nuffnang

Khamis, 24 April 2014

Danial Aniq 10 Bulan

Salam semua.. Today Danial Aniq dah genap 10 bulan. Alhamdulillah dah pandai jalan dengan lajunya. Berat pun meningkat banyak. * banyak la banding dengan bulan2 sebelum ni. * Punyalah bangga bila nurse cakap naik 600gm. Nurse kat klinik puji2 dia. Syukurlah, kuranglah runsing fikiran mummy dengan berat badan yang terlampau sikit naik tiap2 bulan. Kalau tak, nak dapat 400gm pun payah. *tapi masih lagi kat border antara kuning dengan putih*

Sebenarnya agak terkejut dengan kenaikan yang agak banyak ni sebab Aniq dah pandai memilih makanan. Dah pandai geleng kepala pada benda yang dia tak nak! Saya la susah hati bila dia tak makan. Memanjang dengan susu. Pak cik2 dia pun kekadang rajin bagi makan jajan. Kita punyalah sekat, lepas jugak kat dorang. Tapi nak kata sebab jajan yang jadi Aniq tak suka makan, rasanya tak juga. Sebab selalu juga dia menolak kalau disuap jajan2.

Nurse cakap, leceklah nasi letak garam sikit ke apa. Tapi msalah utamanya dia memang tak mo makan pun. Kita bagi yang dia suka pun dia geleng. Nak sekat susu supaya dia lapar pun kesian. Dah try buat pun, tak menjadi sebab dia kan baby lagi. Menangis kelaparan buat mummy sedih pulak. Lepas tu hisap jari. Last2 mummy give up, bagi juga susu kat dia.

Tapi sebab ada lagi cara yang belum di cuba untuk bagi dia makan, insya Allah lepas ni nak try cara lain pulak. Nak try bagi dia pinggan sendiri, makan sendiri. Comot pun tak apalah, janji dia makan. Harap cara ni menjadi. Manalah tau kan, sesuai dengan si lincah ni.

Bulan lepas dalam rekod klinik tu, semua naik, tinggi, ukur lilit kepala, semua bertambah cm. Cuma berat aje naik 200gm. Bulan ni naik banyak berat badan, tapi yang lain naik sikit aje. Boleh pulak macam tu kan. hee.. Dia gilir2 pulak. Tapi nurse pun nampak betapa aktifnya Danial Aniq ni, so dorang langsung tak risau la pasal berat. Awal2 dulu memang saya kena ceramah saje. Boring rasanya.

Hmm, balik pada klinik tadi, singgah sekejap kat kedai orang jual kuih. ternampak laksa, terus rasa teringin. Ambik la satu bungkus,  hubby tak suka laksa, dia makan kuih ajela. Laksa tu nampak sedapppp sangat, tapi dalam kuah, punyalah banyaknya tulang. Bukan kecik2 tulang, besar2 pulak tu. Ngeri betul. Terfikir nak cakap dengan owner kedai, hubby cakap tak payah. Tapi bila  fikir kesian kat orang lain kalau terkena juga, so saya beranikan diri nak cakap. Padahal dalam hati dah takut ni.Alhamdulillah bila cakap owner tu ok sangat. Siap cakap terima kasih sebab bagi tau. Sebenarnya laksa tu bukan dia buat, ada orang yang hantar. So. nanti dia akan bagi tahu kat orang tu.. Alhamdulillah, selesai dah masalah.  :)

4 ulasan :

msredcheesecake berkata...

kalau berat ok badan sihat, dia tanak makan takpe...jgn paksa sgt... alert je kalau dia nampak macam tak sihat...

Puan Kutu berkata...

budak tak nak mkn ni perkara biasa je.akk dulu masa aiman pun risau sgt..yg penting sihat n aktif..

QasehnyaRania berkata...

betul tu, laksa kalau ada tulang mmg tak syok la nak hirup slurrrp gitew. terganggu kan.takut tercekik..

kdng 2 niat kita baik, nasib org kedai tu open minded kan..

azrinna nur berkata...

macam dah jadi budaya kita kan, bila makan kat temapt2 tertentu macam susah nak cakap kat owner kedai tentang makanan dia tu. Pernah juga saya cakap kat owner kedai yang lauk nasi dagangnya teramat masin. serius lebih masin dari ikan kering. merah jugak muka owner kedai bila saya bagi tau.