nuffnang

Khamis, 24 April 2014

Berjalan..Tukar Susu..

Hari ni dah masuk 24/4/2014 maknanya Aniq dah genap umurnya 10 bulan. Perkembangan Aniq yang paling ketara ialah dia dah pandai berjalan. Rasa macam baru 2 minggu lepas tengok dia pandai 3,4 langkah. Sekarang dah jauh dia boleh jalan. Good job Danial Aniq.. :)




Aniq dah semakin membesar, susu pun dah minum banyak. Kalau dulu, 2 kotak enfalac A+ yang 1.3 kg tu cukup untuk sebulan, sekarang dah tak cukup. Kena tambah sekotak lagi. So, lepas difikir2 nampaknya sampai masa untuk Aniq bertukar step susu dia. Sebelum ni minum yang step 1 dari 0 bulan - 12 bulan. Yang step 2 pulak, dari 6 bulan - 18 bulan. Oklah, sekarang Aniq minum yang ini je. Lebih murah jugak, so jimat lah sikit walaupun beza cuma 9 ringgit.



Setakat ni tak tahu nak cakap serasi ke tak sebab dia  hampir setiap kali menyusu mesti poo poo.. Kalau ikut kata doktor, itu petanda ok melainkan kalau dia jadi cirit-birit atau sembelit. Setakat ni dia poo poo biasa je, so, tak adalah risau sangat pun.

2 ulasan :

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum, wahh bestnya. jumpa susu yang serasi. Comelnya Aniq. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ~~~

Sya Nadia berkata...

@Sheila Salim amin...terima kasih sheila doakan Aniq.. :)