Assalamualikum...
Siapa kat sini suka berselfie? Sila jawab 'I' dalam hati kuat-kuat..hehe... Saya tak ada lah kaki selfie pun. Sesekali tu adalah. Biasalah kan, nak tengok muka je, make up ok ke, tudung ok tak. Setakat tu aje, nak post kat Fb ke apa memang tak la. MALU AHHH....hahaaha
Kali ni ntah kenapa rajin pulak berselfie. tak terlampau lah, cuma ada sikit rajin..ngeh ngeh ngeh... Bukan apa, excited sikit sebab sekarang kalau bergambar dah boleh nampak perut. Dulu-dulu cuma nampak macam buncit sikit je. Menyampah la. Mengandung kali ni dah masuk 6 bulan, ramai yang tegur, bila pregnant? Dah berapa bulan? Kalau masa anak soleh Danial Aniq dulu, dah 9 bulan pun orang tak tahu yang kita ni dok bawa baby.. So, happy la sikit. Barulah terasa macam ibu mengandung..Tetibe sendiri rasa pelik bila cakap macam ni..kekeke...
dah nampak perut sikit kan? tak nak tayang muka..malu... 😄 |
Walaupun malu, tapi saje nak simpan sini gambar ni. Sebagai kenangan perjalanan seorang ibu mengandung. Harap anak-anak suka la bila dapat tengok gambar-gambar masa diorang dari dalam perut lagi. Ada kisah-kisah tentang diorang..
anak kedua dah kan..mmg cepat nampk perutnyaa
BalasPadam