak kena sangat dengan rasa mengidam mak buyung ni.. lepas minum  rasa tingtong pulak kepala. kan dah menyesal..

Tapi tiap kali terpandang paket kopi tu, rasa nak minum pulak. Teruk betul la. taubat sambal belacan. kikiki...

Setakat hari ni saje dah 3 paket saya kerjakan..Adoiiii.....!!!!

Khamis, 19 November 2015

Mengandung ke Buncit?

Assalamualaikum..

Baru-baru  ni saya keluar sorang ke tunas manja nak beli barang. Jarang saya keluar tak bawa Aniq or hubby. Rasa kekok jalan sorang. Tapi sebab hujan, tinggalllah kejap anak soleh kesayangan saya tu.

Masa sibuk cari barang, baby excited main guling-guling dalam perut. Terpaksalah saya jalan slow-slow sambil pegang perut. Masa nak bayar tu, cashier tu tiba -tiba tanya,

 "pregnant ke?" 

Saya sambil tersenyum manis pun jawab, "ye".

Dia tanya lagi, "dah berapa bulan?"

 Saya jawab.. " dah 5 bulan"

Budak-budak cashier tu masing-masing terkejut.  Eh? Dah 5 bulan? keciknya perut..  Semua mata dok pandang perut saya. Saya gelak aje la, dah biasa orang terkejut gitu..Saje la saya tanya diorang, kenapa? ingat kan buncit ke?

Masing-masing angguk kepala..  yang sorang tu siap cakap, "ingatkan buncit je, sebab perut kecik. "

ceh... kata saya dalam hati. Ada dia kata aku buncit...Grr...sabar...

balik tu, saya cerita kat hubby yang orang ingat saya buncit. Gelak sakan dia. 

sabar aje la weii...Tak apalah, buncit pun buncitlah, asalkan anak mummy ni sihat.. Kan..kan..kan...

Nak tempek gambar pun tak boleh sebabnya, sepanjang mengandung ni tak ada pun gambar penuh yang nampak perut. Semua gambar sampai bahu aje..kekekeke

Rabu, 18 November 2015

Kenapa dengan Nuffnang?

Assalamualaikum..

Saya jarang jenguk akaun nuffnang saya sebab saya tau, blogger kurang aktif macam saya ni tak adalah iklan apa pun.  Tapi sesekali saje suka nak ambil tau juga apa yang ada dalam tu. Kekadang nak search keyword je. Tapi kenapa ye tak boleh buka? Banyak kali dah try ni. Masih juga tak boleh buka. Dia keluar macam ni..





Ada sesiapa boleh bantu saya tak? Nak tahu jugak la, saya sorang aje ke yang kena atau semua orang pun sama. Setakat ni tak nampak pula ada orang cakap pasal masalah ni.

Aniq dah berhenti susu.

Assalamualaikum..

Dulu saya pernah bagi tau yang anak soleh saya iaitu Aniq ni minum susu Enfalac A+ kan ? Tapi lepas tu saya dah tak cerita apa- apa lagi dah pasal susu.  Sebenarnya lepas beberapa bulan dengan susu Enfalac,saya tukar lagi susu dia. Kali ni susu pediasure. Pediasure ni up lagi dari enfa. Mahal. Susu Aniq 2 tin besar 1 bulan, kos nya lebih kurang rm300++. Itu harga yang paling murah saya dapat Kat tunas manja. Rm150 1.2kg. Kat the store tak salah saya rm160 macam tu.

sumber


Aniq ni masalah dia tak nak makan. Puas saya pujuk, tetap tak nak makan. So, doktor suruh kekal dengan pediasure sampailah Aniq boleh dapat berat yang cun. Tapi, kalau bergantung dengan susu semata, manalah boleh naik berat. Anak soleh saya ni dah 2 tahun lebih, berat masih tak sampai 10kg.  Saya rasa saya kena usahakan sesuatu.

Start pada bulan 10 hari tu, saya dah niat nak stop kan susu Aniq. Saya nak dia lupakan susu and makan macam orang lain makan. Lama saya fikir nak buat atau tak. Akhirnya, minggu lepas saya mula.

Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar. Saya sorok botol susu and bagi tau botol hilang. Saya minta dia cari sendiri. Bila tak jumpa, dia terpaksa redha la tak dapat susu. Tapi malam tu dia tak boleh tidur. Menangis minta susu. Dengan saya sekali menangis. Siapa tak sedih tengok anak macam tu. Saya pujuk bagi air masak, mula- mula je nak, lepas tu dia tak nak. Dah nak pagi baru dia tidur. Sedih! Serious sedih saya tengok dia. Rasa kejam nya lahai. Tapi fikirkan niat asal, saya kuatkan semangat.

Bangun dari tidur, anak soleh saya ni lapar. Cepat- cepat saya mandikan, bagi dia nasi. Ya Allah! Dia makan tak banyak kerenah. Menangis dalam hati saya tengok. 1st time saya tengok Aniq makan banyak and berselera. Gembira tak terkata saya.  Tak sia-sia usaha. Tapi saya tak leka,tu baru hari pertama.

Sepanjang hari Anakanda soleh saya ni lupa pada susu sebab dia kenyang makan . Malam dia minta susu lagi and Kali ni saya bagi tau,abah dah tak beli susu. Dia nampak pasrah aje. Tapi ok, dia tidur awal la juga.

Setakat sampai hari ni, Aniq masih cari susu. Kebetulan semalam masa kemas barang, anak soleh ni jumpa botol susu dia. Cepat- cepat saya sorok semula. Ok.. dia lupa balik. Masa kitorang balik kampung hubby, dia makin kerap sebut nak susu. Saya gantikan dia dengan Milo sementara saya nak usahakan susu lembu segar. Susah dia nak terima,saya pun sama. Tapi demi kebaikan dia, saya kena kuat semangat. 

Aniq dah 2 tahun lebih, dah tak sepatutnya bergantung dengan susu. Dia boleh dapat zat dari makanan lain.  Harapnya lepas ni anak soleh saya ni boleh terus lupa kan susu tepung sampai bila- bila. Susu pun tinggi kandungan gula, so saya tak kesal stop susu tepung untuk Aniq.


Lepas ni nak usahakan dia free diapers pulak. Saya nampak dia pun dah tak selesa, tapi saya pulak lah yang tak larat dah sekarang ni. Slow-slow saya akan buat juga.insya Allah.. 

Doakan Kami ye semua.. 😊

Catatan: hari ni dah seminggu (tak salah saya) anak soleh saya ni stop susu. Dia masih mencari. Tapi bila ingatkan dia yang dia dah tak boleh minum susu, Alhamdulillah dia sangat ok.  Harap tak lama lagi boleh lupa terus..

Selasa, 17 November 2015

jom blogwalking.

Assalamualaikum..

2 hari tak menulis ni, rindu benor rasanya. Teringat kat blog ni. Cuma masa nak membuka tu ada je masalahnya. masalah besar dah tentulah dengan anak soleh saya ni. Habis ditekan - tekan keypad, mula la keluar benda-benda yang saya sendiri tak reti nak betulkan balik.

Sekarang ni umpan kejap dengan handphone. Dia dah leka, mummy boleh la blogwalking banyak-banyak.. Now, dia dah tidur..Yeay!

ok... tu je nak bebel petang ni...  nak sambung blogwalking banyak-banyak lagi...

daaa....

JOM BLOGWALKING....

sumber

Sabtu, 14 November 2015

Sakan Aniq main pasir.

Assalamualaikum..

Cuti Deepavali baru ni, kitorang satu family pergi jalan-jalan kat Pantai Lanun, Mersing. Alhamdulillah cuaca sangat ok. Dapat lah mandi pantai. Hoho... Bukan anak je excited, mak nya pun excited..kikiki.
Sampai je terus lari masuk air.

Yang si Aniq anak soleh saya ni, dia lagi excited bila dapat main pasir, dapat guling-guling atas pasir. Main air bukan la keutamaan dia. See.. dahsyat punya main pasir.. Pasir tu penuh atas kepala. Nak bilas buang pasir tu yang paling payah nak buat.


Tak tahu mana yang nak tanam dulu, kanan ke kiri...hahaha

Percubaan nak tanam kaki sendiri...hehe

Siap ada pasir masuk dalam mulut tu...
Bagus juga Aniq nak main pasir sebab sebelum tu abah dia dah kena sengat obor-obor. Naik la kesan bengkak kat tangan. Jadi, tak berani la saya nak bagi  anak soleh ni main air sangat.

Balik tu, semua pakat pengsan la. Abah Aniq siap mengadu badan dia sakit macam kena tumbuk aje..kesian dia..

Jumaat, 13 November 2015

sekali dia buat hal~

Assalamualaikum..

Berdebar sungguh rasa tadi. nak buka blog sekali tak boleh -boleh. Tengok pada sambungan internet ok aje. Tapi berkali-kali refresh pun still x boleh buka. Dia keluar gini.

Not available dia tulis situ.. Ingat lesap dah blog ni..



Tunggu sekejap, lepas tu ok balik. Sebelum  ni tak rajin pulak jadi gini. Kat notebook pulak nak jadi.Sabar aje la. Sayang blog ni oii... Takut la jadi apa-apa..
Notebook ni, jangan dia buat hal sudah. Dah la baru je beli. Ada juga kang kena pulang balik kat kedai sombong hari tu.
Ni dah start ada keypad yang payah nak tekan ni. Saje buat kita rasa berangin je kan.  Grrrr...

Khamis, 12 November 2015

Baby Nenas yang Manis melekit..

Assalamualaikum...

tada... baby nenas in da house!!!
Siapa peminat baby nenas ni? Angkat tangan... heee

Sekarang viral pasal baby nenas kan? Tapi saya yang suka sangat nenas ni tak terliur sangat pun. Maybe dah puas makan nenas masa awal pregnant hari tu.. tapi nenas biasa la, bukan baby nenas ni.

Masa jalan kat pasar malam, ada kawan adik jual nenas ni. Saya minta dia beli, saje la nak rasa. Adik saya ambik la sikit nak buat jual letak kat kedai dia. Balik tu, sampai je rumah  terus menghadap. Makk oiii... Manisnya!! Melekat kat tekak. Sebiji kecik tu pun puas nak habiskan. Selalu suka makan manis, tapi nenas ni tak boleh masuk pulak. Yang baki tu, bagi adik-adik aje la habiskan makan. Hubby saya pun kurang suka.

Harga sekilo nenas ni rm25 paling murah. Adik saya jual kat kedai, orang tak nak beli sebab mahal. Orang Muadzam tak pandai makan agaknya Kalau tempat lain, rm35 sekilo pun orang kejar.

Comel aje kan nenas ni? 

Rabu, 11 November 2015

Finally... Dapat tangkap dia..:)

Assalamualaikum...

Dulu masa mengandungkan Aniq, saya tak dapat pun merasa nak tengok video Aniq bergerak - gerak aktif dalam perut. Saya cuma dapat 1 video masa tengah dia bergerak, tapi itupun sekali gerak aje. Lepas pada tu dah tak dapat tengok lagi dah. Aniq anak soleh ni memang sangat soleh dari dalam perut lagi. Dia macam ta-tau je mummy nak buat video bila dia tengah aktif bergerak. On je camera, terus dia senyap. Tak nak gerak dah. Pemalu sungguh. Comel juga macam tu. hehehe

Tapi adik baby yang belum diketahui jantina ni, sangatlah aktifnya. Rasanya hampir sepanjang masa nak bergusti je. Saya yang tengah buat kerja ke, tengah rehat ke jadi tak senang duduk jadinya. Tersentak kuat bila baby sakan bergusti. 

Memandangkan masa anak soleh Aniq dulu sangat anti camera, saya pun dah malas la nak beria bervideo bagai. Depan mata sendiri pun tak pernah nampak baby gerak, just dapat rasa je. Tapi ntah macam mana, kelmarin tu rasa rajin nak rakam. Lantak la dapat ke tak, janji cuba.. Sekali daaa.. dapat juga masa baby sakan menari dalam perut. Lagi kita layan, lagi dia ligat. heheehe.. Excited sungguh rasa. Selama ni dok tengok video orang lain aje. Sekali dapat juga merasa.. TAPI... Sorry la, tak dapat nak sertakan video tu kat sini. Tak kan saya nak tayang perut saya pulak kan...ngjeheheh

Sumber Gambar  Yang ni memang lah sama macam yang saya alami sekarang..
Sumber Gambar  .

Selasa, 10 November 2015

Berlapang Dadalah kawan...

Assalamualaikum...

Setiap orang ada pendapat. Ada orang suka share pendapat dia dan ada juga orang yang simpan saje walau pada pendapat dia berbeza dengan pendapat orang lain. Biasalah, kita ni cara hidup berbeza, cara kita menilai juga berbeza. Dah tau kan beza, rai kan aje lah perbezaan. Janganlah sibuk berbalah semata nak menangkan pendapat kita.

Lagi haru kalau pendapat tu di kongsikan kat media sosial. Dah tentu ramai pembaca nya. Bagi yang sokong pendapat kita, ok lah. Tapi yang tak sokong tu, macam mana? Patut ke kita cakap pada dia. Eh, ni aku punya pasal la nak cakap apa pun, orang lain jangan menyibuk.

Yes! ramai yang buat macam ni kan? Tak semua, tapi ramai. Kalaulah rasa tak nak dengar pendapat orang lain, tulis kat situ siap-siap , jangan bagi pendapat lain Saya nak dengar pendapat yang menyokong aje. Jadi yang lain tak sependapat ni tadi janganlah menyibuk.. Tuan tanah dah warning siap-siap. Kalau tuan tanah marah, memang patutlah. 

Cumanya, tuan tanah oii... Kena ingatlah..Berlapang dadalah dalam menilai pendapat orang. Kita tak setuju tu lain kisahnya. tapi janganlah kutuk pulak orang tu. Di kata tak ada adab la dan sebagainya. Habis, adab kita pulak macam mana?

Renung - renungkan ye kawan-kawan.. 

P/s: Saya tak tujukan pesanan ni untk orang-orang tertentu. Ini cuma nasihat kepada umum, juga kepada saya juga yang selal juga nak menang..hehehe... RENDAHKAN EGO.. Kita tak rugi.... :)

Sumber

Isnin, 9 November 2015

mengidam yang manis-manis. :)

Assalamualikum...

Tekak ibu mengandung ni memanglah macam macam. Kekadang tu suka minta benda yang diluar musim, yang payah nak jumpa and selalu juga yang suka makan benda yang tak pernah disukai sebelum mengandung. Betul tak wahai ibu-ibu sekalian?

Kalau cerita pasal tekak saya pulak,  dari bujang, sampai dah kawen sampai dah bersalin kan anak soleh Aniq ni, tak pernah berubah, Saya tak memilih makan, *err... sikit-sikit tu ada la kan* Saya suka makan makanan pedas, suka makan daging,ayam seafood. Senang cakap, banyak benda masuk aje dalam perut janji sedap. Tapi satu je, saya tak suka manis. 

tapi pregnant kali ni agak lain. Saya yang bukan peminat manis ni asyik nak makan benda manis aje. Bayangkan lah, tengah malam boleh terasa nak makan kitkat lah, nak tafu fah la, nak ice cream la, nak kek.. Tengoklah semua benda yang manis-manis ni. Punyalah dahsyat sampai terpaksa pesan selalu kat diri sendiri supaya kurangkan manis. Masalahnya saya cuma nak makan yang manis je. Yang pedas tak berapa nak masuk. Loya tekak. 

Sekarang saya siap buat stok makanan manis dalam bilik. Tapi simpan jugak stok air masak banyak dalam bilik. Kononnya lepas makan manis kita bilas pulak dengan air masak. Konon aje la..  hahaha..

Buat sementara ni stok dalam bilik dah kehabisan, so, tak dapatlah jamu mata korang dengan stok makanan saya. hehe .. Tak apalah ye, saya jamu korang dengan gambar pinjam dari pak cik Google aje la ye.. CREDIT PADA TUAN PUNYA GAMBAR..

Sumber Gambar

Ahad, 8 November 2015

Favourite Spot dalam Kereta..

Assalamualaikum....

Masa kecik-kecik dulu, dengan adik beradik yang agak ramai, satu kereta memang penuh la. asyik bergaduh je tak muat tempat. iyela, kita ada 6 orang, kereta muat berapa je. mujur juga adik bongsu duduk dengan umy kat depan. Ada lagi 5 kat belakang. Kalau nak tidur la paling tension sekali. Semua pakat nak baring. Kalau tidur duduk mestilah tak selesa kan? Apalagi, gaduh la kerjanya. So, penyelesaiannya, saya suka tidur kat tempat kaki. Biasanya umy akan bentangkan toto siap-siap, boleh baring kat situ. Adik saya yang sorang suka tidur kat atas dashboard belakang tu*saya tak tau nama benda alah tu, bantai je sebut*. eh..memang port dia la tu. Jangan sape-sape berani nak duduk situ, mengamuk sakan la dia nanti. Memang bahaya la kan.. tapi dulu-dulu, faham-faham aje la..  :) Bila abah dah start beli kenderaan besar, keadaan ni dah tak wujud. 

Tapi masa bulan lepas, ada sepupu MIL buat majlis sambut menantu ntuk anak dia kat kuantan. Kita naik 1 kenderaan je. Aniq dengan saya, duduk belakang. Masa dah balik tu, dia naik kat atas dashboard belakang tu, buat-buat tidur. Terkejut saya. Darai mana la dia dapat idea ni. Seingat saya la, tak ada pulak anak sedara mana-mana yang mengajar. Mujur dia buat tu bukan dalam keadaan tengah bergerak. Rasanya kalau bergerak tu, jatuh dah dia. And mujur juga MIL tak cakap apa-apa. Hehe..Iyela, kereta dia kot.. :)

Saya ingat perangai tu stop masa t je. Rupanya balik dari kampung, anak soleh saya ni buat lagi.. ish..ish..ish.. Masa tu keluar jalan-jalan, dah sampai rumah sementara nak buka pintu dia naik atas dashboard depan pulak. Buat-buat tidur, siap tiru abah dia berdengkur. haha.. Soleh sungguh anak.. Sempatlah saya snap satu dua gambar.. Layankan aje la..

pura-pura tidur aje ni... :)

Sabtu, 7 November 2015

Poli Robocar Bawa Mesej yang Baik..

Assalamualaikum...

Dari zaman budak-budak, saya memang peminat kartun. Tapi bukan semua jenis saya tengok, saya agak memilih. Sekarang sampai dah tua ni pun masih suka tengok kartun. Cuma sepanjang lepas bersalin Aniq, saya sangat kurang tengok kartun. Nak tengok tv pun malas. Rasa macam rancangan yang ada ni dah kurang sesuai untuk tontonan family.

Tapi start cerita frozen femes, saya mula tengok kartun semula. Best sangat kan frozen? sampai anak pun boleh hafal lagunya tu.  Saya pun hafal  juga..haha...*tak malu mengaku* . Sejak pada frozen, saya suka cari cerita kartun untuk Aniq, alang-alang tu boleh mummy join sama. Natah macam mana, Aniq terjumpa kartun Poli Robocar ni dalam youtube. Mulanya saya tak galakkan. Risau ada ganas-ganas macam pukul kawan  ke apa. Tapi si anak soleh saya ni tetap la minat nak tengok sampai menangis kalau tak bagi. Saya pun masalah juga, ngape la tak tengok sekali kan, masa tu..Pemalas punya mak!

Sumber gambar


Ada satu kali, saya tengok jugalah cerita ni. Wahh!!! Baru tau yang cerita ni bagus sangat u ntuk anak-anak. Sangat banyak mesej yang boleh kita pelajari especially berkaitan jalan raya. Amboi... suka..suka..sukanya saya.. Hubby pun suka. Sama-sama lah kitorang bertiga layan cerita ni. 

Saya story sikit eh, bagi yang tak tahu. Poli ni kisah tentang sebuah robot berbentuk kereta polis. Dia ada kawan-kawan yang namanya Roy iaitu sebuah lori bomba, Amber sebuah ambulance dan helly iaitu sebuah helikopter. Diorang ni dalam satu team yang dipanggil rescue team dan dibanatu oleh seorang perempuan namanya Jin yang bertugas sebagai rescue operator. Cerita ni bukan je menarik pada budak-budak, tapi jugak pada mak ayah.  Tahniah pada krew yang buat cerita macam ni. Dengar kata cerita ni dari korea.. bagus kan orang korea punya cerita??

Sumber gambar


Aniq sekarang dah melupakan frozen, dah jadi peminat Poli.. Siap dah start hafal lagu. Pantang nampak mainan kereta Poli tu, mesti nak minta beli.. Pengsan abah melayan. Gini jadinya, tokey balak pun bankrup! nak beli je kerjanya.. Kebetulan Aniq si anak soleh ni memang peminat kereta. Asal kereta je dia suka. Asal suka je mesti kereta. Dia tak minat ultraman,upin ipin atau benda-benda lain. Nampaknya, penuh rumah ni dengan kereta aje la..

Jumaat, 6 November 2015

Share Link Asus...

Assalamualaikum...

Today nak cerita pasal Asus. Jenama yang dah tak payah nak kenalkan lagi. memang femes.. Saya & hubby adalah pengguna Asus. Hubby ada 1 handphone, 1 tab yang kedua-duanya adalah Asus. Handphone sebelum ni pun Asus, sama juga dengan tab sebelum ni, pun Asus.. hahaha... Nampak tak Asus dah berjaya masuk dalam family kitorang dengan jayanya. Sampai saya ni pun pakai jenama yang sama pada 2 handphone yang latest ni.

Sebelum Asus, saya and hubby adalah peminat Samsung. Sangat suka samsung sampai dah tak nak jenama lain. Tak tahu kenapa fanatik sangat dengan jenama tu. Tapi masa Asus tengah popular hari tu, rasa nak try la sebab iye lakan, Asus ni murah la jugak. Gitulah rasanya macam mana Mr. Asus ni masuk dalam family kami.. And sekarang suka dengan Asus. Dah lupa kat Samsung..hehe..

Ramai yang tanya, "best ke Asus ni?". " lasak ke Asus ni?". Segala macam soalan lah keluar tu kan. Macam la saya ni penjual Asus. Tapi maybe orang nak tanya sebab dah 1 family dok pakai jenama ni kan? ok.. pendekkan cerita, pada saya Asus ni kira best jugak. Pasal lasak, rasanya lasak la jugak. Skrin handphone saya dah berbulan rosak. 2 kali jatuh atas jalan tar yang tajam tu! Aniq punya kerja! Dulu saya repair skrin, sekarang dah malas. Nanti jatuh lagi, malas dah! Ni dah masuk berapa bulan dok pakai skrin yang pecah seribu. Dah la pecah, tambah lagi jatuh berkali-kali. Ada sebab salah sendiri, tapi banyak anak soleh saya si Aniq punya kerja.. Haih..sian Aniq kan...sorry ye sayang..  So, pada saya lasak tu memang lah lasak. Kena ingat ye,saya ni bukan jenis perempuan yang sopan santun pandai jaga barang. Saya jenis ganas punya manusia.. *jujur tu*

So, apa lagi yang menarik pasal Asus? Saya suka  apps yang ada pada Asus ni. macam segala mak nenek yang mudah kita nak link, share atau apa-apa la handphone kita dengan handphone lain atau pc ke apa. Saya tau handphone lain pun ada juga, tapi saya nak cerita pasal Asus je sebab saya tak pernah guna benda-benda alah ni sebelum guna Asus. Selalu kalau kita nak share file, kita guna bluetooth kan? kalau dengan Asus, just guna share link dia. Kalau kita bukan pengguna Asus, tapi nak guna share link kat PC or laptop  kita boleh download kat SINI.  Serius senang. Nak share file, music,gambar yang beratus.-ratus tu, sekejap aje dah settle. Saya suka sangat. Tak payah nak tunggu lama. 



Benda lain yang best pasal Asus ni saya tak berapa tau. Saya bukan jenis manusia yang pandai nak ambil tahu benda melibatkan gadjet ni. hehehe.. Janji handphone tu tak selalu hang, boleh ambil gambar cantik, ada ruang besar untuk saya masukkan tok,nenek, pak cik mak cik segala data dari lagu, gambar dan sebagainya tu dah cukup.  Siapa yang nak cari handphone, ni jenama yang saya rekomen.. :)

Cendawan kukur dimusim hujan..

Assalamualaikum...

sekarang dah nak masuk musim tengkujuh kat kawasan pantai timur ni. setakat sekarang hujan tak selalu sangat. Petang-petang je hujan sampai ke pukul 8-9 malam macam tu. lepas tu sambung lagi esok. sama je setiap hari.

so, bila hujan ni biasalah kan, banyak juga benda yang jarang dapat di musim biasa ni ada. contohnya cendawan tahun  & cendawan kukur. cumanya cendawan tahun sekrang ni dah tak tentu musim. kalau dulu biasanya banyak time hujung tahun, sekarang musim panas tengah tahun pun boleh muncul. banyak pulak tu.. cendawan kukur biasalah, sepanjang tahun ada, cuma time tengkujuh tu la yang paling meriah nya. 

baru-baru ni saya balik ke kampung hubby kat temerloh sebab mak cik dia kawen. tapi kitorang tak sempat datang pun majlis nya. sebab hubby kerja. datang dah habis majlis. Pengantin pun kita tak sempat jumpa. Tapi yang saya nampak, cendawan kulat a.k.a cendawan kukur ni kat dalam kebun nenek hubby. banyak giler lah. Pagi-pagi ahad tu, lepas sarapan terus ajak hubby kutip. bawak plastik sorang satu. Dalam 1 jam dapatlah 2 plastik besar. saya tak tahulah berapa berat semua tu. rasanya lebih sekilo. kalau jual tu rasanya dekat rm100 tu. iyela, cendawan ni mahal sekarang, 1 kg harganya rm60 tau! Dahsyat kan! Mahal..

Dah dapat kumpul tu,time masak la pulak. saya ikut resepi mak mertua. saya lupa nama masakan tu, dia macam masak lemak cili api la sikit-sikit. tapi tak letak la serai, daun kunyit. meh nak share resepi.. resepi campak-campak aje ye.. 

10 biji cili padi * tak suka pedas boleh kurangkan*
1 biji  bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 kotak santan *nak pakai santan fresh pun boleh dalam 1/2 biji juga* 
cendawan kukur/ cendawan kulat 

caranya: blender cili padi, bawang besar, bawang  putih, halia,kunyit. Dalam periuk, masukkan cendawan kita yang dah di cuci tadi.  masukkan sekali bahan yang dah di blend tadi. cairkan santan dengan setengah cawan air, masukkan sekali dalam periuk cenawan tadi. masak sampai cendawan lembut ye. lepas tu bagi keringkan sikit air dia.  Dah siap.. :)

Sedapnya lahai. makan punyalah banyak. Dah lupa dah kena kurangkan makan benda yang boleh sebabkan angin ni semua. Alhamdulillah tak ada sakit apa-apa. Ada setengah orang sensitif. makan sikit pun dah sakit.Tapi sedap punya pasal, bantai aje la..

now, masa nak tayang cendawan saya. ni tak masak lagi. baru rendam dengan air panas. 


Khamis, 5 November 2015

20 minggu yang indah..

Assalamualaikum...

pagi tadi saya angkut semua orang, abah Aniq and Aniq sekali ikut saya check up  kat klinik. patutnya ni bukanlah check up bulanan pun, tapi doktor nak jumpa sebab katanya tarikh scan dengan tarikh due saya jauh sangat larinya. eh? jauh sangat ke? ntah.. saya tengok tarikh beza seminggu aje. idak la jauh mana pun. tapi dah doktor nak jumpa, kena la munculkan diri.

Alhamdulillah tadi tak ramai orang. cuma yang ramai nya dah terlebih due. tak tunggu-tunggu dah, kena hantar kuantan.  bulan lepas jiran saya pun over due. kena p kuantan jugak. doa-doa la supaya saya tak jadi macam tu. risau betul saya.

bulan  lepas, berat saya naik banyak. 2 kg tu..hahaha.... terkejut nurse.. siap tanya , ko makan banyak ye..saya pun pelik, masa bila pulak saya makan banyak. tapi fikirkan masa tu saya memang kurang aktif, banyak baring , duduk je, saya rasa tau la sebab apa jadi naik banyak tu. al hasilnya, berat jadi 45kg. tapi tadi cek, turun pulak 500gm. jadi 44.5 kg je..  turun naik gitu aje la..

lepas dah scan tadi, doktor decide nak kekalkan aje tarikh yang asal. 22/ mac/ 2016. ok la kan. saya takut je dia awalkan pulak.  so far, mengandung kali ni agak lain dari masa Aniq. Tak ada morning sickness. cuma bab makan tu yang dahsyat sikit. Sampai sekarang masih tak berapa boleh makan berempah & pedas macam dulu.  Hb pun cun.. setakat ni paling tinggi tu 12. masa Aniq dulu boleh lebih dari 13.. syukur.. berkat amalkan vco rasanya.

ni yang masa mula-mula..


ni yang bulan lepas..


Baby pulak sangatlah aktif. Tak macam abang Aniq dulu yang sangat sopan and pemalu. kita usik pun jarang respon. tapi adik baby ni tak usik pun dia tetap main roller coster dalam perut mummy tak kira masa. hehehe

Setakat dah 20 minggu ni, ramai kawan-kawan saya yang tak tahu pun saya pregnant. sebabnya perut sangatlah kecik. Macam tak mengandung. Cuma mungkin nampak buncit sikit. Tapi selalunya memang tak nampak. Sampaikan saya selalu lupa saya pregnant sampailah adik baby dok busy main roller coster..

Abang Aniq ni pun rajin tegur adik baby dalam perut. Panggil adik. Harapnya, dua-dua ni nanti sentiasalah mesra and berkawan baik-baik..

Isnin, 2 November 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015



Sombong betul tuan kedai..

assalamualaikum...

2 hari yang sangat busy. kenduri bersepah sana -sini. ada sempat datang, ada juga yang tak sempat. ite la, ibu mengandung ni bukan nya larat sangat nak merayap kan. lagi-lagi bila abah aniq tak dapat cuti, mummy kena bawa si anak soleh ni sorang-sorang. fuhhh... tenaga ku hilang dalam masa yang cepat!

2 hari ni, sabtu and ahad memang tak dapat la nak update blog. lain pada masalah busy memanjang. notebook saya ni juga bermasalah sebenarnya. Apa lah! baru je beli. dah nak kena hantar format! apa jenis la yang orang ni jual. Sakit hati kita. Nak hantar kat tempat beli tu bukan dekat, kuantan. sejam juga perjalanan. lagi pun malas nak hantar kat dia. penjual yang kerek! korang tau kerek tu apa? ha, sape tak tahu tu buat-buat tau aje la..hehe..tak baik kan, ajar orang benda-benda tak elok  ni. hehe..

btw, saya nak story sikit la pasal kedai komputer ni. Saya dengan hubby ni bukan lah jenis manusia yang pandai nak melawa sangat. asal pakaian tu ok, kita pakai aje. tapi iye la, pandangan orang kan. bila kita masuk kedai, orang tak nak layan pun! lagi-lagi bila saya buka mulut tanya pasal notebook aje. dalam hati dia agaknya kata " sengkek la orang ni, cari notebook aje sah tak ada duit". Tuan kedai ni bila kita tanya, jawapan dia macam endah tak endah aje. saya dah berapi, hubby nampak macam ok je. saya tanya sikit-sikit, lepas tu bagi keputusan nak beli,. lepas tu saya keluar, bagi hubby settle kan bayaran. Malas lah tengok muka sombong tu. Aih!!

rupanya hubby saya memang sakit hati sungguh dengan orang tu. nasib aje dia tak blah macam tu aje. sebab fikirkan saya yang dok nak sangat pakai notebook. masa nak bayar tu, dia masih lagi buat sombong. tak nak layan sangat. pekerja dia je yang layan. tapi masalah pulak, budak ni baru je mula bekerja hari tu. segala mak nenek pasal komputer dia tak tau. Bila nak bayar hubby tanya, bayar pakai kad ke cash. dia cakap cash. notebook saya ni harganya rm999.00 jadi nak mudah kira duit, hubby keluarkan banyak-banyak duit dia. SAJE NAK TUNJUK KAT TUAN KEDAI TU! hubby keluarkan cash rm5000.  terkejut dia. terus layan baik kat hubby, siap buat lawak lagi. POYOLAH! padahal, kalaulah dia tahu, hubby saya masa tu bawa tunai rm10K and ada nak mencari part untuk PC and laptop dia. 

Tapi sebab ko sombong, berlagak. Kurang lah apa yang sepatutnya ko dapat. padan muka! sakit hati tau tengok perangai pekedai macam ni. layan kita macam kita ni nak minta sedekah kat kedai dia pulak. mujur aje masa tu kedai banyak dah tutup and kita datang dari jauh. kalau tak, malas lah nak beli kat situ.

Penjual-penjual ni pun. janganlah sombong. tak kisah la orang nak datang beli ke, tengok-tengok aje ke. tetap lah layan elok-elok. mana tau sebab layanan baik kita tu, next time orang yang tak beli tu datang beli pulak. saya pun penjual, saya selalu juga kena customer tanya-tanya je tapi tak beli. tapi kita layan baik juga pada dia. insya Allah next time dia tetap datang cari kita. Tak rugi pun jadi penjual yang baik..

sekian bebelan di petang hari....ampun maaf bahasa yang kasar.. sakit betul hati. layanan dah la tak bagus, apa ko jual ni pun tak bagus. tak memasal kena format pulak.