Assalamualaikum...
Siapa yang ada mohon BR1M? Dah kemaskini permohonan ke belum? Bagi yang belum cepat-cepat buat ye.. Yang mana yang layak tapi belum pernah buat permohonan, kena buat sekarang. Masa dah tak lama dah ni. Tarikh tutup sampai hujung tahun ni je. 31 disember 2015. Kalau terlambat kang, rugi..
Saya pun baru je buat kemaskini permohonan. Alhamdulillah, selesai sekali dengan mak mertua punya. Siapa yang tak tahu mana web site untuk permohonan atau nak kemaskini BR1M, sila lah klik sini ye.. BR1M 2016.. Nanti keluar macam ni..
Kat situ ada pilihan untuk permohonan baru, ataupun untuk kemaskini.. Mudah kan? Jangan lupa ye kawan-kawan. Rugi sangat kalau tak ambil.
Bagi yang dah pernah dapat, sangat penting untuk kemaskini semula tau. Sebabnya, kalau tak kemaskini, diorang tak akan bayar sebab beranggapan kita tak berminat nak terima BR1M..
ok korang... Tu aje nak pesan.. Saya masih kat kampung + sangat busy menguruskan hal adik yang sakit. Kesana-kemari menguruskan hal dia. so, blog pun tak sempat sangat nak update. Tak apalah, walaupun susah, tapi hati saya senang. Lagi susah hati saya, kalau urusan dia terbiar macam tu aje. Mak ayah saya bukan nya larat sangat dah, Adik-adik lain bekerja, as a housewife, saya la yang ada bayak masa free sikit. So, saya korbankan lah sikit masa demi untuk kesihatan & kesenangan family. Alhamdulillah, saya bersyukur, dapat suami yang sangat memahami. Faham bila saya keluar berhari-hari, stay kat hospital selesaikan urusan adik. Syukur sangat-sangat..
Thank You so Much sayang... 💖💖💖💖💖
Kita x buat pon...somi yg buat
BalasPadamjijah 2tahun xdapat.. tahun lepas mohon BR1M balik. kena buat permohonan baru la..
BalasPadam