Semalam sibuk
nak cari barang nak masak. Dah alang-alang sampai pasaraya , adik nak cari ais
krim lama tak makan katanya. Saya pun ok je.boleh lah saya buat ais krim goreng. Lama dah tak makan .
rindu pulak. Nak beli yang dah siap tu, rasa macam mahal pulak. Sekotak ada 6
biji je. Kalau buat sendiri, dapat lah dalam 8 or 9 biji. Walaupun kos buat
dengan beli tak jauh beza, tetap juga nak buat. Baki roti boleh buat bread
crumb ke bingka ke.. (walau daku tak pandai buat bingka, nak cerita
jugak..haha)
Lepas dah
pusing-pusing cari barang, cepat-cepat ambil roti, ambi ais krim, p bayar. Lambat
nanti ais krim cair. Fuhh..dah tak sabar nk makan ni.. dalam otw balik, Nampak banyak
kereta pilos, kereta AADK, ada truk polis, JPJ. Senang cakap semua ada lah. Rupanya
ada road block. Nak tahan penagih dadah. Faham-faham ajelah, sini dekat dengan
felda kan.. banyak penagih..hurm.. kawan adik, dia nak balik keratong, kena
tahan buat urine test. Alhamdulillah lepas. Tapi bebudak ni memang tak de ambil
benda haram tu pun..
Ok, balik
semula pasal ais krim goring.. eh.. korang.. nak buat sendiri punyalah senang..
boleh buat. Simple sangat. Nanti saya bagi tau k.. ni untuk yang tak tau. Yang dah
tau, sila diam..hahaha
Sampai rumah, ambil pinggan 2. Ambil sudu, cawan. Tu je barang
nak guna. Cara nak buat, ambil je sekeping roti, letak ais krim atas roti tu. Pastikan
ais krim tak banyak sangat eh. Nanti kita tekap dengan cawan, jadi pecah roti..
dah tak boleh nak goring. Next step, dah
letak ais krim, letak 1 lagi lapisan roti atas ais krim tu. Dah letak, ambil
cawan, tekapkan mulut cawan atas roti tadi. Pastikan ais krim betul-betul muat
dalam cawan eh.. lepas tu, tekan cawan sampai putus roti tu. Kemudian, ambil
roti tadi, perhatikan kelim yang kita buat guna cawan tadi. Kalau tak kemas,
ada yang terbuka, kelipkan balik guna tangan je. Dah siap semua, panaskan minyak ye. Dah betul-betul
panas, celupak dalam minyak. Bila dah Nampak warna gold tu, silalah angkat. Dah
boleh makan.. jangan biar lama-lama eh.. nanti cair ais krim korang tu..terus
makan je..best.
Serius sedap
tau makan petang-petang. Lepas husband sampai rumah, terus goreng..makan sama-sama..syok oo..
lg syok buat sendiri kan? beli rasa mcm tak berbaloi plak. hehe
BalasPadamsedapp! sejukje tekak memakannya..nyumm
BalasPadambleh try lepas ni..
BalasPadambaru dua kali buat,leceh sikit,cepat cair.haha
BalasPadambaru dua kali buat,leceh sikit,cepat cair.haha
BalasPadamSedap mmg Sedap,tapi nk buat tu leceh byk.huhu
BalasPadambelum pernah buat..boleh cuba nie :-))
BalasPadamlama dah x buat
BalasPadambetul tu bli dpt sikit yg pntng kepuasan nk buat sndiri tu kan
ciksu tunggu rania besar sikit nk buat utk dia pulak.nk bg rasa. hihi
SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN TIME PANAS2 NIE..
BalasPadam@Aisya A. tau x pe..syok sikit, boleh pilih Perisa apa kita nak..
BalasPadam@azizah green line betul tu Jijah..musim musimpanas ni sesuai Sgt lah
BalasPadam@Pha Is mesti try ni pha is.. senang Sgt
BalasPadam@Puan Kutu aah..tp kalau beli ais krim Mahal tu x cepat cair kak.. Sya pernah try da sblm ni..hehe
BalasPadam@iryanty ahamad akk..benda simple ni kena try..lepas tu boleh lah hantar Kat.muadzam ye..hehe
BalasPadam@QasehnyaRania nanti boleh ajak rania buat sama²
BalasPadam@Permatabiru panas Kat dalam, sejuk Kat luar mcm iklan Kat tv tu.kan...best giler..haha
BalasPadam