nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ibu bekerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu bekerjaya. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mei 2015

ibu bekerja vs ibu rumahtangga.

Salam..

Sedihnya hari ni. Bukak je internet, ternampak 1 article tajuk nya "stay-at-home- mother is not a job" wah.. sakitnya sakitnya hati..! Kejamnya mereka ni.. uwaa.. tp emm..dah baca tu rasa tenanglah tenanglah sikit...hehe..

Ok saya tak nak ulas apa dia tulis dalam tu, cuma rasa ada betul jugalah apa dia tulis tu. Dia kata, stay-at-home-mother atau lebih senang sebut sebagai SAHM ni memang bukan satu kerjaya  tapi adalah anugerah..wahh .. gitu..  anugerah sebab tak semua orang mampu duduk di rumah.

Kisahnya kat sini bukan nak cakap ibu bekerjaya ni tak bagus. TAK.. SAYA TAK CAKAP MACAM TU YE..TAK BERNIAT BEGITU PUN..Hehe.. ambik ko.. huruf besar terus. Sejujurnya, saya kagum dengan ibu bekerja ni tau. Dah la keluar bekerja,Kat rumah dengan anak lagi,dengan suami lagi dengan rumah lagi. Banyak Benda juga nak buat tu. So, untuk ibu² bekerjaya, korang memang kuat la..Tahniah juga untuk korang..

SAHM macam saya ni, seronok juga sebab kitalah bos Kat rumah. Lepas tu banyak masa dengan anak. Cuma tak best sebab tak ada income la. Nak berkawan pun payah. Saya ni mana lah ada kawan. Korang Kat blog ni la kawan saya..huhu.. sadis tak?

Tapi saya happy, walau kadang² rasa juga nak keluar bekerja semula. Cuma fikirkan nanti kang tak larat nak kawal life elok², nanti lagi terbeban. Lagi pun hubby tak bagi. Dia suka saya duduk rumah je. 

Kesimpulannya, bekerjaya atau tak ni mana² pun ok pada saya. Ikutlah masing² kan.  Saya sama sekali tak bersetuju bila SAHM ni ada yang kutuk ibu bekerjaya ni sebagai pentingkan diri lebih dari family. Itu melampau. Tak payah jauh, tengok biras saya sendiri je. Dia pegawai yang selalu juga kena keluar dari office cek itu ini. Balik rumah penat. Layan anak, layan suami kemas rumah. Semua dia buat sendiri. Lagi dahsyat dia. Saya memang respek la.. 

So,tak ada istilah pentingkan diri Kat situ pun. Lagi dia memberi banyak manfaat lagi ada. Untuk family,dia tambah income. Untuk masyarakat dia bagi khidmat. Bagus tu kan..  macam saya,saya tak dapat nak bagi k
khidmat untuk orang ramai. Saya berkhidmat untuk family je. Tapi pahala juga insya Allah besar juga. Ibu² yg stay at home jangan lah bersedih ye. Perkhidmatan yang kita bagi bukan sekarang,tapi akan datang lepas anak dah besar. Masa tu la anak² yang kita asuh , kita didik tu mewakili kita dalam memberi yang terbaik pada dunia..insya Allah.